
Lagu: Say I’m Sorry
Artis: Afgan
Komposer / Lirik: Chaz Jackson / Dashawn White, Benny Mayn / Emily Vaughn / Orlando Williamson / Yusuke Sato
Produser: Happie & Chaz / The Aristocrats
Berawal 2008 ketika menjelmakan diri dalam pasaran tarik suara Indonesia, nama Afgan tidak payah untuk menarik perhatian pendengar dengan kemerduan suara yang dia miliki.
“Terima Kasih Cinta” menjadi titik mula langkahnya untuk bermuzik lebih matang dari hari ke hari. Satu per satu hits dihasilkan demi mengunci hati dan ingatan pendengar muzik serantau akan bakat muzik yang dia miliki.
Hari ini Afgan matang sebagai seorang penyanyi dan pemuzik yang semakin jelas dengan arah muzik yang mahu dia terajui. “R&B, itu yang saya mahukan dari awal lagi” Ujarnya.
“SIDES” (2016) membuka mata saya dengan keseriusan bermuzik Afgan yang step up the game dengan rangkaian lagu yang lebih urban muziknya tanpa lagi terikat template Balada seperti apa yang ada di “Bukan Cinta Biasa” atau “Jodoh Pasti Bertemu”.
Dan kelibat Afgan dalam projek “AIR” bersama Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo mengukuhkan keyakinan saya terhadap landskap muzik Afgan yang semakin R&B seperti apa yang dia mahukan.
Kembara bermuziknya membawa Afgan bersama recording label EMPIRE menghasilkan single perdana antarabangsanya berjudul “Say I’m Sorry” yang terhasil cukup ramuan R&B Pop yang melengkapi attitude suara Afgan.
Lagu ini terhasil cukup current dalam pasaran mainstream global. Pop begini adalah apa yang diperlukan dalam pasaran muzik serantau hari ini. Dan Afgan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemuzik itu dengan cukup kemas sekali di single ini.
“Say I’m Sorry” terhasil dalam nada catchy ramuan melodi dan kemasan muziknya. Lirik cinta berilham kisah anak muda hari ini memberi satu rasa current yang pastinya mampu meneruskan radar popular Afgan berterusan buat generasi berikutnya.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!