
Lagu: Gerak Dulu
Artis: Dayang Nurfaizah
Komposer / Lirik / Produser: MFMF. & Faizal Tahir
Kolaborasi dalam muzik sentiasa akan menghasilkan susuatu idea yang lebih besar dalam menjadikan sesebuah naskhah lagu itu berkembang menjadi sesuatu yang lebih segar hasilnya. Hal ini sudah dibuktikan Faizal Tahir bersama batalion muzik Faithful Music sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Terkini menerusi sebuah projek diberi nama “Super Producer” aplikasi penstriman muzik digital JOOX membuahkan ilham baru dalam menghasilkan naskhah Pop segar dalam pasaran muzik komersil tempatan.
Berawal dengan single yang diberi judul “Gerak Dulu” yang menampilkan vokal Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir yang bergerak sebagai ketua projek bekerjasama dengan trio muzik meningkat naik, MFMF. dalam menghasilkan lagu yang bergerak dalam jaluran muzik EDM Pop ini.
“Gerak Dulu” terhasil dalam persembahan muzik semasa dalam susunan lirik mudah diingati. Melodinya catchy dalam persembahan bertenanga Dayang yang sentiasa memberi justice dalam lagu-lagu berenergi begini.
Projek “Super Producer” ini sebuah sumbangan positif JOOX dalam memberi suntikan segar dalam penghasilan lagu-lagu tempatan yang bersifat dan bercitarasa global. Cuma saya tidak pasti jika lagu ini hanya boleh dimainkan di JOOX sejauh mana ia mampu bergerak dalam skala yang lebih besar.
Namun untuk menghasilkan projek begini saya kira JOOX sudah melakukan sesuatu yang baik untuk kitaran muzik Pop lokal yang akan bergerak lebih produktif dalam mencabar kreativiti pengamal muzik.
Dan ya, kolaborsai MFMF., Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah ini seharusnya diteruskan tanpa terhenti di lagu ini sahaja.
9.6/10
ARTIKEL BERKAITAN