
Lagu: Rekreasi
Artis: Teza Sumendra
Komposer / Lirik: Marteza Sumendra / Randy MP
Produser: Randy MP
Teza Sumendra mengawali karier muziknya dalam pertandingan Indonesian Idol keluar dari kepompong muzik mainstream Pop dengan menghasilkan muzik dalam acuan modern R&B yang cukup kental di debut self-titled pada tahun 2015.
Single seperti “I Want You Love” dan “Satu Rasa” menjadi visi jelas muziknya berarah ke pasaran Urban Pop yang mungkin lebih kecil skop pendengarnya tetapi cukup baik untuk perkembangan muzik Indonesia.
Setelah terakhirkali merilis “WKNDCRUISIN” pada tahun 2019, Teza kembali menghasilkan sebuah lagu dengan lirik berbahasa Indonesia dengan judul “Rekreasi” yang siap beredar di semua gedung muzik digital tempatan.
“Rekreasi” sebuah lagi kolaborasi Teza bersama Rendy MP yang bertindak sebagai produser di lagu ini meneruskan kreativiti bermuzik anak muda Indonesia yang bebas berkarya dengan sebuah nuansa yang cukup sebati dengan jiwa milenial.
Teza semakin matang dan bijak dalam percaturan muziknya yang setidaknya jika masih sukar diterima hari ini akan menjadi satu wadah rujukan muzik masa depan yang akan terus dibicarakan.
“Rekreasi” sebuah naskhah santai menyenangkan dan terhasil cukup baik sekali. Saya mengharapkan lebih lagu berbahasa Indonesia dalam jaluran muzik begini di masa depan kerana ia sebuah pengalaman muzik yang sungguh menyeronokkan.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Rendy Pandugo Bercerita Tentang Matahari Dalam Persembahan Melodi Manusiawi “Mr. Sun”