Highlight, Review, Terkini,

Kesinambungan Jazz “Detik Waktu” Candra Darusman

Ketika edisi perdanan “Detik Waktu diedarkan pada tahun 2018 dengan menampilkan kolaborasi idea legenda muzik Jazz Indonesia, Candra Darusman bersama bakat-bakat hebat seperti Marcel, Afgan, Sheila Majid, Glenn Fredly membuahkan kebanggaan muzik Indonesia dengan penghasilan sebuah album yang cukup hebat kualiti produksi muziknya.

Album tersebut juga berhasil membawa pulang trofi Album Terbaik di ajang Anugerah Musik Indonesia (AMI) pada tahun yang sama album tersebut diedarkan. Meneruskan kesinambungan ilham meramu kembali lagu-lagu hebat karya ciptaan Candra Darusman, edisi kedua beredar tahun ini.

Dikumpulkan 12 lagu dengan penampilan lebih 12 penyanyi yang mengisi adunan semula album ini memercikkan rasa Jazz, Bossa yang saya sifatkan cukup solid, impactful dan begitu puas sekali usai mendengarkan keseluruhan album.

Dibuka dengan penampilan Morad, Oslo Ibrahim, Sandhy Sondoro bersama SNYW Big Band menerusi lagu “Dibatas Waktu” sempurna sebagai pemula sebuah persembahan Jazz yang minit pertamanya dimulai dengan instrumentasi yang cukup menarik sekali sebelum vokal mengisi.

“Perangai Diri” lagu yang asal dirakamkan Chaseiro menerusi album “Persembahan” diramu kembali muziknya dengan vokal menyenangkan kolaborasi Karamia, Puspallia Panggabean dan Agustin Oendari. Kesederhanaan lagu ini yang datang dalam pesona muzik yang cukup menyamankan menghasilkan sebuah pengalaman menikmati Bossa Jazz yang cukup menarik. Vocalizing ketiga-tiga vokalis ini di tengah lagu memberi warna dalam lagu ini.

Efek Rumah Kaca hadir di album ini dengan meramu kembali “Sapa Pra Bencana” dengan ilham muzik yang cukup berbeza sekali. Menggabungkan ilham muzik Candra dan ERK di lagu ini mungkin satu idea gila namun terhasil cukup hebat sekali. Eagasm. Antara yang terbaik dihasilkan di album ini boleh saya katakan.

“Lagu Untuk Marlina” oleh Rifan Kalbuadi sebuah lagi produksi yang cukup baik kemasan muziknya. Piano yang melatari keseluruhan lagu ini cukup terhasil baik dalam memberi pengalaman menikmati muzik yang begitu memuaskan sekali.

Album ini turut menampilkan lagu-lagu yang diedarkan lebih awal seperti “Waktuku Hampa” dan “Perjumpaan Kita” yang dipersembahkan bersama Ardhito Pramono dan Dian Sastro. Selain rakaman “Satu Cinta” persembahan Dira yang cukup dreamy sekali penghasilan muziknya. Saya melayang mendengarkan rakaman semula lagu ini yang terisi kemasan string terbaik di album ini. Vokal Dira benar-benar memberi justifikasi yang secukupnya untuk rendisi terbaru ini.

Vira Talisa menerusi “Makna Nostalgia” menampilkan sisi berbeza dalam persembahan vokalnya. Lagu ini bergerak dalam dimensi Jazz yang biasa dibawakan Monita Tahalea dan Andien tetapi tidak terasa canggung dipersembahkan Vira yang ternyata mengalun lembut dalam emosinya yang tersendiri.

Album ini ditutup dengan rakaman live “Pemuda” oleh Nial Djuliarso yang dihasilkan pada tahun 2015 dengan dibuka sempurna petikan piano yang cukup hebat sekali. Saya mengulang dengar berkali-kali lagu ini menikmati sebuah pengalaman mendengarkan muzik live yang cukup hebat sekali penghasilannya.

Album ini saya letakkan antara yang terbaik pernah saya dengar tahun ini. Satu lagu ke lagu lainnya terhasil cukup baik sekali dalam membuka ruang-ruang sempit disogokkan lagu-lagu Balada lembik yang ada di pasaran muzik tempatan.

9.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Odisi Bermuzik Pamungkas Lewat Persembahan Matang “Birdy”

 

Highlight, Review, Terkini,

“Menikmati Sedih” Dalam Kesyahduan Naura Ayu

Lagu: Menikmati Sedih
Artis: Naura Ayu
Komposer / Lirik: Barsena Bestandhi
Produser: Adrian Rahmat Purwanto

“Kau ingin menangis, Menangislah / Ungkapkan semua yang kau rasa..” Membuka lagu ini dengan tamparan realiti sebuah kesyahduan juga kesedihan. Naura Ayu dengan alunan merdunya mengikat pendengaran kita dengan persona suaranya.

Memulakan karier seawal usia awal menginjak keremajaan. Naura Ayu menjadi bakat muda yang cukup aktif dalam menzahirkan karya-karya lagu baru untuk mengisi kalendar bermuziknya. Bergerak sebagai penyany kanak-kanak sehingga hari ini berusia 17 Tahun, Naura bersinar dengan langkah yang cukup panjang namun cukup konsisten.

Pertaruhan terbarunya menerusi melodi ciptaan Barsena Bestandhi yang turut bertindak sebagai produser vokalnya menerusi lagu ini berjaya menghasilkan sesuatu yang cukup dominan di pasaran muzik Indonesia.

Melodi kesayuan dalam cerita memujuk diri atas kekecewaan begini saya kira ilham yang cukup banyak dan cukup on demand. Naura semakin matang dalam persembahan vokalnya dan  menerusi lagu ini dia membuktikan bahawa dia sudah siap untuk sama bersaing sebagai penyanyi remaja yang menginjak kedewasaan bukan saja atas faktor usia tetapi sudah siap dipandang lebih serius sebagai pemuzik.

Melodi lagu in terhasil cukup mudah didekati dengan hanya sekali pendengaran kita akan sudah terbiasa melayani perasaan yang disampaikan dalam persembahan keseluruhan lagu ini. Ia mampu menjadi sangat personal jika anda mendalami atau lebih lagi jika pernah mengalami situasi yang diceritakan Naura.

“Menikmati Sedih” pastinya akan terus mampu melonjakkan nama Naura di pasaran muzik Indonesia dengan lebih tinggi lagi sekali gus menjadi pesaing dalam pasaran muzik semasa.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN 

Pantas Memanjat Carta Muzik Popular, Keisya Levronka Menyembuh Sepi di Single “Tak Ingin Usai”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Getaran Melodi Legenda S.Atan Dalam Karya Terbaiknya Sepanjang Zaman

Dilahirkan di Singapura sebagai Hashim Said, komposer, penggubah lagu dan penerbit muzik yang cukup dikenali dengan rangkaian lagu-lagu Tradisional untuk penyanyi handalan seperti Sudirman, Sharifah Aini, Uji Rashid, Jay Jay dan ramai lagi ini antara legenda muzik yang harus terus diraikan.

S.Atan mula menceburkan diri dalam bidang muzik bersama syarikat rakaman EMI sekitar tahun 1972, menghasilkan banyak lagu yang cukup popular sehingga hari ini. Namanya sebagai komposer tidak hanya terikat pada era 80-an dan 70-an sahaja. Sehingga ke era 90-an bakat muda ketika itu seperti Siti Nurhaliza antara yang paling banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.

Melewati karya-karya awalnya bersama EMI, S.Atan paling banyak menghasilkan lagu untuk legenda Pop Sudirman menerusi rangkaian lagu yang tidak hanya terikat pada ilham Irama Melayu Asli tetapi melangkaui Pop semasa juga.

“Joget Kenangan Manis” antara yang cukup popular dihasilkan komposer ini. Melodi lagu malar segar ini terhasil cukup kaya bunyian Joget yang cukup ikonik sekali. Dan sehingga hari ini biar ia diputarkan kembali masih segar kedengaran tanpa jemu kita menikmatinya.

Selain lagu tersebut, S.Atan banyak menzahirkan karya-karya terbaiknya untuk Sudirman menerusi lagu “Dikau Kekasih”, “Bila Wajahmu Ku Bayangkan” dan “Serba Sederhana”. Kombinasi dua legenda ini menghasilkan sesuatu yang datang dengan chemistry bermuzik yang sangat baik sekali.

S.Atan dalam rencana menghasilkan lagu-lagu Jogetnya diteruskan dengan beberapa komposisi lain untuk Black Dog Bone, Carefree, Sharifah Aini antaranya. Lagu “Joget Bujang Di Rantau”, “Madah Seloka” dan “Kini Baru Ku Sedar” antara yang popular sekali sehingga hari ini.

Selain penghasilan lagu-lagu berirama Tradisional, S.Atan juga antara yang cukup handal meramu ilham Pop dalam komposisi muziknya. Antara yang paling diingati adalah “Tak Kenal Maka Tak Cinta” persembahan malar segar Fran dan Roy yang cukup menaikkan dua nama ini di persada muzik tempatan.

“Impianku Bersamamu” persembahan Sharifah Aini antara yang menarik. Komposisinya cukup unik dan memikat sekali. Saya selalu membayangkan lagu ini sangat hebat jika dinyanyikan kembali Sheila Majid kerana komodenan dalam melodinya yang cukup “Sheila” sekali sifatnya.

Dengan susunan string yang cukup menawan di lagu ini menjadikan ia sangat tersendiri dalam mengikat pendengar dengan hanya sekali pendengaran. A beautiful song.

Sebuah lagi komposisi S.Atan buat Sharifah Aini yang cukup menarik adalah Balada berjudul “Hadiahku Di Hari Bahagiamu” Petikan piano di awal lagu ini berawal lembut sebelum disambut kesyahduan suara emas Biduanita ini. Bergerak sebagai sebuah naskhah kesayuan yang bergerak dalam sebuah cerita yang ditulis secara terus tentang perasaan kecewa dan hampanya harapan sebuah cinta.

Kelibatnya sebagai komposer pasti saja cukup dominan dalam penghasilan lagu-lagu Raya yang sehingga hari ini masih dialunkan dan dimainkan setiap kali datangnya bulan Syawal. Lagu seperti “Salam Aidilfitri” (Jamal Abdillah), “Dari Jauh Ku Pohon Maaf” (Sudirman) “Hari Mulia” (Sheila Majid.

Namanya hari ini siap sebagai seorang living legend yang cukup dihormati kredibiliti serta sumbangannya dalam pasaran muzik tempatan. Ribuan lagu ditulis, disusun dan diproduksi dengan sepenuh kreativiti menjadikan setiap satunya istimewa dengan cara yang tersendiri. Dengarkan audio rasmi karya-karya S.Atan di saluran YouTube Getaran Nostalgia.


ARTIKEL BERKAITAN 

Mendengarkan Kembali “Ingin Bersua” & 9 Lagi Lagu Terbaik DJ Dave Sepanjang Zaman

Highlight, Review, Terkini,

Odisi Bermuzik Pamungkas Lewat Persembahan Matang “Birdy”

Pamungkas menginjak kedewasaan dalam bermuzik dengan penuh kematangan. Hal ini saya dapat melalui pengalaman mendengarkan album-album sebelumnya sehingga yang terbaru ini. Cukup pasti dengan apa yang dia mahukan, “Birdy” hadir dalam acuan muzik serupa tetapi dengan cerita hidup yang lebih terisi matang.

Album ini dibuka dengan sebuah melodi yang cukup membahagiakan saya. Penghasilan lagu begini tidak sukar untuk saya senang dengan Pamungkas. “A Day That Feels Better” menjadi pembuka yang cukup lembut dan membuai. Cerita Pam di lagu ini lebih bahagia Headline from this day on / you’re all the one I want / And the warmth you bring, it’s glowing on me.

Kelebihan Pamungkas dalam berkarya adalah dia tahu membuatkan lagu-lagunya biar berasas melodi yang biasa kita dengar tetapi dikemaskan dengan produksi muzik yang sangat berkualiti. Hal ini anda boleh dapat dalam lagu seperti “Beep”, “Purple Sigh” dan “Jealousy”.

Album ini bergerak sangat baik daripada satu trak ke trak yang lain. “I Got to Get You” mengikat pendengaran saya. Pamungkas lebih beremosi di lagu ini. Melankolik seorang Pamungkas disempurnakan penulisan liriknya yang bagai membaca teks puisi yang cukup indah yang benar-benar membuat saya larut dengannya.

But then there is you
The pure
The calm
The hope

It’s always you
The sad
The joy
The difference

It’s always you
The gold
The blue

Mendengarkan Pamungkas saya kira perlu sedikit kebutuhan tinggi untuk mengenalnya. Muziknya sejujurnya bukanlah datang dengan komposisi yang mudah mengikat tetapi jika anda membaca teks liriknya sambil mendengarkan setiap isi lagu di album ini, “Birdy” akan begitu meresap dengan sepenuh jiwa.

“Trust Me With This (Mama)” antara penghasilan cemerlang Pamungkas di album ini. Ilham Folk di lagu ini cukup moden dengan killer chorus nya membuatkan ia antara yang paling kuat mengisi “Birdy” sebagai sebuah album yang baik.

Mendengar Pamungkas harus beriring bacaan penulisan liriknya kerana hanya mahu berpandu melodi mungkin anda akan cepat lelah. Lirik menjadi senjata Pam dalam mengikat saya hampir pada semua lagu.

Album ini ditutup dengan sangat baik menerusi “Begin Again” yang bergerak sebagai pesan setiap pengakhiran adalah satu permulaan baru yang harus kita terajui. Dan sekali lagi bait liriknya sangat menjerit perasaan yang mewakili jiwa-jiwa kita semua. “Everybody knows it’s not a fun thing / Everybody knows it’s hard to grow up” sebelum korusya “I have so much to think / I’ve got so much to feel inside / I’ve got so much questions / That no one seems to know.”

Mendengar album ini saya kira harus kosongkan ilham sama ada ia kesinambungan “Flying Solo” , “Walk The Talk” atau “Solipsism” jauh sekali membandingkan kerana “Birdy” bergerak berbeza di fasa hidup Pam yang berbeza dengan sebelumnya. Album ini sebuah keselesaan, keyakinan dan kematangan Pamungkas bergerak sebagai pemuzik.

Saya mengulang dengar album ini setiap kali memandu pulang dari bekerja, ditemani Pamungkas dalam rencananya bergerak sebagai sebuah album yang sangat sempurna di perjalanan. Anda juga harus cuba, ia akan menjadi wakil muzik yang sempurna sebagai sebuah album yang mengisi perjalanan panjang di lebuh raya yang jika diselang-seli itu liriknya menangkap jiwa memawa fikiran kita  bergerak, berfikir dan berimaginasi. Muzik lebih indah jika begitu bukan?

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Jiwa Radikal Isyana Sarasvati Dibebaskan Lagi, Kali Ini Dengan Single “My Mystery”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

10 Pop Terbaik Anita Sarawak

Hilangnya dari radar popular muzik tempatan meninggalkan rangkaian lagu-lagu popularnya untuk terus didengari dan diminatI berganti generasi. Anita Sarawak legenda muzik Pop yang sudah berdekad lamanya menghibur penggemarnya tidak saja di Malaysia malah seluruh Asia Tenggara.

Terakhir kali kelibatnya di Malaysia kira-kira lebih sepuluh tahun lalu pergi tanpa meninggalkan salam akhir yang hanya khabarnya didengar baru-baru ini yang dia masih sihat menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya serta sudah menghentikan langkahnya sebagai penghibur pentas.

Muzik Kita membawa refleksi Pop tebaik Anita Sarawak sepanjang dia bermuzik. Pelbagai jaluran muzik sudah dicuba – Melayu Asli, R&B, Dance, Pop, Joget sehingga Jazz, kami menyelongkar rangkaian Pop terbaik yang akan diingati dan didengari sepanjang zaman.

Lagu: Akhirnya Kini Pasti
Komposer / Lirik: Mazlan Hamzah / Johan Nawawi

Cukup ikonik dengan groove serta penampilkan attitude yang cukup sebati dengan jiwa Anita. “Akhirnya Kini Pasti” sebuah gerakan Pop terbaiknya yang akan sentiasa didengari. Antara naskhah tulisan melodi terbaik Mazlan Hamzah yang dipena liriknya oleh Johan Nawawi.

Lagu: Antara Yang Manis
Komposer / Lirik: Fauzi Marzuki / Amran Omar

Fauzi Marzuki antara Pop master di era 80-an dan 90-an yang banyak menghasilkan flavor baru Pop tempatan dengan pengaruh muzik barat. Penghasilan “Antara Yang Manis” satu daripada yang terbaik dihasilkannya. Hadir dalam pesona vokal Anita dan dibaluti muzik soulful hadir daripada tiupan sax Dave Koz.

Lagu: Cintamu Muzik Di Hatiku
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassam / Seri Bayu

Balada romantis ini menyerlahkan sisi lembut dalam nyanyian Anita Sarawak yang sangat dikenali sebagai penyanyi berkarakter. Melodi Adnan Abu Hassan ini terhasil dengan Soul yang tersendiri. Bait-bait liriknya juga cukup membuai dengan kata-kata manis dalam alunan cinta yang cukup diingati.

Lagu: Bisikanlah Cinta
Komposer / Lirik: Deddy Dores

Paling beremosi dalam banyak-banyak lagu nyanyian Anita. Lagu in cukup meruntun jiwa seawal petikan piano awal sebelum memasiku verse dan korus yang memberi momentum muzik yang cukup membuat kita melayang. “Walau kini jauh, kesetiaan ini hanya untukmu…”

Lagu: Lagu Cinta Kita
Komposer / Lirik: Fauzi Marzuki / S.Amin Sahab

Sebuah lagu cinta yang fun and young! Lagu ini hadir dengan feel R&B juga Soul yang cukup sesuai dengan pukauan vokal Anita. Korusnya yang cukup cheeky begitu mengena dengan nyanyian Anita yang penuh attitude.

Lagu: Bercanda Di Pasiran Pantai
Komposer / Lirik: M.Nasir / S.Amin Sahab

Lagu yang dimuatkan dalam album Sudirman ini menjadi antara kolaborasi Anita yang paling popular sekali. Sensualiti dalam lagu ini tentang asmara dua sejoli dipersembahkan cemerlang Anita dan Sudir dalam mentafsir maksud lirik yang ditulis. Keserasian mereka memercikkan melodi keghairahan dalam Pop tempatan.

Lagu: Tragedi Buah Epal
Komposer / Lirik: Ithinx

Sebuah lagi Pop yang penuh attitude dan energetic daripada Anita. Antara all time favorite saya, lagu terhasil sebagai sebuah Pop yang cukup matang mentafsir peralihan muzik Anita di era 80-an ke era 90-an. Ciptaan mellodinya moden dengan penulisan lirik penuh perlambangan.

Lagu: Cinta Nan Satu
Komposer / Lirik: Mazlan Hamzah / Amran Omar

Komposisi Balada Mazlan Hamzah sentiasa hadir dalam persembahan muzik yang cukup mahal bunyinya. “Cinta Nan Satu” antara yang terbaik pernah ditulis komposer juga penyanyi ini. Dipersembahkan oleh Anita dengan penuh sederhana, feel dan sebutannya dalam memberi makna dalam isi cerita begitu dirasai. Lembut dan membuai.

Lagu: Asmara
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan / Amran Omar

“Asmara” menjadi anthem Balada 90-an Anita. Di era ini muziknya lebih moden dan banyak berarah pada pasaran Balada juga Pop yang banyak di Barat tanpa terikat dengan ilham Balada mendayu tempatan. Antara hits terbaiknya sehingga hari ini.

Lagu: Sangkar Berduri
Komposer / Lirik: M.Nasir / S.Amin Sahab

Antara komposisi M.Nasir yang cukup unik. Pop Melayu dibaluti Bossa dan Jazz di tengah lagu menghasilkan sesuatu yang berbeza. Vokal Anita cukup strong di lagu ini membentuk satu pengalaman mendengar Pop tempatan yang sedikit berbeza ketika diedarkan.


ARTIKEL BERKAITAN

Seloka Pop “Seha” Dalam Persembahan Solonya

Highlight, Review, Terkini,

Membikin Remuk Hati Yang Rawan, Sang Dewi Hadir Merenggut Rasa Lewat Persembahan Agung “Stil Learning”

Lagu: Still Learning
Artis: Titi DJ
Komposer / Lirik: Titi DJ / Vega Antares / Ibani Pandean
Produser: Titi DJ / Answer Project

Saya mungkin bias setiap kali menulis tentang Sang Dewi yang satu ini but she never did wrong. Sejak bermuzik di era 80-an dan mengenalinya menerusi lagu “Ekspresi” sebelum kembali mendengar album-album lamanya, Titi DJ sudah menjadi all time favorite saya since pertama kali mendengarnya di era 90-an.

Sejak itu satu per satu album dihasilkan dengan hits yang pelbagai, she evolved dengan persembahan muzik yang mengikut peredaran masa dan cukup terbuka untuk bekerjasama dengan bakat-bakat baru muzik Indonesia tanpa perlu menyekat kebebasan dalam muzik jauh sekali untuk terlalu menjaga eksklusiviti yang tidak perlu.

Awal tahun ini Tulus menulis “Hati-Hati di Jalan” yang membuah ilham penggemar Titi DJ dengan menulis isngkatan lagu tersebut sebaga TITIDJ (haTi-haTiDiJalan) memaksa keringat kreatifnya membawa jawapan kepada balasan untuk lagu Tulus tersebut dengan menghasilkan “To Lose” (Refleksi nama Tulus).

Dan saya kira dia hanya akan diam di situ namun langkah bermuziknya dan buah idea di benak fikirnya bersama batalion muziknya bergerak laju menghasilkan sebuah lagi rendisi kepada lagu “To Lose” dengan penghasilan “Still Learning” dalam senuah pengalaman berbeza.

“Still Learning” terhasil dalam melodi serupa yang kemasan muziknya lebih grand bersama iringan string Budapest Scoring Orchestra disusun oleh Alvin Witarsa yang banyak terlibat dalam pembikinan skor muzik filem Indonesia seperti Gundala, My Stupid Boss dan Bumi Manusia.

Berbeza dengan apa yang dipersembahkan dalam versi sebelumnya, lagu ini bergerak sebagai sebuah pelayaran perasaan yang lebih dalam dan membuai. Lirik lagu ini diubah di beberapa bahagian dengan pengisian yang menjadikan lagu ini lebih sayu.

Bait termahal di lagu ini “Bagai makan buah simalakama, Terus atau putus sedihnya setara” – metafora buah simalakama yang membawa maksud ditelan mati emak diluah mati bapa menggerakkan “Still Learning” menjadi sebuah naskhah yang cukup unik dan asli.

Semakin lagu ini ke hujung perjalanannya, emosi dalam kemasan string lagu ini semakin membuat saya larut. Bait akhir yang dialun Titi DJ mengisi lengkap bagi menyempurnakan lagu ini sebagai sebuah naskhah yang cukup mahal sifatnya. Saya melayang, melarut dan terbuai dalam adikarya ini.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Titi DJ Merealisasikan Netizen Dream Project Menerusi “To Lose”

Highlight, Review, Terkini,

Amir Alif Menulis Kesinambungan Lover Boy Menerusi “Let’s”

Lagu: Let’s
Artis: Amir Alif
Komposer / Lirik: Amir Alif / Amrita Soon

Nama Amir Alif dalam pasaran muzik Urban Pop tempatan tidaklah terlalu asing sekali pun tidaklah terlalu besar skop pendengarnya namun Alif setidaknya sudah memiliki lagu-lagunya sendiri yang boleh dia banggakan.

Terakhir kali merilis single pada tahun 2020 dengan pertaruhan “Lover Boy”, lagu tersebut perlahan-lahan membawa nama Alif semakin dikenali dan kelibatnya semakin dirasai dalam pasaran muzik tempatan.

Berbekal ilham Pop semasa yang pastinya banyak terilham daripada apa yang banyak di pasaran global, Amir menerusi lagu-lagunya bergerak ke depan dengan ilham yang current.

Hal ini sekali lagi dibuktikan dengan penghasilan single terbarunya “Let’s” yang siap beredar di semua gedung muzik digital sejak minggu lalu.

Lagu yang ditulis sepenuhnya Alif bersama Amrita Soon ini bergerak bebas dengan ilham Pop yang sinonim dengan apa yang sering dia persembahkan sebelum ini.

Terhasil dalam melodi yang cukup catchy dengan kemasan muzik yang kekinian, “Lets’s” menjadi kesinambungan idea “Lover Boy” yang pasti akan sangat mudah diterima. Irama ciptaannya ringan dan mudah meresap pendengaran.

Tiada apa yang terlalu rumit dalam persembahan keseluruhan, “Let’s” tampil sederhana dan memiliki daya pemikat yang tersendiri. Saya kira lagu ini pasti mampu mencuri perhatian pendengar tempatan yang gemarkan Troy, Lauv atau Lany.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Setelah Dua Tahun Mendiam Monita Tahalea Kembali Dengan “Berlalu”

Highlight, Review, Terkini,

Pesan Self-Love Idgitaf Diteruskan Lagi Menerusi “Satu-Satu”

Lagu: Satu-Satu
Artis: Idgitaf
Komposer / Lirik: Brigita Meliala
Produser: Michael Rodovan / Ricco

Idgitaf sudah bergelar bakat pelapis yang semakin disenangi penggemar muzik Indonesia dengan barisan hits seperti “Takut”, “Terpikat Senyummu” dan “Hal Indah Butuh Waktu Untuk Datang”.

Lagu-lagunya ditulis dalam persona lirik yang cukup dekat dengan jiwa-jiwa pendengar muda khususnya. Dia bercerita menerusi pengamatan juga pengalaman saya kira membuatkan semuanya terhasil penuh kejujuran.

Melodi “Terpikat Senyummu” akan sentiasa menjadi kegemaran saya kerana kejujuran yang saya nyatakan tadi benar-benar dirasai menerusi lagu tersebut. Sungguh syahdu tanpa perlu terlalu menjadi mendayu.

Setelah melepas EP “Semoga Sembuh” awal tahun ini, Idgitaf tidak mahu melangkah perlahan. Dia terus mahu mengikat pendengarnya dengan karya-karya baru. Makan terhasillah lagu berjudul “Satu-Satu”

Dengan sekali pendengaran saya sudah menyukai lagu ini. Cukup catchy dengan korus yang hadir dengan hook yang sangat baik. Sekali penulisan lirik Idgitaf sangat membantu pendengar untuk sentiasa senang dengannya.

Bait seperti “Aku sudah tak marah walau masih teringat” sebelum disambung dengan “Semua yang terjadi kemarin, Jadikan ku yang hari ini.” ditulis dengan penuh humanisme dalam gaya bahasa yang santai namun mengesanjan.

Idgitaf sering membawa pesan self-love dalam lagu-lagunya. Dan sekali lagi menerusi “Satu-Satu” membawa pesan serupa untuk pendengarnya sentiasa melepaskan hal-hal yang tidak mampu kita kawal atau miliki. Dan saya kira inilah keistimewaan bakat muda ini dalam terus memikat pendengar.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Jiwa Radikal Isyana Sarasvati Dibebaskan Lagi, Kali Ini Dengan Single “My Mystery”

Highlight, Review, Terkini,

Kelibat Andira Kembali Menerusi “ARIES”

Lagu: Aries
Artis: Andira
Komposer / Lirik: Andira Utami
Produser: Rishanda Singgih

Andira yang saya kenali ketika dia merilis debut “What I Love” sebuah album Pop yang diramu dengan adunan Jazz menghadirkan hits seperti “Menghilang” yang diproduksi LaleIlmanNino sebagai pertaruhan manis memperkanalkan namanya di pasaran muzik Indonesia.

Personanya menerusi album tersebut benar-benar mengingatkan saya pada sosok senior Andien dan Andira hadir seperti biasan kelahiran baru Andien dengan ilham muzik yang serupa. Vokal merdu manisnya menerusi lagu-lagu seperti “Mimpimu Akan Nyata”, “Menjadi Milikmu” dan “Misteri Tentang Rasa” membuatkan Andira menyerlah dengan caranya tersendiri.

Kelibat Andira setelah itu buram daripada radar rilis Indonesia. Tiada lagi lagu-lagu baru setelah itu sehinggalah di tahun 2021 dia menzahirkan sebuah lagu berjudul “Jatuh Yang Sejatuhnya” dengan penampilan suara yang lebih matang, lebih sedap dinikmati halwa telinga.

Andira kembali menyusun langkah dengan pengedaran sebuah lagi lagu awal tahun ini berjudul “Raining Diamond Gleaming” sebelum April lalu mengedarkan lagu berjudul “Aries” sebagai siren yang dia sudah siap untuk benar-benar kembali menghiburkan penggemar muzik Indonesia.

“Aries” hasil ciptaan sepenuhnya Andira bersama produksi muzik Rishanda Singgih hadir seiring kematangan bermuziknya. Lagu ini hadir dalam feel Pop R&B dengan pengaruh Balada Synth Pop era 80’s  yang begitu menyenangkan sekali penghasilannya.

Ada ketenangan dalam persembahan vokal Andira yang menjadikan lagu cukup personal sekali. nyanyiannya sederhana namun begitu dirasai emosinya yang dibaluti sempurna melodi dan lirik yang siap tercipta menerusi “Aries”. 

8.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Soulful Sivia – Dewasa Dalam Pesona “Suara” 

Highlight, Review, Terkini,

Dimensi Baru Hanin Dhiya Dalam Persembahan “Kembalilah Padanya”

Lagu: Kembalilah Padanya
Artis: Hanin Dhiya
Komposer / Lirik: Marco Steffiano / Joshua Kunze / Adrian Rahmat Purwanto / Hanin Dhiya / Jessilardus
Produser: S/EEK

Hanin Dhiya antara bakat muda yang saya kira sudah selesa mencipta namanya untuk benar-benar diyakini penggemar muzik Indonesia. Dengan jumlah pendengar melebihi 1.2 Juta di Spotify langkah bermuziknya konsisten dengan penghasilan lag-lagu baru, kolaborasi bersama pemuzik lain serta penghasilan album.

Hari ini lebih lima tahun menyusun langkah sebagai penghibur yang sudah menghiburkan jutaan pendengar, Hanin Dhiya melebarkan jaluran bermuziknya dengan sebuah lagi lagu baru yang memberi dimensi berbeza dalam kembara bermuziknya.

“Kembalilah Padanya” sebuah karya kolaborasi S/EEK terhasil dalam asas Balada lembut yang dikemaskan dengan susunan muzik yang cukup current dengan feel lo-fi memercikkan sesuatu yang segar dalam menikmati muziknya.

Hanin Dhiya menerusi lagu ini memikat saya seawal lagu ini dibuka lagi. Kemasan muzik S/EEK benar-benar membawa muzik Hanin ke tahap yang berbeza dan membanggakan. Nuansa Pop begini memberi kelebihan untuk suara dan feel Hanin lebih menyerlah.

Kelembutan dalam pengucapan dan penyampaianny sangat baik kali ini. Mendengarkan lagu ini membuatkan saya semakin menyenangi Hanin yang baru ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kolaborasi Manis Teza Sumendra & Marion Jola Lewat Single “Jatuh Cinta”