#RetrospektifMuzik,

Menyemak Katalog Rock Kapak – Desire, Loving Born, Zodiak & Alfa

Kebangkitan kugiran Rock “Search”, “Wings”, “May” dan “Lefthanded” di era 80-an sehingga 90-an telah memberi inspirasi bagi ramai anak muda ketika itu untuk mengikut jejak kejayaan nama-nama besar ini.

Percaturannya ada yang menjadi ada juga yang tidak dan ada juga yang jika disebut hari ini hampir tiada yang pernah mengenal. Antaranya kumpulan “Alfa”, “Zodiak” dan “Loving Born” (Kecuali anda memang penggemar tegar rock tempatan).

Mungkin yang paling dirasai kemunculan sementaranya adalah kumpulan “Desire” yang singgah dengan hits seperti “Bias Cinta” yang yang diedarkan pada tahun 1989 menerusi album kedua mereka berjudul “– + × ÷” yang juga sempat menerima anugerah Gold Disc atas penjualan album yang mendapat sambutan cukup baik.

Sempat menzahirkan 3 buah album bersama label Polygram, Kumpulan Desire seperti kugiran muzik yang lain juga melalui transisi perubahan anggotanya. Dengan pengunduran dan diganti ahli baru, Desire cuba untuk bertahan dalam pasaran muzik namun langkah mereka terhenti di album ketiga.

Album terakhir yang beredar di tahun 1990 mengambil judul “Kata Kata Kata” mengubah landskap muzik Rock mereka dengan elemen Blues yang diterapkan namun gagal mendapat perhatian pendengar.

Kugiran ini menghetikan langkah dalam merakamkan album setelah kontrak rakaman tamat dan syarikat Polygram ketika itu juga mengalami masalah dalaman. Kelibat mereka dalam penghasilan album baru hanya terhasil pada tahun 2007 dengan judul “Puteri Saadong” yang juga kurang dirasai kehadirannya.

“Loving Born” sebuah lagi kugiran Rock muncul di era 80-an yang mencuba nasib mencuri perhatian pendengar muzik ketika itu. Transisi muzik Rock yang harus siap bersaing dengan pasaran muzik lebih Urban Shiela Majid, Fairuz Hussein dan beberapa nama lain ketika itu sedikit sebanyak mengganggu gugat kehadiran mereka.

Dengan menggunakan pendenkatan serupa – elemen Rock dan Balada disatukan menjadikan ilham Rock Kapak mereka begitu sinonim dengan apa yang telah sedia ada di pasaran muzik ketika album mereka diedarkan.

Dua album dizahirkan pada tahun 1988 dengan judul “Insaf” dan “Kekalkan”- muzik “Loving Born” lebih kuat esen muzik Balada Mendayu yang disatukan dalam keras riff gitar dalam setiap lagu mereka. Penulisan lirik mereka juga jenis yang meleweh-leweh.Hal ini jelas dalam lagu seperti “Kau Hancurkan Cinta”.

“Zodiak” sebuah lagi percubaan dalam menambah isi cerita sejarah muzik Rock tempatan di era 80-an namun menyinggah sebentar hanya dengan penerbitan sebuah album sahaja.

Kugiran berasal dari Kelantan ini menerbitkan album berjudul “Bintang Hati” terbitan syarikat rakaman EMI dengan penghasilan lagu-lagu yang dicipta sendiri tanpa nama besar komposisi Rock tempatan yang lain. Keyakinan mereka menawan pasaran muzik tempatan ketika itu tidaklah berhasil namun percubaan mereka masih diingati penggemar muzik Rock tempatan.

Lagu seperti “Kalahari” dan “Detik Yang Berlalu” banyak persamaan dengan apa yang dihasilkan kumpulan May ketika muncul di era serupa yang sekali lagi menyukarkan nama Zodiak untuk menyerlah di pasaran muzik semasa ketika itu. Persaingan yang sangat sengit harus ditempuhi sebelum mampu meneruskan perjalanan yang tergendala.

Kugiran-kugiran ini sempat menyinggah dalam pasaran muzik tempatan yang pastinya berjaya memikiat pendengar mereka tersendiri. Biar tidak lama hayatnya setiap satu kugiran ini pastinya sudah memeriahkan kegemilangan muzik Rock Kapak tempatan.

Lagu-lagu mereka kini siap dimuatnaik secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”. Dengarkan kesemua rangkaian lagu-lagu Desire, Loving Born dan Zodiak.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Pop Ballad Malar Segar KRU 

Terkini,

Borneo Jazz 2022 Bakal Kembali Jun Ini

Melepasi fasa pandemik Covid-19 yang sebelum ini menyekat banyak aktiviti seni pentas menghentikan seketika perjalanan Borneo Jazz selama dua tahun untuk terus berjalan. Tahun ini festival muzik ini kembali meraikan pemuzik Jazz serata dunia di satu destinasi buat menghibur semua penggemar muzik secara langsung.

Menurut Pengarak Artistik The Borneo Jazz Festival, Evelyn Hii – festival yang diraikan lebih 17 kali penganjurannya ini akan kembali memberi keterujaan buat semua peminat muzik dan bakal menjadi festival muzik terpanjang di Asia Tenggara.

Mengambil tema “Jazz In The Jungle” festival tahun ini akan dilangsungkan pada tarikh 24 sehingga 26 Jun 2022 selama 3 hari berturut-turut yang mengambil lokasi di Coco Cabana Marina Bay, Miri, Sarawak.

Diuruskan oleh No Black Tie Presents, festival tahun ini akan menyaksikan pertembungan pelbagai jaluran muzik Jazz, Hip-Hop dari Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, German, Itali dan negara-negara lain. Acara ini turut mendapat kerjasama Sarawak Arts Council’s Pop Jazz Orchestra (SONS) dan Sarawak Tourism Board.

Antara pemuzik yang bakal mengambil pentas Borneo Jazz tahun ini ialah Bunga (Malaysia), Gecko & Tokage (Jepun), Afro Asia (Amerika Syarikat), Asiabeats dan ramai lagi. Tiket sudah mula dijual sejak beberapa bulan lalu dengan tontonan secara langsung juga pas virtual turut disediakan.

Untuk info pembelian tiket boleh didapati di https://jazzborneo.com/tickets-info/


ARTIKEL BERKAITAN

Groove & Soul Ruffedge Bakal Dipentaskan di Dewan Filharmonik PETRONAS

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Manis Teza Sumendra & Marion Jola Lewat Single “Jatuh Cinta”

Lagu: Jatuh Cinta
Artis: Marion Jola & Teza Sumendra
Komposer / Lirik: Harry dE Frates / Kenny Gabriel / Marion Jola / Teza Sumendra
Produser: Kenny Gabriel

Saya mungkin antara yang terlalu lama menantikan Teza Sumendra merakamkan lagu Pop dan keluar seketika daripada pasaran muzik Urban R&B yang dibawanya selama ini. Bukan kerana ia tidak bagus tetapi saya kira Teza itu akan sangat lebih berjaya dengan pasaran muzik yang lebih luas jika menembus pasaran Pop.

Kolaborasi yang sedia ada kebanyakannya juga bersama nama-nama pasaran muzik Urban seperti Soundwave memberi sentuhan muzik dengan sebuah sudut pandang berbeza anda melihat pasaran muzik Indonesia. Pengalaman berbeza yang ditawarkan dalam muziknya mungkini sesuatu yang niche namun diperlukan dalam mraikan kepelbagaian bermuzik.

Jadi di saat mengetahui Teza membuka hati dalam projek istimewa runut bunyi “Keluarga Cemara 2” ini saya antara bahagia menyambut perkhabaran ini dan lebih menggembirakan ia adalah sebuah kolaborasi bersama bintang Pop handalan Marion Jola yang sentiasa hadir dengan hits meganya.

“Jatuh Cinta” sebuah rakaman semula yang digubah dengan sound yang cukup current sekali. Kemasan muzik Kenny Gabriel menyuntik elemen R&B Pop menjadikan lagu ini terhasil sebagai sebuah pengalaman baru mendengarkan lagu yang total baru tanpa perlu mengusik ubah melodi asalanya tetapi ditinggikan standard muziknya ke tahap yang cukup baik.

Sifat lagu ini yang cukup dekat dengan ilham Pop Marion Jola tidak kedengaran canggung pabila dibalas pesona suara Teza. Kolaborasi ini saya kira datang sebagai sebuah kejutan manis Pop Indonesia. Melodinya cukup catchy dengan bait lirik yang ditulis dengan cukup menarik sekali.

Seawal ia dibuka dengan “Dari manakah datang datangnya lintah, Darilah sawah turun turun ke kali.” sudah menawarkan pesona untuk mengikat pendengar melayani lagu ini ke hujungnya. Lagu ini saya kira tidak sukar untuk menembus pendengaran nusantara.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Soulful Sivia – Dewasa Dalam Pesona “Suara” 

Terkini,

Groove & Soul Ruffedge Bakal Dipentaskan di Dewan Filharmonik PETRONAS

Berawal di penghujung 90-an Ruffedge bergerak secara underground meniti kedewasaan sebagai pemuzik Hip-Hop R&B yang perlahan-lahan diterima cukup meluas di era 2000 sehingga hari ini sudah mencipta sebuah kejayaan sebagai grup R&B Hip-Hop tempatan yang cukup dikenali.

Biar ada pasang surutnya bergerak secara berkumpulan dengan kelibat yang kadang ada dan tidak, nama mereka masih diingati dan lagu-lagu popular semasa mereka masih dimainkan. Siapa sahaja boleh melupakan groove “Tipah Tertipu” dan “Tiada Lagi Cinta” selain soulful Ballad “Bila Rindu”.

Kesemua lagu-lagu ini menjadi anthem karier muzik mereka sehingga hari ini. Melengkapkan kembara bermuzik sudah pastinya sebuah persembahan secara langsung dalam skala besar sentiasa dinantikan penggemar mereka.

Dan setelah melepasi fasa pandemik yang melepaskan banyak peluang untuk mereka dekat dengan peminat-peminat maka tahun ini bakal mencipta satu lagu sejarah mengutus erat silaturrahim penggemar mereka menerusi sebuah konsert.

Konsert yang diberi nama “Ruffera” ini bakal dipentaskan di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 2 Julai 2022 (Sabtu) dengan harga tiket bermula RM200 sehingga RM360. Untuk tempahan dan info lanjut mendapatkan tiket hubungi 03-23317510 / 7511 /7522 atau melalui emel boxoffice@dfp.com.my


ARTIKEL BERKAITAN

Kemeriahan Syawal Di Pentas Dewan Filharmonik PETRONAS

Highlight, Review, Terkini,

Jiwa Radikal Isyana Sarasvati Dibebaskan Lagi, Kali Ini Dengan Single “My Mystery”

Lagu: my Mystery 
Artis: Isyana Sarasvati
Komposer / Lirik: Isyana Sarasvati
Produser: Kenan Loui

Menjadi pemuzik itu seharusnya menjadi satu ruang untuk setiap pengkarya bebas dalam bermuzik. Pertaruhan muzik itu tidaklah haru sterlalu menurut apa yang pendengar mahukan sahaja tetapi ia beriring tanggungjawab meninggikan pemikiran dan citarasa muzik dalam masyarakat.

Ruang bebas ini diambil sepenuh tanggungjawab oleh Isyana Sarasvati, yang berawal sebagai sosok pemuzik dengan bingkisan Pop yang cukup manis lewat “Keep Being You” dan menjadi wanita yang cukup dewasa dengan muzik Klasikal, Progressive Rock yang datang dengan penuh kejutan.

Setelah menghadirkan “Lexicon” sebuah album Klasikal yang ditunjang produser muzik Kenan Loui, dia semakin selesa dengan pertaruhan muzik begini sebagai lambang kedewasaannya bergerak sebagai pemuzik. Single “Il Sogno” menyusul setelah “Lexicon” diteruskan lagi dengan sebuah karya yang semakin keras dan bebas.

“my Mystery” pertaruhan terbaru yang melepaskan jiwa radikalnya dalam bermuzik. Terhasil dalam paduan muzik Rock yang lebih progresif mengembalikan ingatan saya pada kugiran wanita berkerudung – Voice of Baceprot  yang mengendong ilham serupa dalam muzik mereka.

Isyana saya kira bijak dalam merangka kembaranya dalam bermuzik yang tercipta untuk dikenang saat andai kata dia mahu mengundurkan diri daripada bidang muzik satu hari nanti, kesemua lagu-lagunya akan menjadi bahan bicara yang sangat menarik untuk dikaji.

Diskografinya bergerak dalam fasa yang berbeza dan cukup menarik jika diingatkan kembali. Setelah fasa solo dia bergerak dengan projek kolaborasi bersama Afgan dan Rendy Pandugo yang memberi impak cukup besar sebelum kemudiannya bergerak dalam sisi muzik Klasikal yang menjadikan perjalanan muziknya nyata berbeza dengan bakat-bakat lain yang ada.

“my Mystery” pastinya menjadi salah satu lagi naskhah yang saya kira terhasil cukup personal baginya. Lagu ini mungkin sebuah representasi dirinya yang seperti apa dia mahu pendengar lihat dan bicarakan tentangnya. Dan biar ia agak sukar untuk pendengar biasa, lagu ini akan pasti meresap perlahan sebelum benar-benar membuat kita jatuh suka.

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pertembungan Metal & Kerudung Voice of Baceprot

Highlight, Review, Terkini,

Soulful Sivia – Dewasa Dalam Pesona “Suara” 

Lagu: Suara
Artis: Sivia
Komposer / Lirik: Sivia Azizah / Iwan Popo
Produser: Iwan Popo

Bergeraknya Sivia Azizah atau lebih dikenali sebagai Sivia sebagao bakat R&B Indonesia sememangnya satu langkah cukup berani. Hadir sebagai persona berhijab dalam pautan Soul, Gospel dan Blues yang dibawakan dengan caranya yang tersendiri menyuntik satu pengalaman baru menikmati muzik Indonesia.

Awal mencuri perhatian sekitar tahun 2019 menerusi single “New York” dan “Storm” sebelum muncul dengan album penuh berjudul “Love Spells” pada tahun 2020, dia terus perlahan-lahan membuka mata, telinga dan hati pendengar muzik nusantara dengan ketersendiriannya bermuzik.

Terakhir kali mengedar EP berjudul “Camellia” tahun lalu, Sivia muncul kini dengan pesona baru menginjak kedewasaan sebagai seorang wanita secara menyeluruh. “Suara” menjadi pertaruhan terbarunya yang mengangkat isu berbeza luar daripada ceritera cinta sesama manusia.

Terhasil dalam penulisan lirik ketuhanan yang disusun cukup humanisme dalam bait-bait kemas berisi. Masih kental dalam feel Soul dengan pengaruh muzik Gospel, Sivia menongkah arus dalam tipikal lagu ketuhanan yang senantiasa hadir mendayu dengan menghasilkan sesuatu yang lebih segar di lagu ini.

Penulisan liriknya cukup menarik. Bait terbaik di lagu ini “Di setiap lima pilar ku, Berserah kepada-Mu” – sebuah ungkapa penyerahan terbaik yang pernah saya baca dalam mana-mana penulisan lirik lagu religi.

Persembahan vokal Sivia tidak pernah mengecewakan. Di lagu ini air lagunya berjalan baik dan cukup kemas. Setiap runs yang dia lakukan kedengaran cukup natural without have to showing off.  Tiada jeritan tiada adlib yang tidak diperlukan (Satu hal yang penyanyi Malaysia kurang ada).

“Suara” saya kira akan begitu memuaskan hati penggemarnya. Lagu ini a major repeat mode.

9.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mengikut Rentak Baru Afgan Menerusi “So Wrong But So Right”

Highlight, Review, Terkini,

Setelah Dua Tahun Mendiam Monita Tahalea Kembali Dengan “Berlalu”

Lagu: Berlalu
Artis: Monita Tahalea
Komposer / Lirik: Yoshua Gian / Monita Tahalea / Bayu Risakotta
Produser: Hook

Kesederhanaan Monita Tahalea itu saya kira tidak hanya pada keperibadiannya namun caranya merencana karier bermuzik yang sudah berusia lebih sepuluh tahun dengan cukup utuh beriring cara yang cukup tersendiri.

Tanpa perlu mengikut template muzik semasa yang memerlukan itu dan ini untuk menjadi bahan bicara atau ikutan, dia menjalani sahaja kembara muziknya dengan seadanya. Namun tidak berbekal kualiti yang biasa, semuanya terhasil dalam satu persembahan muzik yang cukup tinggi nilainya.

Terakhir kali menzahirkan sebuah album penuh pada tahun 2020 di kala pandemik melanda dunia, dia menghadirkan sebuah kedamaian di balik kegelapan dengan menghadirkan “Dari Balik Jendela” yang menghadirkan 10 lagu dalam nuansa Folk dan Pop.

Berehat seketika daripada melagukan karya-karya terbaru, Monita Tahalea tahun ini kembali dengan sebuah hadiah istimewa buat penggemarnya dengan sebuah single berjudul “Berlalu” karya Yoshua Gian dan dia sendiri.

Terhasil dalam sebuah nuansa biasa yang sering membuat kita senang dengan persembahan muziknya, lagu ini terhasil cukup menyenangkan sekali dalam barisan lirik yang sedih sebetulnya.

Bait-bait sedih ini dibaluti melodi yang santai tanda melepaskan dengan terbuka akan hal yang lepas. Melodi lagu ini sangat mengikat seawal pertama kali mendengar dan kesederhanaan nyanyian Monita menjadikan ia sebuah track yang cukup manis untuk dinikmati.

8.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kolaborasi Tak Diduga Rendy Pandugo & Pamungkas Menerusi “Friends”

Highlight, Review, Terkini,

Melayani Kemasan Baru Rakaman Ulang AADC Isyana & Gamaliel

Lagu: Ada Apa Dengan Cinta
Artis: Isyana & Gamaliel
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw
Produser: Kenan Loui

Pasaran muzik Indonesia akhiran ini semakin meninggikan lagu-lagu terdahulu yang dirakam ulang penyanyi masa kini dengan rendisi baru yang segar mencuri perhatian pendengar yang rata-ratanya datang daripada generasi baru.

Setelah Rossa merakam ulang lagu Glenn Fredly “Sekali Ini Saja” juga Ziva Magnolia merakam semula lagu Marcell “Peri Cintaku” dan Rizky Febian dengan rakaman semula “Salah” persembahan asal kuympulan Potret kini giliran Isyana Sarasvati dan Gamaliel pula.

Rencananya merakamkan semula “Ada Apa Dengan Cinta” yang dihasilkan dengan lebih dramatik kemasan muzik yang dilakukan kedua-dua penyanyi ini bersama produser Kenan Loui yang banyak terlibat dengan projek Klasikal Pop Isyana.

Lagu ini bergerak cukup baik saya kira di tangan Isyana yang memberi pengalaman menikmati kemasan muzik baru AADC yang cukup ditinggikan standard muziknya. Persembahan vokal Isyana top notch, saya leka terbuai seawal dia membuka lagu ini sehingga keseluruhan persembahan.

Saya cuma agak terganggu dengan persembahan Gamaliel yang agak over do di beberapa bahagian. Nyanyiannya jika lebih rileks lebih baik sebetulnya dan itu hal yang harus ada pada penyanyi lelaki, tidak perlu terlalu bermacam-macam warna dalam persembahan vokal, hanya perlu kemas dan manly.

Hal ini yang ada pada Tulus saya kira. Nyanyiannya simple but sampai dan hal ini yang membuatkan ramai yang mendengar lebih senang dan dekat dengannya. Hal ini juga yang saya kira membuatkan Gamaliel agak niche pasaran muziknya dan agak kurang digemari.

Saya hanya mampu membayangkan betapa indahnya lagu ini dipersembahkan secara solo oleh Isyana yang sangat sempurna untuk mengisi persembahan keseluruhan “Ada Apa Dengan Cinta” versi terbaru ini.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mengikut Rentak Baru Afgan Menerusi “So Wrong But So Right”

Highlight, Review, Terkini,

Mengikut Rentak Baru Afgan Menerusi “So Wrong But So Right”

Lagu: So Wrong But So Right
Artis: Afgan
Komposer / Lirik: Marco Steffiano / Joshua Kunze / Afgansyah Reza / Adrian Rahmat Purwanto
Produser: S/EEK

Afgan menginjak kedewasaan dengan citarasa baru bermuziknya yang nyata belih berarah pada estetika minatnya terhadap R&B yag lebih urban dan moden penghasilannya. Hal-hal ini sudah dibuktikan perlahan-lahan sejak dia mengedarkan album “SIDES” sehingga yang terakhir “Wallflower”.

Kemasan muziknya ternyata beralih jauh daripada nada popularnya meenrusi “Terima Kasih Cinta”, “Bukan Cinta Biasa” dan “Jodoh Pasti Bertemu” yang mengikut template muzik Indo Pop yang biasa kita dengar.

Dengan beriring kematangan usia bermuzik Afgan bergerak dengan cukup tersendiri. Terkini dia menghasilkan sebuah single terbaru bersama produser kolaborasi meningkat naik S/EEK dengan penghasilan single Inggeris berjudul “So Wrong But So Right”.

Terhasil dalam acuan muzik yang ternyata jauh daripada apa yang pernah ditawarkan sebelum ini, “So Wrong but So Right” pertama kali mendengar cukup mengingatkan saya pada muzik Rendy Pandugo atau Pamungkas yang banyak hadir dalam lilham begini. Indie dibaluti Pop yang catchy.

Persembahan vokal sederhana Afgan memberi kelebihan pada lagu ini untuk bergerak sendiri. Melodi lagu ini terhasil cukup baik saya kira cuma agak canggung kerana belum biasa mendengar Afgan di sisi begini. Namun ia bukan hal sukar untuk kita sebagai pendengar menyukainya kerana lagu ini bukanlah lagu yang berat.

Persembahan keseluruhannya masih Pop dan sedap didengar. Lagu begini saya kira akan lebih istimewa jika liriknya ditulis dalam bahasa Indonesia dengan gaya bahasa yang cukup cantik ia akan kedengaran lebih original.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kolaborasi Tak Diduga Rendy Pandugo & Pamungkas Menerusi “Friends”

Highlight, Review, Terkini,

Pantas Memanjat Carta Muzik Popular, Keisya Levronka Menyembuh Sepi di Single “Tak Ingin Usai”

Lagu: Tak Ingin Usai
Artis: Keisya Levronka
Komposer / Lirik: Mario G Klau
Produser: Tohpati

Bakat baru silih berganti pasaran muzik Indonesia menzahirkan cukup banyak nama baru yang masing-masingnya hadir dengan pesona yang tersendiri. Alunan Balada lembut sentiasa menjadi pertaruhan terbaik mengikat juga memikat pendengaran penggeamar muzik seberang.

Hadir seorang lagi bakat yang masih hijau mencuri perhatian dalam pasaran muzik, mengembalikan nama Keisya Levronka setelah dua tahun vakum daripada menghasilkan sebarang single terbaru. Pernah mengahasilkan single “Tergesa” dan “Lagu Untuk Hari Ini” dia kembali lagi dengan lagu baru.

Single berjudul “Tak Ingin Usai” ciptaan sepenuhnya Mario G Klau ini datang dalam kelembutan melodi serta penyampaian Keisya yang cukup kemas persembahan suaranya. Penceritaan Keisya berjalan lembut di awal lagu sebelum momentumnya bergerak terus di hujung lagu.

Komposisi Mario G Klau yang menadapat sentuhan kemasan muzik Tohpati ini terhasil cukup kemas membuai. Transisi muzik di lagu ini berjalan dalam kesayuan yang cukup dirasai di awal verse pertama sehingga korus akhir lagu ini.

Keisya antara bakat muda yang ada vokal tersendiri. Dalam beberapa bahagian di lagu ini sangat dirasai ciri khas dalam persembahan nyanyiannya yang tiada pada penyanyi seangkatannya.

7.8/10


ARTIKEL BERAITAN

Kelangsungan Pop Mahalini Diteruskan Lewat Single “Kisah Sempurna”