
Lagu: Satu-Satu
Artis: Idgitaf
Komposer / Lirik: Brigita Meliala
Produser: Michael Rodovan / Ricco
Idgitaf sudah bergelar bakat pelapis yang semakin disenangi penggemar muzik Indonesia dengan barisan hits seperti “Takut”, “Terpikat Senyummu” dan “Hal Indah Butuh Waktu Untuk Datang”.
Lagu-lagunya ditulis dalam persona lirik yang cukup dekat dengan jiwa-jiwa pendengar muda khususnya. Dia bercerita menerusi pengamatan juga pengalaman saya kira membuatkan semuanya terhasil penuh kejujuran.
Melodi “Terpikat Senyummu” akan sentiasa menjadi kegemaran saya kerana kejujuran yang saya nyatakan tadi benar-benar dirasai menerusi lagu tersebut. Sungguh syahdu tanpa perlu terlalu menjadi mendayu.
Setelah melepas EP “Semoga Sembuh” awal tahun ini, Idgitaf tidak mahu melangkah perlahan. Dia terus mahu mengikat pendengarnya dengan karya-karya baru. Makan terhasillah lagu berjudul “Satu-Satu”
Dengan sekali pendengaran saya sudah menyukai lagu ini. Cukup catchy dengan korus yang hadir dengan hook yang sangat baik. Sekali penulisan lirik Idgitaf sangat membantu pendengar untuk sentiasa senang dengannya.
Bait seperti “Aku sudah tak marah walau masih teringat” sebelum disambung dengan “Semua yang terjadi kemarin, Jadikan ku yang hari ini.” ditulis dengan penuh humanisme dalam gaya bahasa yang santai namun mengesanjan.
Idgitaf sering membawa pesan self-love dalam lagu-lagunya. Dan sekali lagi menerusi “Satu-Satu” membawa pesan serupa untuk pendengarnya sentiasa melepaskan hal-hal yang tidak mampu kita kawal atau miliki. Dan saya kira inilah keistimewaan bakat muda ini dalam terus memikat pendengar.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Jiwa Radikal Isyana Sarasvati Dibebaskan Lagi, Kali Ini Dengan Single “My Mystery”