
Lagu: Still Learning
Artis: Titi DJ
Komposer / Lirik: Titi DJ / Vega Antares / Ibani Pandean
Produser: Titi DJ / Answer Project
Saya mungkin bias setiap kali menulis tentang Sang Dewi yang satu ini but she never did wrong. Sejak bermuzik di era 80-an dan mengenalinya menerusi lagu “Ekspresi” sebelum kembali mendengar album-album lamanya, Titi DJ sudah menjadi all time favorite saya since pertama kali mendengarnya di era 90-an.
Sejak itu satu per satu album dihasilkan dengan hits yang pelbagai, she evolved dengan persembahan muzik yang mengikut peredaran masa dan cukup terbuka untuk bekerjasama dengan bakat-bakat baru muzik Indonesia tanpa perlu menyekat kebebasan dalam muzik jauh sekali untuk terlalu menjaga eksklusiviti yang tidak perlu.
Awal tahun ini Tulus menulis “Hati-Hati di Jalan” yang membuah ilham penggemar Titi DJ dengan menulis isngkatan lagu tersebut sebaga TITIDJ (haTi-haTiDiJalan) memaksa keringat kreatifnya membawa jawapan kepada balasan untuk lagu Tulus tersebut dengan menghasilkan “To Lose” (Refleksi nama Tulus).
Dan saya kira dia hanya akan diam di situ namun langkah bermuziknya dan buah idea di benak fikirnya bersama batalion muziknya bergerak laju menghasilkan sebuah lagi rendisi kepada lagu “To Lose” dengan penghasilan “Still Learning” dalam senuah pengalaman berbeza.
“Still Learning” terhasil dalam melodi serupa yang kemasan muziknya lebih grand bersama iringan string Budapest Scoring Orchestra disusun oleh Alvin Witarsa yang banyak terlibat dalam pembikinan skor muzik filem Indonesia seperti Gundala, My Stupid Boss dan Bumi Manusia.
Berbeza dengan apa yang dipersembahkan dalam versi sebelumnya, lagu ini bergerak sebagai sebuah pelayaran perasaan yang lebih dalam dan membuai. Lirik lagu ini diubah di beberapa bahagian dengan pengisian yang menjadikan lagu ini lebih sayu.
Bait termahal di lagu ini “Bagai makan buah simalakama, Terus atau putus sedihnya setara” – metafora buah simalakama yang membawa maksud ditelan mati emak diluah mati bapa menggerakkan “Still Learning” menjadi sebuah naskhah yang cukup unik dan asli.
Semakin lagu ini ke hujung perjalanannya, emosi dalam kemasan string lagu ini semakin membuat saya larut. Bait akhir yang dialun Titi DJ mengisi lengkap bagi menyempurnakan lagu ini sebagai sebuah naskhah yang cukup mahal sifatnya. Saya melayang, melarut dan terbuai dalam adikarya ini.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Titi DJ Merealisasikan Netizen Dream Project Menerusi “To Lose”