Review, Terkini,

Fairuz Hussein Mengembalikan Groove di Single “Without You”

Lagu: Without You
Artis: Fairuz Hussein 
Komposer /  Lirik: Anati Mari’yah Hassan / Bakhtiar Mohd Yusoff / Fairuz Hussein / Zul Nadzar

Kelibat Fairuz Hussein di pasaran muzik semasa mungkin agak niche jika mahu dilihatkan usianya bergelar penyanyi. Namun sejak penghujung 80-an sehingga hari ini nama Fairuz Hussein tidak asing dalam legasi penyanyi Pop wanita yang memberi suntikan berbeza dalam pasaran muzik Malaysia.

Berbekal 3 album studio – “Kali Pertama” (1989), “Fairuz Hussein / Coba Lagi” (1990) dan “Anugerah” (2004), katalog muzik Fairuz Hussein bergerak dalam landasan R&B dan Jazz yang mungkin agak kurang mesra pendengar tempatan tetapi kualiti muzik yang dihasilkan masih berbaloi untuk dijadikan rujukan pemuzik hari ini.

Setelah lebih sepuluh tahun tidak hadir dengan sebarang material baru, penyanyi ini tampil penuh groove dengan single “Without You” sebuah naskhah R&B yang hadir kolaborasi bersama BUCK, Anati dan Zul Nadzar.

“Without You” terhasil dalam kemasan Urban Pop R&B yang saya kira tidak sukar untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Korusnya mudah menangkap pendengaran dan penghasilan melodi keseluruhannya kemas.

Lagu ini saya kira mungkin tidak punya laluan mudah untuk pasaran muzik semasa namun ia masih penting untuk diisi dalam katalog Pop tempatan sepanjang tahun ini.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mendekati Aura Bintang 3 Dekad Ramlah Ram Sebagai Biduanita Pop Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Sebuah Persembahan Komersil Margasatwa Menerusi “Yang Asli”

Lagu: Yang Asli
Artis: Margasatwa
Komposer /  Lirik: Kimal
P&C: Luncai Emas Sdn. Bhd.

Pesona Margasatwa lebih awal mencuri perhatian saya ketika mereka hadir di tahun 2018 menerusi single “Ego” yang sudah kami letakkan dalam senarai 50 Rilis Terbaik 2018 (Baca #5018) yang hadir dalam ilham nusantara yang melekakan.

Kemunculan self-titled album perdana mereka yang dirilis secara fizikal di tahun 2019 menjadi bukti Margasatwa hadir sebagai kugiran indie yang matang dalam percaturan muzik mereka. Lagu-lagu seperti “Asmara Botol Kaca” dan “Gemersik Hilai” menjadi kelangsungan untuk hayat karier muzik mereka untuk terus dihargai.

Bergerak dengan muzik yang tidak banyak di pasaran semasa, Margasatwa hadir tersendiri untuk perlahan-lahan dikenali pendengar muzik secara luas tidak hanya di legasi indie sahaja.

Terkini, usai sebuah program “Levis’s Music Project” – Margasatwa hadir dengan sound yang lebih komersil dan mudah dihadam pasaran lebih besar menerusi single “Yang Asli” ciptaan sepenuhnya Kimal yang juga vokalis kugiran ini.

“Yang Asli” hadir dalam ilham Pop Rock yang masih kental jiwa nusantara Margasatwa. Dan kemasan muziknya disuntik feel J-Rock yang minimal namun cukup enjoyable untuk kita sebagai pendengar mendengarkannya.

Margasatwa menerusi lagu ini saya kira sudah menemukan satu formula baru yang seimbang dengan apa yang mereka mahu lakukan dan dengan apa yang pasaran perlukan. Lagu ini terhasil cukup catchy dengan penulisan lirik yang lebih ringan berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini.

Saya punya harapan besar Margasatwa dapat memasuki pasaran semasa dengan single ini. Formula seimbang mereka menerusi “Yang Asli” ini sudah cukup mesra radionya namun jika radio masih belum mahu memberi sokongan itu bukan bermaksud Margasatwa gagal dalam percaturan mereka.

Sebagai pembuka 2021 kugiran ini sudah memberi sesuatu yang cukup menarik bagi pendengar Pop seperti saya setidaknya.

8.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Beriring Hujan Saya Meleka Dan Khayal Dalam Spiritual Nusantara Penuh Puitis Sang.Rawi

#RetrospektifMuzik, Highlight, Review,

“Aslirama” Sebuah Ketulenan Melodi, Lirik & Santun Muzik Melayu Asli

 

Album: Aslirama (1973)
Artis: Sharifah Aini / Kartina Dahari / A.R Ismail / Sanisah Huri / Saloma / Serena Hashim / Kamariah Noor / M Rosila / Ismail Haron
Produser: Kassim Masdor
Arranger: A. J / Reggie Verghese

Kassim Masdor, P.Ramlee dan S.Sudarmaji menjadi nama penting pasaran muzik Melayu Asli. Kelibat mereka dalam produksi album-album yang beredar sekitar 50-an sehingg lewat 70-an memberntuk satu ruang muzik Melayu yang cukup tinggi nilai estetikanya.

Biarpun P.Ramlee antara sosok muzikal yang cukup berpengaruh dengan muzik Jazz, kemasan muziknya tidak langsung meminggirkan elemen Melayu yang cukup kuat di setiap lagu yang terhasil.

“Aslirama” sebuah kompilasi muzik Melayu asli yang menampilkan bukan sahaja lagu-lagu malar segar tetapi persembahan individu penting dalam bidang nyanyian. Menampilkan alunan merdu Saloma, Sharifah Aini, Kartina Dahari shingga penampilan Sanisah Huri juga Kamariah Noor.

Album ini dibuka dengan suara buluh perindu Biduanita Sharifah Aini menerusi lagu “Patah Hati” dalam teks penuh sayu sebuah rasa hati yang ditinggalkan. “Patah Hati” menjadi benchmark penting pasaran muzik Melayu Asli yang cukup syahdu dalam penampilan melodi ikoniknya.

Sebuah lagi lagu yang menampilkan suara meru Biduanita Sharifah Aini di album ini adalah “Halimun Malam” (A. Chalik) lebih lembut membuai rasa. Lenggok asli Sharifah Aini di lagu ini cukup sederhana dalam alunan yang penuh pesona.

Kartina Dahari menerusi “Bunga Melor” mengembalikan nostalgia keindahan melodi ciptaan P.Ramlee ini. Antara lagu klasik Melayu yang cukup indah komposisinya. Pesona vokal Kartina Dahari diteruskan bagi lagu “Jauh Di Mata” karya S. Effendy.

Kamariah Noor menarik perhatian saya dengan suara raw dan nyaringnya di lagu “Timang Banjar” yang dilantun dengan begitu bersahaja dalam menyampaikan teks cerita di lagu ini.

“Aslirama” memberikan satu pengalaman mendengar muzik Melayu Asli yang cukup authentic sekali. Segalanya terhasil dalam satu rakaman langsung dengan kendalian pemuzik bersam ainstrumen tanpa programming yang cukup raw dan rich sekali hasilnya.

Saya duduk mendengar, menghayati “Aslirama” tanpa skip melayani dan memahami pasaran muzik di era tersebut. Melayani bait liriknya yang bercerita dan bergerak seiring latar masa dan masyarakat yang cukup ikonik juga tersendiri.

Persembahan budaya Melayu menerusi penceritaan “Sekapur Sireh”, “Joget Gembira” dan “Kuala Sedeli” contoh yang saya maksudkan dengan perlambangan latar masa dan masyarakat tadi. Sebuah naskhah Melayu Tradisonal yang indah untuk dihayati, difahami dan dihargai. Dengarkan album penuh di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.

Tracklist

A1 Sharifah Aini Patah Hati 3:24
A2 Kartina Dahari Bunga Melor

Written By – P. Ramlee
2:55
A3 R. Ismail Gunung Banang 2:20
A4 Sanisah Huri Menanti Jodoh

Composed By – Osman Ahmad
Lyrics By – H.M. Rohaizad
3:21
A5 Saloma Sekapur Sireh Seulas Pinang

Composed By – P. Ramlee
Lyrics By – Syed Sudarmaji
3:07
A6 Sarena Hashim Joget Hitam Manis

Lyrics By – Sarena Hashim
3:04
B1 Sharifah Aini Halimun Malam

Written By – A. Chalik
3:42
B2 Tina* Jauh di Mata

Written By – S. Effendy
3:31
B3 Saloma Kuala Sedeli 3:33
B4 M. Rosila Ratapan Hati

Written By – Atan Ahmad
3:18
B5 Kamariah Noor Timang Banjar 3:05
B6 Ismail Haron Joget Gembira

Composed By – S. Effendy
Lyrics By – Ismail Haron
1:33

ARTIKEL BERKAITAN

Revisited Saloma – Bimbang (1969) Who Made It Better In 2020’s?

Highlight, Review, Terkini,

Nuansa Kasih Sayang Andien Di Single “Anaku Sayang”

Lagu: Anaku Sayang
Artis: Andien
Komposer /  Lirik: Andien Aisyah / Rieka Roslan
Produser: Andien

Andien Aisyah dalam rangka kembara muziknya bergerak cukup sendiri dengan nuansa Pop Jazz yang cukup membuai rasa dalam rangkaian lagu-lagunya seperti “Gemintang”, “Sahabat Setia”, “Indahnya Dunia” sehingga “Jendela Waktu”.

Muziknya yang tersendiri itu meletakkan standard muziknya berbeza daripada penghibur lainnya. Usai fasa melahirkan anak sulungnya karya-karya Andien semakin personal dalam ceritera kisah bahagia dalam lagu-lagu yang termuat di album “Metamorfosa” khususnya.

Dan kembali lebih personal setelah tahun lalu merilis “Jendela Waktu” karya Yovie Widianto, Andien menzahirkan “Anaku Sayang” dedikasi kasih sayang buat anak kedua kelahirannya bersama komposer Jazz Rieka Roslan.

Ini bukan naskhah pertama kolaborasi Andien dan Rieka, sebelum ini dalam beberapa lagu lain seperti “Halo Sayangku” dan beberapa lagu lainnya yang berlegar ilham Pop Jazz yang begitu kuat rasa Indonesia di keseluruhan karyanya.

“Anaku Sayang” terlahir sebagai naskhah dengan ilham membuai rasa, menyuntik perasaan dan membahagiakan buat Andien dan seluruh rasa yang disalurkan ini disampaikan Andien dengan cukup indah dan tenang sekali pengalaman mendengarnya.

Andien saya kira sentiasa menzahirkan sesuatu yang bergerak tanpa terikat dengan ilham Pop semasa. Muziknya bergerak baik seiring kematangan bermuzik dan saya tidak sabar lagi menantikan apa yang bakal dizahirkan tahun ini.

7.6/10

 


ARTIKEL BERKAITAN

Rendy Pandugo Bercerita Tentang Matahari Dalam Persembahan Melodi Manusiawi “Mr. Sun”

#PerspektifMuzik, Highlight,

#502020 Meraikan Sifat & Tenaga Baru Muzik Tempatan Yang Berubah Mengikut Waktu Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun

Keterbukaan pendengar hari ini terhadap muzik baru dan moden begitu disambut baik dengan bakat-bakat muzik yang hadir dalam naskhah yang cukup ke depan, tanpa mahu lagi terikat ilham lama tak bervisi. Muzik Kita meraikan bakat-bakat ini menerusi 50 lagu terbaik sepanjang tahun.


Pasaran Pop tempatan tahun ini berjalan cukup cemerlang biar dalam kekangan pandemik covid-19 yang membataskan aktiviti pentas secara live bersama crowd yang besar. Saya harus menyatakan rasa bangga melihat anak-anak muda tempatan yang bermuzik dengan satu visi meninggikan standard muzik Malaysia.

Faizal Tahir bersama batalion muzik Faithful Music, MFMF., generasi masa depan di WP Entertainment – Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh (MyPopMachine) antara yang sudah menghasilkan lagu-lagu yang cukup current dan tasteful sekali.

MFMF. yang cukup kami kagumi kreativiti bermuzik mereka antara yang menghasilkan hits terbanyak tahun ini. Bersama Hael Husaini, “Peluang Kedua” diraikan berjuta-juta pendengar muzik tempatan sebagai sebuah pattern Balada masa kini yang tidak lagi mengambil ilham merintih yang keterlaluan.

Kolaborasi FT bersama Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga menghasilkan satu acuan Pop baru dan segar portfolio muzik FT menerusi single “Sad To Cry” dan “Nobody” yang sekali lagi mencipta satu brand new Ballad yang tidak lembik muziknya.

Kredit buat JOOX Malaysia yang mengilhamkan program JOOX Super Producer menampilkan karya-karya baru dengan sentuhan segar kolaborasi produser – komposer – penyanyi yang disatukan untuk menghasilkan sound yang current sebagai benchmark tepat melambangkan apa yang kita perlukan di pasaran semasa.

MonoloQue menghadirkan sebuah eksperimentasi muzik nusantara menerusi projek Live Sesi Bilik Bedah. Rakaman semula “Tak Seindah Wajah” bersama vokal Asmidar terhasil dalam satu produksi muzik yang cukup membanggakan. Lagu Melayu asli ini diberi satu suntikan muzik yang berbeza tanpa mengubah keaslian melodi.

Hal-hal ini begitu mahal usahanya dan sangat perlu diberikan apresiasi yang sebaik-baiknya. “Tak Seindah Wajah” saya kira sudah memecah teks standard muzik Melayu asli dengan satu keberanian meninggikan martabat muziknya ke tahap yang cukup indah membanggakan.

Nama “Sang Rawi” muncul di katalog muzik digital dengan album rakaman live mereka dengan persembahan Folk Nusantara yang cukup puitis berseni hasilnya. Album penuh mereka yang bakal beredar di tahun 2021 pasti menjadi antara yang paling dinanti.

Pasaran Urban Pop tempatan cemerlang dengan munculnya rangkaian muzik yang cukup current seiring pasaran global. I-SKY menerusi album berjudul “Waktu” memercikkan potensi-potensi besar untuknya menjengah pasaran Pop dengan kolaborasi nama-nama besar.

Tak salah jika saya katakan I-SKY mampu menjadi sebesar MFMF. yang menembus pasaran semasa kerana apa yang sudah dia tawarkan sepanjang bermuzik sangat boleh meninggikan standard muzik tempatan.

Lunadira dan Reddi Rocket menghasilkan EP “Tangerine” berisi 5 lagu dengan ilham Pop yang cukup segar. Crinkle Cut grup R&B menghasilkan “Sweet Nothings” sebagai pertaruhan perdana mereka juga antara potensi besar bermuzik yang harus dihargai.

Anugerah Lagu Indie (ALI) yang dianjurkan tahun ini sebuah lagi inisiatif yang harus diberi kredit. Apa yang diusahakan dalam memperkenalkan bakat-bakat muda dalam bermuzik di program ini sangat membantu orang ramai untuk mengenali lebih ramai lagi sebenarnya bakat muzik yang harus diraikan.

Saya yakin dalam jangka masa lima tahun ke hadapan, ALI jika diteruskan akan pasti menjadi satu majlis penganjuran muzik berprestij yang dipandang serta cukup dinanti semua peminat pemuzik bukan sahaja yang berada di legasi indie tetapi pasaran muzik semasa.

Setahun perjalanan muzik tempatan tahun ini kami tutup dengan 50 Rilis Terbaik 2020.


1. MAHA SENI (SANG RAWI)
(Sang Rawi / Suffian)

Keindahan muzik nusantara yang dibawakan Sang Rawi menerusi rakaman langsung “Maha Seni” menjadi naskhah terpenting untuk pasaran muzik tempatan hari ini. Penghasilan melodi dan liriknya terlalu indah untuk kita pinggirkan. Sang Rawi harus diberi lebih perhatian daripada semua pihak baik pendengar sehinggalah pengamal muzik.

2. KUASA (JOE FLIZZOW / AZLAN & THE TYPEWRITER)
(Joe Flizzow / ALYPH)

Hip-Hop di tangan Joe Flizzow dan ALYPH pasti saja menghasilkan sesuatu yang berkelas. Konsistenti bermuzik Joe dalam menghasilkan sesuatu yang bervisi dengan kritikan sosial dalam penulisan liriknya terbentuk sebagai sebuah naskhah serius yang tidak jarang payah untuk kita nikmati. A masterpiece.

3. X MISSING U (DAYANG NURFAIZAH / FT / TUJU / YONNYBOII)
(Faizal Tahir / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / Yonnyboii)

Faizal Tahir is a Pop genius! Kolaborasi ini sahaja sudah menyatukan dua generasi dalam muzik yang menyatu sangat baik. “X Missing U” terhasil sebagai sebuah wakilan muzik yang melambangkan apa yang yang diperlukan muzik semasa hari ini.

4. CHE USING (NO GOOD)
(Ali Johan Edrie / Syed Ismail Syed Mohamed / Wan Azry Wan Azlan)

No Good terhasil daripada genius muzik indie Killeur Calculateur dan Dirgahayu yang cukup kita kenali dengan muzik keras Post-Rock dan Punk. “Che Using” sebuah hasil kreatif dalam bermuzik yang hadir dengan hook, originality dan kelainan yang sangat diperlukan pasaran muzik tempatan.

5. PELUANG KEDUA (NABILA RAZALI)
(Hael Husaini)

Peluang Kedua harus menjadi benchmark Balada baru yang tidak lagi datang dengan ilham merintih dan mendayu. Melodi Hael Husaini dengan produksi muzik MFMF. menghasilkan sound yang cukup currentforward dan seiring produksi muzik pasaran semasa.

6. SALAHKU (YONNYBOII)
(YonnyBoii)

Yonnyboii menjadi wakilan suara baru yang harus didengarkan. Kesungguhannya bermuzik dengan caranya sendiri  menjadi kelebihan buat anak muda ini. “Salahku” menjadi lagu terbaik ciptaannya sepanjang tahun ini. Tafsiran jiwa anak muda hari ini dalam sebuah persembahan Pop yang cukup membanggakan. Semestinya bakal menjadi hits malar segar di masa depan.

7. LAMNUNAN ANAK BULAN (RAMAYAN)
(Ramayan / Mohamad Syafi’i)

Psychedelic Nusantara dalam feel retro yang terhasil kemas dalam pengalaman muzik yang melekakan. Ramayan tidak berkurang magis mereka dalam menghasilkan lagu dengan melodi yang baik. Terlalu banyak hal yang indah dinikmati dalam durasi lebih 6 minit lagu ini.

8. LET ME IN (ALEX UNGKU & BIL MUSA)
(Alex Ungku / Bil Musa)

Bil Musa dan Alex Ungku tampil dalam ilham romansa milenial yang mengambil ilham cinta dalam pesona melodi dan lirikal yang mudah diikuti ceritanya. Single ini bergerak cemerlang sebagai sebuah naskhah Pop yang cukup baik untuk pasaran lokal.

9. SUARA KAMAR (I-SKY / LUNADIRA / AKID AMIR)
(I-SKY / Lunadira / Akid Amir)

“Suara Kamar” menjadi bukti melodi yang simple itu jika terhasil dalam satu produksi muzik yang current akan terhasil sebagai sebuah naskhah yang senang untuk dinikmati. Kolaborasi 3 anak muda ini lengkap dalam memberi tafsiran muzik Pop semasa yang seiring standard pasaran global.

10. TANPA  RELA (MISHA OMAR)
(Misha Omar / Sze Wan / Zul Husni / Slen Fadzil)

Dalam legasi adult pop, Misha Omar mendahului yang lainnya dengan sebuah produksi Balada yang cukup matang dan kemas penghasilannya. Keseluruhan produksi di lagu terhasil dalam satu acuan yang cukup seimbang antara nilai komersilnya dan kualiti produksi yang bukan biasa-biasa.

11. Bomba (SonaOne)
12. Nobody (Faizal Tahir)
13. Sembah (Naim Daniel & Man Kidal)
14. Ada Cara (Ismail Izzani)
15. Simpan (Daniesh Sufian)
16. Boneka (Ernie Zakri)
17. 300 Saat (Amzar Razqa & Bunga)
18. Lara (Hael Husaini / Naim Daniel / Haqiem Rusli)
19. Gila (Kaka Azraff / Noki / Loca B)
20. Gerak Dulu (Dayang Nurfaizah)
21. Pixels (Asrfnsr / Ili Ruzana / MFMF.)
22. Purnama (Naim Daniel)
23. Dengan Nama Tuhan (Teman Lelaki)
24. Reminisensi (Insomniacks)
25. Penat (Andi Bernadee)
26. Ease My Mind (Airliftz)
27. Dap Dap Dap (Sarah Raisudin)
28. Molek (Salammusik)
29. Vantablack (Lust)
30. Panggung (Apex Tajudin)
31. Sad to Cry (Faizal Tahir)
32. Aku Itu Aku (Yonnyboii)
33. Merais (K-Clique)
34. Tak Tahu (Harith Zazman / MFMF. / Loca B)
35. Ku Mau (Aizat & Hanin Dhiya)
36. Menunggu (Orkes A. Hizadin)
37. Aku, Kau & Muzik (Akim & Stacy)
38. Crazy Dizzy (Lunadira)
39. Sandiwara (Midnight Fusic)
40. Speak (Hani & Zue)
41. Kelabu (Yonnyboii & Azlan)
42. Empati (TUJULOCA)
43. Kuey Teow (SonaOne & Kidd Santhe)
44. Siapa Tak Mahu (Siti Nurhaliza)
45. Shimmy (Andi Bernadee)
46. Mari Menari (The Impatient Sisters)
47. Angkara (Siti Nordiana)
48. Sumandak (Faizal Tahir)
49. Maybe (Aina Abdul)
50. AEWO (Shiha & Noki)


ARTIKEL BERKAITAN

#502019 Dominasi Hip-Hop, Kebangkitan Urban Pop & 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun (Malaysia)

 

 

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

#502020 Tenaga Radikal Bermuzik Anak Muda Indonesia Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun

Berbekal kreativiti tak terbatas pasaran muzik Indonesia hari ini anak-anak muda bermuzik ini cukup maju. Setiap satunya memiliki satu kekuatan yang cukup menjadikan mereka evolve sebagai pemuzik yang membanggakan.


Isyana Sarasvati menongkah arus semasa dengan memberanikan diri menghasilkan “Lexicon” tahun lalu sebuah Klasikal Rock yang besar sekali sifat muziknya. Tahun ini dengan single “Unlock The Key” Isyana semakin menggikan standard muziknya dan apa yang pasti kraf muziknya semakin difahami dan dihormati.

Sal Priadi, Pamungkas, Hindia dan Petra Sihombing menjadi peneraju Pop tahun ini dengan penghasilan album yang cukup hebat sekali hasilnya. Penerbitan album yang cukup berkualiti tinggi, penghasilan melodi dan lirik yang cukup kuat jiwa Indonesianya.

Di barisan penyanyi wanita Monita Tahalea kembali mengeluarkan album yang cukup cantik sekali konsep muziknya yang terhasil matang, eksperimentasi bunyi Jazz, Folk dan Fusion Pop yang disatukan sebagai sebuah pelayaran muzik indah di album “Dari Balik Jendela”.

pertaruhan cemerlang “dari balik jendela” daripada monita tahalea

“Dari Bilik Jendela” lambang keseriusan bermuzik wakilan suara Indonesia yang sentiasa mahu menghasilkan muzik bersifat luar kotak kebiasaan pasaran semasa mahukan. Dan hal ini yang menariknya disambut baik pendengar muzik di sana dengan cukup terbuka.

Kemanisan muzik Indonesia tahun ini diteruskan dengan kelibat gadis manis Nadin Amizah yang membuat kita semua melayang tinggi menikmati pengalaman muzik Folk Pop dengan barisan lirik puitis yang cukup menyentuh.

Menerusi debut “Selamat Ulang Tahun” , Nadin menzahirkan sebuah pelayaran emosi di lagu-lagu hebat seperti “Bertaut”, “Beranjak Dewasa”, “Kanyah” dan “Kereta Ini Melaju Terlalu Cepat” yang membuat saya berfikir-fikir mana datangnya kudrat ilham juga inspirasi besar anak muda ini.

dominsai pop LaleIlmanNino

LaleIlmanNino produser yang mendominasi pasaran Pop semasa Indonesia dengan rangkaian lagu-lagu karya mereka seperti “Serenata Jiwa Lara” (Dian Sastro & Diskoria), “Jam Rawan” (Marion Jola & Nino), “365” (Tiara Andini), Si Lemah (RAN & Hindia), “Tak Bisa” (Rahmania Astrini) – semuanya terhasil dalam sebuah repertoire Pop semasa yang sangat hebat penghasilannya.

2021 pasti akan memperlihatkan lebih lagi bakat-bakat muzik ini dengan karya-karya yang lebih baik. Baru-baru ini sahaja 7 pemuzik – Kunto Ajim Sal Priadi, Rendy Pandugo, Hindia dan Petra Sihombing berkumpul seminggu di sebuah music camp bagi menghasilkan karya baru.

Ilham ini tentu saja menjadi satu kolaborasi istimewa dalam mencapai satu kelompok pemikiran yang genius bagi perkembangan muzik Indonesia.

Muzik Kita melewati katalog muzik Indonesia sepanjang tahun ini dan berikut disenaraikan 50 RILIS TERBAIK 2020 (INDONESIA).


1. Serenata Jiwa Lara – Diskoria / Dian Sastrowardoyo
(LaleIlmanNino)

City Pop dikembalikan cukup cemerlang sejak Diskoria bermuzik beberapa tahun kebelakang. Ilham mereka diraikan tahun ini dengan komposisi dan kemasan muzik genius LaleIlmanNino yang mencantikkan lagi sound Disco 80’s dengan feel moden. Dian Sastro Wardooyo tampil memberi pesona berbeza, dengan attitude nyanyian juga penampilan manis yang pastinya akan diingati. This is the of Indo Pop of 2020.

2. Shot – Mikha Angelo 
(Mikha Angelo)

From boys to men, Mikha meniti kedewasaan bermuzik dalam satu perjalanan yang cukup baik sekali. Debut “Amateur” ternyata tidak terhasil dengan biasa-biasa. Kebijaksanaan bermuzik dengan ilmu, citarasa dan rujukan muzik yang baik menjadikan Mikha semakin hebat sebagai singer-songwriter. “Shot” menjadi langkah pemula dan penerus kepada satu jalan lain yang akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik di masa depan.

3. Bertaut – Nadin Amizah  
(Mikha Angelo / Nadin Amizah / Zulqhi L. Ramadana)

Saya terbuai jauh melayani perasaan-perasaan indah yang ditawarkan Nadin menerusi melodi Mikha Angelo di lagu ini. Nadin Amizah sebagai penyanyi berfungsi bijak dalam bercerita tentang lagu ini dengan perasaan yang tepat dan telus rasanya hingga tidak sukar membuat kita untuk terus jatuh cinta dengan lagu ini.

4. Si Lemah – RAN & Hindia  
(LaleIlmanNino / Hindia)

Lagu ini merayakan imperfection dalam sebuah nuansa Pop yang jelas dalam agendanya. Kemasan melodi lagu ini cukup seronok didengarkan, didendangkan dan sebetulnya mampu saja menjadi sebuah anthem menwakili kepelbagaian dalam kehidupan.

5. Sampaikan – Coldiac  
(Dery Rith Haudin / Sambadha Wahyadyatmika)

Pertama kali merilis lagu berbahasa Indonesia, muzik Coldiac tidak kedengaran canggung tetapi cukup kemas dalam satu pengalaman mendengarkan naskhah yang hebat dalam penghasilan Pop yang diadun dengan feel synth. Coldiac menerusi “Sampaikan” saya kira sudah menjadi representation terbaik pasaran Pop semasa Indonesia hari ini.

6. Unclock The Key – Isyana Sarasvati  
(Isyana Sarasvati)

Semakin yakin dan pasti dengan jaluran muzik Klasikal, Isyana menghadirkan “Unlock The Key” yang hadir dengan produksi muzik Kenan Loui. Emosi berbolak balik yang dipersembahkan Isyana di lagu ini tidak hanya pada penghaytannya tetapi juga keseluruhan produksi lagu yang bergerak seiring radikal seorang Isyana.

7. Tapak Hening – Monita Tahalea  
(Bayu Risa / Monita Tahalea / Theoresia Rumthe / Yosua Gian)

“Tapak Hening” meneruskan ciri khusus muzik Monita Tahalea. Melodinya lembut menyenangkan. This is one of the best track this year yang harus saya letakkan di 10 teratas. Dinamik muziknya dirasai sekali saat Yosua Gian yang bertindak sebagai produser bermain dengan ambien rasa.

8. Mr. Sun – Rendy Pandugo  
(Rendy Pandugo)

Rendy merencana karier muziknya dengan begitu flawless sekali. Tanpa perlu bergantung dengan apa yang ditawarkan pasaran semasa, “Mr. Sun” terhasil dengan satu suntikan muzik yang meletakkan standard muziknya lebih tinggi ke tahap sangat-sangat baik.

9. Duhai Sayang – Yura Yunita
(Yura Yunita / Muhammad Tulus)

Segala kelembutan di lagu ini antara yang paling indah terhasil sepanjang tahun. Bait lirik puitis dan kasih sayangnya menyatu baik dengan melodi dan persembahan vokal Yura yang menyenangkan. This one definitely a repeat mode song.

10. Maafkan Aku #TerlanjurMencinta – Tiara Andini Duhai Sayang – Yura Yunita
(Yovie Widianto)

Dalam legasi Balada, projek muzik #TerlanjurMencinta dalam 3 versi karya Yovie Widianto ini cukup mengesankan. Melodinya terhasil dalam acuan muzik yang cukup catchy membuai. Versi Tiara Andini menerusi “Maafkan Aku” ini yang terbaik antara tiga yang dihasilkan.

11. Jendela Waktu / Andien
12. Sudah / Ardhito Pramono
13. Closure / Pamungkas
14. Selaras / Kunto Aji & Nadin Amizah
15. Love Within / Eva Celia
16. Bilang / Maliq & d’Essentials
17. Apa / Petra Sihombing
18. Ada / Glenn Fredly
19. Teristimewa / Raisa
20. Middle Ground / Mikha Angelo
21. Nyala / Sal Priadi
22. Sign / Cantika Abigail & Rayiputra
23. Tak Berhenti (,) / Kevin Widaya
24. /Forevermore/ / Gamaliel
25. Love Spells / Sivia
26. Sedang Sayang-Sayangnya / Mawar De Jongh
27. Irama Laot Teduh / Sal Priadi
28. Mendua / Vintonic
29. Semesta Yang Sama / Sita Sinaga & Uap Widya
30. Beranjak Dewasa / Nadin Amizah
31. Deeper / Pamungkas
32. Tunjukkan / Raisa & Afgan
33. Laila / Monita Tahalea
34. Jam Rawan / Nino & Marion JOla
35. Kawan / Petra Sihombing
36. Rindu Dalam Hati / Arsy Widianto & Brisia Jodie
37. Takut Nanti Rindu / Rinni Wulandari
38. Panggilan Jiwa / Chiki, Meda Kawu & Vira Talisa
39. Kembali Kesepian / Juicy Luicy & Adrian Kahlif
40. Forevercoaster / Danilla
41. Hoolala / Yura Yunita
42. A Letter To You / Kevin Hugo
43. Kabar Baik / Ify Alyssa
44. 12 Tahun Terindah / BCL
45. Lagu Untukmu / Thavia
46. 365 / Tiara Andini
47. Jelajah Rasa / Harra
48. Tak Bisa / Rahmania Astrini & Nino
49. Tiba-Tiba Tua / Indra Aziz
50. Cuek – Rizky Febian


ARTIKEL BERKAITAN

#502019 Melewati Gelombang & Cahaya Terang Pasaran Muzik Indonesia Bersama 50 Rilis Terbaik 2019 (Indonesia)

#PerspektifMuzik, Highlight,

#502020 Suara Muda Dalam Ilham Pop Global & Keterbukaan Pasaran Muzik Singapura Menerusi 30 Rilis Terbaik 2020

 

Pandemik global memulangkan kembali nama ALYPH dan Aisyah Aziz untuk kembali berkarya di Singapura. Pasaran Pop yang cemerlang dalam naskhah yang tidak lagi terbatas ilham lama membenarkan bakat-bakat muda ini menuai kreativiti tak terbatas.


Pasaran kecil muzik Singapura tidak menundakan bakat-bakatnya untuk berkarya dalam skala yang cukup besar.  Def Jam Recordings SEA mengilhamkan banyak rilis daripada bakat-bakat muda Hip-Hop Singapura seperti Fariz Jabba dan Yung Raja antaranya.

Dan tentu saja mendahului pasaran Hip-Hop adalah ALYPH yang mengisi pasaran muzik tahun ini dengan single solonya “Adakah Kau Mendengar” setelah kali terakhir tampil solo dengan “Buat Selamanya”.

Aisyah Aziz pulang ke kota Singapura dengan EP Inggeris perdananya berjudul “Sugar” – sebuah album rakaman langsung yang menyerlahkan sisi sebenar Aisyah dalam bermuzik.

Katalog Pop Singpura tahun ini utuh dengan nama-nama seperti Charlie Lim, Sezairi, Gareth Fernandez dan Benjamin Kheng yang bergerak solo setelah The Sam Willows memutuskan untuk berehat secara berkumpulan.

Satu hal yang pasti nama-nama ini sudah cukup membanggakan pasaran muzik Singapura sebagai sebuah hub Pop semasa yang akan dilihat perkembangannya dengan cukup baik pada masa mendatang.

Berikut 30 Rilis Terbaik Sepanjang 2019 Yang Kami Kumpulkan Buat Pembaca

1. ADAKAH KAU MENDENGAR / ALYPH
(ALYPH)

Adakah Kau Mendengar sebuah naskhah personal yang terhasil daripada satu pengalaman dan perjalanan panjang seseorang pemuzik. ALYPH menerusi lagu ini menyalakan siren untuk kita bersiap sedia untuk sebuah lagi perjalanan panjang yang pasti akan terus diisi dengan lebih lagi kejutan manis.

2. DARI SINI / FARIZ JABBA 
(Fariz Jabba / Magic Potions)

Bersama ALYPH, Fariz Jabba Menghasilkan “Dari Sini” yang menjadi single terbaik sepanjang dia bermuzik. Fariz Jabba ada sisi Pop di lagu-lagunya yang tidak sukar untuk kita menyenangi lagu-lagunya dan “Dari Sini” meneruskan hal-hal tersebut. Lagu ini  terisi dengan sebuah melodi yang cukup current dengan feel dan groove yang baik penghasilannya.

3. SUGAR / AISYAH AZIZ
(Aisyah Aziz / Harun Amirul)

Sisi muzik sebenar Aisyah akhirnya kita dapat di EP Sugar yang menjadi pertaruhannya tahun ini. Aisyah Aziz saya kira di saat ini tidak lagi peduli to please the market. Kepuasan menghasilkan sesuatu yang dia inginkan itu lebih besar daripada apa yang pernah dia hasilkan sebelum ini di Malaysia. Sugar bukti keberanian Aisyah melawan arus muzik perdana dengan caranya yang cukup tersendiri.

4. RAINDROPS / SEZAIRI
(Linying /  Sezairi)

Sezari kembali penuh soulful menerusi “Raindrops” setelah terakhir melakukan hal serupa dalam melodi “It’s You”. Raindrops merupakan single dwi-bahasa yang terahsil dalam feel r&b Soul yang sememangnya forte Sezairi sejak bermuzik. Romantisme Sezairi di lagu ini ternyata menjadi sebuah lagi anthem patah hati yang cukup current pengahsilannya.

5. PUT YOU THROUGH / GARETH FERNANDEZ & THEODORA
(Gareth Fernandez / Shaykh Akbar / Theodora Lau)

Gareth Fernandez cukup sinonim dengan peson R&B yang sudah dibawakan dalam lagu-lagu sebelumnya. Kualiti dalam melodi penghasilan ilham brand new Ballad di lagu Put You Through ini tidak salah saya sifatkan setara dengan apa yang ada di kebanyakan pasaran global menyamai “If The World Was Ending” atau mana-mana lagu Sam Smith pastinya.

6. MASA / IYAAD
(Iyaad Salleh / Judah Lyne / Muhammad Haramian)

Iyaad mungkin bukan nama besar di legasi Pop Singapura mahupun nusantara namun ada keunikan tersendiri yang ada padanya membuatkan Iyaad sentiasa hadir dengan naskhah Pop yang tidak jauh meninggalkan pasaran semasa. “Masa” menjadi bukti bakatnya semakin matang dan saya percaya diberikan sedikit waktu Iyaad tidak mustahil akan sebesar Sezairi.

7. ROBOTS / LEW LOH
(Lewis Loh)

Lew Loh banyak mengingatkan saya pada Pete Teo dalam rangkaian lagu Folk Pop yang dihasilkan sejak dia bermuzik sekitar 2016/17. “Robots” meneruskan ilham muziknya yang dizahirkan di album “Lullacry” pada tahun 2017 dengan padanan muzik yang lebih ketara indah penulisannya.

8. FIND ME / BENJAMIN KHENG
(Benjamin Kheng)

Usai fasa The Sam Willows, Ben meneruskan keinginan bermuziknya secara solo menerusi single “Find Me” yang mengangkat Pop semasa dalam kemasan muzik dan melodi yang begitu mudah melekat di pendengaran. Lagu ini tentu saja menjadi pertaruhan awal yang menjadi jalan panjang karier solonya.

9. THE DANCE SONG / YOUNG RAJA
(Flightsch / Yung Raja)

Anak muda yang paling berpengaruh dari kota Singa ini sudah berada di limelight muzik nusantara sejak dia merilis single “Mustafa” pada tahun 2018. “The Dance Song” menjadi rilis terpenting Yung Raja sepanjang tahun ini dengan jumlah strim Spotify melebihi 700,000 pendengar dan tontonan YouTube melebihi 1 Juta.

10. CINTA YANG TERTULIS / SYARIF
(Syarif / Trisno Ishak)

Syarif mengembalikan kan the 90’s R&B groove di single terbarunya “Cinta Yang Tertulis” ini. Melodi lagu ini cukup menyatu baik dengan vokal Syarif yang cukup soulful. Lagu begini sebetulnya tidak sukar untuk buat kita suka dengan pesona vokal Syarif  khususnya.

11. Two Sides / Charlie Lim & Gentle Bones
12. Red Flags / Lew Loh
13. Cahsing Destruction / Aisyah Aziz
14. She Moves / Sezairi
15. Feel Too Much / Jawn
16. Do Me Right / BRB.
17. Dear Me, / Gentle Bones
18. Fruit Cake / Subsonic Eye
19. Rumble Under My Toes / Hubbabubbas
20. Better With You / Gentle Bones & Benjamin Kheng
21. Nak Tak Nak / Fariz Jabba
22. Sleepy Head / Akid Amir
23. Be Cool / Gareth Fernandez
24. Loving Room / Aisyah Aziz
25. Love Is / Evanturetime,  Yao & He1st
26. Hummingbird / Charlie Lim
27. Wish I Could / Gareth Fernandez
28. Makeumove / Syakir Rusydi
29. WYTK / Sarah x. Miracle
30. That Thing / Joie Tan & Lincey


ARTIKEL BERKAITAN

#502019 Semarak Pop Semasa Bakat Kota Singapura Dalam 20 Rilis Terbaik Sepanjang 2019

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Bernostalgia Dengan Persembahan Pop Melayu Sudirman Menerusi Album “Lagu Anak Desa”

Album: Lagu Anak Desa (1980)
Artis: Sudirman
Produser: S.Atan

Sudirman Hj. Arshad dalam membentuk kosmik Pop Melayu tempatan menjadi nama penting dalam perkembangannya. Hits Balada, Pop Melayu sehingga rangkaian lagu-lagu patriotiknya menjadi rujukan banyak pemuzik sehingga hari ini.

Melewati katalog Pop bermuzik Sudirman, saya tertarik mendengar kembali album “Lagu Anak Desa” yang diterbitkan pada tahun 1980 di bawah kendalian produser S.Atan. Album berisi 11 trak ini terhasil dalam satu acuan muzik yang begitu kuat spirit Melayunya – baik penghasilan melodi sehingga cerita-cerita rakyat di lirik-liriknya.

Dibuka dengan “Anak Gembala” Sudirman menjadi wakil suara yang bercerita tentang latar masa masyarakat ketika itu “Akulah anak gembala, Merentas segenap desa, Ke gunung, padang, dan lurah, Dari pagi hingga senja,Berbekalkan tongkat rotan.” Kisah yang diceritakan mengikut keadaan hidup orang Melayu ketika itu mungkin.

Sudirman menerusi album ini berhasil menampilkan beberapa hits malar segar. Antara yang paling akan diingati adalah Balada “Hujan” (Syed Haron) dalam layangan kisah cinta yang pergi dalam bait-bait puitis dalam perlambangan hikmah hujan itu sendiri.

Melodi lagu ini dicipta dalam kesayuan sebuah rasa yang dilagukan Sudirman dengan begitu merdu sekali. Stail nyanyiannya, pengucapan lirik dan penyampaian keseluruhan yang begitu mudah menyentuh jiwa-jiwa yang mendengar.

Hujan saya kira menjadi benchmark Balada 80-an yang cukup ikonik sekali penghasilannya ketika diterbikan awal 80-an dan biar sehingga hari ini kita masih mampu melayani syahdunya jiwa dalam rasa yang disampaikan legenda Pop Melayu ini.

Kekuatan melodi Pop Melayu di album ini diteruskan dalam beberapa lagu lain yang cukup catchy dan mudah buat kita sebagai pendengar enjoy dengan penghasilan melodinya. Lagu-lagu seperti “Kau Akan Kembali”, “Teratai Menjelma” dan “Aku Penganggur” yang sudah menjadi lagu-lagu penting karier muzik Sudirman.

Pendengaran saya teralih pada lagu “Ke Dunia Baru” (S.Atan) yang terhasil dalam ilham City Pop 80’s yang cukup enjoyable muziknya. Jazz chord di lagu ini memberi satu suntikan yang cukup moden berbanding lagu lain yang terhasil di album ini.

“Sepetang Di Pinggir Bukit” kembali dalam acuan Pop Melayu dengan lenggok Sudirman yang sangat-sangat sedap sekali nyanyiannya. Album ini ditutup dengan “Tanah Ini Tanahku” sebuah epilog beriring petikan gitar dalam jiwa patriotsme Sudirman.

Mendengar album ini dengan membaca teks liriknya membuat saya berfikir muzik itu sememangnya bergerak seiring latar masa dan masyarakat ketika ia dihasilkan. Semuanya adalah sebuah representasi kepada apa yang terjadi pada ketika dan saat juga situasi semasa masyarakat.


ARTIKEL BERKAITAN

Synth, Disko & City Pop Dalam Ekspresi Muzik “Kebebasan” Kumpulan “Carefree”

Highlight, Review, Terkini,

Rendy Pandugo Bercerita Tentang Matahari Dalam Persembahan Melodi Manusiawi “Mr. Sun”

Lagu: Mr. Sun
Artis: Rendy Pandugo
Komposer /  Lirik: Rendy Pandugo
Produser: Rendy Pandugo / Enrico Octaviano

Kematangan bermuzik Rendy Pandugo sepanjang bermuzik sejak 2016 terisi dengan barisan karya-karya ciptaannya yang tidak kalah dalam menolak ilham Pop semasa yang biasa-biasa. Lagu-lagu hasil ciptaannya semakin besar sifat personal dalam muzik.

Hal-hal ini saya kira membuatkan Rendy bergerak secara cukup tersendiri dalam merangka kerjaya muziknya agak tidak terbanding dengan mana-mana bakat lain. Sebetulnya itulah keistimewaan bakat-bakat seberang mereka berdiri ckukup tersendiri dengan ideologi muzik yang berbeza-beza.

Rendy sebaris rakan pemuzik lainnya seperti Kunto Aji, Sal Priadi, Petra Sihombing, Hindia dan Pamungkas menjadi nama yang cukup membanggakan pasaran muzik Indonesia. Cara mereka bekerja secara bebas membernarkan kreativiti mengalir dengan cukup baik.

Setelah usai fasa kolaborasi bersama Afgan dan Isyana menerusi projek AIR, Rendy Pandugo tidak menoleh kebelakang lagi denganmenghasilkan lagu yang sekadar biasa sifatnya. Dia cukup evolve dengan sound yang lebih berat tetapi masih mesra pendengaran.

Setelah merilis lagu berjudul “Home”, Rendy menghasilkan “Mr. Sun” sebuah Folk Pop yang tidak perlu lama mengingatkan saya pada lagu “Cherry” milik Harry Styles di album “Fine Line”.

“Mr. Sun” terhasil dalam melodi lembut dengan persembahan vokal sederhana Rendy dalam mentafsir butir kata dalam lirik yang disusun kemas. Mengambil cerita tentang matahari dalam humanisme perjalanan kisahnya terhadap ekosistem kehidupan.

Lagu ini menjadi penanda aras kedewasaan Rendy Pandugo dalam muziknya biar masih tidak lama berada di industri muzik Indonesia. Keberanian melaksanakan sesuatu yang berbeza begini menjadikan muzik Indonesi cukup besar jiwanya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Penyatuan Melodi Pop Dalam Produksi Muzik Mewah “Semenjak Internet” Oleh Petra Sihombing

#RetrospektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

Retrospektif Muzik: Kedewasaan Balada Fauziah Latiff Menerusi “Yang Lebih Kau Cinta”

Album: Yang Lebih Kau Cinta (2001)
Artis: Fauziah Latiff
Produser: Amin Abdullah / Helen Yap / Manan Ngah / Ross Arifin / Melly Goeslaw / Zul Mahat
P&C: EMI / Universal Music (M)

Nama Fauziah Latiff cukup besar dalam pasaran muzik Balada tempatan dengan puluhan barisan hits malar segar yang sudah mengisi jiwa-jiwa pendengar sejak penghujung 80-an lagi.

Berawal dengan “Digamit Memori” dia menjadi Ballad Sweetheart tempatan dengan hits lainnya seperti “Dia”, “Batas Menanti”, “Bukan Kemahuan Fikiran” dan “Enggan” antaranya.

Dengan barisan 12 album  studio keseluruhan, “Sahabat” yang beredar di tahun 1995 menjadi antara album terhebat yang pernah dihasilkan bersama produser muzik berpengalaman seperti Adnan Abu Hassan dan Ross Ariffin.

Album tersebut sahaja sudah meletakkan nama Jee sebagai penyanyi yang cukup kukuh namanya di persada muzik tempatan. Lagu-lagu seperti “Batas Menanti”, “Sahabat”, “Kenari” dan “Medan Kasih” cukup kuat sebagai satu ramuan muzik Jee yang cukup disenangi.

Sebuah lagi album yang begitu menarik perhatian saya sepanjang karier muziknya adalah “Yang Lebih Kau Cinta” (2001) pertaruah Pop Komersil dengan barisan produser muzik Ross Ariffin sehingga Melly Goeslaw meletakkan album ini sebagai yang terhasil cukup matang dalam katalog Pop Jee sepanjang bermuzik.

“Yang Lebih Kau Cinta” single perdana album ini terhasil dalam acuan Balada yang sememangnya menjadi forte Jee sepanjang karier muziknya. Balada ini terhasil cukup solid dalam memancing jiwa-jiwa Melayu yang sememangnya sukakan irama mendayu begini.

Memberi satu keseimbangan di album ini Jee tidak hanya mempertaruhakan Balada semata. Lagu-lagu Pop seperti “Aku” (Helen Yap) meneruskan kelangsungan lagu-lagu Pop Jee sebelum ini seperti “Sandarkan Ke Bahuku”, “Resah” dan “Sahabat”. Ini antara lagu-lagu yang memberi warna berbeza dalam menyerlahkan karakter vokal Jee.

Album ini terisi balada-balada yang kuat menurut saya untuk dikomersilkan sebagai naskhah radio. “Igauan Semalam” antara yang begitu menarik pendengaran saya akan struktur muziknya dengan korus yang cukup sedap penghasilan melodinya.

Sebuah lagu ciptaan Melly Goeslaw berjudul “Kedinginan” juga antara lagu yang cukup kuat di album ini. Penyampaian Jee di lagu ini hampir melupakan saya akan lagu ini diciptakan Melly kerana selalunya ciri khusus Melly itu sangat kuat di lagu-lagunya tetapi berbeza di lagu ini.

Ross Ariffin dalam magis lagu-lagu ciptaannya buat Jee diteruskan di album ini dengan penghasilan melodi malar segar “Aku Seadanya” – terhasil dalam satu feel yang cukup kemas perasaannya buat vokal Jee yang begitu in control di lagu ini.

Seperti apa yang kita dengar dan puas melayani Jee di lagu seperti “Ku Pohon Kemaafan”, “Dia” dan “Tiada Nokhtah Cinta” begitu jugalah saya puas menikmati alunannya di lagu ini. Kombinasi komposer – penyanyi ini begitu menyatu sangat baik dan matang sekali.

Yang Lebih Kau Cinta pasti menjadi album yang cukup istimewa buat penggemarnya. Dalam gagasan Pop Balada wanita nama Jee dan rangkaian lagu di album ini masih diingati biar sudah hampir 20 tahun album ini diedarkan.

Dengarkan album penuh “Yang Lebih Kau Cinta” yang diedarkan pada tahun 2001 ini di saluran YouTube Getaran Nostalgia.


ARTIKEL BERKAITAN

30 Tahun “Legenda” – Sebuah Tribute, Satu Repertoire Muzik Terbaik Dalam Sejarah Rakaman Muzik Malaysia