#BetariSeni, Highlight, Terkini,

Perjalanan Panjang Ramlah Ram Sebagai Biduanita Pop Tempatan

“Aura bintangnya berkilau sejak awal menceburkan diri dalam bidang nyanyian di pertengahan 80-an dan sehingga hari ini masih belum pudar gemerlap bintang yang digilap.”

Terlahir daripada program pertandingan nyanyian dan bergelar juara itu satu stepping stone yang cukup baik untuk seseorang penyanyi itu dikenali dan dihargai bakatnya ke peringkat lebih komersil. Hal ini sudah terbukti dalam banyak pertandingan nyanyian seperti Bintang RTM, Asia Bagus, Sinaran Passport Kegemilangan, Akademi Fantasia, Mentor dan lainnya.

Nama Ramlah Ram satu antara ratusan juara pertandingan nyanyian yang hadir dalam kredibiliti menyanyi yang cukup hebat sekali. Nota-nota tingginya dalam feel Melayu menerusi lagu-lagu hebat seperti “Kau Kunci Cintaku”, “Cintaku Hanyut di Lautan Sepi” sehingga Pop malar segar “Apa Khabarmu di Sana” dan “Diam-Diam Jatuh Cinta” akan sentiasa diingati.

Melewati katalog Pop muziknya yang berawal pada tahun 1987 dengan album terbitan Datuk Ahmad Nawab berjudul “Sabarlah Sayang” sehingga yang terakhir tampil dengan single “Masar Cinta” – Nama Ramlah Ram tidak lagi padam dalam radar popular penghibur tempatan.

Muzik Kita bertemu dengan Biduanita Pop – Ramlah Ram berbual bercerita tentang kembara muziknya yang cukup panjang namun masih belum masih mahu menokhtahkannya. Semuanya kerana kezaman, keterujaan bermuzik yang belum pernah padam. Ikuti temubual eksklusif kami bersama Biduanita Pop Melayu Ramlah Ram.


MK: Jika kita putar kembali masa apa sebetulnya yang membuatkan Ramlah Ram itu mahu bergelar seorang penyanyi?

RR: Sebenarnya saya memang sangat aktif di sekolah membuat persembahan dan menyanyi tapi untuk menjadi penyanyi ketika itu belum ada keyakinan. Memang tak pernah bercita-cita pun tapi minat tu ada. Boleh dikatakan semuanya sebab abang sulung saya nak sangat saya jadi penyanyi, benda tu jadi semangat untuk saya cuba untuk menyanyi. Family lah yang sangat mendorong.

MK: Selepas menang memang terus dapat offer recording?

RR: Sebenarnya sebelum menang lagi pertandingan dalam peringkat quater final saya dah dapat offer untuk jadi recording artiste tapi disebabkan kita masih dalam pertandingan kita kena mematuhi syarat-syarat bertanding yang tak membenarkan peserta ada kontrak rakaman. Tapi lepas menang Bintang RTM saya terus di offer Datuk Ahmad Nawab untuk record album ketika itu.

MK: Selepas menerima tawaran tersebut Kak Ramlah memang tahu itu akan jalan panjang yang Kak Ramlah akan pilih sebagai karier atau sebaliknya?

RR: Sebenarnya masa buat keputusan untuk masuk pertandingan itu pun dah fikir sebenarnya untuk ketengahkan bakat sebagai penyanyi. Tapi masa mula-mula tu kita tak fikir pun menang atau tak sebab saya rasa bila dah melangkah ke situ untuk ketengahkan bakat untuk jadi penyanyi saya dah ready kalau ada offer, saya akan terimalah.

MK: Tahun 1986 Album pertama diedarkan dengan judul “Sabarlah Sayang” – Kalau kita lihat trend muzik ketika itu Malaysia sudah evolve dengan sound yang lebih ke depan. Sheila Majid dan Freedom Antaranya. Muzik Ramlah Ram kalau saya katakan sekadar mengulang formula Sharifah Aini & Uji Rashid, Kak Ramlah setuju?

RR: Ya saya tahu tentang hal itu tapi mungkin jiwa saya sudah ke arah itu membuatkan lagu-lagu saya banyak sebegitu. Lagu-lagu yang berbentuk kemelayuan. Datuk Ahmad Nawab jenis banyak melihat karakter sebelum membuat lagu. Dia akan bawa saya keluar berbual dengan kita dan tengok cara kita. Sebab kalau nak diikutkan saya suka semua jenis lagu, semua saya dengar. Daripada Rock semua lagu sedap saya sengar tapi saya tahu apa yang sesuai dengan saya. Jadi maknanya untuk saya rekodkan mesti bersesuaian dengan vokal dan jiwa.

MK: Dari segi persaingan ada tak kepayahan album pertama itu diketangahkan?

Bagi saya yang pertama sekali bergantung pada rezeki. Apa yang saya buat bila dah berusaha sepenuhnya dan buat yang terbaik selebihnya saya serah pada rezeki. Album pertama memang menguji walaupun nama tu dah dikenali daripada pertandingan Bintang RTM tapi album pertama tu dari segi impak tak begitu kuat sangat. Faktor masalah dalaman macam recording company tutup, saya tak dapat royalti antara cabaran awal dalam kerjaya saya.

MK: Album kedua Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (1985) terjual lebih 300,000 unit. Expect tak album tersebut akan begitu diterima?

RR: Sebenarnya kita takkan duga. Kadang-kadang lagu bagus semua bagus tapi lagu tak boleh pergi, tak boleh hits. Semua saya berpegang pada rezeki. Saya sebagai penyanyi hanya memberikan apa yang terbaik.

MK: Disebabkan kejayaan album tersebut ada pressure tak untuk menghasilkan album seterusnya?

RR: Masa tu saya tak pernah terfikir ke situ. Saya tengah seronok memberikan apa yang terbaik sebagai seorang penyanyi. Lagipun waktu itu saya tak ada masalah lagu tak hits. Cuma mungkin selepas selepas fasa tersebeut ada juga kepayahan dan tekanan menghasilkan yang lebih baik.

MK: Nama Ramlah Ram cukup dikenali dengan versatility dalam nyanyian. Tanpa perlu terikat dengan satu jaluran muzik sahaja. Balada, Pop, Dangdut, Irama Malaysia sehingga kolaborasi bersama bakat Hip-Hop seperti Sleeq dan Caprice. Dari segi bermuzik semua dah dicuba namun yang mana memberi kepuasan sebenar untuk Ramlah Ram?

RR: Macam saya cakap tadi saya suka dengar semua jenis lagu. Dan dalam pada itu saya dah lalui banyak zaman yang membuatkan saya kena faham citarasa psaran semasa. Dalam album-album saya sendiri dah ada banyak elemen dalam satu sebabnya nak menarik pendengar lebih muda dengan berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi muda. Jadi dari situ ada peminat-peminat muda.

Tapi sebenarnya bila saya buat show ramai je orang-orang VVIP yang suka Dangdut.

MK: “Selamat Jalan Romeo” menjadi satu fasa berbeza karier muzik Kak Ramlah. Muzik Dangdut diterima cukup meluas ketika itu dan tak salah jika saya katakan kejayaan album itu menjadi pendorong kepada fenomena Dangdut.

RR: Sebenarnya ada cerita, saya ni banyak mendengar lagu-lagu Hetty Koes Endang yang semua pun maklum dia menyanyikan macam-macam jenis lagu dan Dangdut satu daripadanya. Tujuan album “Dangdut” itu dihasilkan sebab saya cuba untuk menyedarkan tanggapan orang ramai yang mengatakan muzik Dangdut ni sebagai muzik murahan yang hanya disukai orang-orang kampung. Tapi sebenarnya bila saya buat show ramai je orang-orang VVIP yang suka Dangdut.

Maksudnya di sini saya nak bagitahu semua dalam muziknya tak ada kelas – tinggi atau rendah, semua sama. Album “Dangdut” sebenarnya pada awal mendapat tentangan syarikat rakaman tapi alhamdulillah saya berjaya buktikan album ini berjaya mendapat perhatian orang ramai. Dan recording company mula berani nak keluarkan album-album dangdut yang selama ini takut Dangdut tak jual.

MK: Boleh kongsikan cabaran terbesar untuk sustain sebagai penyanyi di Malaysia, untuk kekal relevan berdekad lamanya?

RR: Untuk menghasilkan lagu-lagu baru. Bebanan itu bukan pada diri tapi pada peminat. Sebab kita tak tahu apa yang dapat memuaskan hati peminat. Selain itu cabaran dari segi cara promosi dan corak pemasaran semua tu berubah. Itu cabaran untuk saya face – situasi berbeza-beza pada era berbeza. Semua benda berubah dan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan pasaran sekarang itu menjadi cabaran utama. Tapi dalam cabaran itu saya tak boleh nak jadi orang lain tapi kena sentiasa belajar sesuatu yang baru.

MK: Berdasarkan pengalaman yang lepas, ada tak hal yang akak kesalkan?

RR: Sebenarnya masa saya dah bertekad untuk kadi artis tu saya dah ready untuk jadi hak orang ramai. Semua benda akan jadi perhatian, jadi tak ada rasa kesal sekali pun kadang-kadang tu rasa perit yang macam dah nak tutup buku, tak nak nyanyi dah tapi bila fikir balik tak semua orang diberi bakat yang saya ada jadi saya patut bersyukur. Semua orang ada jalan cerita masing-masing tapi semua tu adalah pengajaran. Kalau saya kerja dekat luar pun saya akan ada cabaran lain. Cuma bezanya saya orang kenal kita buat salah sikit pun orang akan bercakap. Itu saja.

MK: Dari segi imej, kak Ramlah pernah tak hadapi satu fasa yang mungkin akak struggle nak cari identiti akak dalam membina brand image yang bersesuaian?

RR: Dari segi nyanyian tidak tapi dari segi penampilan ya saya pernah lalui satu fasa orang kritik apa yang saya pakai. Masa bersama BMG ada dulu mereka sediakan image consultant iaitu Norma Norel tapi still orang akan pertikaikan apa yang kita pakai. Orang lain pakai okey kadang bila kita pakai orang tetap akan kritik. Tapi hal itu biasa bagi saya.

MK: Dato’ Ahmad Nawab di mata Biduanita Ramlah Ram?

RR: Sebelum saya kenal ramai yang cakap dia garang orangnya tapi bila jumpa dah kenal tu dia memang seorang yang amat teliti dan tegas. Saya pernah disuruh balik seingat saya sebab sebelum masuk studio saya tak makan. Dia nak bila saya masuk studio dalam keadaan betul-betul ready. Disiplin tu penting untuk dia. Dia takkan marah tapi saya tahu bila dia diam tu dia tengah marahlah tu.

Datuk Ahmad Nawab seorang yang sangat teliti dan bertanggungjawab.

MK: Dalam banyak-banyak album yang mana paling memberikan kepuasan buat Kak Ramlah?

RR: Kalau nak ikutkan saya suka dengan semua album. Setaip album bagi kepuasan yang berbeza-beza. Kalau satu je mungkin tak ada tapi kalau dari segi kejayaan itu memang album Kau Kunci Cintaku. Saya jenis akan sentiasa ada perasaan nak buat lebih setiap kali keluar dengan album baru. Bila dengar balik mesti akan ada saja yang tak cukup dan nak buat lebih baik kalau boleh.

MK: Boleh kongsikan pengalaman studio yang paling memberi kesan buat Kak Ramlah.

RR: Oh sebenarnya lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) tu sebenarnya memang saya record lepas saya menangis. Sebab dengan Datuk Ahmad saya disuruh untuk feel lagu tu sampai menangis. Saya sampai tak tahu nak buat macam mana lagi, saya keluar dari studio sebab geram rasa nak tumbuk muka dia (Hahaha..) sampai saya betul-betul menangis. Lepas tu masuk studio saya terus rakam. Pengalaman yang menarik sebab lepas bila kita dengar balik hasil rakaman baru kita faham, oh.. ini yang dia nak rupanya.

MK: Sebagai senior dalam bidang ini, pandangan Kak Ramlah tentang perkembangan muzik hari ini?

RR: Kalau dulu kita menitikberatakan penghasilan melodi dan lirik yang besarkan sifatnya tapi hari ini lagu-lagu lebih santai dan ringan. Tapi bagi saya bagus juga banyak cabangnya sekarang orang lebih ada pilihan dan semua ni berubah kerana peredaran zaman.


ARTIKEL BERKAITAN

https://muzikkita.com/betariseni-noraniza-idris-dasawarsa-seni-penyanyi-saduran-ke-biduanita-irama-melayu-asli-paling-dihormati/

Review, Terkini,

Ruang Sepi Dalam Alunan Lo-Fi “Juicy Luicy” Bersama “Adrian Khalif”

 

Lagu: Kembali Kesepian
Artis: Juicy Luicy & Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Adrian Khalif / Dennis Ligia / Iqbal Siregar
Produser: Faishal M Fasya / Canggar Krisnatry

Juicy Luicy merilis album Pop terbaru mereka berjudul “Sentimental” yang terhasil cukup rencah sebagai sebuah album yang bunyinya cukup kekinian dengan kemasan muzik yang cukup kemas dan matang.

Sebuah lagu kolaborasi bersama Adrian Khalif di album ini berjudul “Kembali Kesepian” antara yang hadir cukup menarik di album ini. Feel lo-fi dalam ilham R&B di lagu ini menghadirkan sesuatu yang cukup current sekali hasilnya.

Juicy Luicy yang cukup dikenali dengan rangkaian Balada / Pop yang cukup cemerlang sebelum ini menerusi lagu-lagu seperti “Mawar Jingga”, “Tanpa Tergesa” dan “Tak Terbaca” menwarkan sound yang lebih di lagu “Kembali Kesepian”.

Penulisan lirik di lagu ini terhasil kemas dan puitis. Susunan kata-katanya menarik dengan feel nyanyian yang bertepatan dengan melodi yang terhasil.

Lalu kau jadi hujan
Di musim panas yang terpanjang
Tapi kau tak inginkan
Bukan ku yang kau sayang

Kolaborasi mereka bersama Adrian Khalif benar-benar mewarnakan muzik mereka dengan satu suntikan muzik yang cukup menyanangkan. Catchy, puitis dan moden – tiga hal yang menyatu sebagai sebuah naskhah Pop yang cukup seronok untuk dinikmati.


ARTIKEL BERKAITAN

Poetic, Romantisme & Melankolik “Juicy Luicy” Di EP “Sentimental: Side A”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Seriosa Puisi Dalam Muzik “Kopratasa” Menerusi Album “Kunci” (1987)

Album: Kunci (1987)
Artis: Kopratasa 
Produser: M.Nasir 
Arranger: Eddie Marzuki 

Kehadiran Kopratasa dalam pasaran muzik tempatan di lewat era 80-an memberi satu pengalaman menikmati muzik dalam bait-bait puisi indah yang ditulis penuh manusiawi. Populariti mereka menerusi lagu “Permata” tentunya akan diingati dalam sejarah muzik negara.

Menerusi album “Kunci” ini kembara muzik mereka berjalan dengan cukup cemerlang beriring restu pendengar di era 80-90 yang cukup terbuka menerima kelaianan dalam persembahan lagu yang bersifat intelektual dan bukan hiburan semata.

“Pada Tanah Yang Hilang” puisi tulisan A.Samad Said dihasilkan melodinya dengan cukup terisi oleh M.Nasir dengan cukup kental jiwa Folk Pop Melayu yang dikendong Kopratasa dalam lagu-lagu mereka. Bait-bait Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah” dikemaskan dengan melodi yang cukup baik.

Sebuah lagi lagu yang menarik perhatian saya terhadap penulisannya adalah “Air Mata Di Tujuh Senja” yang ditulis Sani Sudin dengan melodi nukilan M.Nasir. “Siksa di jiwamu bila ku abaikan cinta yang suci, oh sayang.” Feel Melayu di lagu ini cukup kuat dengan pengaruh muzik nusantara muzik Kembara yang ada di lagu ini.

“Dada Laut” sebuah lagi lagu yang datang dengan isu lirik yang humanis. Perlambangan dalam penulisan lirik Abdul Latiff cukup menangkap di setiap rangkap lirik lagu ini yang menjadi bahan fikir yang cukup bagus sebagai sebuah teks lirik yang penuh kemanusiaan.

Dingin ombak adalah rambut rambutku
Pasang adalah nafasku
Kulitku dari garam
Suaraku dari angin
Mataku telah kuberikan

M.Nasir dalam penciptaan melodi-melodinya di album ini terhasil dalam satu eksperimen muzik nusantara yang sebetulnya sukar menembus pasaran semasa tetapi ia diciptakan dalam satu persembahan muzik yang cukup matang.

Dan cara terbaik menikmati album ini sememangnya dengan membaca serta memahami teks lirik yang disusun dalam setiap lagu. “Kunci” saya kira sudah menjadi sebuah album Puisi tempatan yang cukup baik untuk dijadikan rujukan bakat-bakat muzik muda yang mahu melestarikan jaluran muzik ini.

Beberapa album lain Kopratasa yang harus anda dengarkan dan hargai muziknya adalah “Nikmat” (1997) yang begitu puitis sekali barisan lagu-lagunya seperti “Senandung Untuk Zubaidah” , “Jumaat di Masjid Al- Muhammadiah” dan “Kerana Kau Kekasih”.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik Menghayati Ceritera Rakyat Dalam Ilham Muzik Nusantara Rock “Kembara”

Review, Terkini,

Sebuah Tribute Persahabatan Dalam Kemasan Balada “Terakhir Buat Teman”

Lagu: Terakhir Buat Teman
Artis: Hazama & Sarah
Komposer / Lirik: Faizal Uzair / Iman Imran
Produser: Genervie Kam

Allahyarham Faizal Uzir atau lebih senang digelar Lok U menjadi nama pelapis pengarah muzik yang cukup dikenali di barisan belakang persembahan pentas live program televisyen juga majlis anugerah muzik tempatan. Pemergiannya Januari lalu meninggalkan sebuah nota muzik yang dihasilkan bersama Arwah Aji yang asalnya diciptakan sebagai sebuah ingatan buat arwah Kelly.

Namun takdir menulis satu jalan cerita yang kadang tak kita duga menghentikan penghasilan lagu yang berjudul “Terakhir Buat Teman” ini terhenti seketika sebelum ia kembali dikemaskan Genervie Kam

Bersama lontaran vokal Hazama dan Sarah, melodi “Terakhir Buat Teman” terhasil cukup menyentuh dengan penulisan lirik Iman Imran dalam susunan kata-kata yang menerbitkan rasa dalam mengenang individu-individu hebat dalam bermuzik ini.

Genervie Kam seperti biasa jarang gagal dalam memberi impak emosi dalam kemasan muziknya. Terhasil dalam momentum bermuzik yang cukup beremosi. Kawalan vokal Sarah di lagu ini sangat-sangat cemerlang – Cukup kemas sekali dengan emosi yang tepat dalam setiap melodi yang dilantun.

kolaborasi dua vokal yang tidak pernah saya bayangkan boleh disatukan ini berhasil melengkapi mentafsir naskhah melodi dan lirik dengan cukup tepat.

“Terakhir Buat Teman” saya kira sudah mampu menjadi tribute anthem buat semua anak seni yang telah pergi meninggalkan sejarah dalam kerjaya mereka yang akan terus diingati.


ARTIKEL BERKAITAN

Melarut Dalam Kesayuan Naim Daniel Menerusi Single “Purnama”

Highlight, Review, Terkini,

Mendasari Kewarasan & Kegelapan “Adakah Kau Mendengar” Menerusi Karya Terbaru ALYPH

Lagu: Adakah Kau Mendegar
Artis: ALYPH
Komposer & Lirik: ALYPH
Produser: Magic Potion

Sumbangan ALYPH (Alif) dalam perkembangan muzik tempatan sangat besar saya kira dalam meninggikan standard Pop tempatan ke arah yang begitu membanggakan. Berawal dengan naskhah-naskhah cemerlang buat Kaka Azraff ALYPH perlahan memberi satu suntikan yang cukup segar membanggakan.

Pengalaman bermuzik bersama SleeQ membantu ALYPH mencipta empayar muziknya perlahan-lahan dalam menemukan formula muzik yang cukup solid dengan jiwanya dan pada masa yang sama memberi anjakan pada landskap Pop tempatan.

Lihat sahaja senarai lagu yang sudah diciptakan buat penyanyi lain “Bukan Hal Aku”, “Diamonds”, “Sibuk” (Kaka), Satu Peluang”, “Donde”, Shimmy” (Andi Bernadee),”Panas” (De Fam), “Berserah” (Zizan) sehingga “Bagaimana Dengan Aku” (Rayiputra) antaranya hadir memberi satu warna berbeza dalam pasaran Pop tempatan.

Hal-hal ini terlalu besar bagi saya jasanya seorang pemuzik mampu lakukan untuk mengubah landskap Pop tempatan yang tidak lagi stuck dengan ilham serupa.

ALYPH semakin cemerlang dengan kolaborasi genius “DETAIL” bersama SonaOne dalam menghasilkan Hip-Hop yang seiring pasaran global tetapi masih terisi jiwa domestiknya.

Terkini setelah kali terakhir tampil solo pada tahun 2017 dengan single “Buat Selamanya” ALYPH tampil dalam dengan naskhah “gelap” dalam persembahan penuh kejujuran yang bergerak sebagai sebuah transfusi muzik yang menyerap perlahan tetapi cukup dalam.

“Adakah Kau Mendengar” terhasil sebagai sebuah formasi muzik yang melambangkan perjalanan panjang bermuzik ALYPH. Karyanya kali ini lebih berat yang hampir tidak meneumukan titik klimaks dalam kepuasan mendengar.

Namun saya kira itulah istimewanya “Adakah Kau Mendengar” sebagai sebuah siren pemberitahu – ALYPH di radar kematangan bermuzik yang menantikan hasil yang ranum dalam karya-karya mendatang.

Single ini menyuntik sebuah jiwa baru dalam gerakan muzik ALYPH. Hal-hal ini saya temukan dalam penulisan liriknya yang terisi dengan sebuah kepastian dalam banyak hal yang dia lakukan sekarang dalam keegoan sebagai seorang pemuzik.

“Aku tahu nak bercampur dengan siapa,
Boleh Baca cara, jenis dan niatnya.”

“Pada saat aku mengambil alih
Aku yang telah meluaskan ruang yang sempit”

Untuk benar-benar enjoy “Adakah Kau Mendengar” saya kira harus memahami konteks liriknya dan perjalanan bermuzik ALYPH. Satu kepuasan sebenar akan anda temui menerusi lagu ini.

Saya tidak mahu mengatakan ini lagu terbaik sepanjang kariernya kerana saya pasti ini hanya satu prolog kepada bab baru yang masih banyak lagi episod yang bakal ditulisnya sebagai pemuzik yang matang. Dan saya tidak sabar menantikan episod seterusnya.

10/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menyemai Chemistry Dalam Feel Good Pop Lunadira & Reddi Rocket Menerusi EP 5 Lagu “Tangerine”

Highlight, Review, Terkini,

Sebuah Peri Puitis Dalam Kembutan Melodi “Duhai Sayang” Persembahan Yura Yunita

Lagu: Duhai Sayang
Artis: Yura Yunita
Komposer /  Lirik: Muhammad Tulus / Yura Yunita
Produser: Ari Renaldi

Nama Yura Yunita semakin utuh dalam pasaran muzik Indonesia dengan barisan hits yang berawal “Cinta & Rahasia” sehingga “Buka Hati” yang sudah pasti menjadi lagu-lagu cari makannya yang akan kekal lama jangka hayat popularitinya.

Dan kelibat Yura dalam industri muzik Indonesia akan pasti dinanti dengan pelbagai lagi kejutan manis yang mampu dia berikan. Terkini bersama Tulus, Yura menghasilkan “Duhai Sayang” sebagai pertaruhan terbarunya.

Terhasil dengan cukup indah dalam penyatuan melodi dan lirik yang cukup lembut membuai sebagai sebuah persembahan yang cukup puitis.

Kali kedua berkolaborasi bersama Tulus dalam penciptaan lagu, kali pertama buat lagu “Buka Hati” – Yura tampil mempesona dalam kesederhanaan miliknya.

“Duhai Sayang” saya kira sudah memikat biar di kali pertama mendengar lagu ini. Kemasn muzik Ari Renaldi meninggikan standard teks melodi lagu ini dalan persembahan Jazz Pop yang menyanangkan.

Bait liriknya jarang sekali tidak menyentuh dalam pemilihan kata-kata yang begitu menangkap pendengaran. “Duhai Sayang” saya kira menjadi sebuah lagi naskhah dalam katalog Pop Yura yang boleh dia banggakan.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Paradoks Pop Isyana Sarasvati Dalam Radikal Klasikal “Unlock The Key”

Highlight, Review, Terkini,

Superfine R&B Persembahan Impresif Cantika Abigail Bersama Rayi Menerusi Single “SIGN”

Lagu: Sign
Artis: Cantika Abigail & Rayi
Komposer /  Lirik: Cantika Abigail / Kenny Gabriel / Rayi

Bergerak solo sebagai gagasan penyanyi R&B tempatan sebetulnya membuatkan Cantika Abigail semakin matang menyusun kembara muziknya yang sudah berpengalaman cukup lama bersama grup R&B GAC.

Berawal dengan single “Start Over” Cantika tidak begitu mencuri perhatian saya, entah – mungkin kerana ideanya itu sekadar meneruskan apa yang ada di pasaran global. Spirit Indonesianya agak hilang kerana faktor muzik dan lirik dalam bahasa Inggeris yang dipilih.

Dan mungkin dengan alasan itu juga Cantika tampil dalam ilham yang lebih senang mendekatkan pendengar dengan karyanya. Bahasa Indonesia yang disulam dalam muzik R&B menjadikan single terbarunya bersama Rayi lebih exciting dan berjiwa.

“SIGN” menjadi pertaruhan terbaru Cantika Abigail dengan bantuan Rayi saya kira menemukan dia satu formula muzik yang mampu mendekatkan Cantika dengan pendengar nusantara secara lebih meluas.

Lagu ini terhasil dalam feel R&B yang cukup hebat – baik melodi, kemasan muzik sehingga attitude vokal Cantika yang menjadi kekuatan utama lagu ini pastinya.

“SIGN” saya kira sebagai pemula untuk Cantika semakin disenangi. Perjalanan muziknya berada di fasa menuju satu kematangan bermuzik yang sakan menemukan klimaks bermuzik yang hebat buatnya.

7.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Rinni Wulandari Muncul Lebih Soulful Di Single Berjudul “Takut Nanti Rindu”

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Revisited Saloma – Bimbang (1969) Who Made It Better In 2020’s?

Menyelisik merdu suara Biduanita Puan Sri Saloma dalam ratusan lagu yang pernah dirakamnya menyimpulkan satu rasa bahawa begitu tersendirinya dia sebagai seorang penyanyi yang cukup hebat.

Dalam jiwa Melayu yang dikendong menerusi rangkaian lagu popularnya seperti “Malam Ku Bermimpi”, “Saat Bahagia”, “Manusia” dan lainnya terisi satu feel besar muzik Jazz dan Big Band yang didukungi sepanjang bergelar penyanyi.

Hal-hal ini saya temui menerusi album “Bimbang” keluaran 1969 yang menampilkan nama produser muzik hebat seperti Ahmad Nawab dan P.Ramlee tentunya.

“Bimbang” menjadi alasan mengapa saya begitu berminat mendengar keseluruhan album ini. Ternyata pencarian di saluran YouTube Getaran Nostalgia menemukan saya hampir kesemua lagu-lagu yang ada di album ini.

Bergerak sebagai sebuah naskhah Big Band yang kental jiwa Melayunya menerusi penyampaian merdu Puan Sri Saloma saya terbuai dari satu lagu ke satu lagu lantas membayangkan…

what if kita remake semula album ini?

Hal-hal ini sering dilakukan di negara jiran kita Indonesia – bagaimana naskhah Ismail Marzuki diraikan grup muzik Nonaria, Chandra Darusman, Ian Antono, Koes Plus sehingga rakaman gemilang Raisa menerusi Bahasa Kalbu nyanyian asal Titi DJ yang begitu membuai.

Dan dalam visual saya menerusi lima lagu berikut saya senaraikan penyanyi terbaik yang mampu memberikan  rendisi menarik dan merdu album “Bimbang” sebagai sebuah dedikasi muzik yang harus kita lestarikan.

BIMBANG – AISYAH AZIZ
Feel Jazz di lagu ini dengan rhythm dan feel yang begitu sensual bersahaja mampu ditangani oleh Aisyah Aziz dengan penuh jayanya. Spirit vokal Aisyah dan kemasan muzik baru untuk lagu ini akan memberi satu pengalaman baru menikmati “Bimbang” dengan lebih fun!

IMPIAN MUSNAH – ERNIE ZAKRI
Balada lagu ini ada satu feel yang cukup tersendiri dan berbeza. Tempo perlahannya dicipta penuh soulful dalam rasa yang begitu dalam sekali. Saya percaya Ernie is the best singer untuk deliver satu perasaan yang mampu buat kita hanyut dalam alunan merdunya.

ABANG KU RINDU – NING BAIZURA
Seawal mendengar intro lagu ini sahaja saya sudah membayangkan Ning is the best singer untuk mengembalikan groove di lagu ini. Vokal Ning cocok dengan lagu-lagu begini yang memerlukan attitude dalam persembahan vokal yang berwarna.

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG – NJWA
Soul di lagu ini cukup membuai dan sifatnya mampu dibesarkan dengan kemasan muzik terkini. NJWA akan deliver lagu ini dengan cukup cantik bagi menjadikan lagu ini sebuah perembahan vokal yang cukup menarik dan melayang.

MASA BERCINTA – LIZA HANIM
Liza Hanim is the best version of new Saloma – Always. Dan “Masa Bercinta” akan sekali lagi memberi keseronokan untuk kita benar-benar enjoy dengan suara merdunya. Kemasan muzik minimal dengan mencantikkan bunyinya tanpa mengubah struktur muzik asal akan buat kita begitu senang dan dekat dengan lagu ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Biduanita Pop 70-an Dalam Melodi Merdu Uji Rashid, Sharifah Aini dan Rafeah Buang

Highlight, Review, Terkini,

Ungkapan Cinta Tak Bersyarat Afifah Yusuf Di Single “Ketulusan Abadi”

Lagu: Ketulusan Abadi
Artis: Afifah Yusuf
Komposer / Lirik: Afifah Yusuf
Arranger / Produser: Hezky Jo

Baru sahaja mendirikan rumah tangganya, puteri kepada biduanita Hetty Koes Endang, Afifah Yusuf menghadirkan single Balada perdananya berjudul “Ketulusan Abadi”. Sebuah lagu yang ditulis bagi merayakan kisah cinta bersama suami tersayang.

Afifah yang lebih awal mencuri perhatian pendengar dengan pesona Pop “Rasi Bintang” dan “Benua Berbeda” menghadirkan naskhah ciptaannya sendiri dengan bantuan produser muzik Hezky Jo.

“Ketulusan Abadi” saya kira lengkap sebagai sebuah naskhah wedding song yang menyulam rasa cinta dalam melodi yang cukup membuai rasa dan bersulam lirik yang penuh dengan rasa cinta.

Afifah memiliki karakter vokal lembut yang merupakan paten suara kebanyakan penyanyi Pop tempatan. Kelibatnya beberapa bulan lalu di single “Pelangi Cinta” bersama Diskoria memberi satu lagi warna dalam karier muziknya.

“Ketulusan Abadi” dicoret dalam pesona kisah cinta Afifah yang saya kira tidak terlalu sukar untuk kita sebagai pendengar menikmati melodi seindah ini.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Rinni Wulandari Muncul Lebih Soulful Di Single Berjudul “Takut Nanti Rindu”

Highlight, Review, Terkini,

Melarut Dalam Kesayuan Naim Daniel Menerusi Single “Purnama”

Lagu: Purnama
Artis: Naim Daniel
Komposer / Lirik: Amzar Razqa
Susunan Muzik: Hanis Rafi / Omar K
Produser: MyPopMachine
Mixing & Mastering: Audi Mok

Naim Daniel dalam rencana untuk serius bergelar penyanyi saya kira sudah terbukti dalam rangakaian lagu-lagu yang siap dirilis sejak 2018 dengan Pop “Sekali Lagi”. Setelah itu dia semakin rancak dalam menyusun rentak untuk semakin disukai juga disayangi sebagai bakat pelapis muzik tempatan yang boleh dibanggakan.

Dan ya, menerusi “Sumpah” lagu cemerlang 2019 menjadi bukti Naim sememangnya bakat muda yang sangat boleh kita harapkan untuk melestarikan landskap Pop tempatan dengan suntikan citarasa muzik yang current.

Tahun ini sahaja dia semakin selesa menyusun kembara muziknya dengan merilis empat lagu “Sembah”, “Sedih”, kolaborasi menarik “Lara” Hael juga Haqiem dan yang terbaru “Purnama”.

Korus “Purnama” sudah beberapa bulan awal dikongsi Naim di akaun Instagram miliknya yang pastinya cukup hook untuk mengikat dan memikat kita sebagai pendengar. Amzar Razqa (Ke Mana kolaborasi Kodhi) menghasilkan sebuah melodi yang cukup kuat feel Balada Melayunya. Rintihnya dirasai seawal petikan piano di lagu ini.

Flute Mohar menambah rasa sayu yang saya kira memang dengan mudahnya membuat pendengar kita larut dalam penghasilan lagu ini.

Cuma secara peribadi saya fikir flute di lagu ini agak dominan di sepanjang lagu yang menjadikan lagu ini sedikit lembik dan sedikit mematikan momentum lagu ini untuk bergerak sebagai Balada yang current. Namun hal ini diselamatkan dengan produksi muzik yang kemas dan vokal Naim yang tidak terlalu meleweh.

Naim sangat in control Dalam penyampaian vokalnya tang tidak terlalu perlu merintih. Dia menyampaikan teks lirik lagu ini secukup rasa, seadanya dalam satu rasa penuh pasrah yang cukup dirasai.

Dan hal ini membuatkan Naim penyanyi yang bijak dan diproduksi produser yang sangat bijak untuk balance kan hal-hal seruling, vokal dan pengisian cerita di lagu ini melengkapi antara satu sama lain.

Visi saya terhadap “Purnama” sebetulnya mahu melihat lagu ini lebih besar sifatnya dengan full string session yang boleh buat lagu ini lebih gila. Rujukan saya adalah “Andainya Takdir” Anuar Zain dan saya percaya “Purnama” mampu ke arah itu. Tapi itu hanya expectation saya.

Namun perspektif saya berubah pabila mendengar sambil menonton muzik video “Purnama” – Visual di muzik video lagu ini memainkan peranan untuk kita benar-benar larut dengan elemen kesayuan muzik yang siap di lagu ini.

Pengalaman mendengar sahaja dan mendengar sambil menonton MV lagu ini memberi dua impak berbeza buat saya setidaknya. Dan yes, flute Mohar itu menyatu cukup baik sekali dengan visual di muzik video lagu ini.

Hal ini membuatkan saya fikir “Purnama” bergerak tidak hanya bergerak sebagai sebuah naskhah audio tetapi datang dengan pengalaman visual yang sangat mengesankan. A very smart move. 

“Purnama” saya kira cukup baik sebagai sebuah naskhah komersil untuk pasaran semasa, pendengar kita akan sangat suka dengan lagu ini dan Naim akan ada sebuah lagi lagu cari makan dalam portfolio muziknya. Sebuah kerja studio yang kemas dan memuaskan.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

“LARA” Kolaborasi Pop Terkini Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli & MFMF.