Lagu: Chendering Artis: Bihzhu Komposer / Lirik: James William Boyle / Zainal Abu Arranger: Idris Koh Keng Hui Produser: Melina William
Saya sering bertanya lagu Malaysia itu sepatutnya soundnya bagaimana ya? Sebagai seorang yang membesar dengan lagu-lagu Melayu saya sebetulnya sudah jemu dengan Balada yang terlalu banyak dan memualkan.
Dan ia agak memalukan bila mana saat rakan-rakan di Indonesia mempertanyakan “di Malaysia itu lagunya masih galau-galau terus.” Dan setiap kali persoalan itu ditanyakan saya akan stuck sekejap. Sebab memang betul pun.
Yang diraikan di sini terus menerus lagu Balada sakit hati yang memang buat saya sakit hati dan telinga dengan taste orang kita. Bukan tak ada yang bagus cuma tidak mahu diangkat sebaiknya.
Saya kira bakat indie kita yang memberikan bunyi berbeza itu sering dipandang sepi. Melihat bakat-bakat wanita seperti Alena Murang, Mayabayu dan Bihzhu umpamanya yang struggle mencari tempat di hati pendengar tempatan.
Awal tahun ini Alena Murang dan Mayabayu merilis single dengan nuansa etnik Malaysia yang disatukan dengan bunyian Pop untuk dikomersilkan secara meluas mendapat sambutan baik tetapi masih belum menyeluruh.
Terkini seorang lagi bakat wanita yang saya kagumi secara peribadi bernama Bihzhu merakam ulang lagu berjudul “Chendering” yang pernah beberapa kali dirakam sebelum ini antaranya Bing Slamet dan Zainal Abidin dalam komposisi asal James Boyle yang digubah semula.
Di tangan Bihzhu, “Chendering” terhasil dalam alunan Folk dan Jazz yang cukup lembut membuai pendengaran.
Produksi rakaman lagu ini sangat cemerlang. Setiap sisi bunyian instrumen muzik dapat ditangkap pendengaran dan hal ini menyatu cukup baik dengan persembahan vokal Bihzhu. Nasihat saya dengar menggunakan headphones.
Sesekali alunan Bihzhu mengingatkan saya pada Mia Palencia di lagu “Sayang” spirit yang dikendong itu sama dalam mentafsirkan sebuah lagu yang bersifat “Malaysia” sekali jiwanya.
“Chendering” sudah siap sebagai sebuah naskhah klasik yang hampir dilupakan tetapi ditinggikan kembali standard nya oleh Bihzhu dan batalion muziknya. Hal ini sangat penting saya kira dalam terus melestarikan lagu-lagu yang baik tetapi sudah semakin dilupakan.
Usaha yang dilakukan Bihzhu ini saya kira harus diraikan, disokong dan diperdengarkan secara meluas. Pasaran muzik begini harus diberi peluang sama tinggi dengan jaluran muzik di pasar komersil yang lain.
Lagu: Tiba Tiba Tabi Artis: Andien Komposer / Lirik: Andien Aisyah / Shinta Priwit Produser: Andien Aisyah / Dody Is
Masih dalam fasa bahagia menikmati hidup sebagai seorang ibu kepada dua anaknya, Andien Aisyah menggerakkan kraf muziknya dalam legar ruang hidupnya hari ini. Dan kebahagian-kebahagiaan ini jelas terlihat dalam beberapa rilis terkini yang dizahirkan kebelakangan ini.
Setelah merilis “Anakku Sayang” karya ciptaan bersama Rieka Roslan, Andien meneruskan dengan penghasilan lagu buat dua anakanya menerusi single “Tiba Tiba Tabi” yang diciptakan Andien bersama Shinta Priwit.
Terhasil cukup fun dalam penulisan lirik yang cukup meaningful malah playful, “Tiba Tiba Tabi” menceritakan tentang keletah anak keduanya bernama Tabi. Terhasil sebagai kesinambungan indah lagu-lagu seperti “Anakku Sayang” , “Indahnya Dunia” dan “Belahan Jantungku” .
Andien saya kira sedang melalui fasa bahagia yang mengubah sedikit landskap muziknya dengan cara yang paling nyaman buat kita sebagai pendengar untuk menikmati alunan playfulnya di lagu ini.
“Tiba Tiba Tabi” hadir dengan kemasan muzik yang cukup membanggakan. Saya begitu enjoy mendengarkan susunan string muzik di lagu ini yang diibaratkan seperti menikmati soundtrack filem anak-anak.
Di bahagian hujung keletah Kawa dengan bait bualnya bersama Andien juga menjadi faktor pemikat single yang terhasil cukup istimewa ini.
Lagu: Dia Bagiku Artis: Khodi Komposer / Lirik: Farouk Roman / Khodi Produser: Farouk Roman
Khodi antara bakat baru yang cukup saya looking forward sejak dia berawal merilis “Ke Mana” bersama Razqa di tahun 2019. Khodi ada tone suara yang cukup tersendiri, lembut dan soothing. Lagu-lagu dalam nuansa R&B / Soul saya kira cukup cocok dengan karakter suara yang dia miliki.
Selepas merilis “Ke Mana”, awal tahun ini Khodi hadir berbeza dengan single “Lenggang” yang merubah terus landskap muzik Pop yang dia miliki. “Lenggang” not a bad song tapi seperti yang selalu kata, Khodi is bigger than that.
Terkini bersama Farouk Roman dia menghasilkan sebuah Balada indah yang cukup lembut membuai. Diberi judul “Dia Bagiku” yang melatari drama bersiri “Single Terlalu Lama” ini mengembalikan keterujaan saya menikmati suara Khodi.
“Dia Bagiku” cukup ramuan Balada yang sedap didengar, tidak berlebihan dan cukup menyerlahkan karakter vokal Khodi sebagai seorang vokalis yang berbakat. Semoga in future Khodi boleh teruskan dengan arah muzik begini dan juga seperti yang dilakukan menerusi “Ke Mana” yang benar-benar memberi justice pada vokalnya.
Lagu ini saya kira tidak sukar membuatkan kita senang untuk menikmatinya. Cuma saya tidak pasti jika pendengar kita mahu meraikan Balada lembut begini kerana di lagu ini tiada unnecessary jeritan atau rintahan seperti mana yang orang kita suka.
Andmesh berawal cukup promising dalam memikat pendengaran nusantara dengan hits “Cinta Luar Biasa” yang cukup booming sekali. Penangan lagu tersebut terbawa laju sehingga ke negara ini.
Penulisan melodinya hadir dalam formula yang mudah saya kira. Tidak hanya di lagu “Cinta Luar Biasa” tetapi hampir keseluruhan lagu-lagu Andmesh mengambil pendekatan mesra pendengar tanpa perlu bereksperimentasi dengan chord muzik yang beragam.
Apa yang dia tawarkan saya kira adalah rasa dan sebagai penyanyi juga pemuzik Andmesh kiranya bijaklah sebenarnya. Dia tahu pendengar sukakan sesuatu yang ringan, yang boleh buat mereka relate dengan kisah peribadi.
Maka lahirlah lagu-lagu seperti “Hanya Rindu”, “Jangan Rubah Takdirku” juga “Nyaman”. Walaupun sebetulnya lagu-lagu paten begini sudah lebih awal dialunkan penyanyi terdahulu seperti Mike Mohede, Budi Do Re Mi, Rizky Febian, Jaz antaranya.
Originality mungkin itu yang tidak ada padanya tapi sebagai seorang yang terlibat dalam showbiz Andmesh bijak membaca apa yang majoriti pendengar mahukan dalam sesebuah karya lagu.
Maka dengan formula yang ada itu dia meneruskan kelangsungan kepada lagu-lagu yang telah rilis dengan menerbitkan sebuah lagi single terbaru berjudul “Tiba-Tiba”.
Lagu yang ditulis sepenuhnya Andmesh ini hadir dalam groove berbeza yang buat saya sangat-sangat enjoy dengan penghasilan keseluruhan lagu ini.
Melodi “Tiba-Tiba” masih berlegar pada apa yang sinonim dengan Andmesh, ditambah dengan groove mid tempo yang disatukan dengan penulisan lirik yang sekali lagi memainkan peranan penting memikat pendengar.
“Rasa ini tiba-tiba ada setelah sekian lama kita berpisah.” I mean semua boleh relate kan situasi begini. Jadi di sinilah Andmesh memanipulasi melodi yang simple menjadi dekat dan relevan dengan pendengar.
Album: Aku Dan Dia (1995) Artis: Erra Fazira Produser: Razman
Nama Erra Fazira menjengah pasaran muzik Pop tempatan di pertengahan 90-an berbekal wajah jelitanya dengan kelembutan suara yang ketika itu sebetulnya tidaklah terlalu membangkit rasa kagum tetapi setidaknya dia bergerak atas kraf bakatnya yang tersendiri tanpa perlu menjadi orang lain.
“Yang Terindah Hanya Sementara” (Razman / Habsah Hassan) yang dimuatkan dalam album perdananya yang berjudul “Aku Dan Dia” menjadi batu loncatan untuk dia dikenali sebagai penyanyi yang sebelum itu diperkenalkan dengan single “Cinta Abadi” menerusi EP yang beredar di tahun 1994.
Erra Fazira menerusi album terbitan Razman bersama syarikat rakaman Polygram Records ini sebetulnya album yang cukup sederhana dan mungkin tidak salah saya katakan agak bosan penghasilan lagu-lagunya.
Hal-hal ini jelas dalam beberapa lagu seperti “Resah” dan “Mengapa Harus Membenciku” yang melodinya tiada hook untuk kita sebagai pendengar fokus sehingga ke hujungnya. Tidak salah juga disebut sekadar filler untuk melengkapkan sebuah album.
“Cemburu” (Razman / Azam Dungun) mungkin antara lagu yang interesting di album ini. Feel blues dalam melodi yang disusun baik ini setidaknya menyatu baik dengan penyampaian sederhana Erra Fazira.
Lagu ini ada sesuatu yang menarik untuk didengar dan saya kira ia menyuntik semangat berbeza di album ini berbanding lagu lainnya yang buat saya mengantuk mendengarnya.
Album ini saya kira benar-benar bergantung pada penghasilan melodi malar segar “Yang Terindah Hanya Sementara” sahaja. Jika tidak ia sekadar sebuah album yang hanya akan dilupakan sahaja.
Erra Fazira saya kira menemukan aliran muziknya ketika dia mengedarkan “2.5 Sayang” yang hadir dengan hits “Pertemuan”, “Gemilang” dan “Terpaksa Melangkah” yang lebih terhasil lebih komersil untuk pasaran radio khususnya ketika itu.
Namun tanpa menolak pentingnya album “Aku Dan Dia” ini, saya kira ini adalah pengenalan terbaik seorang Erra Fazira dalam bidang seni suara. Biarpum kehadirannya sebagai penyanyi itu tidaklah terlalu diangkat kerana tidak handal dalam mengalunkan nada tinggi namun originality yang dia miliki tidak ada yang mampu menyamai.
Erra setelah fasa Polygram meneruskan aliran muzik Pop nya yang cukup tersendiri. Bersama syarikat rakaman Sony Music dia telah menghasilkan album yang cukup baik seperti “Kini” (1999) dan “Sampai Bertemu” (2002).
Maliq & d’Essentials menjadi antara alasan mengapa saya terus mahu menikmati muzik Indonesia ketika usainya fasa Ruth Sahanya, Dewa 19 dan Sheila on 7 yang selepas itu dibanjiri band Pop cinta seperti Ungu, Seventeen, D’Massive yang kurang menarik minat saya.
Dengan debut berjudul “1st” yang beredar pada tahun 2005 menampilkan hits malar segar “Untitled” , “Terdiam” dan “Kangen” meledakkan nama mereka sebagai R&B Jazz band yang menyatukan feel Indonesia di lagu-lagu mereka.
Bagi rata-rata yang berada di Malaysia saya pasti “Sampai Kapan” kolaborasi bersama Camelia memperkenalkan nama Maliq & d’Essentials di sini. Single yang cukup sensual membuai rasa itu sehingga hari ini menjadi lagu terbaik mereka sepanjang bermuzik.
“1st” memertaruhkan Urban Pop yang disaduri R&B, Jazz, Funk dan Soul yang disatukan dalam ramuan rasa yang cukup kuat jiwa Indonesianya. Hal ini sangat boleh didengari dalam lagu seperti “Terdiam”, “Harus Bagaimana”dan “Berlayar”.
Menerusi album kedua mereka, “Free Your Mind” (2007) kugiran ini meneruskan ilham yang ada di album perdana tetapi dengan meletakkan lebih groove, lebih funk dalam sebuah adrenalin berbeza.
Muzik mereka melengkapkan jiwa-jiwa yang dahagakan sesuatu yang segar
Lagu-lagu seperti “Free Your Mind”, “Funk Flow” dan “Heaven” memperlihatkan keyakinan mereka untuk terus bereksperimen dengan muzik mereka. Dan sekali lagi tanpa gagal, album ini menampilkan sebuah lagi masterpeiece berjudul “Dia” yang sehingga hari ini sudah distrim lebih 11 Juta kali di Spotify.
Dan kejayaan formula dua album awal ini diteruskan di album “Mata, Hati, Telinga” (2009) dan “The Beginning of a Beautiful Life” (2010) yang sekali lagi tanpa gaga membuat kita sebagai pendengar menikmati satu pengalaman muzik yang cukup menarik sekali.
Maliq MK1
Maliq MK2
Maliq MK3
Maliq MK4
Maliq MK5
Maliq MK6
Maliq MK7
Arah muzik Maliq & d’Essentials terarah ke satu fasa berbeza ketika mereka mengedarkan “Sriwedari” pada tahun 2013. Di saat ini sebagai pendengar saya benar-benar diduga dengan sound baru kugiran ini yang bereksperimen dengan nuansa swingingg 60’s dan plucking gitar The Beatles menerusi lagu “Setapak Sriwedari” sehingga pengaruh dangdut “Drama Romantika”.
Album ini antara yang lama saya hadami muziknya. Arah yang berbeza dalam muzik kugiran ini sebetulnya cukup menuntut kesabaran sebagai pendengar yang sudah biasa dengan alunan “Dia” atau “Untitled” dan vintage santai “Menari”.
Namun setelah berjaya mencari cara terbaik menikmati album ini yang saya mulakan dengan catchy melodi “Drama Romantika” diikuti “Dunia Sekitar” juga “Setapak Sriwedari” barulah roh sebenar “Sriwedari” menyatu dengan pendengaran saya.
Majlis pelancaran Album Senandung Senandika (2017)
Dan tidak berhenti di situ, mereka terus mencabar pendengaran saya dengan album “Musik Pop” (2014) dan “Senandung Senandika” yang menyatukan elemen muzik Maliq itu sendiri dengan pengaruh City Pop dan Synth yang cukup kuat sekali.
Kali ini mereka hadir dengan lebih berat isi muziknya untuk dinikmati dan tidak salah jika saya sehingga hari ini “Senandung Senandika” adalah album paling berat untuk dinikmati pendengar Pop seperti saya.
Lagu-lagu yang terisi di album ini agak sukar menemukan titik mesra pendengaran dengan eksperimentasi instrumen muzik yang bermacam-macam. Di pembuka album ini sahaja sudah mencabar saya dengan opening oriental “Sayap” yang kemudian menyatu dengan Synth Pop.
Saya sempat meninggalkan ke tepi album ini kerana agak sukar untuk pendengaran saya hadam isi muzik yang terisi di album tersebut namun saya faham sebagai pemuzik kugiran ini sudah tentu mahu evolve dengan sound baru yang meninggikan intelektual muzik mereka tanpa mahu berkompromi lagi menghasilkan apa yang sudah mereka tawarkan sebelum ini.
Sepanjang 19 tahun mereka bermuzik saya secara peribadi sudah menonton 3 kali persembahan Live mereka. Dua kali di Jakarta (Red White Jazz & Java Jazz) dan sekali ketika mereka melakukan persembahan di Life Centre Kuala Lumpur.
Tidak ada satu persembahan pun yang saya kira tidak menghiburkan. Setiap satunya memberi pengalaman berbeza buat saya sebagai penggemar muzik Maliq & d’Essentials yang sentiasa penuh dengan kejutan juga keterujaan baru setiap kali keluar dengan single, album mahupun persembahan live.
Namun yang akan pasti sentiasa saya ingat pasti di pentas Red White Jazz, Kemang yang cukup intimate sekali. Sempat saya bertemu mereka selepas show dan sejak daripada itu say amengumpul semua CD Maliq & d’Essentials yang tersempat baik dalam simpanan.
sesi rakaman album di abbey road studios
“Raya” yang beredar awal tahun ini di platform muzik digital merupakan sebuah rangkuman muzik yang menyatukan dua fasa karier mereka di tiga album pertama (1st, Free Your Mind, Mata Hati Jiwa & The Beginning) dan tiga album studio terakhir (Sriwedari, Musik Pop & Senandung Senandika).
Kugiran ini menemukan satu formula lengkap mengadun dua fasa ini dalam sebuah persembahan album yang menyantuni skop estetika dan komersilnya dalam sebuah pengalaman menikmati muzik Maliq & d’Essentials dengan cara paling mudah dan menyenangkan.
Dan secara peribadi saya meletakkan “Raya” sebagai album terbaik mereka sepanjang bermuzik dalam usia 19 tahun di tahun ini. Groove, soul dan feels yang dirasai secukupnya.
Selamat ulang tahun bermuzik buat Maliq & d’Essentials. Terima kasih untuk 19 tahun yang bercampur baur rasa menikmati muzik yang terkadang membuai, memberi kesenangan hati, membuat saya menari dan juga terima kasih untuk lagu-lagu yang merumit deria dengar saya. More music in future pastinya.
Peranan muzik dalam menyuarakan sebuah lontaran idea dan suara wakilan masyarakat dalam sesebuah isu yang serius menjadi intipati besar dalam kembara muzik nama-nama besar seperti M.Nasir, Hattan, Raihan, Faizal Tahir dan beberapa pemuzik yang tidak hanya bermuzik sebagai wacana hiburan.
Pengungkapan sebuah suara terhadap apa yang dilalui masyarakat Palestine diabadikan Hattan dalam sebuah album yang cukup istimewa berjudul “Palestin”. Beredar di tahun 2002 (Kira-kira 19 tahun sudah) Album ini menjadi sebuah pengisian suara wakil pemuzik yang mengambil serius isu konflik Palestine yang ditindas Israel.
Humanisme Hattan di album ini bergerak dalam melodi yang rata-ratanya dicipta M.Nasir dan Tam dengan lirik-lirik Loloq dan Bob Lokman. Terisi 10 lagu kesemuanya, album ini turut memuatkan rakaman awal “Suara Binasa” yang menjadi runut bunyi filem Selubung.
Album ini dibuka dengan “Cinta Rimba Peluru” (M.Nasir / Bob Lokman) yang hadir dengan feel Soul / Blues Hattan yang cukup membuai. Bait liriknya cukup indah dan puitis sekali, membaca bait-bait di lirik ini saja sudah mengundang kagum. “Berteman rindu di rimba peluru, Terbakar saljuku di jari bangsamu.”
“Perjuangan” (Tam / Bob) sebuah lagi lagu yang cukup menarik penulisan liriknya yang menyatu baik dengan melodi serta vokal Hattan – “Jika Mampu bunuhlah aku pastikan bangkit semangat yang satu.”
Humanisme Hattan di album ini diteruskan dengan lagu-lagu seperti “Palestin Jangan Kau Menangis” (Tam / Loloq) dan “Perjalanan Ke Raudhah” (Hattan / Mael) yang saya sifatkan sebagai dua lagu terbaik di album ini.
Menerusi “Palestin Jangan Kau Menangis” Loloq menulis “Perang yang satu ini takkan berhenti selahi Masji Al-Aqsa berdiri.”
Melodinya terhasil dalam jiwa Hattan yang cukup deep sekali. Penyampaian Hattan bagi saya cukup memaknakan rasa dalam cerita yang ditulis dalam lirik lagu tang terhasil. Menghayati album ini saya kira istimewa kerana vokal Hattan itu sendiri.
Saya kira Hattan sudah menjalankan tanggungjwab sosialnya sebagai pemuzik dengan sebuah naskhah kemanusiaan ini. “Palestin” bergerak sebagai sebuah album yang cukup kemas produksi muziknya namun sangat kurang diperkatakan.
Semoga Hattan dapat merilis kembali album yang cukup istimewa ini sebagai sebuah kelangsungan muzik dalam suara kemanusiaan yang harus diperdengarkan sepanjang masa kerana saya tidak pasti jika ada label hari ini yang mahu melabur untuk sebuah projek berjiwa besar begini.
Album: Pemberian Hari Raya (1981) Artis: Al-Jawaher / M.Nasir / Ideal Sisters / Rafeah Buang / Yunizar /Janji Produser: M.Nasir / Ooi Eow Jin
Meneliti saluran YouTube “Getaran Nostalgia” menemukan say adengan album Klasik Hari Raya dengan judul “Pemberian Hari Raya” ini yang rata-ratanya menampilkan rakaman asal hits yang didendangkan penyanyi asal lagu-lagu yang sudah dirakam berkali-kali.
Album yang menampilkan rangkaian lagu ciptaan M.Nasir yang turut bertindak sebagai produser bersama Ooi Eow Jin ini menampilkan nama-nama besara seperti Alleycats, Yunizar, Al-Jawaher, Ideal Sisters selain M.Nasir sendiri.
Rakaman asal “Satu Hari di Hari Raya” (1981) yang diterbitkan di album ini merupakan rakaman asal sebelum yang meledak popular versi 90-an yang dirakam semula M.Nasir ketika bersama syarikat rakaman BMG Music.
Album in turut menyenaraikan beberapa lagu rakaman asal yang cukup popular seperti “Ku Pohon Restu Ayah Bonda” (Al-Jawaher) yang cukup popular dengan rakaman semula oleh Mamat. Lagu dengan lirik ciptaan Amir Abd. Karim.
Versi asal yang dialun dalam vokal lantang Al-Jawaher ini hadir dalam sebuah pengalaman menikmati rakaman muzik yang cukup raw dan oraganik sekali. Dan sebuah lagi lagu yang cukup popular dimuatkan di album ini adalah “Hari Raya Hari Bahagia” oleh Ideal Sisters.
“Hari Raya Tanpa Ibu” persembahan kumpulan Janji antara yang cukup seronok dinikmati. Lagu ini antara yang pertama kali saya dengarkan dalam banyak-banyak rakaman klasik raya yang ada.
“Hari Raya Hari Bahagia” yang cukup popular didendang Ramlah Ram turut dimuatkan versi asalnya di album ini yang menampilkan vokal Ideal Sisters. Lagu ciptaan sepenuhnya M.Nasir ini hadir dalam feel cukup nostalgic dalam menyuntik kemeriahan hari raya itu sendiri.
Rangkaian muzik klasik raya di album ini antara yang cukup menarik perhatian untuk dinikmati. It’s like a zero skip album. Rafeah Buang dan Yunizar Hussein antara nama besar 80-an yang tampil di album ini – “Di Pagi Hari Raya” (Ooi Eow Jin) dan “Suasana Pilu Di Saat Ini” (Ooi Eow Jin).
“Pemberian Hari Raya” is a great treasure untuk sebuah pengalaman menikmati rakaman asal hits-hits hari raya yang rata-ratanya kita kenal kerana rakaman semulanya yang banyak dirakam ulang penyanyi di era 90-an.
*Dengarkan kesemua trak di album “Pemberian Hari Raya” di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”
Rangkaian lagu-lagu raya klasik sangat sinonim dengan nama-nama biduan serta biduanita muzik tempatan yang sudah menghasilkan hits terbaik sejak 70-an lagi. Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir dan DJ Dave mendahului senarai nama popular era 70-an.
Tidak hanya menghasilkan hits lagu-lagu Pop mereka, nama-nama ini cukup dikenali dengan rangkaian lagu-lagu raya malar segar yang masih diulang dengar sehingga hari ini.
Album “Bergembira di Hari Raya” ini diproduksi Datuk Ahmad Nawab untuk edaran 1977 terisi 18 trak keseluruhannya. Tidak hanya menampilkan rangkaian lagu-lagu raya, album ini turut menampilkan dialog antara keempat-empat mereka diselang-seli dengan rangkaian lagu terpilih.
Dibuka dengan lagu “Bisikan Hati Di Hari Raya” (Sharifah Aini & Hail Amir) monolog Hail Amir berbisik dalam lembutnya melodi ciptaan Ahmad Nawab dengan lirik oleh Sharifah Aini ini. Disahut dengan dialog pembuka, album ini terhasil seperti sebuah program hari raya di televisyen sebetulnya.
Pertama kali mendengar album ini di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” perasaannya agak janggal disebabkan ada dialog selingan tapi pabila sudah berada di beberapa trak berikutnya saya enjoy dengan perbualan empat bersahabat ini.
“Doa Di Hari Mulia” (Uji Rashid) antara all time favorite saya di album ini, melodi Melayunya cukup sayu dalam kemasan muzik Ahmad Nawab yang cukup membuai dan alunan lembut Uji Rashid dalam penyampaiannya yang menyatu cukup baik sekali.
Album ini menampilkan lagu-lagu yang tidak lagi perlu diperkenalkan – “Seloka Hari Raya” (Uji Rashid & Hail Amir), “Suasana Hari Raya” (Sharifah Aini), “Menjelang Hari Raya” (DJ Dave) antaranya.
Naskhah rakaman asal di album ini datang dengan kualiti rakaman yang cukup solid detail bunyiannya. Rakaman suara Sharifah Aini menerusi lagu “Hari Yang Mulia” di album ini antara yang cukup puas saya dengarkan.
Lagu: Raya Raya Raya Artis: Dolla Komposer / Lirik: Acap Salim / Ajay Amai / Glow Rush / Mike Chan / Nick Ariff / SOMEAN-K Clique Produser: Kalerj / Mike Chan
Menghasilkan anthem raya masa kini saya kira bukan satu hal mudah. Banyak lagu-lagu raya baru terhasil namun masih tidak banyak yang memiliki elemen malar segar yang boleh kita dengar berulang kali saban tahun.
Ritma raya tahun ini saya kira antara yang cukup banyak diraikan dengan senarai rilis terkini daripada bakat muzik berbeza baik mainstream juga indie menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini.
Namun satu yang paling menarik untuk dinikmati adalah rilis daripada Dolla berjudul “Raya Raya Raya” yang terhasil cukup catchy, moden dan datang dengan hook yang mengikat pendengaran biar hanya dengan sekali mendengar.
Lagu hasil ciptaan kolaborasi Acap Salim, Ajay Amai, Glow Rush, Mike Chan, Nick Ariff dan SOMEAN-K Clique ini menyatukan beberapa aliran muzik Pop dengan sentuhan K-Pop, dangdut di korusnya dan rap yang memodenkan keseluruhan lagunya.
Feel nostalgia lagu ini mungkin kurang tetapi untuk didengar berulang kali itu pasti dan saya kira hayat lagu ini juga bakal panjang. “Raya Raya Raya” moden sepertimana Feminin dulu menghasilkan “Kurniaan Di Hari Raya” yang masih kita dengarkan sehingga hari ini.
Verse lagu ini mengingatkan saya pada Madu 3 – P.Ramlee dan korusnya ada Dag Dig Dug (Haiza) Di dalamnya. Cukup sedap didengar dan dilayan. This is definitely a brand new Raya classic!