#RetrospektifMuzik, Terkini,

“Kasih Kekasih” Sebuah Arah Baru, Kecelaruan & Rawan Muzik Nasyid Tempatan

Pasaran muzik Nasyid yang digerakkan Raihan di pertengahan 90-an menjadi satu sejarah penting muzik temptan dalam meraikan kepelbagaian dalam  bermuzik. Nasyid diterima cukup meluas di pasaran komersil dengan terbuka dan disenangi semua.

Berilham daripada mengangkat kisah juga kepentingan Islam dalam penulisan liriknya yang disulami penuh kasih sayang antara tuhan – manusia dan manusia sesama manusia, Nasyid dijadikan lembaran nasihat yang dilagukan dengan cukup catchy.

Naskhah-naskhah Raihan seprerti “Senyum” antara yang percaturan Nasyid dan Pop yang cukup berjaya dalam memberi pesan-pesan manusiawi dalam lagu. Selain mengangkat kisa-kisah nabi, sifat-sifat Allah dalam lagu-lagu mereka.

Evolusi dalam Pop Nasyid diberi langkah cukup berani ketika Rabbani menghadirkan “Pergi Tak Kembali” dan “Intifada” karya genius KRU dalam memberi suntikan moden muzik Nasyid ketika itu.

Namun dalam keterujaan perjalanan Nasyid dalam pasaran muzik tempatan, satu gerakan baru mengangkat tema cinta sesama manusia (Dalam hal ini lelaki – wannita) secara sah dan alami dibicarakan dalam pengaruh Nasyid Jiwang yang ermm agak memualkan.

“Kasih Kekasih” sebuah album nasyid perdana kumpulan InTeam beredar lebih dua dekad lalu menjadi satu transisi baru muzik nasyid tempatan yang diterima cukup meluas. Peralihan lagu-lagu berunsur ketuhanan ke teks cinta ‘halal’ menurut Islam diraikan dalam lagu dengan cukup meluas.

Lagu ciptaan  Isman Hijjaz dan lirik oleh Ito Lara dan Isman ini menjadi single penting gerakan InTeam dalam pasaran muzik tempatan. Bait-bait lagu cinta yang berarah kebenaran ini ditulis jelas –

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku…Oh…Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan…Oh..Kasih

Lagu ini menjadi benchmark baru Nasyid yang sedikit-sedikit meneggelamkan karya-karya hebat Raihan juga Rabbani ketika yang masih mahu memperjuangkan cerita ketuhanan, sejarah Islam dan berbuat baik sesama manusia.

Kebanjiran lagu-lagu Nasyid Jiwang ini tidak berhenti di lagu-lagu InTeam. Masih ingat UNIC dengan hits “Hanya Tuhan Yang Tahu” dalam bait “Aku rindu padamu, Tulus sanubari menantikan hadirmu, Hanyalah kau gadis pilihanku.” Yang tidak kurang memualkan dan kedengaran canggung sekali untuk sebuah naskhah Pop Nasyid.

Tidak berhenti di album pertama, InTeam meneruskan ilham serupa yang diterima cukup meluas itu dengan album seterusnya “Impian Kasih” yang masih berlegar cerita menyunting gadis menjadi isteri. Baca sajalah liriknya

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

InTeam saya kira ketika itu memberi satu kecelaruan muzik Nasyid, anak-anak muda remaja tidak lagi melihat Nasyid sebagai sebuah naskhah ketuhanan tetapi melihat ia sebagai satu wadah dalam mencari satu perhubungan yang halal, direstui, diredhai.

Kecelaruan inilah bagi saya yang telah mematikan authenticity muzik Nasyid itu sendiri. Karya-karya Raihan semakin dipandang sepi dan kebanjiran Nasyid Jiwang ini berlambak dalam pasaran muzik dengan idea serupa dan tidak memberi nilai tambah langsung dalam perkembangan muzik.

Namun seperti muzik Pop itu sendiri, Balada meleweh masih disenangi dan situasi ini jugalah yang terjadi pada muzik Nasyid tempatan yang menemukan kecelaruan arah dan rawan muzik Nasyid itu sendiri.

Apa yang telah dilakukan Al-Jawaher, Al-Mizan dalam puitis lirik mereka sehingga era gemilang Raihan dan evolusi Rabbani saya kira harus sentiasa diingati sebagai sebuah perjalanan muzik Nasyid yang harus sentiasa diraikan.

*Kesemua lagu-lagu InTeam kini boleh didengarkan di saluran YouTube Getaran Nostalgia. Artikel ini hanyalah pandangan peribadi penulis.


ARTIKEL BERKAITAN

Menyelisik Irama Kerohanian Malar Segar Al-Jawaher 

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Semarak Muzik Pop Kerohanian Yang Beredar Dalam Pasaran Muzik Semasa

Pasaran muzik Nasyid sedikit demi sedikit ditenggelami lambakan muzik Hip-Hop dan Pop yang memonopoli pasaran muzik tempatan hari ini. Biar begitu, usaha dalam meneruskan kelangsungan lagu-lagu Nasyid ini banyak diteruskan bakat Pop tempatan.

Pada tahun 2019, Alif Satar mengembalikan hits “Sesungguhnya” bersama Raihan yang mencipta satu ledakan baru muzik Nasyid yang berkembang bertitik tolak kembali dari situ. Setelah kolaborasi yang cukup booming ini menjadi, banyak label muzik yang mula meraikan semula lagu-lagu Nasyid ini menjadi satu latar muzik baru yang saya sebut sebagai Pop Kerohanian.

Ariff Bahran bersama Nazrey Johani (Sesunggunya Cinta), Khai Bahar & InTeam (Setanggi Syurga) dan tahun lalu sekali lagi Alif Satar bersama Raihan menerbitkan semula lagu “Damba Cintamu” bersama Raihan.

Tahun ini trend merakam dan mengedarkan lagu-lagu Pop Kerohanian diteruskan beberapa lagi rilis yang boleh kita banggakan. Semak senarai rilis terkini Pop Kerohanian tahun ini.

Faizal Tahir tahun ini menghadirkan sebuah album ketuhanan berjudul Qibla yang menmpilkan single perdana rakaman semua “Aku Tanpa Cintamu” bersama kumpulan Mirwarna. Album berisi sebuah lagi lagu baru berjudul “Syahadah” karya ciptaan FT bersama Mage, Ikhwan Fatana dan Wan Saleh.

Album istimewa ini turut menampilkan petikan Al-Quran yang diceritakan oleh FT dengan cara paling santai, paling mudah untuk kita hadam tafsirannya. “Qibla” saya kira datang dengan approach yang sangat mudah didekati pendengar muda khususnya.

Lagu “Syahadah” itu sendiri saya kira tercipta dengan cukup catchy dan cukup ramuannya untuk sebuah naskhah Pop Nasyid yang boleh dinikmati semua golongan dan peringkat usia. Air play lagu dan muzik video ini di televisyen saya kira akan sangat membantu “Syahadah” terus didendang.

Khai Bahar seorang lagi bakat muzik yang menampilkan album Nasyid Kontemporari menerusi album “Damba Ketenangan” yang menampilkan 6 trak keseluruhan. Rangkaian zikir disatukan dalam sebuah rakaman merdu suara Khai yang cocok dengan irama begini.

Terhasil juga sebuah lagu baru “Perpisahan” ciptaan Adi Pawana, Rudy Nastia dan Shamin Nazri yang hadir dalam ilham Balada yang sinonim dengan lagu-lagu Khai Bahar sebelum ini.

Berbanding album FT, Khai hadir dalam approach yang lebih konvensional dalam formula berulang yang pernah diguna pakai penyanyi Nasyid lainnya.

Kelebihan di album ini saya kira adalah alunan merdu Khai Bahar yang datang dengan feel dalam penyatuan melodi, lirik yang tepat mentafsir setiap naskhah dengan baik.

Sebuah lagi lagu Kerohanian yang diedarkan tahun ini datang daripada penyanyi Balada, Siti Nordiana yang mengundang Ustaz Shahrizan dalam dalam rakam “Hasbi Rabbi” ciptaan Ikhwan Fatana bersama Wan Salleh.

Nana seperti biasa dengan sejata suara merdunya membuai rasa sederhana dalam penyampaiannya. Lagu-lagu begini saya kira sudah menjadi makanan Nana sejak dia mengedarkan album Pop Nasyid berjudul “Anakku Sayang” pada tahun 2015.

Ikhwan Fatana sendiri selaian menghasilkan lagu bersama Faizal Tahir dan Siti Nordiana turut merilis melodi kutuhanannya menerusi single berjudul “Keampunan-Mu” tahun ini.

Dan bersama Hafiz Hamidun, Zizi Kirana seorang lagi bintang Pop yang melahirkan single Pop Kerohanian tahun ini. Lagu berjudul “Ramadhan” ciptaan Hafiz Hamidun dan Mambang ini menyatukan Hip-Hop dan Pop dalam alunan lirikal ketuhanan.

Sebuah usaha berterusan dalam meletakkan standard muzik Pop Nasyid sama seperti muzik lainnya harus diteruskan. Elite antara yang memberi comeback penuh kejutan dengan mengedarkan single Kerohanian perdana mereka berjudul “Alhamdulillah”.

Lagu yang diciptakan Noura dan Rayhan itu diterbitkan KRU Records menyatukan alunan Pop Elite dengan irama Nasyid. Menampilkan full line-up asal Elite, rilis ini antara yang menarik untuk diberi perhatian namun penghasilannya biasa-biasa sahaja.

Namun usah-usaha yang dilakukan ini harus diberi pujian dan semoga saban tahun munculnya Ramadan dapat diraikan dengan melodi Nasyid yang baru bagi meneruskan kelangsungan aliran muzik ini di pasaran muzik semasa.


ARTIKEL BERKAITAN

“Kasih Kekasih” Sebuah Arah Baru, Kecelaruan & Rawan Muzik Nasyid Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Pertaruhan Pop Remaja Tiara Andini & Arsy Widianto Menerusi EP “Arti Untuk Cinta”

Album: Arti Untuk Cinta
Artis: Arsy Widianto & Tiaara Andini
Produced & Arranged by: Yovie Widianto / Adrian Kitut

Perjalanan muzik Pop Arsy Widianto berjalan laju jika mahu diikutkan. Dengan barisan hits bersama Brisia Jodie sebelum in yang masih bergema di corong radio sehingga hits solonya diteruskan lagi dengan projek khusus bersama Tiara Andini.

EP berjudul “Arti Untuk Cinta” yang memuatkan 4 lagu yang mengambil latar Pop remaja yang boleh saya sifatkan sebagai naskhah romantis yang cukup sweet, catchy dan tidak sukar untuk melekat pada pendengaran.

Lagu seperti “Diam-Diam” antara yang cukup menarik bagi saya. Kemasan string di lagu ini memberi satu nilai tambah pada melodi simple yang dicipta Yovie Widianto. Dan dengan lebih 1 juta strim sehingga hari ini di Spotify saya kira ia bukanlah naskhah yang sukar untuk menarik minat pendengar.

Single perdana EP ini berjudul “Cintanya Aku” cukup kuat pengaruh muzik Yovie yang cukup dikenali dengan lagu-lagu Balada lembut begini. Penyatuan vokal Arsy dan Tiara juga tidak kedengaran canggung. Kedua mereka memberi justifikasi yang baik dalam menyeimbangkan komposisi lagu yang tercipta.

“Padamu Luka” dan “Bahaya” dua lagu terakhir mengisi EP ini yang buat saya fikir ia sempuarna sdbagai sebuah runut bunyi filem cinta remaja. Perjalanan dari satu lagu ke satu lagu itu bagai sebuah cerita yang seronok untuk dinikmati.

Arsy dan Tiara saya kira sudah cukup kukuh nama mereka untuk bertahan setidaknya 5 tahun mendatang untuk kekal relevan di pasar besar muzik Indonesia. Dan sejujurnya saya tidak sabar menantikan album perdana Tiara.

Namun EP ini saya kira terlalu dekat ilhamnya dengan EP “Soulmate” persembahan Arsy dan Brisia yang beredar tahun lalu tapi masih enjoyable dan ringan untuk dinikmati.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Meraikan Setahun Bermuzik Pasca Idol, Lyodra Melepas Single “Sabda Rindu”

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

M.Bakri – Persembahan Ikonik Swinggin 60’s Dalam Pengaruh Pop Yeh Yeh, Twist & Big Band

Kembali mengulik nuansa muzik di era 60-an dan 70-an dalam sebuah retrospektif menemukan saya pada nama M.Bakri – seorang bakat muzik asal Singapura yang menjadi antara figura Pop yang penting dalam gerakan Pop Yeh Yeh.

M.Bakri merupakan seorang penyanyi radio yang banyak menghiburkan pendengar dengan rakaman live lagu-lagu popularnya. Ilham muzik M.Bakri selain daripada banyak pengaruh muzik Melayu ketika itu sebetulnya banyak dipengaruhi gerakan muzik band seperti Buddy Holly, The Beatles.

Rangkaian lagu-lagu M.Bakri dilokalkan bunyiannya yang menyatu baik dengan feel Melayu yang dia miliki. Mendengarkan lagu-lagu seperti “Manis”, “Berilah Berita” dan “Hanya Dinda” terhasil daripada kolaborasi pengaruh muzik ini.

M.Bakri juga antara yang cukup dikenali dengan rangkaian hits “Sumbangsih” dan “Kenang Daku Dalam Doamu” ini sempat melahirkan 5 album keseluruhan. EP “Kenang Daku Dalam Doamu” yang menjadi pertaruhan awal M.Bakri menjadi penggerak karier muziknya pada tahun 1963.

Beliau yang lebih awal menjadi johan Bintang Radio Seluruh Malaya pada tahun 1957, hanya berpeluang merakamkan album setelah 5 tahun menjadi penyanyi radio. Sepanjang hayatnya dia sudah merakamkan kira-kira lebih 80 buah lagu kesemuanya.

“Malaysia Baru” menjadi antara naskhah ikonik M.Bakri sepanjang dia bermuzik. Lagu ciptaan Kassim Masdor bersama lirik Omar Rojik itu menjadi lagu yang berdekad lamanya diputar di radio dan televisyen RTM khususnya sebagai naskhah Patriotik.

Saya paling tertarik dengan versi “Kenang Daku Dalam Doamu” yang cukup raw sekali penghasilannya. Clarity vokal M.Bakri beriring rakaman live di lagu ini menyatu dengan cukup baik sekali. Saya tidak pasti sama ada S.M Salim merakamkan dahulu atau M.Bakri rakaman lagu ini.

Ada kesayuan berbeza di versi M.Bakri yang membuat saya rasa versinya cukup dekat dengan versi yang pernah dirakam Datuk Sharifah Aini. Namun semua versi cukup menarik dan dijaga santun melodinya.

Kesemua lagu-lagu rasmi M.Bakri boleh anda nikmati secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.

DISKOGRAFI

  • Kenang Daku Dalam Doa Mu (1963)
  • Malaysia Baru (1965)
  • M. Bakri Dengan The Antartics (1966)
  • Berilah Berita (1967)
  • Sumbangsih (1969)
Highlight, Review, Terkini,

“Wallflower” Sebuah Rencana Pop Afgan Dalam 10 Trak Masa Kini

Afgan menyusun lembaran muziknya dengan cukup matang. Berawal sebagai bakat baru yang sinonim dengan rangkaian lagu-lagu Balada, dia bergerak semakin cemerlang menghasilkan Balada yang semakin matang dan rich perincian muziknya.

Kembara muziknya bergerak perlahan ke arah Pop R&B dengan beberapa rilis dominan semangat R&B di album “Sides” dia memberikan nuansa berbeza sebelum bergerak dengan Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo menerusi project AIR menghasilkan sebuah formasi Urban Pop yang baik sekali penghasilannya.

Semakin yakin dengan jaluran Urban Pop dan R&B, Afgan mempertaruhkan sesuatu dengan langkah lebih besar lagi dengan bekerjasama dengan produser muzik luar seperti Hapie & Chaz, The Aristocrats antaranya yang cukup dominan di pasar besar muzik antarabangsa.

Merilis single perdana menerusi album Inggeris perdana ini, “Say I’m Sorry” memberi satu siren jelas arah muziknya di album ini. Single ini saya kira terhasil cukup current seiring dengan apa yang ada di pasaran global hari ini.

Afgan saya kira di tahap ini sudah semakin pasti dan yakin dengan apa yang dia mahu lakukan. Album berjudul “Wallflower” mempertaruhkan 10 lagu yang mengangkat ilham Urban Pop dan R&B yang menyatu baik dengan feel nyanyian Afgan.

Mendengarkan album ini saya kira ia seperti sebuah hasil yang memang didambakan Afgan. Jelas sekali chemistry feel Afagn di lagu seperti “Hurt Me Like You”, “M.I.A” tidak kedengaran canggung memandangkan Afgan yang kita kenal itu master di lagu-lagu Balada.

Album ini sebetulnya tidaklah terhasil terlalu luar biasa atau terlalu berbeza dengan apa yang ada hari ini, namun ia satu jejak langkah matang seorang Afgan yang sudah lebih sedekad bergelar pemuzik di Indonesia.

“Wallflower” saya sifatkan sebagai sebuah naskhah yang cukup acceptable kerana muzik dan feel Afgan menyatu sangat baik dan itu hal yang sangat penting untuk penghibur Asia pabila menghasilkan naskhah berbahas Inggeris.

Lagu-lagu di album ini mampu membuka lebih ruang untuk Afgan mengumpul penggemar baru pastinya. “Wallflower” membuat saya berfikir Afagn itu seorang figura muzik yang cukup tetliti dan serius dalam bermuzik dan tahniah untuk usaha itu.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pelayaran Emosi Penuh Avant-Garde Gamaliel Menerusi EP “Q1”

Highlight, Review, Terkini,

Rakaman Ulang Nostalgia “Hanya Memuji” Krisdayanti & Sandhy Sondoro

Lagu: Hanya Memuji
Artis: Krisdayanti & Sandhy Sondoro
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw
Produser: LaleIlmanNino

Hanya Memuji saya kira sudah menjadi Pop anthem pasaran muzik 2000-an Indonesia yang popularitinya tidak hanya meledak di sana namun sehingga ke Malaysia. Dinyanyikan asal oleh Shanty menerusi debut Shanty (2001) sebelum dirakam secara duet bersama Marcell.

Karya agung Melly Goeslaw ini sudah berusia lebih 20 tahun melewati pasaran Pop nusantara yang bergerak sebagai arah baru Pop ketika ia dihasilkan. Melodi yang cukup original dengan groove dan chemistry Marcell – Shanty menjadikan lagu ini cukup ikonik sekali.

Terkini dengan sentuhan kemasan muzik produser on demand LaleIlmanNino, “Hanya Memuji” mengulang nostagianya dengan kolaborasi duet penyanyi senior Krisdayanti bersama Sandhy Sondoro.

Mengambil ilham City Pop yang cukup dominan dengan kerja muzik LaleIlmanNino, “Hanya Memuji” versi terbaru ini benar-benar meninggikan lagi standard asal lagu ini sebagai sebuah rakaman ulang yang cukup menghiburkan.

Kolaborasi Krisdayanti dan Sandhy Sondoro juga tercipta dalam sebuah chemistry nyanyian yang cukup baik dan kedengaran begitu segar sekali.

Usaha meninggikan lagu-lagu lama dengan kemasan muzik baru ini bukan hal baru di Indonesia, beberapa lagu lain seperti “Cinta” persembahan Dewa 19 pernah dirakam ulang Isyana, Afgan dan Rendy Pandugo.

Usaha begini saya kira satu apresiasi muzik yang cukup baik. Lagu-lagu malar segar ini dipanjangkan hayatnya dengan rakaman ulang yang menjadi semakin baik dengan kemasan muzik yang baru.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Sebuah Doa & Harapan Yura Lewat Single “Tenang”

Highlight, Review, Terkini,

Penyatuan Klasikal Dan Balada Syafinaz Menerusi “Persis Salju”

Lagu: Persis Salju
Artis: Syafinaz Selamat
Komposer / Lirik: Raja Mohd Syam / Zairatul Niza

Bergerak sebagai penyanyi yang keluar sedikit daripada demand pasaran semasa membawa hala tuju Syafinaz Selamat lebih ke arah akademik berkongsi ilmu yang dia miliki dan melupakan seketika pentas nyanyian untuk bergerak sebagai penyanyi.

Biarpun  tidaklah meninggalkan terus, kelibatnya masih ada di pentas-pentas korporat menghibur pada zon yang memahami kraf muziknya. Syafinaz juga sebetulnya pernah menghasilkan single bersama Dennis Lau menerusi lagu berjudul “Mahkota” sekitar tahun 2016 rasanya.

Lebih awal memukau kita dengan alunan merdunya di album “Ingin Bersamamu” Syafinaz bereksperimen dengan cukup baik dengan rakaman semula projek Berkely alumni menerusi “Syhh…” yang beredar 20 tahun yang lalu.

Lantas menghasilkan sound R&B yang cukup strong menerusi lagu “Rindumu Rinduku”, “Kemesraan”, “Ku Sangka Siang Kiranya Malam” dan “Oh Di Mana” antaranya. Album tersebut telah saya letakkan antara album rakaman semula yang cukup cemerlang penghasilannya.

Terkini setelah bertahun lamanya, Syafinaz kembali mahu menuai kepercayaan pendengar akan bakat bermuziknya dengan single terbaru berjudul “Persis Salju” yang baru beredar minggu lalu.

Lagu yang dicipta Raja Mohd Sham dengan lirik tulisan Zairatul Niza ini mengambil ilham Balada yang disulam elemen Klasikal yang menjadi forte Syafinaz sebagai penyanyi dikatakan terhasil sepuluh tahun lalu sebelum ia sempat dirilis tahun ini.

Dan mendengarkan produksi muziknya saya kira terasa benar feel lamanya lagu ini yang kurang mesra dengan apa yang perlu ada di pasaran muzik hari ini. Bunyinya di lagu “Persis Salju” ini agak kompleks dan kurang komersil.

Saya kira apa yang dilakukan Nikki Palikat di album “Hawa” pada tahun 2008 masih menjadi contoh terbaik manipulasi muzik Klasikal yang disatukan dengan Pop agar sound nya lebih current dan komersil.

Beberapa lagu di album tersebut yang mengambil sample lagu klasikal barat seperti “Betara Sukma”, “Cinta” dan “Oh My” saya kira harus dijadikan guidance untuk menyatukan muzik Klasikal dengan Pop yang mampu menjadikan hasilnya lebih moden.

“Persis Salju” bukanlah lagu yang teruk cuma ia kedengaran tua dan tidak berevolusi. Saya faham lagu ini disiapkan 10 tahun lalu dan sebaiknya kemasan muzik baru dan rakaman semula harus dilakukan untuk memperbaharui dan memperbaiki struktur lagu ini menjadi lebih moden dan kekinian.

Dan sebuah lagi contoh terbaik adalah lagu “Romeo & Juliet” yang juga dinyanyikan Nikki ciptaan Audi Mok yang sekali lagi memanipulasi melodi Klasikal, Balada dan Pop dalam feel yang dramatik but doesnt sound old. Cuba dengarkan di bawah.

5.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

V.E Menawan Pesona Motown Menerusi Single “Tunggu”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Menyelisik Irama Kerohanian Malar Segar Al-Jawaher 

Al-Jawaher menjadi nama awal yang memberikan nuansa baru irama Nasyid dalam persembahan Pop dan Folk Nusantara dalam rangkaian lima album yang sempat dirakam sehingga hari ini sejak bermuzik sejak 1979.

Debut “Permata” yang beredar pada tahun 1980 menampilkan hits malar segar “Kembara Di Tanah Gersang” ciptaan M.Nasir sehingga hari ini menjadi naskhah penting Pop Nasyid / Kerohanian yang masih didengar dan diputar di radio.

Terdiri awal dengan 9 ahli asal Norhaiyati Yusop, Habibah Othman, Siti Rusminah Jaafar, Jumilah, Jawainah, Azizah dan Ruhaidah Ibrahim yang berasal dari Kota Singapura. Ahlhi-ahli kumpulan ini berubah beberapa kali kerana komitmen berkeluarga yang harus dipertanggungjawabkan.

Al-Jawaher menjadi gerakan penting muzik Nasyid tempatan selaian beberapa nama lain seperti Al-Mizan juga Allahyarham Ahmadi Hassan yang menjadi nama dominan dalam melaungkan irama kerohanian dan ketuhanan dalam lagu-lagu mereka.

Al-Jawaher yang membawa maksud Permata cukup popular dengan rangkaian lagu seperti “Ku Pohon Restu Ayah Bonda”, “Perjalanan”, “Adam & Hawa” dan “Assalamualaikum”. Lagu-lagu mereka banyak ditulis M.Nasir.

Dan kerana itu juga ilham muzik mereka bersatu dengan rasa Folk Nusantara yang cukup kuat jiwanya. Sentuhan puitis lirik, melodi yang mengambil ilham pengaruh timur tengah yang disatukan dengan jiwa Pop Melayu menjadikan Al-Jawaher banyak menghasilkan lagu-lagu yang cukup berkualiti.

Listri lirik “Perjalanan” contohnya mengangkat tema ketuhanan, bait-bait seperti “Dan meletihkan, Apakah ada yang mengasihani semangat untuk mencari-Mu.” Dan disambung “Pulanglah wahai jiwa yang tenang, Daku kan sambut kedatanganmu.” 

Hal serupa dapat dibaca dalam bait “Kembara di Tanah Gersang” – “Kami semua senasib denganmu, Wahai kembara di tanah gersang mencari kebahgiaan dalam hidup, Menempuh berbagai rintangan yang ada, Namun bahgia masih impian.”

Lagu-lagu mereka juga antara yang popular dirakam semula oleh penyanyi muda era 90-an. “Kembara di Tanah Gersang” oleh Ziana Zain, “Ku Pohon Restu Ayah Bonda” (Mamat), “Seroja” (Jamal Abdillah & Mawi) dan “Assalamuaikum” dirakam semula Raihan.

“Drama Dunia” antara yang menjadi kegemaran saya dalam rangkaian penuh lagu-lagu yang pernah mereka rakam. Melodi dan lirik lagu ini terhasil dalam sebuah persembahan Pop dengan dinamik dan keinsafan. Kemasan melodi lagu ini menyatu baik dengan liriknya “Pelakon di atas pentas menangis dan ketawa, Tanpa disedari kita juga sama.”

Al-Jawaher saya kira sudah menjadi satu nama nan abadi dalam perjalanan muzik Nasyid / Kerohanian tempatan. Rangkaian hits mereka saya pasti tidak hanya akan terus didengar tetapi akan terus dirakam penyanyi pelapis lainnya.

Dengarkan kesemua audio rasmi Al-Jawaher di saluran YouTube “Getaran Nostalgia.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik Menghayati Ceritera Rakyat Dalam Ilham Muzik Nusantara Rock “Kembara”

 

Highlight, Review, Terkini,

Pelayaran Emosi Penuh Avant-Garde Gamaliel Menerusi EP “Q1”

Rencana muzik Gamaliel setelah bergerak solo sejak terakhir kali bersama G.A.C berjalan matang, tersendiri dan tidak terikat dengan ilham muzik popular semata. Apa yang dia cuba lakukan adalah sebuah persembahan kosmik Pop yang terisi nilai estetika yang cukup tinggi.

Tahun lalu di saat dia merilis “Forevermore” dan rakaman semula “Sephia”, Gamliel sudah memberi bayangan arah muziknya yang lebih bereksperimen dengan sound yang bermain dengan ambien dan emosi.

Hal ini ternyata jelas dalam EP solo perdananya “Q1” yang berisi 4 lagu yang cukup beremosi sekali sekali pelayarannya. 17 Minit 33 Saat “Q1” berjalan dalam satu gelora perasaan yang berbolak-balik menuruti kemasan muziknya dan persembahan cemerlang vokal Gamaliel.

Menggamit emosi pendengar dengan setiap perasaan yang ada dalam jiwanya yang sangat dalam. Dibuka dengan “Forevermore” yang sejak awal sudah menangkap perasaan, EP ini diteruskan dengan “Ethereal” cukup dreamy sekali kemasan muziknya yang tidak sukar untuk membuat anada melayang.

Kemasan muzik Aldi Nada Permana di lagu ini benar-benar menyatu baik dengan kawalan vokal Gamaleil yang semakin matang dan solid tanpa perlu lagi berlebihan. Dan hal ini sekali lagi dibuktikan dalam lagu  “Unfindable” yang graf muziknya semakin meninggi emosinya.

EP ini ditutup dengan cukup grand sekali menerusi lagu “Adjacent” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik di album ini. Terlalu hebat melodinya, kemasan  muziknya. This is a masterpiece yang saya kira membuatkan Gamaliel antara soloist terbaik yang Indonesia miliki hari ini.

Unsur klasikal dan new age yang disatukan dengan elemem Pop di EP ini terhasil sebagai sebuah pengalaman menikmati muzik luar kotak yang cukup melekakan.

Lagu-lagu begini membuatkan saya mengingatkan Seal dan Sting yang dimodenkan, dikemaskan dengan menjdikan Gamaliel sebagai representasi muzik hari ini dengan ilham yang cukup setanding.

“Q1” saya letakkan antara naskhah Pop penting kalendar muzik Indonesia tahun ini. Lagu-lagu di EP ini saya sifatkan sebagai sesuatu yang cukup grand dan avant garde penghasilan muziknya. Tahniah buat Gamaliel dan seluruh warga kerja “Q1”.

10/10


ARTIKEL BERKAITAN

Maliq & d’Essentials Merayakan Kembara Bermuzik Dengan Penghasilan Album Ke-8

Highlight, Review, Terkini,

“Sendiri” Melewati Nuansa Pop Terbaru Anuar Zain

Lagu: Sendiri
Artis: Anuar Zain
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Aisha Retno
Produser: Farouk Roman

Lama sebetulnya saya menantikan single soloist emas negara ini. Anuar Zain yang kali terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2016 dengan hits “Andainya Takdir” dan “Cinta Takkan Berakhir” bergerak perlahan setelah itu mungkin kerana sukar mencari material yang bagus.

Terakhir kali saya bertemu Anuar Disember lalu, sempat saya tanyakan kesukaran mencari lagu baru itu bagaimana sebetulnya dan katanya tak ada yang dia dengar dan melekat di pendengarannya. Dan saya kira begitulah telitinya seorang Anuar Zain dalam bekerja, apa yang tidak menyntuh jiwanya tidak akan dipertaruhkan.

Terkini dalam diam mencari arah baru muziknya, Anuar Zain berkolaborasi bersama Farouk Roman dalam sebuah persembahan Pop berjudul “Sendiri” dengan lirik tulisan bakat muda meningkat naik, Aisha Retno.

“Sendiri” terhasil sebagai sebuah naskhah Pop yang sedap didengar. Persembahan lagu begini cukup sifat Anuar jiwanya seperti apa yang kita sering dengar pada lagu-lagu fast number Anuar seperti “Kau Bunga Cintaku” dan “Permata”.

Korus di lagu ini saya kira killer utama buat saya enjoy dengan melodi yang cukup catchy dan groove yang saya kira cukup menjadi. “Sendiri” saya kira akan menjadi sebuah lagi lagu cari makan Anuar yang akan kita nantikan dia persembahankan di persembahan live nya.

Kegusaran saya pada awalnya pabila melihat kolaborasi Anuar – Farouk ini saya kira lepas lega kerana ia bukanlah tipikal Ballad yang biasa Farouk hasilkan dan keyakinan saya pada Farouk untuk dapat sound berbeza daripadanya tercapai dengan terhasilnya “Sendiri”

Lagu begini sebetulnya kita akan lebih enjoy pabila melihat persembahan live Anuar. This kind of Pop antara yang harus terus ada dalam pasaran muzik tempatan. Modern, segar dan kekinian.

6.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

V.E Menawan Pesona Motown Menerusi Single “Tunggu”