Highlight, Review, Terkini,

Tribute Lagu Kanak-Kanak Ardhito Pramono Menerusi “Semar & Pasukan Monyet”

Album: Semar & Pasukan Monyet
Artis: Ardhito Pramono
Arranger / Produser: Ardhito Pramono

Jazz soloist seberang, Ardhito Pramono hadir cukup promising dalam karya-karya menongkah arus perdananya sejak awal bermuzik sekitar tahun 2017. Rangkaian lagu popularnya seperti “Bitterlove”, “Sudah” dan “Fine Today” terangkai sebagai naskhah muzi yang cukup solid tersendiri.

Menemukan formula yang tepat memikat hati penggemar muzik Indonesia, Ardhito berjaya membawa feel Jazz dalam jiwa muda yang cukup segar dan kental rasa Indonesianya. Lagu-lagunya tidak terasa old skol sekalipun mengambil ilham big band dan Jazz lama. Semuanya diatur approach paling moden.

Terkini setelah cukup sukses dengan rilis OST Story of Kale dan NKCTHI, Ardhito meneruskan rencana muziknya dengan sebuah album khusus tribute lagu kanak-kanak di sebuah album istimewa berjudul “Semar & Pasukan Monyet”.

Dibuka dengan lagu “Something New” yang berirama seperti sebuah lullaby dalam cerita isi alam fauna yang melekakan. Mendengarkan lagu ini saya kira pasti terbayangkan visual yang menarik mengisi lagu ini. Pengalaman menarik ini diteruskan dalam lagu kedua yang terisi di album ini berjudul “Tiger Song” yang lebih fun.

Album dengan pengaruh Jazz dan Big Band ini hadir dalam penceritaan Ardhito yang santai bersahaja. Dia ternyata bercerita dalam melodi lagu yang tercipta cukup fun menghiburkan. Hal ini jelas dalam lagu “Orang Utan” yang saya kira antara lagu terbaik di album ini.

“Semar & Pasukan Monyet” terbentuk sebagai sebuah repertoire muzik yang mendepani idea konvensional dalam penghasilan lagu kanak-kanak. Muziknya terhasil cukup mahal sound nya namun masih mesra pendengaran pendengar biasa seperti saya. Ardhito menerusi album ini sudah melangkah setapak ke depan melengkapi diskografi kariernya bermuzik

7.4/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pertemuan Dua Generasi Membentuk Feel Good Jazz Menerusi “Perjumpaan Kita”

Highlight, Review, Terkini,

Pamungkas Melepas Emosi Lewat Rakaman Ulang “Pupus” dan “Risalah Hati”

Lagu: Pupus , Risalah Hati
Artis: Pamungkas
Komposer / Lirik: Ahmad Dhani
Arranger / Produser: Pamungkas Jr

Pamungkas menjadi pelapis muzik yang cukup baik dalam mengembangkan pasaran muzik Indonesia ke tahap yang cukukp membanggakan. Sejak berawal mencuri perhatian pendengar dengan lagu seperti “Kenangan Manis” dan “To The Bone” dia konsisten dalam menzahirkan karya-karya yang cukup hebat.

Kurang lima tahun bergelar pemuzik muncul dengan hampir dengan enam album termasuk album remix, beberapa EP dan kolaborasi bersama artis lain Indonesia meletakkan Pamungkas sebagai pemuzik papan atas lapangan muzik indonesia yang paling tinggi permintaan.

Meneruskan langkah bermuziknya, sebuah kolaborasi hebat bersama legenda muzik nusantara, Dewa 19 terhasil daripada The Unexpected Collaboration Show yang berlangsung Jun lalu. Sebuah penyatuan dua generasi yang memberi siren bahawa radar muzik Indonesia itu berada di tahap yang cukup baik.

Menerusi showcase yang dijalankan secara virtual itu Pamungkas mengulang rakam dua lagu secara solo yang disusun kembali muziknya mengikut acuan Pamungkas. “Pupus” dan “Risalah Hati” dipilih dan terhasil sebagai sebuah kelangsungan lagu malar segar ini untuk kekal relevan dalam pasaran semasa.

“Risalah Hati” awal diterbitkan menerusi album “Bintang Lima” pada tahun 2000 dan “Pupus” dirakam khusus untuk album “Cintailah Cinta” menjadi lagu terpenting dalam kembara muzik Dewa 19 terhasil cemerlang di tangan Pamungkas.

Tanpa perlu tertalu bereksperimen dengan susunan muzik yang beragam, Pamungkas meletakkan jiwa dalam persembahan nyanyiannya sebagai jentera menggerakkan “Pupus” dan “Risalah Hati” yang baru ini dengan cukup berbeza rasanya, rasa yang lebih Pamungkas, lebih raw dan current.

Kolaborasi begini saya kira satu penyatuan dua generasi dalam muzik yang sangat baik bagi meninggikan lagi standard muzik Indonesia itu sendiri tanpa perlu bergantung kolaborasi dengan bakat luar. Mengangkat legenda yang sedia ada yang sudah memnggerakkan pasaran muzik terdahulu dengan mengangkat kembali naskhah mereka dengan cara baru itu is a smart move sebagai penyatuan muzik berganti generasi.

9.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Meluruh Dalam Rasa Rindu Andien Menerusi Rakaman Terkini “Selamat Jalan Kekasihku”

Review, Terkini,

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Salammusik, TY:DEL, Kyoto Protocol, Masya Masyitah & Muna Shahirah

Lagu: 旧梦新夙
Artis: Masya Masyitah
Komposer / Lirik: –
Verdik: 5.6/10

Sebetulnya saya tak ingat siapa Masya Masyitah ni tapi bila diperkenalkan lagu ini oleh pembaca dan mendengarkan kembali lagu-lagu yang dirilis sebelum ini, Masya Masyitah menemukan lagu yang tepat buatnya menerusi single mandarin (kot) sulungnya ini. Melodi lagu ini terhasil dalam idea Balada yang tipikal tetapi emosi Masya berada dalam kawalan yang cukup baik untuk saya percaya lagu ini sebuah naskhah cinta yang pilu.

Lagu: Kuasa
Artis: Salammusik
Komposer / Lirik: Asraf Ahmad Azlan
Produser: Salammusik
Verdik: 7/10

Reggae melodi “Kuasa” bergerak dalam tempo muzik Salammusik yang biasa kita dengar. Namun menikmati muzik Salammusik saya kira tidak perlu bergantung pada penghasilan melodi tetapi melihat isi ceritanya. Kali ini dalam “Kuasa” seperti judulnya mereka mengeksploitasi isu gila kuasa, penyalahgunaan kuasa yang menjadi bahan kritikan sosial yang dekat dengan isu yang berlaku antara Palestin – Israel saya kira. Hal ini jelas dalam bait “Dia tak berdosa, Baru kenal huruf belum reti baca, Baru kenal sayang belum reti bercinta, Dah terpaksa memikul senjata bertaruh nyawa.”

Lagu: So In Love
Artis: TY:DEL
Komposer / Lirik: TY:DEL
Produser: Timothy Long
Verdik: 7/10

Bakat baru yang cukup promising saya kira dengan ilham Pop semasa yang cukup dekat pasaran muzik global hari ini. TY:DEL menerusi single “So In Love” menzahirkan naskhah Pop yang catchy, dekat dengan pendengar muda dengan killer chorus yang tidak sukar untuk kita enjoy dengan melodi serta beat yang ada. Potensi anak-anak muda ini cukup besar seperti Midnight Fusic. Mungkin originality akan lebih terasa jika mereka menghasilkan lagu berbahasa Malaysia.

Lagu: Bukan Milikku
Artis: Muna Shahirah
Komposer / Lirik: Ikhwan Fatana / Wan Salleh
Verdik: 4.5/10

Muna Shahirah pelapis Balada yang ada suara yang sangat sedap bukan sahaja di studio tetapi sangat mampu menyanyi live dengan baik, jauh lebih baik daripada Wany Hasrita.(Boleh tengok performance semi final muzik-muzik). Namun yang dia belum ada adalah lagu yang baik. Balada yang dia dapat semua macam terlalu biasa termasuklah lagu “Bukan Milikku” ini, definitely saya akan dengar sekali dan takkan dengar dah kecuali terkuar kat tv or radio. Kalaulah saya pihak pengurusan Muna ni saya akan invest untuk Ballad yang mahal sebab dia boleh jadi pelapis Misha Omar.

Lagu: Nothing Lasts Forever
Artis: Kyoto Protocol
Komposer / Lirik: Kyoto Protocol
Produser: Ahmad Fuad / Shakeil 
Verdik: 7.8/10

Lama sebetulnya saya tak layan rock n roll dalam acuan muzik yang terhasil dalam “Nothing Lasts Forever” ini. Ada pengaruh synth Pop yang menjadikan rencahnya kedengaran lebih beragam dan menyatum baik. Lagu in isebetulnya ringkas dan tidak complicated, terus masuk ke pendengaran dalam durasinya yang singkat. Menyelami isi liriknya, “Nothins Last Forever” saya kira jelas mengupas isu semasa pandemik dalam masyarakat hari ini. Positivity yang diraikan dalam liriknya menyuntik rasa motivasi bagi setiap pendengar.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: FML, Sarah Suhairi, Ramlah Ram, Bunga

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Mendengarkan Kembali Pasaran Muzik Era 80-an Ramlah Ram Sebagai Brand New Pop Sensation

Memulakan kembara bermuziknya setelah mengungguli pesta muzik Bintang RTM pada tahun 1985, Ramlah Ram menarik minat produser muzik Ahmad Nawab dengan kelantangan suaranya dalam melantun irama Pop Melayu dengan baik sekali.

Namanya mula meniti bibir peminat muzik ketika itu kerana potensi besar yang dia miliki untuk menjadi pelapis dalam bidang tarik suara setelah dominasi Sharifah Aini, Uji Rashid dan juga Anita Sarawak yang bergerak cukup besar ketika 70-an sehingga juga 80-an.

Sabarlah Sayang” judul album perdana penyanyi ini beredar Julai 1986 menjadi penanda aras jika dia berjaya untuk terus mencuri hat pendengar. Dengan mengambil ilham Pop Melayu yang menyatukan Balada, Irama Malaysia dengan sedikit pengaruh Dangdut nama Ramlah Ram menyinar.

Namun album tersebut tidaklah terlalu memukau dan mencuri perhatian pendengar era 80-an yang saya kira ketika itu sudah evolve dengan sound yang lebih dibawakan Sheila Majid dan kumpulan Freedom antaranya yang datang dengan ilham Synth Pop, Disko.

Biar dipandang sepi, Nawab Production ketika itu tidak berputus asa untuk terus menerbitkan album buat biduanita ini. Maka terlahirlah album dengan hits “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu” yang cukup booming, dua tahun setelah kegagalan “Sabarlah Sayang” mencuri perhatian.

Ahmad Nawab ketika itu saya kira sudah menemukan satu formula tepat dalam menentukan sebuah konsep muzik yang lebih solid dan memberi justifikasi buat kemampuan menyanyi Ramlah Ram. Pendengar muzik juga ketika itu mungkin ada yang sudah dahagakan Balada beremosi dengan nada-nada tinggi pelantunnya.

“Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu” memberi kejutan manis buat Ramlah Ram dalam meneruskan kembara bermuziknya. Memberi lebih kejutan manis di album ini Ramlah Ram menjadi artis Melayu pertama yang berjaya menjual fizikal album sebanyak 300,000 unit.

Tidak hanya bersandar satu hits, album tersebut turut terisi beberapa hits malar segar lainnya seperti “Apa Khabarmu Di Sana” dan “Diam-Diam Jatuh Cinta” yang sekali gus menjadi lagu cari makan biduanita ini lebih tiga dekad lamanya.

Karya-karya Ahmad Nawab menerusi album ini saya kira benar-benar berubah mengikut jaluran terbaik buat Ramlah Ram. Tiada lagi formula “Hapuslah Air Matamu” yang menjadi signature chords dalam lagu-lagu yang beredar di era 70-an khususnya.

Kejayaan Kau Kunci mengilhami album Ramlah Ram seterusnya yang beredar pada tahun 1989 dengan judul “Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi” yang sekali lagi melonjakkan namanya di pasaran muzik semasa sekali gus meletakkan dia sebagai ratu Balada di era 80-an yang secara tidak sedar telah menciptakan satu kosmik Pop yang mengarahkan pasaran muzik tempatan ke arah Balada meruntun jiwa.

Maka lahirlah dengan banyaknya setelah itu lagu-lagu mengambil formula lagu-lagu meruntun begini terumata dari label muzik berbeza yang mahu menzahirkan Ramlah Ram versi mereka. Klhtom antaranya yang juga menjadi pesaing Ramlah Ram di pentas akhir Bintang RTM.

Album ketiga Ramlan Ram ini saya kira hadir dengan rangkaian lagu yang lebih solid komposisi muziknya. Saya paling terpikat dengan lagu lagu “Semoga Kau Masih Ingat” yang menyantum ilham Pop Melayu dengan cukup catchy sekali. Ramlah Ram turut dijui produser dalam menyerap roh irama Rock menerusi lagu “Rindu Kasih” yang ketika itu mungkin kerana mahu fit in pasaran rock yang mula mendominasi.

Album ini turut menampilkan sebuah lagi killer berjudul “Ku Terbakar Kepanasan Cintamu” yang sekali lagi menguji nada tinggi Ramlah Ram dalam terus mencuri perhatian penggemarnya.

Bersama Nawab Production Ramlah Ram menghasilkan lebih kurang 5 album studio yang memonopoli pasaran Pop 80-an sebelum kembara muziknya bergerak di label BMG di era 90-an dengan komposisi muzik komposer dan produser muzik lain. Namun esen Pop Ramlah Ram itu masih kuat dalam album-albumnya.

Ramlah Ram sehingga hari ini sudah melewati pasaran muzik tempatan melebihi 4 dekad dengan setiap satu era itu dia sentiasa konsisten hadir bukan sahaja dengan lagu baru tetapi tetap menghasilkan album-album baru yang memenuhi diskografinya sebagai Biduanita Pop yang masih lagi diperkatakan dan diperdengarkan.

Baru siap menghadirkan lagu terbaru berjudul “Aku Ubatinya Lagi” (Baca disini) ciptaan Ajai sebelum merilis sebuah lagu raya berjudul “Kemenangan” Jun lalu menjadikan dia antara bintang era 80-an yang masih aktif dalam pasaran muzik hari ini.

Album-album awal Ramlah Ram kini boleh dinikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” Universal Music Malaysia.


ARTIKEL BERKAITAN

Mendekati Aura Bintang 3 Dekad Ramlah Ram Sebagai Biduanita Pop Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Meluruh Dalam Rasa Rindu Andien Menerusi Rakaman Terkini “Selamat Jalan Kekasihku”

Lagu: Selamat Jalan Kekasihku
Artis: Andien
Komposer / Lirik: Elfa Scearia
Produser: Ifa Fachir / Dimas Wibisana

Pesona bermuzik Andien bergerak dengan caranya yang cukup tersendiri. Tanpa terlalu berkira-kira untuk mengikut kehendak pasaran muzik semasa, lagu-lagunya yang beredar bergerak dengan acuan seperti mana yang dia mahukan.

Setelah merilis “Tiba Tiba Tabi” dan “Anakku Sayang” yang ditulis penuh bahagia meraikan kehidupannya sebagai seorang ibu kepada dua anak, Andien mengembalikan nostalgianya bersama Almarhum Elfa Scearia yang pernah menerbitkan album perdananya “Bisikan Hati”.

Lagu berjudul “Selamat Jalan Kekasihku” yang memberi kenangan manis buat Andien atas kemenangannya di Shanghai Music Competition dicipta khusus Elfa buatnya di pentas akhir pertandingan tersebut. Belum pernah dirakam dalam versi studio, Andien meraikan 21 tahun karier muziknya dengan single ini.

Dikemas muziknya oleh Ifa Fachir, lagu ini terhasil kembali dengan cukup indah susunan muziknya yang mewah dan beremosi. Bait lirik yang terisi dibawakan Andien dengan penuh kesederhanaan.

Cukup sesuai dengan apa yang terjadi dengan cerita sekitar dunia hari ini, tentang pemergian yang tak direlai – “Selamat Jalan Kekasihku” menjadi naskhah yang tepat mentafsirkan perasaan ramai yang kehilangan insan tersayang kerana pandemik Covid-19.

“Seandainya ku tahu kau akan pergi jauh, tak akan kulepaskan genggam jemarimu” Dilantun Andien dalam kesayuan yang cukup membuai perasaan sebelum dia menutup korus dengan bait “Walau pedih, selamat jalan kekasihku…”

Istimewanya rilis ini tidak hanya beredar audionya sahaja, Andien menzahirkan ilham cereka pendek yang boleh ditonton di saluran YouTube miliknya yang distutradarai soloist handalan, Tompi.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Yura Yunita Menuai Semangat Positif Menerusi “Mulai Langkahmu”

Highlight, Review, Terkini,

Pertemuan Dua Generasi Membentuk Feel Good Jazz Menerusi “Perjumpaan Kita”

Lagu: Perjumpaan Kita
Artis: Candra Darusman / Dian Sastrowardoyo
Komposer / Lirik: Candra Darusman
Produser: Panji Prasetyo / Nikita Dompas / Candra Darusman 

Sejak awal berkarier sebagai aktres, Dian Sastro jarang menampakkan sisi bermuziknya biarpun sudah lebih awal berkolaborasi bersama Tompi menerusi single “Bawa Daku” sekitar thaun 2016. Sebelum tahun lalu muncul dalam kolaborasi mega bersama Diskoria menerusi lagu “Serenata Jiwa Lara” yang diproduksi LaleIlmanNino.

Vokal khusus Dian sangat sesuai dengan lagu-lagu Akustik, Jazz juga yang hadir dalam tempo retro Pop yang santai lagi menyenangkan. Hal-hal ini sudah dia bukti dalam beberapa lagu yang dicover secara santai menerusi beberapa interview yang boleh disemak di laman YouTube.

Terkini bersama living legend musician, Candra Darusman – Kita sekali lagi dibawa keasyikan melewati feel good Jazz menerusi single “Perjumpaan Kita” kolaborasi dua generasi yang mengendong ilham muzik Indonesia yang cukup menyenangkan.

“Perjumpaan Kita” merupakan satu daripada rilis yang bakal dimuatkan dalam projek terbaru Candra Darusman ini mendapat sentuhan produksi muzik Nikita Dompas – nama penting dalam karya-karya Andien dan Panji Prasetyo.

Terhasil cukup santai dalam gabungan Jazz dan Bossa, chemistry Dian dan Candra Darusman menyantum tanpa rasa canggung. Kedua-duanya cukup melengkapi bahagian vokal masing-masing. Saya sukakan karakter vokal Dian yang cukup cheeky mentafsir makna di balik teks lirik yang ditulis.

Mendengarkan single ini dan dua lagi lagu yang sudah dirakam Dian sebelum ini saya kira dia siap sebetulnya untuk bergerak sebagai the next Jazz sensation  mengikuti arah muzik Andien dan Eva Celia. Cukup baik dengan cara mereka yang tersendiri. Classy.

8.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menelusuri Fasa Bahagia Andien Sebagai Ibu di Single “Tiba Tiba Tabi”

Highlight, Review, Terkini,

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: FML, Sarah Suhairi, Ramlah Ram, Bunga

Lagu: Aku Ubatinya Lagi
Artis: Ramlah Ram
Komposer / Lirik: Ajai
Produser: Ajai
Verdik: 5.6/10

Lagu ini memiliki ciri khusus komposisi Ajai yang saya kira tidak sukar untuk pendengar setia Ramlah Ram khususnya dan penggemar muzik 90-an menyukainya. Lirik lagu ini ditulis dalam sebuah cerita yang cukup sayu tentang pencarian bahagia yang tidak berhujung. Vokal Ramlah Ram seperti biasa memukau dan kedengaran sama seperti lontarannya ketika di era 80-an dan 90-an. Ramlah Ram sudah melewati kembari bermuzik yang panjang hampir 4 dekad lamanya dan dengan kemunculan single ini saya pasti dia masih belum mahu memperlahakan kembara muziknya buat peminat.

Lagu: Sepertiga
Artis: FML
Komposer / Lirik: Fahmi Rahmat / Firdaus Rahmat / Glow Rush / Mal Hamka / Nick Arif
Verdik: 6.8/10

Duo Pop FML yang awal diperkenalkan menerusi projek JOOX Super Producer ini hadir konsisten dengan rangkaian Pop masa kini yang dekat dengan apa yang digemari anak muda hari ini. Menerusi “Sepertiga” mereka hadir lebih melankolik berbanding single sebelum ini “Payun Terjun”. Melodi lagu ini terhasil catchy dan hook nya juga ada di bahagian korus yang memikat. Cuma saya tidak pasti this is a repeat mode material.

Lagu: Andaikan
Artis: Sarah Suhairi
Komposer / Lirik: Sharon Paul / Shah Shamsiri
Verdik: 4.8/10

Sarah Suhairi ketika di pentas Big Stage cukup promising untuk dibentuk sebagai Pop star yang memiliki imej yang moden dengan ilham muzik Pop yang current. Namun perlahan-lahan idea itu dimatikan dengan barisan lagu-lagu Balada yang tak putus. She can sing, she can move mengapa keep bagi dia lagu begini? Saya mengharapkan lebih fast number atau moderate Pop selepas dia hadir dengan “Nyawa dan Raga” dulu. Lagu Balada begini tidak beri apa-apa kelebihan pun buat Sarah. To be honest “Pedih” adalah kind of Ballad yang lebih baik untuk Sarah.

Lagu: Mereng
Artis: Bunga 
Komposer / Lirik: Bunga / Ezra Kong / John Jeeves / Karim Karam / Romal Melvyn
Produser: Ezra Kong / John Jeeves
Verdik: 6/10

Bunga rapper yang sophisticated. Saya suka styling dalam pengucapannya, bersahaja tetapi masih menjaga clarity. “Mereng” menjadi sebuah lagi naskhah yang saya kira cukup baik menterjermah definisi muziknya. Lagu ini terhasil cukup catchy dan sangat mudah untuk kita enjoy dengan hanya sekali pendengaran. Selepas kolaborasi bersama Noraniza Idris menerusi “Intan Payung” – “Mereng” sekali lagi menyuntik elemen muzik Pop Tradisional. Saya berharap Bunga dapat mengeluarkan EP atau album penuh dalam masa terdekat.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Ara Johari, Megat Rahim, A.Nayaka, Sezairi & Marsha Milan

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Sebuah Kesyahduan, Resah dan Sepi “Sudirman” Menerusi 10 Balada Terbaik Yang Pernah Dirakam

Allahyarham Sudirman Hj Arshad sebuah nama gemilang pasaran Pop tempatan di era 70-an sehingga 90-an sudah memberi kita nilai hiburan yang cukup tinggi buat kita sebagai pendengar nikmatinya.

Lebih 10 buah album penuh telah dihasilkan dengan puluhan hits malar segar melangkaui zaman dan generasi , Sudirman menjadi nama yang akan abadi terukir sebagai khazanah berharga muzik Malaysia.

Minggu ini menerusi ruangan Retrospektif Muzik, kami membawakan rangkaian Balada terbaik yang pernah dirakam sepanjang hayat Allahyarham Sudirman bergelar anak seni.

Lagu: Antara Hujan & Airmata (1989)
Komposer / Lirik: M.Nasir / Sudirman
Album: Asia’s No.1 Performer

Komposisi M.Nasir ini saya letakkan sebagai Balada terbaik yang dirakam Sudirman. Kraf lagu ini sangat berbeza dengan apa yang sering dia rakamkan di awal era 80-an dan penghujung 70-an menerusi karya Ahmad Nawab dan Manan Ngah terutamanya. Unsur slow rock di lagu ini memberi rencah baru dalam istilah muzik Sudirman.

Lagu: Terasing (1984)
Komposer / Lirik: Manan Ngah / Habsah Hassan
Album: Orang Baru

Lirik Habsah Hassan menyatu cukup baik dalam syahdu melodi yang dicipta Manan Ngah ini. “Sebuah kematian yang tiada bernisan” – Menjadi perlambangan yang ditulis menggambar sebuah rasa kecewa yang paling dalam saya kira. “Terasing” terhasil sebagai lagu yang paling beremosi tetapi tidak terlalu terasa memaksa untk buat kita rasakan kesedihan itu.

Lagu: Gugur Di Tangkai Madu (1978)
Komposer / Lirik: Ahmad Nawab / Ernie
Album: Aku Penghiburmu

Lagu ini begitu kuat esen melodi Ahmad Nawab di dalamnya. Saya sukakan kemasan string di lagu ini yang menjadi signature dalam penghasilan Balada Ahmad Nawab. Perasaan seperti terbawa-bawa dengan feel Sudirman di lagu ini dan ketika di bahagian hujung vokal latar wanita melatari lagu ini seperti memberi jawapan pada segala kesedihan.

Lagu: Hilang Tak Berganti (1984)
Komposer / Lirik: A.Murad Hamid
Album: Lagu Dari Sebuah Bilik Tidur

Elemen dramatik membuka lagu ini memberi mood yang sangat pilu. Petikan piano di awal lagu ini siap untuk membuat kita meruntun jiwa dengan melodi lagu ini. Seperti biasa persembahan vokal Sudirman cukup mentafsir teks lirik yang ditulis. Lagu bercerita tentang perpisahan ini memiliki standard teks Balada biasa yang ada di era 80-an. Cukup klasik dan timeless.

Lagu: Jauh di Sudut Hati (1986)
Komposer / Lirik: Othman Mohamad / Habsah Hassan
Album: Orang Kampung

“Jauh di Sudut Hati” bergerak sebagai sebuah Balada tipikal 80-an yang mendayu seperti kebanyakan Balada lain milik Sudirman. Kelebihan lagu ini sekali lagi bagi saya adalah pada penulisan lirik Habsah Hassan yang sangat kemas dalam sebuah pelayaran cinta yang amat tulus. Saya sukakan bait korusnya “Jauh di sudut hati, aku masih bermimpi. Mimpi yang indah, esok kau kembali”. Tentang sebuah pengharapan dalam ketidakpastian.

Lagu: Hanya Bagai Mimpi (1980)
Komposer / Lirik: Malik Hj Ahmad / Habsah Hassan
Album: Anak Muda

Hampir keseluruhan lagu ini dikemaskan dengan tiupan horn yang melatari penghasilan melodi yang dicipta. Berselang-seli dengan perembahan lembut Sudirman, lagu ini menghasilkan sebuah perasaan sayu yang dengan latar muzik yang cukup lively sekali. Ini antara personal favorite saya daripada seniman ini.

Lagu: Hujan (1980)
Komposer / Lirik: Syed Haron Ahmad
Album: Lagu Anak Desa 

“Hujan” terhasil sebagai melodi paling melankolis yang tercipta sepanjang sejarah muzik tempatan. Penghasilan melodinya cukup hebat sekali dibantu penulisan lirik dalam sebuah perlambangan yang membentuk hujan sebagai sebuah falsafah yang cukup menarik sekali. “Kau datang dan kau pergi jua, Rindu lagi.

Lagu: Merisik Khabar (1986)
Komposer / Lirik: Manan Ngah / Habsah Hassan
Album: Kul It

Sebuah lagi melodi dan lirik yang cukup grand daripada Habsah Hassan dan Manan Ngah. Jalan cerita yang ditulis Habsah Hassan cukup lengkap merungkai erti resah – “Terkapar-kapar aku kelemasan.” , “Mengapa aku jadi tidak menentu keranamu.” Ditulis cukup pengisian menterjermah perasaan gelisah itu. Korus lagu ini killer utama lagu ini dalam melontarkan segala kegelisahan yang ada dalam isi cerita lagu ini.

Lagu: Nilai Cintamu (1980)
Komposer / Lirik: Sudirman
Album: Anak Muda

Saya berkira-kira memilih antara “Pelangi Petang” atau “Nilai Cintamu” – Ternyata Nilai Cintamu lebih original sekali penghasilan melodinya yang ditulis sendiri oleh Sudirman sepenuhnya. Dengan sentuhan kemasan muzik S.Atan lagu ini bergerak sebagai sebuah naskhah Balada yang cukup membuai rasa rindu yang ada. 

Lagu: Suratku Yang Ini (1976)
Komposer / Lirik: Dinosman / Habsah Hassan
Album: Teriring Doa

Lagu ini dibuka dengan monolog panjang sebelum Sudirman mengalunkan korus lagu ini yang disambung kembali dengan monolog suara wanita yang saya kira cukup unik sekali penghasilannya. Antara naskhah yang cukup rare sekali dimuatkan dalam EP perdana Sudirman berjudul “Teriring Doa”.


ARTIKEL BERKAITAN

Alleycats – Sebuah Wajah Muzik Pop Kontemporari Malaysia

Highlight, Review, Terkini,

Satira Pencarian Diri “Satwo” Menerusi “Gelap”

Lagu: Gelap
Artis: Satwo
Komposer / Lirik: Satwo

Gerakan muzik indie tempatan bernyawa dengan adanya kesungguhan anak-anak muda ini yang terus mahu berkarya dengan cara tersendiri tanpa terikat dengan ilham Pop semasa. Setahun dua kebelakangan ini ada beberapa nama yang menarik perhatian saya secara peribadi iaitu Sang Rawi dan Countrywolves yang mengendong ilham Folk yang menyenangkan.

Kugiran Satwo antara yang awal menarik perhatian saya ketika mereka menyanyi ulang secara langsung lagu “Kenangan Lalu” nyanyian asal Flybaits dengan corak bermuzik mereka yang cukup tersendiri tanpa mengubah konteks asal lagu malar segar itu dengan terlalu bereksperimen dengan hal yang tidak perlu.

Meneruskan perjalanan bermuzik mereka, Satwo muncul dengan single “Gelap” karya ciptaan mereka sendiri yang hadir dalam ilham Indie Folk yang sekali dengar sudah membawa saya jauh membayangkan sebuah perjalanan panjang melewati road trip yang entahkan bila lagi akan ada kesempatan.

Lagu ini terhasil cukup santai dengan penulisan lirik yang sangat cemerlang menurut saya. Pemilihan kata-kata dalam liriknya sangat cantik dalam menzahirkan cerita “Gelap” itu sendiri.

Membawa isi cerita tentang kehidupan silam yang menghantui diri manusia dalam bayang-bayang gelap yang mengejar tanpa tahu apa realitinya. Hal-hal ini jelas dalam bait “Kumencari suara dalam terang dan gelap melalui rasa.”  dan Tipu daya rekayasa, Sendiri jadi sangsi.”

“Gelap” saya kira cemerlang sebagai sebuah naskhah Indie yang seimbang nilai seni muziknya dengan nilai komersil itu sendiri. Lagu ini bukan lagu yang sukar saya kira untuk pendengar Pop seperti saya untuk menyukainya.

Cuma saya masih kabur dengan ruang keadilan untuk lagu-lagu begini dipopularkan. Peluang untuk menjadi OST TV itu hal yang hampir mustahil kerana belum ada cerita yang sesuai di TV setakat ini untuk lagu sebegini. Kecualilah kita ada 3 atau 4 lagi siri seperti “Projek Anchor SPM” yang sesuai untuk dimuatkan lagu-lagu sebegini.

But after all namanya juga indie. Popular itu mungkin sepatutnya jauh daripada visi bermuzik itu sendiri. Penggemarnya juga adalah di kalangan mereka yang terpilih, yang mahukan kesungguhan dalan muzik itu diletakkan di atas segalanya. Dan hal ini yang saya dapat dalam melewati 5 minit 25 saat manifestasi “Gelap”.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Alleycats – Sebuah Wajah Muzik Pop Kontemporari Malaysia

Highlight, Review, Terkini,

Kesinambungan Pop Ismail Izzani Menerusi Single “Contact”

Lagu: Contact
Artis: Ismail Izzani / Izhar / Quai
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Ismail Izzani / Mas Dewangga / Izhar / Quai / Shaqiel Naufal
Produser: Ismail Izzani / Firdaus Rahmat / Mas Dewangga

Ismail Izzani sejak bermuzik sekitar 2017 dengan hits “Sabar” telah memberi satu citarasa baru Pop tempatan yang terhasil lebih segar, moden dan kekinian sifatnya. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa single yang beredar detalah itu seperti “Bidadari”, “Luar Biasa” dan kolaborasi bersama Andi Bernadee menerusi “Hello”.

Kelibatnya dalam pasaran muzik tempatan sedikit sebanyak sudah membantu dalam memberi satu citarasa yang lebih baik bagi meninggikan standard Pop tempatan. Tahun lalu ketika dia menzahirkan lagu “Ada Cara” dia telah meletakkan satu lagi benchmark baru keseriusannya bermuzik.

Tampil sekali lagi bersama Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat menerusi komposisi kolaborasi yang menampilkan Izhar dan Quai ini berjudul “Contact” meneruskan kelangsungan Pop moden Ismail Izzani dalam katalog muziknya.

“Contact” terhasil sebagai sebuah produksi Pop remaja yang ringan dan menghiburkan. Komposisi lagu ini sejujurnya straight forward dan mengingatkan saya pada trak Harith Zazman seperti “Cute” dan “Tak Tahu”. It’s fun, young and current.

Sebagai sebuah kesinambungan muziknya, saya kira “Contact” hadir sebagai filler yang okey, kerana apa yang dia hadirkan dalam lagu “Ada Cara” itu lebih matang. Namun “Contact” saya letakkan sebagai lagu yang menyeimbangkan sound Ismail itu sendiri sebagai persona Pop masa kini.

6.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menyingkap Soal Rezeki, Turun “Naik” Hidup Dalam Persembahan Pop Abubakarxli & Shalma Eliana