
Allahyarham Sudirman Hj Arshad sebuah nama gemilang pasaran Pop tempatan di era 70-an sehingga 90-an sudah memberi kita nilai hiburan yang cukup tinggi buat kita sebagai pendengar nikmatinya.
Lebih 10 buah album penuh telah dihasilkan dengan puluhan hits malar segar melangkaui zaman dan generasi , Sudirman menjadi nama yang akan abadi terukir sebagai khazanah berharga muzik Malaysia.
Minggu ini menerusi ruangan Retrospektif Muzik, kami membawakan rangkaian Balada terbaik yang pernah dirakam sepanjang hayat Allahyarham Sudirman bergelar anak seni.
Komposisi M.Nasir ini saya letakkan sebagai Balada terbaik yang dirakam Sudirman. Kraf lagu ini sangat berbeza dengan apa yang sering dia rakamkan di awal era 80-an dan penghujung 70-an menerusi karya Ahmad Nawab dan Manan Ngah terutamanya. Unsur slow rock di lagu ini memberi rencah baru dalam istilah muzik Sudirman.
Lagu: Terasing (1984)
Komposer / Lirik: Manan Ngah / Habsah Hassan
Album: Orang Baru
Lirik Habsah Hassan menyatu cukup baik dalam syahdu melodi yang dicipta Manan Ngah ini. “Sebuah kematian yang tiada bernisan” – Menjadi perlambangan yang ditulis menggambar sebuah rasa kecewa yang paling dalam saya kira. “Terasing” terhasil sebagai lagu yang paling beremosi tetapi tidak terlalu terasa memaksa untk buat kita rasakan kesedihan itu.
Lagu ini begitu kuat esen melodi Ahmad Nawab di dalamnya. Saya sukakan kemasan string di lagu ini yang menjadi signature dalam penghasilan Balada Ahmad Nawab. Perasaan seperti terbawa-bawa dengan feel Sudirman di lagu ini dan ketika di bahagian hujung vokal latar wanita melatari lagu ini seperti memberi jawapan pada segala kesedihan.
Lagu: Hilang Tak Berganti (1984)
Komposer / Lirik: A.Murad Hamid
Album: Lagu Dari Sebuah Bilik Tidur
Elemen dramatik membuka lagu ini memberi mood yang sangat pilu. Petikan piano di awal lagu ini siap untuk membuat kita meruntun jiwa dengan melodi lagu ini. Seperti biasa persembahan vokal Sudirman cukup mentafsir teks lirik yang ditulis. Lagu bercerita tentang perpisahan ini memiliki standard teks Balada biasa yang ada di era 80-an. Cukup klasik dan timeless.
“Jauh di Sudut Hati” bergerak sebagai sebuah Balada tipikal 80-an yang mendayu seperti kebanyakan Balada lain milik Sudirman. Kelebihan lagu ini sekali lagi bagi saya adalah pada penulisan lirik Habsah Hassan yang sangat kemas dalam sebuah pelayaran cinta yang amat tulus. Saya sukakan bait korusnya “Jauh di sudut hati, aku masih bermimpi. Mimpi yang indah, esok kau kembali”. Tentang sebuah pengharapan dalam ketidakpastian.
Hampir keseluruhan lagu ini dikemaskan dengan tiupan horn yang melatari penghasilan melodi yang dicipta. Berselang-seli dengan perembahan lembut Sudirman, lagu ini menghasilkan sebuah perasaan sayu yang dengan latar muzik yang cukup lively sekali. Ini antara personal favorite saya daripada seniman ini.
Lagu: Hujan (1980)
Komposer / Lirik: Syed Haron Ahmad
Album: Lagu Anak Desa
“Hujan” terhasil sebagai melodi paling melankolis yang tercipta sepanjang sejarah muzik tempatan. Penghasilan melodinya cukup hebat sekali dibantu penulisan lirik dalam sebuah perlambangan yang membentuk hujan sebagai sebuah falsafah yang cukup menarik sekali. “Kau datang dan kau pergi jua, Rindu lagi.”
Sebuah lagi melodi dan lirik yang cukup grand daripada Habsah Hassan dan Manan Ngah. Jalan cerita yang ditulis Habsah Hassan cukup lengkap merungkai erti resah – “Terkapar-kapar aku kelemasan.” , “Mengapa aku jadi tidak menentu keranamu.” Ditulis cukup pengisian menterjermah perasaan gelisah itu. Korus lagu ini killer utama lagu ini dalam melontarkan segala kegelisahan yang ada dalam isi cerita lagu ini.
Saya berkira-kira memilih antara “Pelangi Petang” atau “Nilai Cintamu” – Ternyata Nilai Cintamu lebih original sekali penghasilan melodinya yang ditulis sendiri oleh Sudirman sepenuhnya. Dengan sentuhan kemasan muzik S.Atan lagu ini bergerak sebagai sebuah naskhah Balada yang cukup membuai rasa rindu yang ada.
Lagu ini dibuka dengan monolog panjang sebelum Sudirman mengalunkan korus lagu ini yang disambung kembali dengan monolog suara wanita yang saya kira cukup unik sekali penghasilannya. Antara naskhah yang cukup rare sekali dimuatkan dalam EP perdana Sudirman berjudul “Teriring Doa”.
ARTIKEL BERKAITAN