
Lagu: Naik
Artis: Abubakarxli / Shalma Eliana
Komposer / Lirik: Abubakarxli / Shazee / Mambang / Tilla Hanna
Produser: Shazee Ishak
Konsistensi Def Jam SEA dalam penghasilan lagu-lagu baru tempatan cukup membantu dalam meninggikan standard muzik tempatan. Karya-karya yang datang dalam haluan muzik semasa yang seiring pasaran global memberi ruang untuk pengkarya muda hari ini bergerak bebas dan kreatif.
Penghasilan Hip-Hop daripada Joe Flizzow, SonaOne, ALYPH sehingga bakat-bakat muda seperti YonnyBoii meluaskan landskap pasaran muzik tempatan di tahap yang membanggakan. Abubakarxli seorang lagi bakat muda yang mula mencuri perhatian dengan single berjudul “NiNiNi” pada tahun lalu.
Hadir dalam beberapa single lain seperti “KRU” bersama Fariz Jabba dan EP berjudul “EXACXLI” menjadi pertaruhan Abukarxli dalam mencuri keyakinan penggemar muzik Hip-Hop tempatan terhadap bakatnya. Terhasil laju dalam masa yang cukup singkat, Setahun dengan dua single dan sebuah EP itu saya kira sebuah percaturan yang cukup berani untuk seorang bakat baru.
Perjalanan bermuziknya tidak tersekat di situ, lantas menerbitkan sebuah lagi lagu baru berjudul “Naik” yang turut menghadirkan bakar baru Shalma Eliana. Bergerak dalam ilham Pop Kontemporari dan Hip-Hop, lagu ini terhasil cukup rencah sebagai naskhah yang cukup komersil untuk dipasarkan.
Catchy korus dengan fun beat di lagu ini bergerak cukup menarik sekali. Chemistry Abubakarxli dan Shalma hadir dalam attitude bermuzik yang cukup baik. Persembahan Pop kedua mereka cukup santai dan menghiburkan seiring penulisan lirik yang kemas dalam gaya bahasa yang mudah.
“Waktu senang kawan call, Waktu susah kawan gone” – frasa muda-mudi dalam gambaran gaya hidup hari ini. Sebelum meneruskan motivasi kendiri dalam bait “Ku ingin mama senang, ku ingin papa senang, ku ingin senang…”
“Naik” saya sifatkan sebagai sebuah lagu yang fun, mudah untuk kita suka dengan melodinya dan bergerak cukup current sebagai naskhah muzik semasa. Ia menjadi lebih menarik kerana pengisian lirik yang cukup relevan dengan kemelut jiwa anak muda hari ini.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN