
Lagu: Perjumpaan Kita
Artis: Candra Darusman / Dian Sastrowardoyo
Komposer / Lirik: Candra Darusman
Produser: Panji Prasetyo / Nikita Dompas / Candra Darusman
Sejak awal berkarier sebagai aktres, Dian Sastro jarang menampakkan sisi bermuziknya biarpun sudah lebih awal berkolaborasi bersama Tompi menerusi single “Bawa Daku” sekitar thaun 2016. Sebelum tahun lalu muncul dalam kolaborasi mega bersama Diskoria menerusi lagu “Serenata Jiwa Lara” yang diproduksi LaleIlmanNino.
Vokal khusus Dian sangat sesuai dengan lagu-lagu Akustik, Jazz juga yang hadir dalam tempo retro Pop yang santai lagi menyenangkan. Hal-hal ini sudah dia bukti dalam beberapa lagu yang dicover secara santai menerusi beberapa interview yang boleh disemak di laman YouTube.
Terkini bersama living legend musician, Candra Darusman – Kita sekali lagi dibawa keasyikan melewati feel good Jazz menerusi single “Perjumpaan Kita” kolaborasi dua generasi yang mengendong ilham muzik Indonesia yang cukup menyenangkan.
“Perjumpaan Kita” merupakan satu daripada rilis yang bakal dimuatkan dalam projek terbaru Candra Darusman ini mendapat sentuhan produksi muzik Nikita Dompas – nama penting dalam karya-karya Andien dan Panji Prasetyo.
Terhasil cukup santai dalam gabungan Jazz dan Bossa, chemistry Dian dan Candra Darusman menyantum tanpa rasa canggung. Kedua-duanya cukup melengkapi bahagian vokal masing-masing. Saya sukakan karakter vokal Dian yang cukup cheeky mentafsir makna di balik teks lirik yang ditulis.
Mendengarkan single ini dan dua lagi lagu yang sudah dirakam Dian sebelum ini saya kira dia siap sebetulnya untuk bergerak sebagai the next Jazz sensation mengikuti arah muzik Andien dan Eva Celia. Cukup baik dengan cara mereka yang tersendiri. Classy.
8.9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Menelusuri Fasa Bahagia Andien Sebagai Ibu di Single “Tiba Tiba Tabi”