Highlight, Review, Terkini,

Menelusuri Gaung Bunyi Romantic Echoes Menerusi EP Terbarunya

Saya awal mengenali Romantic Echoes ketika dia berkolaborasi bersama Noh Salleh dan Bilal Indrajaya menerusi single “Yang Tercinta” beredar tahun lalu sebagai single yang membuka laluan lebih luas untuknya dikenali di pasar besar muzik nusantara khususnya sebelum sempat melepas album solo perdananya “Persembahan Dari Masa Lalu” yang juga beredar Jun tahun lalu.

Terus produktif dalam penghasilan muziknya, Romantic Echoes awal tahun ini merilis single bersama Indonesia’s million streams artists – Pamungkas menerusi single “Im Down” yang turut dimuatkan di EP terbarunya yang berjudul “Gaung Romantis”.

Meneruskan ilham Synth dan Psikedelik Pop dalam alunan melodi yang lembut, Romantic Echoes melayari perasaannya dengan rangkuman 6 lagu yang membawa isi cerita yang cukup personal. Tentang kekhilafan, keikhlasan dan perjalanan umat menuju fasa lebih baik dalam hidup.

Hal-hal ini sangat jelas dalam lagu seperti “Amarah” yang disusun kata-katanya dengan cukup baik sekali. “Amarah sentuh hati yang merana, Dalam keraguan terlukis senyuman indah” sebelum menutup ceritanya dengan penyerahan menerusi bait “Kutitip rindu pada yang Kuasa.” 

Saya enjoy membaca penulisan lirik di EP ini yang rata-ratanya menyisip pesan-pesan kemanusiaan seperti apa yang ditulis dalam lagu “Celaka” antaranya. “Celaka bila hatiku berdusta, Apabila ku berpaling dari cinta.”

EP ini ditutup dengan lagu “Malam Itu Adalah Malam Saya Dibunuh Oleh Keindahan Itu Sendiri” dalam durasi lebih lima minit membawa pendengar masuk ke dalam gaung sebenar bunyian Romantic Echoes yang sudah begitu pasti dan yakin dengan garapan muziknya yang tersendiri. 

Lagu terbaik di EP ini saya sifatkan buat kolaborasi bersama Pamugkas menerusi lagu “I’m Down” yang iya mungkin cukup kuat pengaruh muzik Pamungkasnya tetapi tidak menutup ruang Romantic Echoes untuk menyatu baik bersama Pamungkas bagi menghasilkan sebuah naskhah yang lebih universal dengan penghasilan bunyi yang memberi variasi berbeza di EP ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pamungkas Melepas Emosi Lewat Rakaman Ulang “Pupus” dan “Risalah Hati”

Highlight, Review, Terkini,

Terbuai Dengan Kelembutan Rossa Menerusi Single “Wanita”

Lagu: Wanita
Artis: Rossa
Komposer / Lirik: Rian Ekky Pradipta
Arranger / Produser: Lale / Ilman / Rossa / Ekky Pradipta

Melewati kalendar Pop Rossa sepnjang dia bermuzik, ternyata bakat ini tidak pernah mahu berhenti menghasilkan lagu dalam acuan muziknya yang tersendiri. Tidak pernah mahu mencuba keluar dari ruang selesanya, Rossa konsisten memikat pendengar dengan kelembutan dalam persembahan vokalnya.

Sudah bergelar living legend dalam pasaran muzik nusantara, Rossa semakin selesa menyusun kembara muziknya dengan rangkaian lagu Balada yang cukup sinonim dengannya sejak awal bermuzik. Setelah kali terakhir muncul dengan single berjudul “Masih” dia kembali lagi dengan single terbaru.

Lagu berjudul “Wanita” hasil ciptaan Rian Ekky Pradipta ini terhasil dalam alunan lembut yang disatukan dengan kemerduan suara Rossa yang tidak pernah kalah dalam menawan pendengar.

Sebuah dedikasi Rossa buat semua untuk menghargai dan menjaga hatinya wanita. Hal-hal ini jelas dalam bait “Dengarkan pintaku ini, Jaga hatimu untuk wanita itu Wanita yang tak pernah lelah mengerti.”

Lagu ini saya kira tidak sukar untuk membuat kita senang dengan persembahan keseluruhannya, melodinya memikat dan tidak terasa memaksa untuk kita menyukainya. Mungkin jika ada hal yang kurang adalah originality pada melodinya yang terlalu “Rossa” sifatnya.

Namun kelembutan di lagu ini memadam kelemahan tersebut dan itulah kelebihan seorang Rossa untuk sentiasa membuat kita menyenangi karya-karyanya sejak dulu lagi.

6.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Garapan Muzik Pesta Diskoria Diteruskan Dengan Kolaborasi Bersama Tara Basro & FLEUR!

Highlight, Review, Terkini,

Standard Pop Lyodra Terhasil Cemerlang Lewat Debut Albumnya

Usai fasa menjuarai Indonesian Idol, Lyodra merilis beberapa single yang berawal dengan lagu kejayaannya di Idol, “Gemintang Hati” sehingga “Sabda Rindu” yang dirilis beberapa bulan lalu yang kedua-duanya diproduksi producer on demand, LaleIlmanNino selain single lain ciptaan Anji seperti “Tentang Kamu”

Di saat pesaing terdekatnya Tiara Andini sudah mengerdarkan EP duet bersama Arsy Widianto dan rangkaian solo tanpa henti, Lyodra menyusun kembara muziknya lebih berhati-hati sehingga terhasilnya album self-titled ini. Terhasil dalam 8 trak kesemuanya dengan 4 lagu baru yang belum dirilis sebagai single.

Pertaruhan album ini bermula dengan single “Kalau Bosan” (Ade Govinda) yang dibuka lembut dengan petikan gitar yang terhasil sebagai naskhah Pop yang cukup catchy. Korusnya menyatu baik dengan lirik yang ditulis. Vokal Lyodra juga in control, tiada lagi unnecessary vibrato yang berlebihan.

“Oe.. Oe..” (Dipha Barus / Monica Karina) lebih menarik perhatian saya. Spirit lagu ini mengeluarkan sisi muda Lyodra yang nyata sangat sesuau dengan usianya. Attitude nyanyiannya dapat, feel dan groove di lagu ini juga begitu menyatu cukup baik sekali. This one definitely a repeat mode.

Album ini terisi 2 lagu ballad iaitu “Dibanding Dia” (Ade Govinda) dan “Pesan Terakhir” (Mario G Klau) yang terhasil mengikut patern suara Lyodra. Saya begitu melayang melayani suara merdunya di lagu “Dibanding Dia” cukup lembut tanpa perlu terlalu overpower the molody.

Debut ini overall saya kira cukup baik untuk bakat seperti Lyodra. Keseimbangan antara penghasilan Balada dan Pop mid tempo itu terasa tanpa perlu terlalu bereksperimen dengan lagu-lagu yang terlalu kompleks.

Hal yang paling penting adalah kawalan vokal Lyodra sangat baik di album ini kerana saya sangat tidak menggemari konsep nyanyian vibrato Lyodra  dalam kebanyakan persembahan nyanyian live tetapi diselamatkan produser berpengalaman di album ini.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pamungkas Melepas Emosi Lewat Rakaman Ulang “Pupus” dan “Risalah Hati”

#PerspektifMuzik, Highlight,

Producer Talks: Kmy Kmo & Luca Sickta

Pasaran muzik Hip-Hop sentiasa berkembang besar dari era Rap KRU, Nico, 4U2C sehingga fenomena grup wanita seperti Elite yang menyatukan Pop dengan pengaruh muzik Rap sebelum dibesarkan sifat muzik Hip-Hop itu oleh duo Too Phat dan grup lain seperti Ahli Fiqir juga Ruffedge antaranya.

Dan tidak pernah terhenti nafasnya, Hip-Hop terus bernadi dengan kembara solo Joe Flizzow yang saya kira hari ini sudah boleh bergelar godfather of Malaysia Hip-Hop atas usaha kerasnya untuk sentiasa meletakkan muzik ini kekal relevan di pasaran muzik tempatan biar harus berganti generasi.

Maka dengan adanya pioneer dalam jaluran muzik ini lahirlah nama-nama baru yang tumbuh untuk meneruskan legasi muzik ini di ruang kecil pasaran muzik tempatan dengan eksperimentasi muzik yang pelbagai namun cukup menarik untuk didengari, didekati dan dikupas pengisiannya.

Luca Sickta dan Kmy Kmo antara nama pelapis legasi Hip-Hop yang berjaya mencuri perhatian label besar Universal Music untuk mengembangkan bakat muzik mereka dengan rangkaian hits yang berawal dengan “Gong Nekara” dan diikuti kolaborasi besar bersama bintang papan atas tempatan dari M.Nasir, Siti Nurhaliza dan yang terkini Jamal Abdillah dalam meneruskan ideologi muzik mereka untuk pasaran yang lebih besar.

Muzik Kita meluangkan sedikit masa berbicara soal muzik, pengaruh dan inspirasi di balik karya-karya mereka berdua.

MK: Boleh ceritakan sedikit pengaruh muzik anda berdua ketika membesar.

Luca Sickta: Kalau membesar dulu banyak terpengaruh dengan apa yang Mama dengar terutama lagu-lagu arwah Tan Sri S.M Salim, P.Ramlee, Pak Ngah. Kemudian bila masuk zaman persekolahan baru start masuk pengaruh Hip-Hop dalam diri. Kalau diingatkan balik masa itulah Luca mula dengar Tupac Shakur, The Notorious B.I.G. dan beberapa produser Hip-Hop seperti Dr. Dre, Timbaland, Scott Storch, Swizz Beatz dan Pharell Williams. Keunikan muzik mereka yang banyak memberi impak pada Luca dan membentuk diri Luca sekarang.

KmyKmo: Datang dari ayah dengan ibu sebab dari kecil memang sudah didedahkan dengan lagu-lagu Saloma, Ramlah Ram, Kopratasa, Kembara, Jamal Abdillah anatranya. So dari situ Kmy rasa minat muzik mula ada dan terserap dalam diri especially dulu kan bila kita balik kampung ramai-ramai satu family mesti dengar lagu-lagu ni semua.

MK: Menjadi pemuzik itu memang cita-cita atau ia datang dengan sendiri?

LS: Boleh dikatakan cita-cita juga sebab Luca mula minat muzik dari awal mula sekolah menengah. Dalam fasa orang kata mencari identiti diri dan masa tu juga sangat expose dengan macam-macam jenis muzik tapi Hip-Hop yang paling dekat dengan hati. Tak tahu kenapa tetapi ada cerita menarik dalam muzik Rap / Hip-Hop ini yang menarik minat Luca untuk explore lebih lagi. Start dari situ ada rasa nak jadi rapper, penulis lagu dan penggiat muzik.

KK: Memang cita-cita. Kmy minat dengan energy KRU dalam muzik mereka. Kalau dapat tengok mereka perform memang akan sentiasa teruja. Sama juga bila melihat Nico dan peralihan minat tu diteruskan dengan mendengar Too Phat. Since dari situlah tertanamnya minat untuk jadikan muzik ni sebagai karier.

MK: Kongsikan sedikit proses penulisan lirik itu sendiri bagaimana? Berapa lama sesuatu naskhah itu disiapkan?

LS: Kmy dia akan create satu jalan cerita dan Luca akan masuk untuk warnakan asas cerita yang ada. Selalunya ia akan berkait rapat dengan diri kami sendiri. Basically kalau macam “7 Nasihat” hanya ambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Chemistry kami berdua dah lama ada, jadi proses penulisan tu jadi lebih mudah sebab dah faham cara kerja masing-masing. Kmy dia jenis akan revise balik lirik yang ada 3-4 kali dari segi bahasa terutamanya dan Luca pulak jenis akan buat on the spot dan terus cantikkan dari situ.

KK: Bergantung pada topik yang ingin diketengahkan. Kalau ia jenis santai atau berbentuk hiburan mungkin tak lama dalam 10 ke 20 minit untuk disiapkan bagi satu lagu. Tapi kalau isunya lebih serius dan perlu fokus pada rangka cerita seperti ketuhanan, falsafah hidup – itu akan makan masa dalam 45 Minit ke satu dua jam. Selalunya selepas siap satu lagu Kmy akan revise balik keesokan harinya, kalau ada yang perlu tukar Kmy akan tukar sampai puas hati dengan hasilnya.

MK: Influence lagu-lagu Tradisional Melayu banyak diadaptasi dalam karya-karya anda berdua. Datang dari mana pengaruh tersebut sebetulnya?

LS: Pengalaman mendengar Pak Ngah dan S.M Salim banyak mempengaruhi sebenarnya. Terutama sekali album-album tradisional Datuk Siti dan Kak Ani. Namun turning point dalam penciptaan lagu dengan pengaruh muzik tradisional ini terhasil pabila Luca dengan Kmy banyak buat eksperimen dalam muzik.

Banyak percubaan dilakukan dan menemukan kami dengan bunyi kami sendiri iaitu Hip-Hop Nusantara. Luca sangat suka bunyi instrumen tradisional sebab ada jiwa yang besar dalamnya dan Hip-Hop itu sendiri dikenali sebagai muzik programming tapi bila dua elemen ini disatukan, ia menghasilkan satu jiwa yang lebih tersendiri. Penyatuan muzik tradisional dan Hip-Hop yang mewakili generasi sekarang membentuk Luca Sickta dan KmyKmo.

KK: Banyak datang daripada minat Kmy terhadap gubahan lagu Pak Ngah dan Tan Sri S.M Salim. Pengaruh datang daripada kakak-kakak Kmy yang gemar mendengarkan lagu-lagu Datuk Siti dan ayah Kmy yang memang mengidolakan Tan Sri SM Salim. Kmy sukakan bunyi-bunyi dan lenggok Melayu asli sebab macam ada satu semangat tersendiri yang disampaikan.

MK: What you both listen to now?

LS: Secara jujurnya library of song Luca tak banyak sangat lagu local tapi sekarang banyak dengar Kendrik Lamar dan J.Cole. Sebab karya mereka ada benda baru dan relevan dengan pasaran semasa. Pada masa yang sama masih mementingkan seni dalam penulisan yang berbaloi untuk Luca dengar dan belajar.

KK: Sekarang Kmy boleh dikatakan agak terbuka dan universal, tiada spesifik – Lo-Fi, Trip Hip-Hop, R&B Pop, Jazz, Ballad. Tapi kalau nak diikutkan lagi banyak dengar lagu sendiri sebab nak discover apa lagi benda yang boleh buat untuk karya-karya akan datang.

MK: Sudah berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti Siti, Jamal dan M.Nasir. Who’s in your wish list next?

LS: Banyak lagi penyanyi yang kami nak feature dalam lagu-lagu kami, penyanyi yang memiliki kapasiti vokal yang buat orang dengar dan meremang. List tu ada tapi tak berani nak cakap lagi sebab Luca lagi suka benda dah jadi baru kita cerita.

KK: Kmy teringin nak buat sesuatu dengan Joe Flizzow dan Awie. Ada ramai lagi sebenarnya tapi dua tu memang ada dalam wishlist kalau ada peluang memang berbesar hati dapat berkolaborasi dengan mereka.

MK: Secara peribadi, karya mana yang sudah dirilis paling personal dan mengapa?

LS: Rasanya semua personal sebab kami tak limit apa yang kami boleh bagi. Semua lagu-lagu tu umpama reminder untuk diri sendiri pada masa mendatang untuk sentiasa lihat balik ke belakang atas karya-karya yang ditulis sebagai cerminan diri sendiri. Luca anggap karya-karya yang sedia ada sebagai pesanan untuk diri sendiri supaya tidak melampaui batas apa pun yang dilakukan dalam hidup.

KK: Semasa bersama Nukilan, under Qarma Music bersama Malique Ibrahim. Karya masa tu yang paling Kmy rasa sangat personal. Ada satu lagu tajuk dia “Bukan Mudah” – Penceritaan lagu tersebut memang terhasil daripada pengalaman Kmy. Tentang usaha, kepayahan sampai Kmy dapat apa yang Kmy target dalam bidang muzik tercapai. Dalam lagu tu ada semua cerita yang sangat personal.

MK: Pemuzik / Penulis yang sentiasa menjadi rujukan?

LS: Malique ketika bersama dengan Too Phat keluar dengan Hip-Hop berbahasa Melayu yang digayakan dengan cara luar yang best. Lagu macam Alhamdulillah, Aku Maafkan Kamu. Kalau dari segi penulisan Kmy suka gaya Kendrick Lamar, J.Cole dan Jay-Z.

KK: Arwah Pak Ngah sebab Kmy suka cara dia mewarnakan sesbuah melodi dengan dinamik yang kadang kita tak boleh nak duga. Lagu-lagu Pak Ngah jarang yang mendatar dia mesti ada switch dan berubah-ubah dengan drastik. Dari segi penulisan Kmy banyak refer Malique, M.Nasir dan juga Loloq.

MK: Apa Kesukaran terbesar sebagai pemuzik untuk berkarya dalam keadaan pandemik hari ini?

LS: Untuk berkarya kena sentiasa lapang dan bebas tapi bila pandemik terjadi hal-hal ini dah tak ada sebab dunia kita hanya dalam rumah. Tapi Luca cuba berkarya sebaik boleh dengan apa yang ada cuma mungkin tidak sebaik sebelum pandemik. Sebab kalau dulu kita nak cari sumber inspirasi boleh keluar rumah, lepak tepi pantai just untuk dapat inspirasi. Tapi yang baiknya tentang pandemik ini adalah kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang yang mungkin kita terlepas pandang sebelum ini.

KK: Bagi Kmy kesukaran tu dari segi menjana pendapatan itu sendiri. Dalam keadaan di mana persembahan pentas memang tak dibenarkan, benda tu memang sangat merisikokan semua yang terlibat. Hal ini memang memberi impak besar. Sesetengah karya kadang kena simpan lama sebab tak banyak benda yang kita boleh buat bila rilis lagu dalam masa pandemik terutama hal-hal promo, press conference, tour. Perkara macam ni dia agak menggangu fokus kita untuk menghasilkan karya-karya yang seterusnya.

MK: Menurut anda berdua, hal apa lagi yang diperlukan industri muzik tempatan hari ini untuk berkembang lebih produktif?

LS: Personally bagi Luca kita kena banggakan muzik bunyian kita sendiri. Banyak pemuzik yang dah mula create sesuatu yang fresh daripada bunyian tradisi dan hal ini sangat menggembirakan sebab ia sangat penting untuk meneruskan kelangsungan usaha orang-orang lama macam M.Nasir dan arwah Pak Ngah. Bayangkan kalau tak ada mereka Luca tak rasa adanya Luca Sickta dan Kmy Kmo. Mereka yang memberi inspirasi sebenarnya.

KK: Perlu ada pendekatan untuk meluaskan pasaran muzik tempatan ke peringkat antarabangsa seperti apa yang dilakukan di Thailand dan Indonesia misalnya. Kombinasi muzik tradisi dan muzik terkini mampu menghasilkan warna yang tersendiri dan keunikan itu yang boleh kita terapkan untuk membawa muzik tempatan ke peringkat lebih tinggi.

*Semua gambar diambil daripada Instagram Kmy Kmo dan Luca Sickta. Terima kasih buat Anne Mukhtar daripada Universal Music.

ARTIKEL BERKAITAN

Bicara Dayang Tentang Impian Manis Yang Tercapai Dalam Melestarikan Pop Klasik Melayu Menerusi “Belagu”

Highlight, Review, Terkini,

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Khai Bahar, Salma, Crinkle Cut, Meer Nash, Pretty Ugly & Bahiya Haneesa

Lagu: Cinta Yang Abadi
Artis: Salma
Komposer / Lirik: Ajai
Produser: Ajai
Verdik: 2.3/10

Salma penyanyi yang berbakat tetapi dia tidak ada pengurusan yang bagus untuk merencana kembara muziknya menjadi lebih baik dari masa ke masa. Single “Cinta Yang Abadi” ini satu saya kira percaturan yang salah untuk mengembangkan kembara muziknya. Lagu ini tak ada daya pemikat, melodinya lemah dan dated. Salma sangat-sangat memerlukan pengurus yang bagus jika dia tidak mahu bakatnya sekadar bakat sahaja.

Lagu: Sengsara
Artis: Khai Bahar
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / John Jeeves / Omar K
Verdik: 6/10

Khai Bahar saya kira evolve dalam  rencana Pop nya yang semakin baik sejak dia merilis “Durja” komposisi bersama Iqie Hugh yang semakin kurang mendayunya tetapi menyuntik semangat Pop yang lebih moden. “Sengsara” meneruskan ilham “Durja” dengan cukup baik. Komposisi lagu ini kemas cuma liriknya agak lemah bagi saya, pemilihan kata-kata dan susunannya tidak menarik dengan penceritaan yang kurang jelas. Namun kelemahan di liriknya diselamatkan melodi juga persembahan vokal Khai.

Lagu: A Love Like Yours
Artis: Crinkle Cut
Komposer / Lirik: Crinkle Cut
Verdik: 4.5/10

Grup R&B tempatan ini hadir lagi dengan naskhah dalam kitaran muzik berpengaruh Pop global. Setelah hadir dengan “Fascination” beberapa bulan lalu mereka menghadirkan “A Love Like Yours” yang seperti biasa lengkap dengan groove dan hook dalam melodi yang terhasil. Grup vokal wanita ini saya kira konsisten dalam memasarkan ilham muzik mereka cuma saya kira masih kurang komersil dalam mencuri perhatian penggemar muzik semasa.

Lagu: Kau Ilhamku
Artis: Bahiyya Haneesa
Komposer / Lirik: Asmin Mudin
Arranger: Afif Tirmizie
Verdik: 5.3/10

Grup vokal harmoni wanita tempatan yang cukup dikenali dengan rangkaian lagu rakaman semula ini, menghadirkan versi baru “Kau Ilhamku” yang cukup popular dinyanyikan Man Bai lebih 2 dekad lalu. Kelebihan Bahiyya Haneesa adalah dalam menwarnakan nyanyian mereka. Melodi asal lagu ini dijaga tertibnya tanpa terlalu banyak mengubah struktur lagu asal dengan approach baru yang lebih moden dan kekinian. Rap di tengah lagu memberi justice yang baik untuk keseluruhan lagu.

Lagu: Bongok
Artis: Pretty Ugly
Komposer / Lirik: Neves Cugat
Verdik: 6/10

Pretty Ugly menerusi single berjudul “Bongok” terhasil cukup dominan esen muzik Neves yang banyak terhasil dalam lagu-lagu yang dihasilkan sebelum ini. Dengan susunan lirik yang santai menyatu baik dalam melodi yang cukup catchy dan sing-a-long ini. Saya kira lagu ini tidak sukar untuk membuat kita senang dengan penghasilan keseluruhan lagu. A repeat mode.

Lagu: Saranghae
Artis: Meer Nash
Komposer / Lirik: Bella Irish / Meer Nash / Rafiq Zahri
Verdik: 5.6/10

Seorang lagi bakat baru yang mencuri perhatian pendengar. Meer Nash pernah merilis beberapa lagu sebelum ini namun tbh saya tak notice langsung dengan bakat ini. Lagu ini ada korus yang baik. Melodinya catchy, kemasan muziknya juga kemas dan tidak sloppy. Berada dalam radar Pop semasa yang saya kira punya jalan mudah untuk memikat penggemar muzik yang lebih muda.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Salammusik, TY:DEL, Kyoto Protocol, Masya Masyitah & Muna Shahirah

 

#RetrospektifMuzik,

Singgahan Puisi Pop “Nuradee” Menerusi Album “Diam”

Keberagaman muzik di era 90-an membenarkan apa jua jaluran muzik diterima meluas tanpa sempadan. “Nuradee” satu daripadanya. Duo Pop berasal kota Singapura ini sempat singgah ke Malaysia menjual ilham muzik mereka menerusi sebuah album bersama EMI Music berjudul “Diam”.

Beredar pada tahun 1996 ketika Dangdut dan Nasyid begitu booming mencuri perhatian pendengar, Nuradee singgah dalam trend tersebut dengan mengembalikan ilham Puisi yang dilagukan menerusi album berisi 10 lagu keseluruhannya ini.

Membariskan nama produser yang cukup besar seperti Manan Ngah dan Eddie Marzuki, hampir kesemua lagu di album ini ditulis sendiri dua beradik ini. Kemasan muziknya dikomersilkan dua produser hebat ini dengan arah yang cukup mesra pendengaran.

“Diam” membuka album ini sebagai pengenalan yang cukup baik untuk kita dekat dengan ilham muzik duo ini. Lagu ini cukup kuat dalam penulisan liriknya yang cukup humanis. “Diam bukan bererti ku marah, bukam bererti ku resah, Hanya mencari ketenangan dalam keriuhan.”

Menikmati Nuradee saya kira lebih bermakna jika anda memahami teks lirik yang ditulis. Disulam kemas dalam melodi yang tercipta dalam persembahan vokal yang cukup sederhana. “Selagi Masih Ada” sebuah lagu yang menarik perhatian saya.

Penghasilan melodi di lagu ini cukup kuat pengaruh Pop Melayu 90-an namun dikemaskan dengan lirik yang cukup baik. Tentang pengharapan dan kehidupan. “Bangkitlah jiwa yang sering alpa, Membiarkan diri dilena, Oleh pesona dunia.” Cukup cantik sekali susunan bahasanya.

Nuradee bersama EMI hanya sempat hadir dengan sebuah album ini sahaja. Single “Diam” sempat berputaran di saluran radio tempatan ketika diedarkan namun masih belum mampu melawan kehangatan Dangdut, Nasyid dan gelombang Siti ketika album ini beredar.

Namun saya kira lagu-lagu mereka di album ini masih cukup menarik untuk didengari, dinikmati dan dikupas biar mendengarnya hari ini. “Mendung di Hati” dan “Tujuh” antara yang saya kira cukup kuat pengaruh M.Nasir dalam penghasilan melodinya.

Album ini saya kira cukup komersil jika mahu dilabelkan sebagai sebuah album puisi. Berbanding Kopratasa yang lebih berat pengisiannya baik melodi mahupun lirik. “Nuradee” menerusi album “Diam” kini boleh dinikmati sepenuhnya di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”


ARTIKEL BERKAITAN

Seriosa Puisi Dalam Muzik “Kopratasa” Menerusi Album “Kunci” (1987)

Highlight, Review, Terkini,

Sindiran Manis IDGITAF Menerusi Single “Berlagak Bahagia”

Lagu: Berlagak Bahagia
Artis: IDGITAF
Komposer / Lirik: Brigita Meliala
Arranger / Produser: Ezra Mandira

IDGITAF persona Pop terbaru kota Jakarta meraikan penggemar yang semakin ramai meyenangi kraf muziknya. Setelah cukup berjaya dengan dua single – “Hal Yang Indah Butuh Waktu” dan “Terpikat Senyummu”, dia kini tampil dengan single terbaru yang dicipta sepenuhnya sendiri.

“Berlagak Bahagia” menjadi pertaruhan terbaru yang berada di landasan mid-tempo Pop dengan pengaruh big band yang sedikit sebanyak mengingatkan saya pada lagu-lagu Tulus dan Yura Yunita di album perdana mereka.

Pengisian “Berlagak Bahagia” dalam penulisan lirik berlegar cerita kehidupan masyarakat hari ini hadir dalam cerita yang cukup menarik. Bait-bait ditulis bagaikan sebuah satira kritikan sosial yang pedih dalam fun melodi yang terhasil.

Hal-hal ini jelas dalam liriknya “Oh sepi, mengurungnya dalam jeruji besi, Jeruji pikirannya sendiri..” Sebelun diteruskan dengan bait “Sendiri, teriakan tenggelam dalam sunyi, Kecewa tak ada yang temani, Termakan oleh ekspektasi..” 

IDGITAF menerusi lagu ini keluar dari kepompong ilham lagu cinta yang yang tipikal. Beranggapan muziknya ini sebagai landasan berkongsi cerita yang lebih terisi tanggungjawab sosial, “Berlagak Bahagia” saya kira cerminan terbaik untuk kita sebagai pendengar merefleksi diri dalam dunia yang semakin mencabar.

Naskhah ini terhasil cukup fun, ringkas dengan daya pemikat yang senang untuk kita sebagai pendengar enjoy dengan groove yang ada. IDGITAF saya kira sudah berada di jaluran yang tepat dalam berkarya untuk menjadi pelapis Pop Indonesia yang cemerlang.

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Garapan Muzik Pesta Diskoria Diteruskan Dengan Kolaborasi Bersama Tara Basro & FLEUR!

Highlight, Review, Terkini,

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Sissy imann, Mafidz, Ruang Hati, Awie, Farisha Iris & Siti Sarah

Lagu: Bebas
Artis: Sissy Imann
Komposer / Lirik: Aden King / Mas Dewangga / Jova Devito
Verdik: 3.6/10

Ketika Sissy muncul dengan single “Mungkin Kamu”  dan “Keliru” dia hadir cukup promising dengan originality yang dia miliki bukan saja vokal tetapi attitude dalam muziknya. Namun  perlahan-lahan dia bagai hilang arah even after bersama Faithful Music, karya-karyanya tidak solid seperti 2 single awal dia bersama FMC. Hal ini terjadi lagi dalam single “Bebas” yang bagi saya terlalu biasa dan forgettable. Rasanya Sissy harus kembali bekerja dengan AG Coco untuk mengembalikan segala kelebihan yang dia ada namun dah jauh pergi entah ke mana.

Lagu: Bingkai Rasa
Artis: Ruang Hati ft. Heidi Moru
Komposer / Lirik: Syahir Cherpen
Produser: Syahir Cherpen
Verdik: 6.7/10

Ruang Hati hadir dengan penampilan perdana menerusi kolaborasi vokal Heidi. Lagu berjudul “Bingkai Rasa” ini hadir dalam feel Balada biasa sebetulnya tetapi diselamatkan dengan kemasan muziknya yang mengarahkan lagu ini dalam sifat Indie Pop ala Payung Teduh atau Noh Hujan. Korusnya terlalu dekat dengan ilham “Renjana” dan vokal Heidi memberi justifikasi yang baik pada persembahan keseluruhannya.

Lagu: Hello
Artis: Farisha Iris
Komposer / Lirik: Audi Mok / Sache amira / Shaze Ishak
Verdik: 5/10

Farisha ada attitude dalam nyanyian namun masih hijau dan banyak ruang untuk dibentuk. Vokalnya tidaklah hadir dalam keunikan yang boleh kita ingat ia sebagai kelebihan tetapi setidaknya dia ada groove yang baik untuk menyatu dengan melodi Audi Mok yang selepas dua tiga kali dengar eh sedapnya kalau Nikki yang nyanyi lagu ni. But untuk Farisha saya kira dia tidak gagal pun cuma kena banyak kali dengar untuk kita betul-betul suka dengan lagu ini.

Lagu: Hujan Pasti Berhenti
Artis: Mafidz
Komposer / Lirik: Mafidz / Umila Rahman
Produser: Mafidz
Verdik: 6.6/10

Ilham Folk Mafidz diteruskan lagi dalam karya terbaru mereka “Hujan Pasti Berhenti” ini. Terhasil dalam acuan melodi yang saya kira agak berat untuk pendengar Pop namun masih hadir dengan daya pemikat yang tersendiri. Dalam durasi 3 minit ini Mafidz membawa pendengar ke satu perasaan berbeza dan cara terbaik menikmatinya adalah dengan membaca serta memahami isi cerita di lirik lagu ini.

Lagu: Semakin Benci Semakin Sayang
Artis: Sarah & Shuib
Komposer / Lirik: Ajai
Produser: Ajai
Verdik: 3.6/10

Setelah dua tiga kali dengar lagu ini, “Semakin Benci Semakin Sayang” bagi saya terlalu biasa, tiada apa yang menarik – baik melodinya, liriknya yang cringe sampailah vokal Shuib yang eh… Bukanlah naskhah yang gagal tapi yelah ia sekadar lagu kisah rumah tangga pasangan yang tengah bahagia. Lepas tu? Tak boleh dengar banyak kali takut jadi semakin dengar semakin menyampah. Tiberr..

Lagu: Coretan Pilu
Artis: Awie
Komposer / Lirik: Ikhwan Fatana / Wan Salleh / Fedtri Yahya
Verdik: 3/10

Saya tidak pasti single ini project based atau memang Awie yang memilih lagu begini sebagai pertaruhan terbarunya. Terlalu mellow untuk seorang Awie saya kira. Melodi sangat biasa dan tak keunikan langsung. Balada Awie di era solonya bersama Boon Tan dan M.Nasir itu jauh lebih baik, moden dan tidak selembik ini.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Salammusik, TY:DEL, Kyoto Protocol, Masya Masyitah & Muna Shahirah

Highlight, Review, Terkini,

Garapan Muzik Pesta Diskoria Diteruskan Dengan Kolaborasi Bersama Tara Basro & FLEUR!

Lagu: Suara Disko
Artis: Diskoria / Tara Basro / FLEUR!
Komposer / Lirik: Pramestri Indraputri / Tanya Ditaputri / Yuyi Trirachma
Produser: FLEUR!

Duo muzik Diskoria merencana muzik dengan cukup baik sekali sejak memeprkenalkan “Balada Insan Muda” yang mengendong ilham Sytnth, City Pop dan Retro yang cukup fun namun hadir dalam estetik muzik yang bukan calang-calang. Kejayaan single tersebut membawa nama mereka di medan mainstream dengan cemerlang.

Maka terhasil kolaborasi yang membesarkan nama mereka bersama LaleIlmanNino dan Dian Sastro menerusi “Serenata Jiwa lara” pada tahun lalu. Tahun ini bersama sensasi Jazz, Eva Celia mereka sekali lagi menghasilkan hits dengan mengambil nama legendaris seberang C.H.R.I.S.Y.E sebagai judul.

Tidak salah juga jika saya katakan dengan idea mereka ini, ilham City Pop kembali mendekat dengan pendengar semasa. Dengan barisan kolaborasi lainnya bersama Afifah Yusuf menerusi rakaman semula Hetty Koes Endang berjudul “Pelangi Cinta” antara yang terus mendapat perhatian.

Terkini kolaborasi duo ini dibesarkan lagi dengan menggabungkan lagi 2 nama yang mungkin tidak pernah terlintas untuk disatukan dalam satu lagu -bakat baru FLEUR! dan aktres Tara Basro bersatu dalam lagu terbaru berjudul “Suara Disko” yang sekali lagi menjadi kelangsungan muzik disko duo ini.

Saya sejujurnya cukup enjoy menikmati attitude vokal Tara Basro yang cukup bersahaja, santai dan fun sekali. Lagu ini bergerak sebagai naskhah disko yang tidak terlalu sukar untuk kita senang dengan persembahan keseluruhannya. Feelnya dapat, groove nya hadir dalam beat yang terhasil dan kemasan muziknya tersusun kemas sekali.

This is perfect to boost up your monday blues! dan yes untuk perfect weekend juga.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Tribute Lagu Kanak-Kanak Ardhito Pramono Menerusi “Semar & Pasukan Monyet”

#RetrospektifMuzik,

Satira Pop Komedi Imuda Menerusi “Dengar Ini Cerita” 

Trend pelawak menjadi penyanyi di era 80-an dan 90-an itu banyak digerakkan nama-nama besar seperti Ali Mamak, Harun Salim Bachik dan Jalil Hamid menerusi rakaman album penuh mereka sebelum idea Pop Komedi ini diteruskan Senario yang cukup booming di era 90-an bersama Ambang Klasik.

Nama Imuda cukup sinonim dengan watak Budin menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu antara yang mencuba nasib dalam merakamkan album penuh dengan mengambil ilham komikal dalam persembahan muzik secara keseluruhan. Dan ilham ini diterbitkan EMI ketika itu sudah tentu kerana kejayaan Jalil Hamid dan Harun Salim Bachik yang berjaya mencuri perhatian.

“Dengar Ini Cerita” dihasilkan pada tahun 1997 merupakan album kedua Imuda bersama EMI Music ketika itu. Album perdana Imuda beredar pada tahun 1993 dengan judul “Terang Gelap” mendapat sentuhan muzik Usop dan Sani Sudin daripada kumpulan Kopratasa sedikit sebanyak membantu meneruskan kelangsungan populariti Imuda.

Menerusi album kedua ini, Imuda bersama produser Roslan Mamat (Fitri) menghasilkan rangkaian rakaman semula lagu-lagu P.Ramlee dengan ilham Raggae, Tekno dan sedikit Rap yang disatukan dalam persembahan Pop dan bersahaja Imuda.

Mendengarkan album ini kemabali di tahun 2021 saya kira ia terhasil cukup sloppy dan merapu. EMI pada ketika ini say akira hanya mahu menghabiskan sahaja kontrak album bersama Imuda dengan penghasilan album ini.

Sejujurnya programming dalam album ini terlalu teruk sekali penghasilannya. Ada pengaruh Dangdut juga namun it sounds trying hard jus to fit in the trend.

Imuda juga dalam kebanyakan lagu dia sangat merapu. Ini antara album yang saya tidak mampu habiskan untuk mendengar kesemua 14 trak rakaman semula P.Ramlee yang saya kira begitu membunuh keaslian lagu-lagu yang terhasil lebih baik di versi asalnya.

Mendengarkan album ini tidak salah jika saya sifatkan ia sebagai percaturan yang gagal EMI dalam menyaingi kehebatan album-album Jalil Hamid dan Harun Salim Bachik bersama Pony Canyon ketika itu.


ARTIKEL BERKAITAN

Mendengarkan Kembali Pasaran Muzik Era 80-an Ramlah Ram Sebagai Brand New Pop Sensation