
Lagu: Mulai Langkahmu
Artis: Yura Yunita
Komposer / Lirik: Yura Yunita / Donne Maula
Kembara Pop Yura Yunita terisi dengan satu jaluran muzik yang tidak hanya memberi hiburan semata-mata namun sejak kebelakangan ini setiap penghasilan lagu-lagu barunya dia mengendong tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Single “Tenang” yang beredar awal tahun ini memberi satu pengharapan. Begitu juga dengan “Duhai Sayang” – Yura menjadi wakil suara jiwa-jiwa yang memerlukan melodi semangat seperti ini sebagai sebuah pengisian jiwa yang baik.
Hal ini juga sudah dia lakukan di lagu seperti “Merakit” dan “Harus Bahagia” yang sangat kuat semangat positivity dalam penulisan liriknya. Dan hal-hal ini membuktikan Yura datang sebagai penghibur yang sudah menggalas tanggungjawab sosial buat pendengarnya.
Terkini dia hadir dengan single “Mulai Langkahmu” yang dihasilkan bersama Donne Maula. Meneruskan groove yang ada di lagu “Hoolala” yang beredar tahun lalu, Yura sekali lagi mengajak pendengarnya untuk terus bergerak bebas dalam mengejar cita dan juga mimpi.
Hal-hal ini jelas dalam bait-bait yang ditulisnya “Ingat-ingatlah kata janji takkan menyerah, Kejar, kejar, kejar, Rasa ‘tuk yang kamu suka..” Pesan yang positif dalam lagu begini saya kira sangat tepat dibawa seiring keadaan semasa hari ini.
Yura penghibur yang bijak, dia tahu cara terbaik memasarkan muziknya dengan berkelas. Bukan dengan cara murah untuk memviralkan lagunya tetapi dengan rencana yang lebih kemas dan membuat pengikutnya juga mahu turut sama menerima energy positif tersebut.
Satu hal lagi yang saya suka tentang Yura adalah dia tidak menunggu lama untuk merilis lagu baru. Setelah perlahan “Tenang” dia menerbitkan “Mulai Langkahmu” ini bagi meneruskan momentum bermuziknya.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Cantika Abigail Melepas Galau Lewat Rakaman Semula “Tak Mungkin Ku Melepasmu”