Meneruskan pengkajian dalam puitis lirik Datuk Habsah Hassan, Muzik Kita membawakan bahagian kedua setelah yang pertama kami tuliskan sebelum ini. Berikut beberapa lagi rangkaian lirik lagu indah yang pernah ditulis penulis agung ini.
Kembali Terjalin (Slam) // Komposer: Saari Amri
“Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika.”Membuka lagu ini dengan persembahan vokal Zamani yang mendayu. Habsah Hassan menulis tentang pengharapan, keinginan dalam cinta yang dalam. Korusnya menjadi lebih sayu saat Zamani melantun “Andainya di situ ada ruang // Bolehkah kiranya kumenumpang.”
Ku Pohon Kemaafan (Fauziah Latiff) // Komposer: Ross Arifin
Sebuah lagi lirik galau yang ditulis cukup puitis Habsah Hassan menerusi “Ku Pohon Kemaafan” nyanyian Fauziah Latiff. “Pernah perasaanmu tak sengaja kucalarkan // Atas dosa lalu ku pohonkan kemaafan.”Bergerak sebagai naratif utama kekesalan dalam persembahan vokal indah Jee yang membaluti keseluruhan melodi Ross Arifin ini.
Masa Merubah Segala (DJ Dave) // Komposer: Goh Boon Hoe
Mungkin adalah lagu DJ Dave yang paling sayu pernah terhasil berbanding banyak lagu berinspirasi Hindi yang pernah dia hasilkan. Lirik lagu di bait korusnya cukup kuat mentafsir penceritaan lagu ini. “Engkau bukan lagi menjadi milikku // Aku tidak mungkin menjadi milikmu // Sesungguhnya masa merubah segalanya.”Antara Balada 80-an yang terbaik pernah dihasilkan.
Tanpamu Ku Sepi (Sharifah Aini) // Komposer: –
Sharifah Aini menerusi lagu ini no doubt berjaya mentafsirkan cerita yang ditulis Habsah Hassan dalam kesayuan yang beremosi sekali. Lagu yang dirakamkan semula dan ditulis liriknya kembali oleh Habsah Hassan ini mungkin bukan antara yang popular tetapi antara yang terhasil cukup indah. “Sejak dikau pergi tinggal kusendiri //Masapun terhenti dan aku sunyi.”
Segalanya Mungkin (Headwind) // Komposer: Chris Vadham
“Malam siang kulalui // Dengan debaran di hati.” Membuka lagu ini dengan kesyahduan suara Zainal Abidin. Lagu ciptaan Chris vadham ini antara yang paling menari dalam banyak-banyak Balada yang pernah dirakam Headwind sepanjang karier muzik mereka. “Ku ingin pertahankan // Sebuah kejujuran // Namun ku tak berani // Berjanji dengan pasti.”
Kembara produser, komposer juga penyanyi kelahiran Singapura, Datuk M. Nasir sebagai ikon muzik Nusantara berdekad lamanya. Jasanya dalam membesarkan landskap muzik tempatan itu tidak hanya pada lagu-lagu nyanyiannya sendiri mahupun persembahan pentas sahaja.
M. Nasir menjadi komposer yang cukup pengaruh dalam lapangan muzik Pop dan Rock tempatan. Seberapa ramai penyanyi yang hadir dalam pasaran muzik tempatan sekali pun jumlahnya, pasti pernah menyanyikan lagu karya-karya ciptaannya.
Daripada kugiran Rock seperti Search, Wings sehingga soloist seperti Hattan juga Rahim Maarof – M. Nasir mengeksplorasi ruang muziknya dengan menghasilkan lagu-lagu buat penyanyi wanita seperti Sharifah Aini, Ramlah Ram, Siti Nurhaliza juga Misha Omar.
Rangkaian lagu-lagu ciptaan Baladanya cukup berpengaruh mengisi radar rangkaian lagu-lagu malar segar daripada Alleycats, Sudirman, Ella dan lainnya. Muzik Kita menyelongkar katalog muzik YouTube Getaran Nostalgia mencari gali lagu-lagu ciptaan Balada yang pernah dihasilkan M. Nasir.
SEKUNTUM MAWAR MERAH / ALLEYCATS
Cukup popular dan diingati sehingga hari ni. “Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi” menjadi karya cipta M. Nasir yang cukup ikonik sehingga hari ini. Diisi dengan lirik puitis ciptaan S. Amin Sahab, lagu ini dihasilkan dalam perembahan Balada 80-an yang berjaya meninggikan nama Alleycats dalam pasaran muzik komsersil.
KENANGAN LALU / FLYBAITS
Sebuah lagu yang menjadi personal favorit saya daripada ciptaan M. Nasir adalah lagu persembahan kumpulan Flybaits ini. “Kenangan Lalu” terhasil cukup sentimental dan penuh nostalgia. Melodinya cukup mengikat terutama di bahagian korus yang pasti akan diingati sesiapa sahaja yang mendengar.
MILIK SIAPAKAH GADIS INI / SUDIRMAN
Sudirman antara yang kerap menyanyikan lagu-lagu ciptaan M. Nasir. Selain “Bercanda di Pasiran Pantai” saya begitu tertarik dengan lagu yang satu ini -“Milik Siapakah Gadis Ini”. Persembahan lagu ini seperti dihasilkan custom buat Sudirman – feel serta penyampaian vokalnya membaluti sempurna melodi lagu ini.
DUA INSAN / YUNIZAR
Antara duet yang paling diingati sejak dizahirkan pada era 80-an sehingga hari ini ada pada “Dua Insan” gandingan duet Yunizar bersama M. Nasir sendiri. Korusnya cukup menawan dalam layangan vokal besar Yunizar dalam bercerita menerusi lagu dengan begitu melekakan. Dua Insan sudah beberapa kali dirakam dan dipersembahkan kembali dalam versi berbeza. Antaranya persembahan Eva dan Ezad Lazim di era 2000.
ELLA / MENANTI
Komposisi muzik yang cukup membuai perasaan dalam persembahan yang cukup mellow. Ella bagai dirasuk sempurna dalam kederhanaan melodi lagu ini. Biar cukup bersahaja, attitude Ella dalam persembahan melodi lagu ini cukup kuat dan terisi. “Menanti” antara rare gem yang pastinya akan diingati oleh semua penggemar Ella.
ISTANA MENANTI / RAHIM MAAROF
Kemunculan Rahim Maarof sebagai soloist Pop dengan feel Blues dan Soul menzahirkan beberapa lagu yang cukup diingati sehingga hari ini. Selain “Shakila” yang cukup popular (juga ciptaan M. Nasir) sebuah lagi lagu yang paling akan sentiasa diingati adalah “Istana Menanti”. Balada dengan suntikan vokal Rock Blues Rahim menjadikan feel lagu ini berbeza dan tersendiri. Korusnya menjerat pendengaran membuat ruang pendengaran anda terikat sehingga ke hujung lagu.
HANYA SEGENGGAM SETIA / RAHMAT
Dalam pasaran muzik jiwang, M. Nasir ternyata tidak terlepas dalam menzahirkan naskhah sebegini. “Hanya Segenggam Setia” satu daripadanya. Cukup popular ketika diedarkan di era 90-an, Rahmat menjadi vokalis yang begitu digilai di eranya selain Saleem ketika itu (dalam jaluran muzik begini). Bait “Lepaskanlah genggaman tanganku // Pergilah dia menantimu.” sudah mampu membuat kita melekat pendengaran keseluruhan lagu.
SEKUNTUM BUNGA SAKURA DI GURUN SAHARA / MEGA
Sebuah lagi persembahan lagu-lagu Rock Jiwang yang cukup popular adalah “Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sakura” persembahan kumpulan Mega yang masih lagi popular sehingga hari ini. Melodinya meruntun dengan penulisan lirik yang cukup luluh – sebuah lagu yang pastinya merenggut jiwa-jiwa galau yang mendengar biar sudah bertahun lama dihasilkan.
Kredibiliti dan kreativiti Nadin Amizah untuk bergerak sebagai sebuah artis independen yang meramu muziknya dengan acuannya sendiri berjaya membentuk anak muda ini berdiri sendiri tanpa perlu dibayangi mana-mana penyanyi sedia ada.
Kraf yang dia persembahkan dalam rangkaian hits yang berawal dengan “Sorai”, “Rumpang” sehingga duet bersama Sal Priadi menerusi “Amin Paling Serius” meletakkan nama Nadin sebagai salah seorang pemuzik juga penyanyi yang cukup istimewa dan unik.
Kelahiran album “Selamat Ulang Tahun” dan EP “Kalah Bertaruh” cukup solid untuk memperkukuhkan statusnya sebagai established artiste yang sentiasa dinantikan karya-karya terbarunya. Apa yang membuatkan saya menyenangi Nadin adalah dia faham kepentingan audio dan visual untuk bergerak sebagai medium kreatif dalam pemasaran muziknya.
Terkini Nadin Amizah setelah 2 tahun tanpa penampilan single terbaru dia kembali hadir dalam sebuah persembahan cukup matang, puitis dan manis sekali. “Rayuan Perempuan Gila” menjadi judul paling akan diingati saya kira dalam penghasilan lagu-lagunya sehingga hari ini.
Ilham muziknya masih berlegar Folk Pop yang melekat dengan sekali pendengaran. Lembut, membuai dan mengikat dalam penulisan lirik yang cukup genius penceritaannya. Saya tersenyum bahagia membacanya sambil mendengarkan lagu ini.
Nadin penulis yang bijak, baik melodi juga liriknya – dia keluar daripada kebiasaan. Seawal dibuka dengan bait “Menurutmu berapa lama lagi kau kan mencintaku? // Menurutmu apa yang bisa terjadi dalam sewindu?” sudah membuat saya larut dan terikat dengan emosinya. Such a beautiful phrase yang dibaluti kelembutan suara Nadin.
It’s like reading coming of age novel – entah mengapa membaca lirik lagu ini mengingatkan saya saat membaca novel seperti “Women Eating” dan “A Certain Hunger” – such a gore! Dan hal ini sangat jelas dalam bait “Panggil aku perempuan gila // Hantu berkepala, keji membunuh kasihnya // Penuh ganggu di dalam jiwanya.”
“Rayuan Perempuan Gila” saya kira another masterpiece daripada Nadin Amizah. Sebuah persembahan yang cukup tinggi aras kematangannya dalam penghasilan sebuah persembahan muzik yang berjiwa besar.
Lagu: Lihatlah Lebih Dekat Artis: Yura Yunita Komposer / Lirik: Elfa / Mira Lesmana Produser: Ari Renaldi
Persembahan muzik rakaman ulang ternyata menjadi trend yang semakin booming hari ini. Satu per satu lagu dirakam semula generasi kini dalam kemasan muzik yang ternyata meninggikan standard lagu-lagu yang lebih awal beredar sekurangnya 10 tahun lalu.
“Bahasa Kalbu” (Raisa), “Sang Dewi” (Lyodra), “Mengejar Matahari” (Keisya Levronka) dan “Menyesal” kolaborasi diva muda Lyodra, Ziva dan Tiara telah berjaya dalam menawan hati pendengar muzik nusantara. Dan kini tiba masanya untuk Yura Yunita pula.
Meramu kembali lagu “Lihatlah Lebih Dekat” bersama produser muzik Ari Renaldi, rakaman muzik yang diadun semula ini ternyata kedengaran sebati dengan persembahan vokal Yura yang ternyata cocok dengan lagu-lagu berbentuk Klasikal Muzikal begini.
Perasaannya seperti mendengar komposisi baru yang cukup matang dan segar jika mahu dibandingka di versi asal nyanyian Sherina yang masih lagi kecil ketika itu. Cukup dalam dan menyentuh – intepretasi muzik Yura cukup grand dengan susunan muzik yang lebih besar sifatnya.
Kelebihan Yura saya kira adalah dia faham lagu bagaimana yang mampu memberi warna dan corak tersendiri dalam persembahan vokalnya. Dan pemilihan “Lihatlah Lebih Dekat” ternyata percaturan yang cukup baik untuk sebuah kelangsungan bermuziknya.
Lagu: Biar Menjadi Kenangan Artis: Ahmad Dhani / Raisa Komposer / Lirik: Ahmad Dhani Produser: S/EEK
Trend rakaman ulang lagu-lagu terddahulu semakin booming di Indonedia. Setelah kejayaan Raisa merakamkan lagu “Bahasa Kalbu” nyanyian asa; TTDJ pada tahun 2020 bersama Andi Rianto, trend ini diteruskan menerusi hits lain seperti “Menyesal” (Lyodra, Ziva & Tiara) dan “Sang Dewi” (Lyodra) serta banyak lagi.
Ilham ini diteruskan Raisa menerusi rilis terbarunya bersama Ahmad Dhani berjudul “Biar Menjadi Kenangan”. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya Ahmad Dhani ni sudah dirakam lebih 20 tahu dulu oleh Reza bersama pemuzik asal Jepun, Masaki Ueda.
Rendisi terbaru ini mendapat sentuhan produser kolaborasi muzik menggelar diri mereka S/EEK yang terdiri daripada gabungan produser muda Indonesia iaitu Adrian Rahmat, Marco Steffiano, Jessi Mates dan Joshua David.
Lagu ini dihasilkan dalam ramuan yang tidak terlalu jauh diubah daripada versi asal yang jika sekali dengar tidak dapat menerka di mana kelainannya selain paduan suara Raisa dan Ahmad Dhani. Saya sebetulnya berharap ia dihasilkan dalam sebuah persembahan muzik lebih fresh dan minimal kerana asa melodinya mampu digubah menjadi persembahan yang lebih manis.
Tidak terlalu banyak hal baru di versi ini yang boleh diperkatakan. Ia hampir serupa dengan apa yang kita dengar di versi asal. Namun untuk menikmati kemerduan vokal Raisa ia masih mampu mengikat saya untuk kekal ke hujung lagu. Selain itu tiada hal lumayan yang mampu menjadi my personal repeat mode.
Lagu: Di Sebalik Rahsia Artis: Haqiem Rusli Komposer / Lirik: Haqiem Rusli / Sharon Paul / Fahmi Zafran Produser: Sharon Paul
Lama sebetulnya saya tidak begitu memberi perhatian pada lagu-lagu baru Haqiem, faktor citarasa muzik mungkin satu daripada sebabnya. Namun to be honest, Haqiem antara bakat vokalis pelapis yang saya sangat senang dengan persembahan vokalnya yang sederhana namun sentiasa sedap dan merasuk selain Khai Bahar.
Setelah booming dengan single “Mimpi” Haqiem sempat menzahirkan beberapa single seperti “Hitam Saksi Putih” dan “Aku Hati & Perasaan” yang kurang daya pengikat untuk saya mengikuti persembahan keseluruhan penghasilan muziknya namun pasti saja telah membahagiakan penggemarnya.
Baru-baru ini Haqiem sekali lagi mengulik ilham Balada yang menjadi kekuatannya selama bermuzik sejak lahirnya single “Segalanya” sekitar tahun 2016. Lagu yang diberi judul “Di Sebalik Rahsia” hasil ciptaan Haqiem bersama komposer berpengalaman Sharon Paul (Sampai Bila / Gundah) dengan lirik yang ditulis bersama Fahmi Zafran.
Saya memutarkan lagu ini tanpa expectation kecuali hanya mahu menikmati kemerduan suara Haqiem pada pendengaran pertama. Kesayuan yang dihadirkan dalam suara berefek di awal lagu ini menyuntik rasa syahdu yang berbeza dengan apa yang pernah kita dengar daripada Haqiem sebelum ini. Seawal dia melantunkan bait “Di waktu malam // Sunyi dan sepi.” sudah membuat saya larut. So much control and deep gila.
Dan persembahan melodinya menjadi semakin baik di tengah sehingga ke hujung lagu. Vokal Haqiem sangat-sangat kemas dan menyentuh tanpa terasa memaksa pendengar larut dalam emosinya. Kesyahduannya terasa jujur dengan penceritaan Haqiem yang cukup baik saya kira.
“Di Sebalik Rahsia” sebuah persembahan Balada yang cukup matang saya kira. Standard yang terhasil boleh saya samakan dengan beberapa lagu lain ciptaan Sharon sebelum ini terutamanya “Sampai Bila” and again, killer pada lagu ini adalah kemerduan persembahan vokal Haqiem yang berjaya mengikat pendengaran saya dari awal ke hujungnya.
Perjalanan dalam bidang seni yang dilaluinya tidak singkat. Menginjak usia dua dekad dengan laju perlahan roda berputar tidak membuatkan Marsha walau sekejap terfikir mahu menghentikan langkahnya. Menerusi GLAM penulis Muzik Kita mengulik ruang fikir dan rasa Marsha Milan – 15 Julai 2022.
Kelibatnya sebagai pelakon semakin penuh mengisi siaran televisyen bersilih ganti. Belum sempat siri The Maid musim kedua yang sedang berjalan tamat tayangannya, bersilang pula dengan tayangan siri berjudul Seribu Nina di aplikasi VIU. Dua watak berbeza dalam kisah dari latar yang lain memberi satu dimensi baru perjalanan seni hiburannya. Wajah dan bakat Marsha Milan hari ini semakin diraikan.
How do you see yourself now?
“Marsha sekarang lebih matang. Kalau dulu Marsha boleh katakan agak struggle untuk cari direction dengan zero knowledge. Tapi sekarang apa yang Marsha lihat Marsha lebih understand the job well and also the work momentum. Tujuh belas tahun dalam bidang hiburan perjalanan yang panjang dan mematangkan I must say. I see things in different way, in a more matured way.”
Melangkah dalam bidang hiburan sebagai seorang penyanyi, tidak membataskan bakat seninya dalam bidang muzik sahaja. Mungkin percaturan untuk bergelar penyanyi di Malaysia tidaklah semudah diduga, Marsha meniti landasan berbeza dalam bidang hiburan yang cabangnya sangat beragam dengan bergerak sebagak aktres dan sesekali wajahnya kelihatan juga sebagai pengacara televisyen tempatan.
Saya menemubual Marsha ketika dia masih di Kelantan sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya berjudul “Don Dukun” yang turut menampilkan Zul Ariffin, Douglas Lim dan Sangheeta sebagai wajah pelaris. Dalam kesibukan itu masanya harus juga saya curi untuk berkongsikan perkhabaran terbarunya bersama pembaca.
Apa yang sedang diusahakan lagi sekarang?
“Julai bulan yang sangat sibuk untuk Marsha. Selain sedang shooting filem, Marsha juga akan mengeluarkan single baru 25 Julai nanti. Tajuknya “Kembali Terang” sebuah lagu Balada yang Marsha harap dapat meneruskan kelangsungan populariti lagu Cinta.”
Berkongsi keterujaannya itu Marsha berkata dia bersama pihgak pengurusan sedang bekerja keras untuk pelan pemasaran lagu ini supaya ia capai kepada sasaran pendengar. “Apa yang lebih buat Marsha excited nak share tentang single ini adalah Marsha sendiri akan direct music video lagu ini. Semua sudah disiapkan tinggal hari shooting sahaja, jadi bulan ni memang sangat sibuk but it really makes me happy.” Ujarnya lagi.
Jika dilihat portfolio kerjaya Marsha, fokus dalam bidang hiburan agak bercabang – lagu baru sentiasa ada setiap tahun, sesekali berlakon dan kadang mengacara. Kepuasan untuk Marsha itu sebenarnya di cabang yang mana?
“Oh ini soalan yang paling Marsha tak tahu nak jawab bila orang tanya. I always have this dilemma whether I am more on acting or singing. Memang betul Marsha bermula dengan nyanyian tapi bila dah mula berlakon Marsha nampak kepuasan berbeza dalam lakonan. Hard to say which one I like to do more sebab sebenarnya kedua-dua cabang ini bagi kepuasan berbeza untuk Marsha.”
Tidak sah rasanya kesempatan berbual dengannya ini tanpa menitip kembali memori Anugerah Juara Lagu yang memberi dua kemenangan buatnya menerusi kategori Persembahan Terbaik dan bergelar Naib Juara program hiburan yang sentiasa menjadi dambaan semua penyanyi dan komposer tempatan itu.
Setelah beberapa bulan kemenangan di pentas AJL, how do you feel now?
Masih overwhelmed dan Alhamdulillah atas kesempatan yang diberi. AJL adalah satu milestone buat kerjaya seni Marsha, satu momen yang sangat buat Marsha happy. Tapi sebenarnya bila difikirkan sekarang ia jadi hal yang Marsha takut. What’s next? Am I going to move forward or backward after AJL? Persoalan yang macam ni buat Marsha jadi overthinking and hold back banyak benda. Sebenarnya tak bagus kan ada perasaan macam tu tapi itulah kadang terbawa-bawa bila difikirkan balik.
Selepas malam kemenangan di AJL tempoh hari ada tak perasaan untuk perform lagi di pentas serupa dengan naskhah yang lain? “Teringin mesti teringin kan. Tipu kalau tak. Tapi itulah andai kata dapat lagi peluang untuk Marsha ke pentas AJL I would like to see the healthier version of myself performing. Sebab masa AJL yang lepas tahap kesihatan tidak seratus peratus baik.”
“Cinta” memberi satu ekamatra berbeza dalam perjalanan muzik Marsha. Menginjak usia dua dekad berkarier dengan satu momen manis itu tentu sesuatu yang memberi kenangan indah yang akan dikenang. Susah ke untuk hanya bergelar penyanyi di Malaysia?
“Susah. Tujuh belas tahun untuk Marsha kukuhkan nama sebagai penyanyi. Itu bukan satu jangka masa yang singkat. Mungkin sepanjang tempoh masa tersebut juga Marsha struggle nak cari direction yang betul, material lagu yang betul untuk orang betul-betul ingat yang Marsha seorang penyanyi.
But again Marsha percaya ia soal rezeki. Bergelar penyanyi bukan sebab suara you sedap je or you have pretty face that can sell. Ada banyak sangat hal kecil yang harus dititikberatkan untuk seseorang itu betul-betul polish sebagai penyanyi yang prominent.”
Mengakui bidang nyanyian bukan satu jalan mudah untuknya kekal di dalam legasi showbiz tempatan. Lebih ramai yang mengenalinya sebagai pelakon berbanding penyanyi di Semenanjung terutamanya atas faktor tawaran yang datang.
“Kalau di Sabah lain, Marsha banyak peluang untuk perform di sana jadi peluang menyanyi di sana lebih banyak berbanding di sini. Tapi selepas AJL orang mula nampak yang Marsha boleh establish sebagai seorang penyanyi juga di sini. I always want to find balance between this two.”
Terus dalam bidang nyanyian apa yang Marsha mahukan?
“Marsha mahu orang kenal lagu-lagu Marsha. Nak tengok orang menyanyikan lagu-lagu Marsha di mana-mana. Tak kisahlah karaoke ke wedding ke or anywhere. I want to see more people to celebrate my songs in any way. Macam sekarang bila marsha tengok ramai orang start cover lagu Cinta buat Marsha sangat happy.”
Bercerita lanjut tentang kerjaya dalam bidang nyanyian Marsha berkongsi tentang perancangannya bersama label untuk mengeluarkan single setiap enam bulan bagi mengekalkan momentum bermuziknya. Saya katakan padanya dengan usia bermuzik dan pengalaman yang ada dia deserves untuk memiliki sebuah album yang solid sebagai portfolionya.
“I always wanted to make an album but I guess now trend pasaran muzik dah berubah tak macam masa awal-awal Marsha keluar dulu. Pembikinan album mungkin bukan necessary macam dulu sebab banyak hal yang harus dipertimbangkan. Selain kos, Marsha kena fikir juga risiko lain, what if this album didn’t make it and all. Tapi of course kalau diberi peluang Marsha nak memiliki satu album penuh 10 lagu untuk fans semua cuma semua tu tergantung masa dan rezeki.”
Mewarnai portfolio dalam bidang muzik, Marsha bercerita tentang projeknya di Sabah, yang mana setiap tahun dia akan mengeluarkan single lagu etnik Sabah. Beberapa lagu seperti “Sumandak Sabah”, “Oi Gaman”, “Insan Tadau”, “Hiti Oku” dan “Aramaitii” menjadi portfolio lagu-lagu etniknya.
Projek ini disifatkan sebagai satu insiatif memberi semula kepada komuniti etnik di Sabah. Selain melihat ia sebagai satu sumbangan bersifat patriotisme yang boleh dia berikan sebagai anak kelahiran Sabah dalam rencana bermuziknya.
“Ini satu projek yang Marsha akan terus buat setiap tahun. Budaya dan penyatuan masyarakat Sabah sangat penting untuk Marsha selain kerana dilahirkan dan dibesarkan di sana ia juga dilakukan kerana Marsha percaya muzik mampu menyatukan masyarakat. I call this a passion project that I can contribute to my society. Tak kisahlah how small or big it is yang penting sekali dapat gerakkan visi unity dalam society di sana, Marsha akan lakukan.”
Berbual denganya tentang perjalanan muziknya membawa saya melihat kembali katalog lagu-lagu yang sudah diedarkan beberapa tahun kebelakangan ini. Marsha sempat menghasilkan album mini pada tahun 2011 dan sangat aktif dalam penghasilan single saban tahun. Mungkin ramai juga yang terlepas pandang penghasilan lagu seperti “Kesudahan Kita” ciptaan Ajai yang beredar tahun lalu yang tidak begitu mendapat sambutan.
Sempat saya bertanyakan individu yang paling berpengaruh dan dia sering look forward dalam bidang muzik, Marsha menyebut Sheila Majid dan Anita Sarawak. “I grew up listening to Sheila and always wanted to be like her. Marsha juga sukakan energy Anita Sarawak. She’s a special entertainer. Dia boleh menyanyi, menari and menghiburkan pada masa yang sama. I always wanted to see myself like them both tapi jauh lagilah perjalanannya.” Ujarnya disambut tawa.
Soalan saya seterusnya mahu mendalami her state of mind. Ada hal yang Marsha kesalkan sepanjang bergelar anak seni? “Mungkin if I see myself and direction earlier, I will work harder to polish my talent lebih awal. Yeah I wish I could do that sooner. Selain itu rasanya tiada apa yang terlalu perlu dikesalkan.”
Marsha mahu dilihat sebagai anak seni yang bagaimana?“Sebenarnya kalau diikutkan Marsha mahu menghibur sahaja. Tak kisahlah menyanyi atau berlakon, I just want to make people happy with what I’m doing especially for my fans. Kalau dari segi pencapaian mestilah Marsha nak lebih berjaya. Melihat progress diri dan karier dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.”
Menemubual Marsha saya kira dia semakin matang tidak hanya sebagai seorang penyanyi atau pelakon tetapi sebagai seorang wanita. Tuturnya semakin tersusun, apa yang keluar daripada butir bicaranya semuanya berisi. Dia nyata semakin jelas dengan apa yang dia mahukan sekarang baik dalam kerjaya mahupun kehidupan.
Menutup bicara kami saya tanyakan padanya, apa yang membuat Marsha bahagia? “To see my family happy and proud dengan apa yang Marsha buat itu sudah mencukupi untuk buat Marsha bahagia.” Begitulah bicara kematangannya sebagai sebagai seorang Marsha Milan yang meniti kembara sebagai anak seni dalam naik turun yang belum lagi mahu menokhtahkan langkahnya.
Gambar: GLAM & Marsha Milan
Artikel ini lebih awal diedarkan di majalah GLAM isu Ogos’2022
Pengaruh muzik Pop Alleycats di penghujung 70-an meledak dengan keunikan mereka sebagai sebuah kugiran multi bangsa yang didepani seorang sosok vokalis bukan Melayu yang mampu menyanyikan lagu-lagu berbahasa Malaysia dengan baik sekali.
David Arumugam mempesona dengan kelancarab bahasanya dan feel menyampaikan lagu-lagu Pop dengan pengaruh Disko ketika itu dengan cukup cemerlang sekali. “Terima Kasih” menjadi judul album perdana mereka yang sehingga hari ini menjadi trademark David di setiap persembahan.
Single “Jika Kau Bercinta Lagi” yang dihasilkan oleh M. Nasir menjadi pertaruhan terbaik yang sehingga hari ini menjadi lagu malar segar yang masih didengari oleh pendengar berganti genearasi. Melodinya cukup kuat mengikat dengan sekali pendengaran dengan bait lirik yang mudah diingati.
Album ini bergerak sebagai sebuah album Pop yang hala tujunya ketika diedarkan sudah berarah pada muzik Disko dan Pop berbanding apa yang banyak di pasaran ketika itu adalah muzik saduran Hindi. Alleycats menerusi label muzik mereka melawan arus pasaran muzik semasa dengan lagu-lagu yang lebih moden sifatnya.
Maka terhasillah lagu seperti “Aku Terperangkap”, “Kembalilah Padaku” yang bergerak sebagai naskhah saduran bagi mengisi album ini. Dalam penulisan lirik berbahasa Malaysia lagu-lagu begini menjadi ikutan beberapa penyanyi lain di era tersebut.
Saya tertarik dengan rakaman instrumentasi di lagu berjudul “Jun” yang hadir dalam pesona Ballad dan Soul yang minimal namun cukup melayang sifatnya. Petikan piano di lagu ini menjadi killer utama yang mengikat pendengaran saya pada keseluruhan lagu yang terhasil baik. Music bridge seperti menikmati lagu-lagu di lounge hotel – chill dan relaxing.
Album ini memiliki sebuah lagi lagu ciptaan M. Nasir yang cukup malar segar iaitu “Senandong Semalam”. Alleycats bergerak berbeza di lagu ini yang menutup album ini dalam feel yang lebih berat terisi lirik yang bersulam mesej kemanusiaan.
Elemen nostalgianya cukup kuat sebaik lagu dibuka dengan lirik “Berirama senandong semalam // Ku terkenang peristiwa silam.” Kesyahduan dan perasaan yang dialirkan dalam persembahan muzik yang cukup baik. Saya sangat enjoy dengan rakaman live string di lagu ini yang kedengaran cukup raw.
Album ini bergerak sebagai sebuah pengenalan yang cukup baik bagi Alleycats ketika itu untuk dikenali dengan lebih meluas. Persembahan keseluruhan album ini sangat baik – pemilihan lagu-lagu dan feel nostalgia itu sendiri bergitu kuat mengikat pendengar.
Lagu: Panas Artis: Nikki Palikat Komposer / Lirik: Audi Mok / Shazee Produser: Persatuan
Mengembalikan kelajuan adrenalin dalam lagu-lagunya, Nikki Palikat menghasilkan single kedua usai fasa “Gegar Vaganza”. Selepas kelahiran single “Sudah” (Naim Daniel) yang beredar tahun lalu hadir mempesona dengan kelantangan vokal serta feel terbaiknya. Lagu tersebut berjaya mengembalikan keyakinan penggemar muzik tempatan.
Meneruskan kelangsungan bermuzik, Nikki tampil lebih upbeat dalam persembahan Pop “Panas” yang dihasilkan oleh Audi Mok dan Shazee. Lagu yang pastinya cukup signifikan dengan muzik yang memperkenalkan Nikki di lapangan muzik tempatan dahulu seperti “Caramu”, “Drama” dan “Cantik”.
“Panas” datang sedikit berbeza dengan infusi muzik Koplo yang cukup booming di era TikTok ini. Gabungan EDM dan juga Dangdut membentuk satu jaluran muzik yang semakin digilai di sini dan cukup besar di Indonesia. Namun tidak tewas dengan kualiti yang biasa-biasa. “Panas” dihasilkan cukup tastefully produced di tangan Audi dan Shazee yang menggelar diri mereka sebagai Pahlawan.
Kekuatan lagu ini masih lagi terletak pada persembahan penuh attitude bermuzik Nikki yang sangat sesuai dengan lagu-lagu begini. Melodinya mudah mengikat dengan sekali pendengaran terutama korusnya yang datang dalam idea pengulangan perkataan ‘panas’ itu sendiri. Saya senang dengan sebutan Nikki yang cukup jelas dan memberi makna pada setiap bait cerita yang terisi.
Rentaknya mudah diikuti dan transisi dari verse ke pre-chorusnya menarik. Bahagian “Akulah pewarna dunia kelabu // Aku pelangi langit mendung” itu saya kira signature dalam kebanyakan Pop yang pernah dihasilkan Nikki bersama Audi sebelum ini.
“Panas” mungkin jika mahu saya bandingkan dengan apa yang pernah Audi dan Nikki hasilkan di album “Hawa” tidaklah terhasil terlalu kuat dan tersendiri. Namun saya faham lagu ini dihasilkan bagi melengkapi kehendak pasaran muzik hari ini dengan citarasa pendengar yang sukakan approach begini.
Semoga beriring rezeki untuk diterima meluas kerana saya sangat percaya Nikki sudah seharusnya berada di tahap cukup selesa bergerak sebagai penyanyi yang konsisten dalam penghasilan lagu-lagu dan mencipta lebih momen serta impak dalam karier bermuziknya.
Lagu: P.S I Love You Artis: Paul Partohap / Yuna Komposer / Lirik / Produser: Paul Partohap
Bakat R&B Pop seberang, Paul Partohap dalam rencana melestarikan naskhah karya ciptaannya yang cukup booming sejak tahun lalu berjudul “P.S I Love You” dengan penghasulan album mini yang diproduksi Paul bersama dengan Warner Music Indonesia dan Arseri Music.
Lagu asal yang dirilis lebih awal versi solonya telah diperdengarkan lebih dari 84 juta kali di Spotify. Bagi meraikan kejayaan tersebut album mini dengan semua lagu yang sama ini dihasilkan dalam versi berbeza. Satu daripadanya adalah impian Paul yang disimpan sebelum ini untuk berduet bersama Yuna.
“EP ini begitu berharga buat gue. Selain merayakan satu tahun anniversary lagu ‘P.S. I LOVE YOU’ yang sudah membawa karier musik gue ke titik yang enggak pernah gue bayangkan sebelumnya, di EP ini gue dapat kesempatan untuk berkolaborasi dengan Yuna, yang mana ini mimpi jadi kenyataan,” kata Paul Partohap.
“Skill Yuna sebagai penulis lagu, penampil dan produser sudah enggak perlu diraguin lagi. Gue memberikan kebebasan buat dia interpret verse dia dan alhamdulillah it translates well. I’m really proud of how the song finally turns out,” katanya.