
Lagu: Di Sebalik Rahsia
Artis: Haqiem Rusli
Komposer / Lirik: Haqiem Rusli / Sharon Paul / Fahmi Zafran
Produser: Sharon Paul
Lama sebetulnya saya tidak begitu memberi perhatian pada lagu-lagu baru Haqiem, faktor citarasa muzik mungkin satu daripada sebabnya. Namun to be honest, Haqiem antara bakat vokalis pelapis yang saya sangat senang dengan persembahan vokalnya yang sederhana namun sentiasa sedap dan merasuk selain Khai Bahar.
Setelah booming dengan single “Mimpi” Haqiem sempat menzahirkan beberapa single seperti “Hitam Saksi Putih” dan “Aku Hati & Perasaan” yang kurang daya pengikat untuk saya mengikuti persembahan keseluruhan penghasilan muziknya namun pasti saja telah membahagiakan penggemarnya.
Baru-baru ini Haqiem sekali lagi mengulik ilham Balada yang menjadi kekuatannya selama bermuzik sejak lahirnya single “Segalanya” sekitar tahun 2016. Lagu yang diberi judul “Di Sebalik Rahsia” hasil ciptaan Haqiem bersama komposer berpengalaman Sharon Paul (Sampai Bila / Gundah) dengan lirik yang ditulis bersama Fahmi Zafran.
Saya memutarkan lagu ini tanpa expectation kecuali hanya mahu menikmati kemerduan suara Haqiem pada pendengaran pertama. Kesayuan yang dihadirkan dalam suara berefek di awal lagu ini menyuntik rasa syahdu yang berbeza dengan apa yang pernah kita dengar daripada Haqiem sebelum ini. Seawal dia melantunkan bait “Di waktu malam // Sunyi dan sepi.” sudah membuat saya larut. So much control and deep gila.
Dan persembahan melodinya menjadi semakin baik di tengah sehingga ke hujung lagu. Vokal Haqiem sangat-sangat kemas dan menyentuh tanpa terasa memaksa pendengar larut dalam emosinya. Kesyahduannya terasa jujur dengan penceritaan Haqiem yang cukup baik saya kira.
“Di Sebalik Rahsia” sebuah persembahan Balada yang cukup matang saya kira. Standard yang terhasil boleh saya samakan dengan beberapa lagu lain ciptaan Sharon sebelum ini terutamanya “Sampai Bila” and again, killer pada lagu ini adalah kemerduan persembahan vokal Haqiem yang berjaya mengikat pendengaran saya dari awal ke hujungnya.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN