Highlight, Review, Terkini,

Persembahan Melankolis Daniesh Suffian Menerusi “Jaga Dia”

Lagu: Jaga Dia
Artis: Daniesh Suffian
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Daniesh Suffian / Omar K
Produser: Omar K

Jika dihitung usia mudanya dalam bermuzik sejak melepas single “Terabadi” di tahun 2019, Daniesh Suffian sudah berjalan sebaiknya dalam masa empat tahun kebelakangan ini. Mutu suara yang dia miliki sudah diperakui, sudah memiliki kelompok pendengar sendiri serta cukup konsisten dalam penghasilan lagu-lagu baru.

Namun empat tahun ini adalah fasa awal untuknya melangkah lebih jauh setidaknya untuk empat sehingga lima tahun mendatang. Dan sepanjang tempoh yang sudah berjalan saya masih meletakkan “Simpan” sebagai salah satu lagu terbaik yang pernah dirakam. Terhasil dengan satu sound yang cukup moden dan current biar ada galaunya.

Setelah itu saya kira Daniesh dengan ilham Balada melankolik dalam pattern yang sama. “Mahligai” dan “Serpihan” meneruskan kelangsungan bermuzik sehingga hari ini dengan jumlah strim yang pastinya lebih tinggi daripada “Simpan” yang saya kira lebih solid hasilnya buat Daniesh.

Namun pasaran muzik bergerak begitu jugalah, apa yang pendengar mahukan sentiasa sesuatu yang lebih terus dan simple sifatnya. Maka “Serpihan” lebih berjaya mencuri perhatian pendengar. Namun hal yang penting dalam pemasaran muzik pastinya impak buat pendengar yang berjaya memberi nyawa untuk Daniesh terus bermuzik.

“Jaga Dia” menjadi pertaruhan terbarunya sebagai sebuah kelangsungan menggamit perhatian pendengar muzik tempatan. Hadir dalam ilham Balada Akustik yang nyata cocok dengan karakter vokalnya. Daniesh menulis lagu ini bersama Omar K dan Firdaus Rahmat untuk bergerak sebagai sebuah persembahan penuh kesayuan yang menyentuh.

Gesekan biola in between song memberi nyawa kepada ilham sayu yang mahu diketengahkan. Ia dibantu penulisan lirik yang seperti turut sama melengkapi. “Tuhan jagalah dia // Walau kita tak lagi bersama // Ku simpan saat bahagia // Kita selamanya.” simple dan pastinya tidak sukar dihadam dan dirasai generasi galau khususnya.

Lagu ini bergerak mengisi kehendak pasaran muzik semasa saya kira – apa yang pendengar selesa dan mahukan daripada Daniesh Suffian. Namun secara peribadi saya sukakan sebuah Pop yang memiliki momentum muzik yang dramatik tanpa perlu menjadi terlalu kompleks tetapi moden seperti apa yang pernah Daniesh pernah hasilkan di lagu “Simpan” kerana dinamik serta warna vokal juga feel Daniesh terasa lebih puas untuk dinikmati.

6.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Ning Kembali Dengan Single Baru Yang Ermm,…


Lagu: Cinta-Mu Yang Satu
Artis: Ning Baizura
Komposer / Lirik: Puteri Cahaya
Produser: Awi Rafael

Melihatkan katalog muzik tempatan yang semakin rancak akhiran ini dengan penghasilan album juga single daripada penyanyi senior, saya tertarik dengan single yang satu ini daripada Ning Baizura (sebelum mendengar). Rasanya terakhir kali Ning hadir dengan single solo adalah lagu patriotik “Perwira” ciptaan bersama Ahmad Izham Omar dan Aubrey Suwito.

Namun sebagai sebuah naskhah bukan komersil itu tidaklah dikira sebagai sebuah lagu baru yang dinantikan. Sehinggalah beberapa minggu sudah hadirnya single terbaru “Cinta-Mu Yang Satu” daripada Ning Baizura yang terkahir kali namanya disebut kerana kontroversi video di Bobo KL.

Dan tanpa terlalu mengambil masa panjang saya mendengarkan single ciptaan Puteri Cahaya (Tidak dapat saya cari sebelum ini lagu apa yang pernah dihasilkan) dan diterbitkan oleh Awi Rafael. Menarik jugalah jika mahu diikutkan kerana keterbukaan Ning ini mengingatkan saya pada kelahiran single “Lelaki Teragung” ciptaan Natasha yang juga ketika itu saya tidak pernah mendengarkan namanya but untuk seorang komposer yang tidak dikenali, hasilnya not bad at all.

But, selepas mendengarkan sebahagian daripada lagu ini saya hampir mengucap panjang. Pertama, melodinya terhasil cukup old fashion dengan susunan muzik dalam ilham melodi Balada meleweh yang to be honest saya tak mampu nak habiskan keseluruhan lagunya.

Dengan barisan lirik “Kulit mula berkata // Muka yang mula safar // Lidah menceritakan segala hitam putih” is a cringe to highest level. Lagu ini jika dibaca teks liriknya tentang penginsafan, ketuhanan dan kemanusiaan. Tapi entahlah dengan penghasilan melodi begini terlalu tidak kena rasanya. Ia jadi lebih teruk di music bridge pabila Ning mula bereksplorasi dengan vokalnya dalam cara yang serba tak kena.

I mean what is really happening here? Korus lagu ini antara yang terburuk saya dengar tahun ini. Such a sloppy work dengan susunan muzik yang kedengaran cukup amateur. Di mana Ning yang begitu berevolusi di album “Teguh” (1995), “Natural Woman” (2001) dan “Selagi Ada” (2003) hilang?

This song should be cancel.

-/10


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

Balada Galau Kugiran 90-an

SCAN / KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA

Kumpulan Scan dan Saari Amri ibarat satu pertemuan yang melengkapi antara satu sama lain. Azan sebagai vokalis begitu melengkapi kehendak setiap naskhah ciptaan Saari Amri. Satu daripada yang cukup berkesan adalah penghasilan lagu “Kau Dipaksa Aku Terpakas” yang dihasilkan di album perdana mereka diedarkan pada tahun 1996.

VISA / DALAM GERIMIS

Adnan Abu Hassan menghasilkan sebuah lagu yang cukup sedap sekali untuk melengkapi karakter vokal Sham sebagai vokalis utama Visa. Nilai sentimental lagu ini cukup tinggi sekali dengan komposisi muzik yang cukup berkelas. “Buat kali pertama // Ku melihat airmatanya sejakku kenali dia.” Lagu ini disusun dengan cukup kemas dan berdinamik sekali.

TAKDIR DAN WAKTU / MEGA

Lagu ciptaan Rahim Othman ini cukup popular biar sehingga hari ini. Terhasil dalam persembahan muzik sentimental rock dengan bait lirik yang puitis. Korusnya menjadi killer utama lagu ini. “Tapi mengapakah kau sekadar waktu // Cinta yang datang cepat berlalu.” terisi sebagai sebuah kisah penantian akan cinta yang tiada kepastian.

LEON / SALING MERINDU

Melayani perasaan dalam kompilasi lagu-lagu jiwang 90-an pasti takkan terlepas akan kumpulan yang satu ini. Leon yang ketika itu di bawah label rakaman muzik MSO menzahirkan beberapa album dengan hits yang antara paling diingati adalah lagu “Saling Merindu”. Lengkap sebagai sebuah lagu jiwang yang begitu digilai di pertengahan 90-an lagu terisi di setiap carta lagu popular ketika itu.

RAHSIA POHON MAAF / EXIST

Menerusi “Rahsia Pohon Cemara” Exist meneruskan kelangsungan populariti mereka yang dicipta menerusi single “Ibu” terlebih dahulu. Lagu ini cukup evergreen sehingga hari ini masih didengari berganti generasi. Seawal dibuka dengan verse melodinya terus mengikat pendengar ke bahagian korus sehingga ke hujungnya.

DATA / PERMAISURI

Sebuah lagi kugiran yang memiliki hits jiwang terbaik 90-an adalah kumpulan Data. Lagu “Permaisuri” diedarkan pada tahun 1998 menerusi album ketiga mereka berjudul “Kasihku Tetap Abadi” menjadi lagu yang paling diingati sehingga hari ini daripada mereka.

LESTARI / CINTA ITU KETAWA & AIR MATA

Leleh cara Lestari antara yang paling meleweh saya kira. Namun tidak kurang perhatian yang diberikan pada mereka, Lestari menajdi antara kugiran Balada Jiwang yang cukup diingati sehingga hari ini. Lagu “Cinta Itu Ketawa & Air Mata” masih lagi diingati sehingga hari ini sama popular seperti awal beredar di pertengahan 90-an.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Melayani Perasaan Sang Dewi Titi DJ Lewat Single “Hilang Sewindu”

Lagu: Hilang Sewindu
Artis: Titi DJ
Komposer / Lirik: Tintin / Titi DJ
Produser: Tintin / Kitut / Victor Kong

Empat dekad melayari sebuah nakhoda bermuzik dengan cukup konsisten dan terus diraikan dalam pelbagai cara. Itulah satu-satunya sang dewi yang begitu disayangi seIndonesia tidak hanya lagu-lagunya malah juga sikap dan sifatnya.

Dari era Disko juga City Pop Titi DJ melewati pasaran muzik Balada dan Pop yang beredar mengikut edaran zaman. Satu per satu lagu dihasilkan mengikut kehendak pasaran muzik semasa – Titi DJ cukup cemerlang mengikat terus penggemarnya.

Setelah menghasilkan single “Still Learing” tahun lalu dalam persembahan full string yang menawan, Titi DJ kembali dengan sebuah lagi melodi galau ciptaan bersama komposer muda Tintin berjudul “Hilang Sewindu”.

Terhasil dalam persembahan Balada yang daya pengikatnya jelas pada persembahan melodi keseluruhan yang memberi kebebasan buat Titi menyanyikan dengan sepenuh jiwa. “Hilang Sewindu” merungkai kisah sedih sebuah percintaan yang digantung oleh kesepian.

Bait liriknya ditulis cukup menarik “Aku yakin tak main-main // Kukuhkan batin // Tuk jadi pengantin” membaris verse sebelum korusnya lebih pedih “Aku tahu untukmu aku bisa // Aku tak tahu mulutmu berbisa”

Kesayuan lagu ini benar-benar dirasai di bahagian bridge lagu ini saat Titi DJ melantun bait “Kamu semena-mena // Menggantungku yang terus menanti // Menguras habis nurani // Melumpuhkan hati lemah ini.” Mendengarkan lagu ini saya kira lebih indah pabila kita bersama menyatu dengan penulisan liriknya.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Summer Vibes Cara Rendy Pandugo Lewat “Senandung Lara”

Lagu: Senandung Lara
Artis: Rendy Pandugo
Komposer / Lirik / Produser: Rendy Pandugo / Petra Sihombing

Rendy Pandugo dalam persembahan muziknya yang sudah berusia tujuh tahun sejak single perdana rakaman semula “Sebuah Kisah Klasik” dan single originalnya “I Don’t Care” terus konsisten dalam memberi variasi warna muzik Indonesia.

Projek muzik yang dihasilkan cukup beragam tanpa perlu terikat idea solo semata, Rendy pernah bersama Afgan dan Isyana lewat projek AIR yang cukup booming dengan single “Heaven”. Selain beberapa projek bersama beberapa pemuzik lainnya.

Setelah pulang berpentas di Kuala Lumpur hujung bulan lalu, Rendy Pandugo kembali dengan sebuah lagi single yang cukup mengikat pendengaran. “Senandung Lara” dihasilkan bersama Petra Sihombing (Tulus, Sezairi).

Terhasil dalam sebuah persembahan penuh santai dalam pengaruh muzik indie dan retro disatukan dalam nyawa Rendy yang cukup melengkapi. Lagu ini saya kira sempurna sebagai sebuah summer track dan juga selayaknya dimuatkan dalam senarai lagu road trip anda.

“Berjalanlah yang jauh // Hingga aku temukan // Warna-warni dunia // Yang hadir sementara.” Diisi sebagai sebahagian daripada penulisan lirik Rendy. Melodinya seperti mendengarkan John mayer juga Phum Viphurit. Santai dan menyengangkan.

8.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“Kenangan Abadi” Sebuah Persembahan Galau Marcell

Lagu: Kenangan Abadi
Artis: Marcell
Komposer / Lirik: Adryan Soeryana
Produser: Raynhard Lewis / Abram

Marcell di era 2000 cukup dominan dalam rangkaian Balada malar segar yang cukup membesarkan nama Marcell dalam lapangan muzik nusantara. “Semusim”, “Peri Cintaku, “Takkan Terganti” dan “Firasat” antara yang masih popular hari ini.

Rangkaian lagu-lagu ini pastinya sudah berjaya berterusan didendangkan daripada generasi ke generasi sehingga hari ini beberapa lagunya sudah dirakam pleh penyanyi pelapis yang sekali gus menjadi bukti kekuatan naskhah lagu yang sudah dihasilkan.

Setelah beberapa tahun mengeksplorasi muzik Jazz dan Synth Pop dalam penghasilan album juga single-single baru yang datang dalam ilham big band dengan sentuhan muzik yang berbeza dengan apa yang pernah popular daripadanya.

Itu saya kira cara Marcell untuk evolve dalam bermuzik. Mencari, mencuba dan menghasilkan sesuatu daripada kebiasaannya. Dan dengan terhasilnya album berjudul “This Is Not jazz” Marcell saya kira sudah puas dalam rencananya.

Terkini dia tampil dalam sebuah single Balada kembali diramu dalam penulisan lirik galau dan feel yang cukup menyentuh perasaan. “Kenangan Abadi” diberi judul menjadi pertaruhan terbarunya dalam sebuah persembahan muzik sederhana.

Mendengarkannya buat pertama kali tidak mengundang apa-apa rasa kagum pada keseluruhan lagu. Ia terhasil seperti yang biasa kita dengan di single Marcell di album “Hidup” dan “Jadi Milikku” khususnya. Lagu ini masih berlegar ilham berulang tanpa elemen baru yang terlalu mengikat.

Mungkin kerana mahu mengambil kembali perhatian pendengar muda, lagu ini terhasil cukup sederhana dan kedengaran biasa sahaja bagi saya. Korusnya juga tidaklah begitu menarik sehingga mampu menyentuh ruang rasa saya sebagai pendengar. It was okay and nothing much to feel about kecuali vokal Marcell yang masih sedap didengar.

Saya kira Marcell harus bekerjasama dengan komposer-komposer muda seperti Andmesh, Mahalini dan Barsena dalam mendapatkan lagu-lagu Balada yang ideanya lebih dekat dengan pendengaran anak-anak muda hari ini dan pada masa yang sama memberi lebih keterujaan buat penggemarnya sedai ada seperti saya. Kerana sejujurnya lagu membuat saya bosan dan pastinya berlalu begitu sahaja.

5/10


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik, Highlight,

Song Book: Adnan Abu Hassan

Mengenang kembali jasa Adnan Abu Hassan dalam meninggikan standard Pop tempatan pastinya panjang dan berterusan. Dari era 80-an sehingga ke hujung nyawanya, Adnan Abu Hassan sudah menyiapkan ribuan lagu yang rata-ratanya bergelar hits.

Sebutlah nama penyanyi mana saja yang tidak pernah mengalunkan ciptaan Baladanya. Producer on demand merentas era dan masa ini pasti akan dikenang biar jauh generasi berganti. Sudirman, Sweet September dan Aman Shah antara yang terawal menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.

Sebelum era muzik Pop Sheila Majid dan Fairuz Hussein mendominasi pasaran muzik juga lagu-lagu Anita Sarawak, kumpulan Freedom sehinggalah munculnya Fauziah Latiff, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza yang mendominasi pasaran muzik Balada 90-an.

Minggu ini Muzik Kita membawa pembaca mendengarkan kembali karya cipta Allahyarham Adnan Abu Hassan yang ada di katalog muzik “Getaran Nostalgia”. Persembahan rare daripada penyanyi seperti Shasha, Krisya juga yang popular seperti Sheila majid dan Fauziah Latiff.

MEMORI / SHEILA MAJID

Lagu ciptaan bersama Fauzi Marzuki ini menjadi antara yang berjaya menaikkan nama Sheila di pasaran muzik Pop tempatan. Dipetik daripada album “Warna” – lagu ini dihasilkan dalam nuansa moderate pop yang lebih rancak dan catchy. Korusnya menjadi killer utama memercikkan elemen nostalgia yang cukup tinggi nilainya.

GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU / FAUZIAH LATIFF

Fauziah Latiff menjadi antara penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu-lagu ciptaan Adnan Abu Hassan. Satu daripadanya yang cukup popular pastinya single dariapda album terbitan tahun 1992 berjudul “Gubahan Rindu Puisi Syahdu”. Dihasilkan cukup lembut membuai mengisi kehendak suara manis Fauziah Latiff menjadikan lagu ini antara Balada terindah yang pernah dihasilkan komposer ini.

GEMERSIK / KRISYA

Bakat Pop yang muncul di era di mana nama Siti Nurhaliza mendominasi pasaran muzik membuatkan Krisya agak tenggelam ketika itu. Biarpun bakat miliknya not bad at all, keberadaan Krisya hanya singgahan sementara di pasaran muzik tempatan namun lagu ini akan sentiasa diingati jika anda pengikut tegar muzik Pop 90-an tempatan.

SEHELAI DAUN SETITIS EMBUN / SHASHA

Seorang lagi bakat yang dicungkil Adnan Abu Hassan menerusi label Happy Records. Shasha sempat merakamkan sebuah album terbitan sepenuhnya produser hebat ini. Namun mungkin dek kerana idea penghasilannya terlalu dekat dengan apa yang sudah dihasilkan pada Fauziah Latiff membuatkan nama Shasha buram sehingga ada yang menganggap lagu “Sehelai Daun Setitis Embun” ini nyanyian Fauziah Latiff.

DALAM GERIMIS / VISA

Dalam penghasilan lagu-lagu Balada buat band atau penyanyi lelaki, Adnan memiliki formula yang tersendiri. Hal ini jelas dalam lagu yang cukup popular daripada kumpulan Visa ini. “Dalam Gerimis” dihasilkan dengan momentum mengisi kehendak lagu sebuah band. Melodinya cukup sedap dan mengikat dengan sekali pendengaran.

KASIHKU / RAHIM MAAROF

Antara melodi terbaik yang pernah dihasilkan Adnan Abu Hassan ada di lagu ini. “Kasihku” mungkin bukan lagu yang begitu popular namun penghasilannya cukup solid mengisi kehedak vokal hebat Rahim Maarof. Feel lagu ini nyata berbeza dengan kebanyakan lagu yang pernah dihasilkan Adnan dalam rangkaian Balada yang pernah dicipta. One of his finest composition.

RINDU PADANYA / CAMELIA

Adnan Abu Hassan mengeksplorasi kemampuan seseorang penyanyi itu dengan cara yang cukup tersendiri. Mendengarkanmelodi ciptaannya untuk Camelia menerusi lagu “Rindu Padanya” ini sebagai satu buktinya. Terhasil cukup tersendiri dan berbeza berbanding lagu-lagu Balada ciptaannya sebelum ini, “Rindu Padanya” seperti dihasilkan khusus mengikut attitude bermuzik Camelia. Sebuah lagu yang cukup segar ketika diedarkan dan biar sehingga hari ini masih sedap diperdengarkan.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Terbuai Dalam Kemerduan Suara Iman Troye Menerusi “Gagal Bersembunyi” Bersama Mahen

LaguGagal Bersembunyi
Artis: Mahen / Iman Troye
Komposer / Lirik
 / Produser : Pika Iskandar

Projek kolaborasi Indonesia – Malaysia saya kira hal yang memberi kelebihan buat kedua-dua negara untuk bergerak sebagai sebuah nadi muzik nusantara yang sihat bagi membentuk sebuah industri (ekonomi). Membesarkan idea dan karya agar menjadi lebih luas, diterima dan diperdengarkan.

Cuma keterbukaan itu satu hal menjadi penghadang sejak dulu. Terima kasih sebetulnya buat kepesatan pemasaran muzik digital yang membenarkan Aisha Retno (Malaysia), Sezairi (Singapura) dan Mahalini (Indonesia) untuk bergerak bebas dan popular di radar muzik Nusantara.

Bayangkan tanpa Spotify, adakah “W.H.U.T” persembahan Aisha Retno akan booming sehingga ke Indonesia? Saya tidak rasa begitu kerana jika mahu bergantung pada pasaran muzik Malaysia sahaja Aisha masih niche dan “W.H.U.T” tidak akan mendapat jumlah strim puluhan juta.

Selain mengharapkan lagu-lagu yang dihasilkan booming di Tik Tok sebelum jumlah views atau strim meningkat di platform lain, idea kolaborasi dua penyanyi negara berbeza masih mampu memberi nilai tambah. Kelebihannya tentu saja untuk memperkenalkan nama penyanyi A di negara B dan penyanyi B di negara A.

Terkini dalam meneruskan kelangsungan idea tersebut, Mahen penyanyi muda yang cukup booming dengan lagu “Pura-Pura Lupa” dan “Seamin Tak Seiman” berkolaborasi bersama penyanyi pelapis tempatan, Iman Troye menerusi komposisi muzik Pika Iskandar berjudul “Gagal Bersembunyi”.

Terhasil dalam persembahan Balada lembut lagu ini sebetulnya benar-benar memberi kelebihan buat Iman menyerlah berbanding Mahen sendiri. Saya senang dan leka dibuai alunan merdu Iman yang cukup lembut dalam bercerita menerusi melodi yang terhasil dan feel nya benar-benar sampai sebelum Mahen memasuki bahagiannya yang agak tidak memberi justifikasi yang baik.

Mendengarkan lagu ini kedua dan ketiga kali membuatkan saya berfikir lagu-lagu dalam ilham Balada Indo Pop begini mampu meluaskan pasaran muzik Iman yang sebelum ini cukup dikenali dengan persembahan Pop yang lebih rancak. Sesekali mendengarkan Iman dalam persembahan begini ternyata membuka mata saya akan bakat yang ada padanya. Beautiful Ballad.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Monita Tahalea Menitip Rindu Buat Sahabat di Lagu “Pesan Singkat”

LaguPesan Singkat
Artis: Monita Tahalea / Gaby Cristy
Komposer / Lirik
/ Produser : Gaby Cristy / Monita Tahalea

Soso Folk Jazz seberang, Monita Tahalea yang bergerak dalam perjalanan bermuzik yang diawali dengan penghasilan album perdana di tahun 2010 dengan cukup tersendiri tanpa perlu dibayangi mana-mana penyanyi lainnya yang ada di pasaran Indonesia.

Kelebihan Monita sebagai pemuzik tentu saja kerana ketelitian dalam penghasilan lagu-lagunya. Setiap satu diarahkan pada kiblat yang bergerak dalam sebuah persembahan penuh eksperimentasi serta bervisi untuk menggerakkan kreativitinya tak terbatas.

Setelah terakhir kali menghasilkan album penuh berjudul “Dari Balik Jendela” di tahun 2020, Monita sempat merilis sebuah single berjudul “Berlalu” tahun lalu. Dan bagi meneruskan kelangsungan bermuziknya tahun ini dia bergerak dalam sebuah momentum muzik yang terhasil cukup manis.

“Pesan Singkat” sebuah kolaborasi bersama rakan persembahan langsungnya, Gaby Cristy yang menghasilkan sebuah karya Folk dalam penulisan lirik yang cukup menyentuh dan membuat saya tersenyum membaca teks tulisan mereka.

Dibuka dengan bait “Sebuah pesan singkat dari kawan lama // Bertanya kabar dan keadaan kita.” – Sebuah cerita tentang persahabatan dan kasih sayang. Mendengarkan lagu ini beriring liriknya pasti membuat anda rindu atau teringat sendiri kehebatan harga sebuah persahabatan.

Hal ini jelas dalam bait “Menyapa dalam kata sederhana // Bermakna lebih dari barang mewah.” Sebuah pesan singkat dalam lagu yang akan diakhiri dengan bait “Juga jangan sampai kita lupakan // Sapa serta doa bagi kawan // Mungkin dia butuhkan.”

Monita Tahalea might not everybody cup of tea tapi tak salah kan jika sesekali tukar citarasa muzik anda?

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Nadi Pop Naura Ayu Bergerak Terus Lewat Single “Bye”

LaguBYE
Artis: Naura Ayu
Komposer / Lirik / Produser : LaleIlmaNino

Meneruskan kelangsungan bermuzik sebagai bintang Pop pelapis Indonesia, Naura Ayu yang sudah bermuzik sejak usia 9 tahun dan memiliki 3 album melebarkan langkah bermuziknya dengan ilham baru Pop bersama produser muzik LaleIlmanNino.

Menginjak usia keremajaan, Naura semakin nasty dalam penghasilan lagu-lagu Pop yang tidak hanya terikat pada ilham Balada sahaja. “Cinta” rakaman semula lagu asal Vina Panduwinata diraikan dalam sebuah persembahan yang penuh godaan. Attitude bermuzik yang dia miliki benar-benar diresapi sebaiknya.

Tanpa mahu berpaling pada idea tersebut, Naura kali ini tampil lebih fun and young di single berjudul “BYE” hasil karya cipta trio muzik Pop yang semakin digilai – LaleIlmanNino yang sebelum ini cukup banyak membentuk nada baru muzik Indonesia.

“BYE” bergerak sebagai nyawa baru Naura dalam terus memikat pendengar muda khususnya. Saya benar-benar enjoy dengan persembahan keseluruhan lagu ini yang nyata cocok dengan usia, penampilan serta karakter vokalnya.

Penceritaan Naura menyatu baik dengan persembahan melodi serta lirik yang dihasilkan. Tanpa perlu bergantung pada kisah patah hati, “BYE” membawa cerita persahabatan, perselingkuhan dan kepercayaan yang dipertaruhkan.

Naura saya kira seharusnya kekal dalam jaluran muzik begini yang nyata memberi nadi muzik yanglebih tersendiri buatnya. Persembahan begini harus diteruskan bagi single yang mendatang.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN