
Lagu: Better On My Own
Artis: Keisya Levronka
Komposer / Lirik: Keisya Levronka / Isak Alvedahl / Harry Mikael Sommerdahl
Cukup dikenali dengan melodi galau menerusi single “Tak Ingin Usai” yang cukup membawa namanya menginjak populariti dalam pasaran besar muzik Indonesia dan nusantara, Keisya Levronka menjadi antara bakat muda yang cukup disenangi penggemar muzik Indo Pop.
Setelah menampilkan beberapa single seperti “Hidup Tanpamu” dan rakaman semula “Mengejar Matahari”, Keisya hadir cukup yakin dengan album perdananya berjudul “Levronka” bersama label music Universal Music Indonesia.
Mengembalikan jiwa mudanya, Keisya memilih tempo pantas dalam alunan Pop “Better On My Own” yang hadir lebih segar dalam memberikan sisi lain yang ada padanya tanpa perlu bergantung pada lagu-lagu bersifat galau semata.
Lagu ini terhasil dalam adunan Pop semasa yang biasa kita dengar dengan yang sebetulnya memberi kelebihan buat Keisya tampil lebih groove dan tidak membosankan seperti apa yang biasa kita dengar. Melodinya catchy, mengikat dan tidak sukar untuk dinikmati.
Mungkin tidaklah hadir dalam idea terlalu baru dengan kemasan muzik yang turun naiknya bermomentum luar biasa namun ia cukup untuk kita senang dengan penampilan Keisya kali ini. Sedap dan seadanya.
5.6/10
ARTIKEL BERKAITAN