Lagu: Tunggu Artis: V.E Komposer / Lirik: Zaf / Mulah / DJ Uno / AJ Pop Shuvit / Cham Produser: V.E
Voice of Euphonious atau V.E saya kira sudah menjadi sejarah menarik muzik tempatan dalam memberi revolusi muzik yang memercikkan satu warna menarik untuk kita ingati kraf muzik mereka.
Berawal dengan single “Ayu” evolusi muzik mereka cukup besar dalam memanipulasi Pop Yeh Yeh menerusi single “Pop Ye Ye” dan “Tak Mengapa” bersama Datuk A.Rahman Hassan. Selain harmoni mereka cukup dirasi menerusi Balada seperti “Kerna Sayang” dan “Saat Bahagia”.
Biar hanya sempat menzahirkan sebuah album penuh “For You” dan sebuah kompilasi kolaborasi mereka bersama rakan artis lain menerusi album “V.E & Friends” grup vokal ini saya pasti akan terus diingati berganti generasi.
Setelah beberapa kali percubaan untuk membuat comeback seperti jadi dan tidak itu, V.E akhirnya merilis sebuah lagu baru berjudul “Tunggu” yang datang dengan sebuah komposisi OldSkool R&B yang cukup matang penghasilannya.
Feel lagu ini berat terarah pengaruh Motown dan Soul dengan sedikit rasa Indo Pop yang diadun baik perasaan, penyampaian vokal dan produksi muzik yang cukup kemas.
Komposisi lagu ini saya kira cukup rasanya untuk kita sebagai pendengar muzik old skol R&B begini untuk mudah menikmatinya. Cuma saya tidak pasti jika pasaran muzik generasi muda hari ini mampu melayani ritma muzik begini.
Tapi saya kira untuk pemuzik senior seperti V.E itu bukanlah hal yang harus menreka terlalu ambil kira. Apa yang penting adalah konsistensi mereka dalam terus menghasilkan lagu begini kerana bagi saya ia penting untuk perkembangan muzik agar tidak stagnant dengan arah serupa sahaja.
Saya berharap VE dapat lakukan projek kolaborasi seperti apa yang mereka lakukan menerusi V.E & Friends dulu untuk cater pasaran lebih luas. Maybe EP 5 lagu kolaborasi bersama Shila Amzah, Alif Satar, YonnyBoii dan Dina mungkin.
Lagu: Intan Payung Artis: Bunga & Noraniza Idris Komposer / Lirik: Bunga / Luca Sickta Produser: Luca Sickta
Ketika kemunculan Noraniza Idris di tahun 2017 dengan single “Wangikanlah Hatimu” komposisi besar AG Coco bersama Amir Jahari dan lirik Ahmed Fedtri saya kira itu sudah sepatutnya menjadi satu benchmark baru arah muzik Kak Ani untuk memikat kembali minat pendengar menikmati Pop Tradisional seperti apa yang pernah dijulang di era 90-an dahulu.
Namun entah di mana silapnya lagu tersebut gagal mencuri perhatian pendengar. Melodinya sangat baik dan kemas. Festive mood dengan lirik puitis dalam refleksi teks warganet “Mengapa mereka yang mengaku suci sering lupa mencermin diri sendiri?”. Saya kira cukup kuat sekali penulisannya juga melodinya untuk popular.
Dan dengan berlalu begitu sahaja, single tersebut dilupakan sehinggalah Februari lalu Noraniza Idris muncul dalam sebuah single terbaru rapper muda Bunga menerusi lagu berjudul “Intan Payung” yang ditulisnya bersama produser Luca Sickta.
Lagu ini bergerak dalam kemasan muzik yang cukup segar bagi saya sekali pun mengambil sample lagu “Ketipang Payung” itu bukanlah input baru dalam penyatuan Hip-Hop yang disatukan bersama Klasik Melayu. Too phat pernah melakukan hal serupa bersama single kolaborasi Yusni Hamid dulu. Ahli Fiqir pun saya kira sudah banyak explore penyatuan ini.
Namun saya kira lagu ini terhasil sekadar cukup to serve younger generation yang tidak familiar dengan lagu-lagu melayu Tradisi. Dan usaha Bunga bersama Warner Music ini sesuatu yang begitu baik untuk mengangkat kembali atau to lift up muzik Tradisi Melayu ke pasaran komersil.
Aesthetically saya kira “Wangikanlah hatimu” lebih matang dan cemerlang kemasan muzik serta originality nya namun maybe ia agak heavy to cater pendengar muda yang suka sesuatu yang ringan. Dan hal ini saya kira mampu ditebus “Intan Payung” untuk mengkomersilkan kembali Pop Tradisi Melayu.
Bertuahnya kita memiliki Too Phat dalam sejarah muzik tempatan yang sudah memberikan satu gerakan baru muzik tempatan dengan semangat baru bermuzik, citarasa baru dan warna baru yang cukup memeriahkan pasaran muzik mainstream.
Hip-Hop yang dahulunya dekat dengan idea sub-budaya barat yang ‘gelap’ dan menentang budaya Melayu diterima meluas, terbuka dan diraikan sebaiknya.
KRU menjadi antara nama awal muzik Rap yang berjaya menembus ruang ortodox muzik melayu yang sering kali dikaitkan dengan Balada dalam satira kisah putus cinta dan perpisahan. Dengan bergerak penuh attitude dalam identiti muda remaja yang sudah dibaratkan dengan cara tersendiri.
Too Phat yang awalnya bergerak secara independen menemukan titik awal perjalanan mereka secara komersil menerusi Illegal yang membawa dua anak muda ini bertemu Ahmad Izham Omar dan Paul Moss bagi projek album perdana mereka.
Ilham penulisan melodi, lirik sehingga produksi muzik dihasilkan dengan keringat juga idea mereka sendiri yang bergerak atas kepercayaan label ketika itu sedar tidak sedar membuka satu ruang baru yang sehingga hari ini menjadi sejarah penting pasaran muzik tempatan.
Daripada bergerak berdua, Joe Flizzow dan Malique membuka lebih ruang buat new act dalan pasaran muzik Urban – Hip-hop juga R&B yang membentuk Phat Family. Terdiri daripada Too Phat sendiri bersama Teh Tarik Crew, Muchachas, Phlowtron, M.O.B dan Liyana Lil Boogie mencipta sebuah album Hip-Hop R&B terbaik sehingga hari ini.
Album ini datang dengan barisan pekerja muzik yang hebat-hebat belaka dalam memberi satu kosmik baru muzik tempatan. Selain Joe dan Malique, nama-nama seperti Illegal, Eka Shereen dan Goldfish menjadi tulang belakang album ini.
Rangkaian lagu seperti “Deep Doo Doo” (Too Phat), “Don’t Cha Waiting” (M.O.B), “Come On Come On” (Muchachaz) hadir dengan groove yang disulam melodi cukup catchy tanpa sukar membuat kita sebagai pendengar menikmati lagu ini sekalipun anda bukanlah peminat Hi-Hop.
Malique dan Joe Flizzow saya kira sudah melakukan sesuatu yang cukup penting dalam perkembangan muzik tempatan. Have you ever imagine ke mana muzik kita hari ini tanpa adanya Joe & Malique? Saya percaya ramai pelapis Hip-Hop hari ini inspirasi dan pengaruh muzik mereka datang daripada duo ini.
Dan biar sehingga hari ini muzik mereka masih dimainkan, dinyanyikan dan dijadikan rujukan untuk penghasilan material-material baru. “Phat Family” saya kira berjaya menjadikan Hip-Hop Malaysia itu sebagai satu empayar muzik yang grand, berpengaruh dan bersejarah.
*Kesemua lagu di album Phat Family kini boleh dinikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
“Surga Yang Tak Dirindukan” sudah menjadi sebuah francais filem yang cukup dinantikan lagu temanya. Melly Goeslaw yang cukup sinonim dengan jolokan ratu OST antara yang bertanggungjawab menghasilkan lagu tema siri filem ini.
Bearawal dengan nyanyian Krisdayanti menerusi lagu “Surga Yang Tak Dirindukan” diikuti beberapa lagu lain di dua filem sebelum ini seperti “Dalam Kenangan” meneruskan kelangsungan hits filem ini.
Sekali lagi di edisi ketiga ini Melly Goeslaw sekali lagi menggalas dalam menghasilkan lagu tema yang kali ini dibawakan suara merdu Bunga Citra Lestari yang cukup menawan dalam kesederhanaannya menerusi lagu diberi judul “Selamanya Cinta”.
Mengambil ilham filem itu sendiri yang bercerita tentang sebuah kekuatan cinta, single ini dibalut dengan kemasan muzik balada yang begitu manis.
Karakter suara dan cara bernyanyi BCL yang khas memberi justifikasi baik buat lagu ini bergerak sebagai sebuah naskhah yang indah untuk dinikmati
Manoj Punjabi selaku CEO MD Pictures mengungkapkan, dirinya sangat serius dalam membuat lagu soundtrack filem kerana lagu mampu menjadi pintu masuk untuk film mendapatkan perhatian dalam jangkauan lebih luas.
Filem Surga Yang Tak Dirindukan 3 bakal tayang di platform Disney+ Hotstar pada April mendatang.
Rangka kerjaya bermuzik Lyodra usai bergelar juara Indonesian Idol tahun lalu bergerak cemerlang dengan lahirnya single demi single yang terisi sebagai portfolio muziknya.
Berawal dengan “Gemitang Hati” (LaleIlmanNino) dan diikuti “Terlanjur Cinta” (Yovie Widianto) dan “Tentang Kamu” (Anji) meletakkan namanya antara yang teratas dalam wakilan suara baru on demand hari ini.
Lyodra yang cukup dikenali dengan persembahan vokal cemerlangnya melepas nada-nada besar hari ini menzahirkan sebuah lagi single bersama produser LaleIlmanNino menerusi single yang diberi judul “Sabda Rindu”.
Hadir lebih Pop dalam meloldi catchy yang tidak sukar menangkap pendengaran, kawalan vokal Lyodra ternyata lebih in control di lagu ini berbanding apa yang kita dengan di tiga single awalnya sebelum ini.
Nyanyiannya lebih kemas, tidak berlebihan dan kedengaran lebih muda. Hal-hal ini saya kira anda boleh bandingkan dengan nyanyian Lyodra di lagu “Gemintang Hati” terutamanya.
Lagu ini saya kira bakal menjadi go to stream yang pasti memberi views dan numbers yang baik buat Lyodra. LaleIlmanNino saya kira berjaya memudakan bunyian Lyodra selama ini yang saya kira agak kedengaran old fashion dan over do. But this one she really sound young and in control.
Utuh dengan nuansa lo-fi R&B, Raisa hadir dengan single terbarunya berjudul “Ragu” yang sekali lagi menyerlahkan pesona kelembutan vokal Raisa dalam persembahan cukup melodius. Terakhir kali merilis lagu berjudul “Tunjukkan” bersama Afgan semakin senang dengan nuansa R&B yang dibawa sejak bermuzik seawal tahun 2011.
Memilih untuk bekerjasama dengan Ari Renaldi dan Camden Bench – “Ragu” sebuah naskhah Pop R&B yang cukup cocok dengan karakter vokalnya yang cukup tersendiri.
“Lewat lagu ini, aku nggak ingin impress ke siapa-siapa atau gimana, tapi lebih kepada ingin bercerita saja. Pas dengerin lagu yang punya chill vibe ini mungkin bisa mengembalikan kenangan-kenangan baik ketika itu sehingga jadi feel good”, tutur Raisa.
Lagu yang ditulis sejak tahun 2014 itu menuru Raisa sebuah feel good Pop yang sentiasa saya kira tidak terlalu payah untuk kita sebagai pendengar suka dan meraikan lagunya.
Raisa saya kira di saat ini sudah selesa dengan kraf muziknya tanpa perlu terlalu perlu berusaha mengejar views, rating atau apa saja. Hal itu saya kira kerana dia hanya mahu bermuzik dan melakukan apa yang terbaik buat peminatnya.
Album: Hati Ini (1995) Artis: Liza Aziz Arranger / Produser: Ahmad Izham Omar / Azlan Abu Hassan / Azman Abu Hassan / Kenny Tay / Paul Moss / Illegal
Liza Aziz saya sifatkan penyanyi handalan yang cukup dikenali dengan kelantangan vokalnya yang cukup memukau dalam feel R&B Soul yang dibawa dalam dua album solonya – Liza (1992) dan Hati Ini (1995). Hanya berbekal dua album ini Liza sehingga hari masih dihormati sebagai vokalis hebat baik rakaman mahupun live.
Hati Ini (1995) menjengah pasaran muzik tempatan ketika ledakan “Pop Komersil” mendahului kebanyakan album-album penyanyi ketika itu. Nora, Ziana Zain, Fauziah Latiff antara yang mengendong idea Pop Komersil ini sebelum diteruskan Siti Nurhaliza dan lainnya.
Tanpa mempedulikan apa yang pasaran muzik mahukan, Liza bersama batalion muziknya yang terdiri daripada nama penting gerakan R&B tempatan seperti Ahmad Izham Omar, Azlan Abu Hassan, Paul Moss, Kenny Tay dan Illegal menzahirkan sebuah album yang cukup solid kualiti rakamannya, vokalnya dan pemilihan lagu yang terhasil cemerlang.
“Masa” menjadi pertaruhan perdana album ini menjadi langkah berani Liza dan Positive Tones ketika itu menolak Balada sebagai single pertama. Dan menariknya, “Masa” diterima cukup baik. Lagu ini kerap dimainkan di radio dan wajah Liza kerap juga di kaca TV menyanyian lagu ini.
Komposisi muzik Azlan Abu Hassan ini mempertaruhkan sebuah ritma R&B Pop dengan elemen dance yang bergerak cukup moden, forward dalam ilham muzik global yang banyak dibawakan penyanyi luar dalam pengaruh muzik Shanice antaranya.
“Tak Rela” (Ahmad Izham Omar) menjadi lagu kedua yang dipertaruhkan di album ini. Melodi lagu ini terhasil cukup original sebagai sebuah R&B Ballad yang cukup berbeza berbandin g apa yang ada di pasaran muzik tempatan ketika itu. Liza cukup memukau dengan kemasan vokalnya yang dipersembahkan dengan cukup baik sekali.
Segala keasyikan menikmati vokal Liza Aziz diteruskan dengan lagu duetnya bersama Remy (Innuendo) menerusi lagu berjudul “Bisikan Rindu” yang saya sifatkan antara duet terbaik pernah terhasil di era 90-an selain kolaborasi Ning bersama Hedy Yunus menerusi lagu “Antara Kita”. Kolaborasi Remy dan Liza sempurna dalam persembahan power vocal Ballad yang digalas sempurna feel serta power dalam nyanyian mereka berdua.
Sebuah lagi lagu yang cukup membuat saya larut dengan emosi Liza adalah di lagu “Air Mata Cinta” (Kenny Tay). Kemasan muzik Ahmad Izham Omar di lagu ini memberi satu nyawa yang menyatu baik dengan vokal Liza.
“Rintihan Anak Kota” menjadi nafas baru menimati feel Melayu Asli dengan infusi Soul yang jelas datangnya daripada kemasan muzik Azman Abu Hassan dan jiwa besar Liza Aziz sendiri sebagai vokalis lagu ini. Kekuatan Liza dalam mewarnakan lagu-lagu rancak sesuatu yang jelas. Hal in terbukti di lagu “Dahaga”, “Kini Pasti” dan “Pergilah”.
Album ini saya sifatkan sebagai sebuah naskhah yang cukup bagus untuk dijadikan rujukan biar sehingga hari ini. Muziknya masih kedengaran segar biar usianya sudah lebih 20 tahun dalam pasaran muzik tempatan.
Ahmad Izham Omar, Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan, Paul Moss dan Illegal ternyata antara music genius yang harus kita sentiasa raikan. Buktinya ada di album ini dengan persembahan vokal terbaik dalam album sepanjang zaman dalam sejarah muzik tempatan.
Liza Aziz saya sifatkan sebagai Chaka Khan dan Shanice Malaysia. Keupayaannya dalam menyanyikan lagu-lagu R&B Soul khususnya sesuatu yang luar biasa dan takkan tertandingkan. Such a beautiful soul.
Saya tidak pasti jika anda pernah mendengarkan album perdananya “Liza” yang beredar di tahun 1992, lagu seperti “Semalam Ku Tolak ke Tepi” dan “Seribu Janji” itu satu nikmat mendengarkan sebuah persembahan vokal terbaik sepanjang zaman.
Tracklist
1
Masa
Backing Vocals – Azlina Aziz, Azman Abu Hassan, Hazami, LA*
Composed By, Arranged By – Azlan Abu Hassan
Lyrics By – Hawa Junaidi, Latifah Y
Backing Vocals – Azlina Aziz, Azman Abu Hassan, Hazami, LA*
Lagu: Apa Ada Asmara Artis: Lomba Sihir Komposer / Lirik: Natasha Udu / Tristan Juliano Arranger / Produser: Tristan Juliano
Kembalinya pengaruh Pop 80-an perlahan-lahan di pasaran muzik Indonesia menghasilkan satu bunyian segar yang menggabungkan formula muzik City Pop dengan citarasa muzik hari ini.
Beberapa nama seperti Diskoria, LaleIlmanNino, Vintonic antara nama yang dominan di pasara besar muzik ini. Pengaruh muzik ini tentu saja datang daripada nama-nama besar seperti Fariz RM, Candra Darusman dan Indra Lesmana antaranya.
Terkini muncul sekumpulan anak muda yang merupakan gagasan pemuzik muda yang semakin mendapat perhatian dalam pasaran muzik Indonesia seperti Natasha Udu, Rayhan Noor, Wisnu Ikhsantama, Tristan Juliano, Enrico Octaviano, dan juga Baskara Putra membentuk “Lomba Sihir” sebuah projek muzik khusus yang bakal dialbumkan dengan kraf muzik tersendiri setiap mereka.
Single perdana mereka yang diedarkan Februari lalu berjudul “Hati & Paru-Paru” merupakan sebuah pengenalan kepada pengikut muzik nusantara akan keberadaan mereka.
Tanpa membuang terlalu banyak masa, Lomba Sihir merilis single kedua “Apa Ada Asmara” yang sekali lagi meneruskan ilham muzik Pop dengan pengaruh 80’s City Pop yang cukup dominan sekali dengan mengeluarkan vokal Natasha Udu pula untuk single ini.
Funk, groove and feels!
Menyifatkan “Apa Ada Asmara” sebagai sebuah jaluran muzik yang bakal terus booming di tahun ini sebagai kelangsungan apa yang sudah dilakukan Diskoria dan LaleIlmanNino umpamanya. Lagu ini bergerak dengan melodi yang catchy dan cukup mudah diterima pendengaran.
Lomba Sihir saya kira akan menjadi music act yang akan paling dinantikan kelibat muzik mereka sepanjang tahun ini kerana sekadar dua single yang sudah dirilis, muzik mereka cukup hebat dalam memberi tafsiran arah baru muzik Indo Pop itu sendiri.
Lagu: Ketika Cinta Ingin Dimengerti Artis: Sheila Majid Komposer / Lirik: Yanti Isfandiary / Diana G / Heru Humania Arranger / Produser: Tohpati
Terakhir muncul dengan album berjudul “Boneka” Sheila Majid tampil dengan adult Pop yang saya kira berada di fasa matang Sheila dalam pasaran muzik nusantara.
Lagu-lagu di album tersebut saya sifatkan sebagai sebuah landskap Pop yang personal buatnya dan penggemarnya. Balada seperti “Haruskah Ku Pergi”, “Lara di Dada” dan “Aku Untukmu” antara yang membentuk “Boneka” dengan sound Sheila yang tersendiri.
Dan setelah itu Sheila hanya aktif di pentas dalam persembahan live konsert juga showcase Malaysia – Indonesia yang sudah sebati dalam diari kembara karier muziknya.
Awal minggu ini Sheila memberi satu kejutan manis dengan surprisedrelease berjudul “Ketika Cinta Ingin Dimengerti” sebuah Balada yang tiba-tiba mengisi katalog muzik digital tanpa ada sebarang pemasaran.
Dan kerana lagu ini rilisnya secara mengejut membuatkan saya fikir oh ia mungkin unreleased track yang mungkin pernah dirakam dulu. Namun ternyata ia adalah rakaman baru karya ciptaan Yanti Isfandiari bersama Diana G dan Heru Huminia yang mendapat gubahan muzik Tohpati.
Lagu ini saya kira sekadar mengulang formula serupa Balada yang ada di album “Boneka” yang saya sebutkan awal tadi. Melodinya seperti terlalu biasa tanpa suntikan baru yang boleh buat saya wow dengan hasilnya.
Sebagai peminat tegarnya, saya kira Sheila need to step up her musical journey dengan penghasilan sesuatu yang lebih current. Current maksud saya di sini bukan mengubah landskap Pop nya seratus peratus tetapi mengambil suntikan baru dalam ilham muzik yang menjadi signaturenya.
Saya mengharapkan groove City Pop, 80’s music di lagu-lagu awalnya seperti “Tua Sebelum Waktu”, “Pengemis Muda”, “Bahagia”, Fikirkan Dulu”, “Persis Kekasihku” dikembalikan dengan sentuhan muzik baru.
Dan disebabkan itu saya selalu berharap Sheila dapat bekerjasama dengan produser seberang LaleIlmanNino, Diskoria atau Lomba Sihir yang akhiran ini cukup dominan dalam menghasilkan ilham 80’s Pop dengan sentuhan magis mereka.
Ruth Sahanaya menerusi single terbarunya “Satu” adalah contoh terbaik setakat ini yang menggunakan khidmat LaleIlmanNino dengan mengembalikan feel 80’s di lagunya itu.
“Ketika Cinta Ingin Dimengerti” bukanlah hasil yang teruk saya masih boleh layan kemasan string di lagu ini yang seperti biasa jarang gagal sedapnya.
Cuma ia terlalu biasa, predictable dan to be honest sebagai peminat saya sedikit hampa. Entah mungkin saya meletakkan expectation yang berbeza agaknya but still happy to see Sheila released something new this year.
Bling, color and fringe! He never go less. Itulah M.Daud Kilau yang kita kenal
Datuk M.Daud Kilau berdiri sebagai seorang seniman muzik yang cukup sinonim dengan rangkaian lagu Pop Melayu Asli dan Dangdut. Cerita rakyat dalam rangkaian lagu popularnya dekat dengan latar masyarakat lewat 60-an melewati pasaran muzik sehingga era 2000.
Namanya seperti yang sedia maklum cukup diingati dalam rangkaian lagu seperti “Cek Mek Molek” dan “Gila Judi” yang menjadi anthem Pop sepanjang dia berkarier. Lebih 20 album terhasil, M.Daud Kilau bergerak cukup ikonik dan tersendiri tanpa dibayangi mana-mana Penyanyi lainnya.
Memulakan karier bermuzik usai mengungguli “Bintang Radio Singapura” pada tahun 1968, nama M.Daud Kilau menuti bibir penggemar muzik tempatan ketika itu setelah nyanyiannya menerusi lagu “Musalmah Manis” di pentas akhir pertandingan tersebut mencuri hati juri-juri.
Kalau kencanduan judi, akhirnya setengah mati, akibat judi! – Gila Judi
Setelah itu, M.Daud Kilau bergerak sebagai seorang figura Pop Melayu Asli yang cukup handal dalam mengalunkan lagu-lagu dalam Langgam berbeza yang menyatukan Melayu Asli itu sendiri dengan pengaruh Dangdut juga Hindi.
Menerusi album perdananya “Anak Yang Pertama” yang beredar pada tahun 1972, M.Daud Kilau menerbitkan sendiri album tersebut bersama iringan orkestra Sewindu di basah pimpinan Ahmad Desilah dengang rangkaian lagu seperti “Rasul Pilihan”, “Joget Berpantun” dan “Ratapan Si Anak Tiri”.
Kredibilitinya dalam menyampaikan lagu-lagu Melayu Asli diteruskan dalam beberapa album Selepas itu. “Cek Mek Molek” yang beredar pada tahun 1979 membawa arah muzik M.Daud Kilau ke arah Dangdut Melayu dengan penulisan lirik latar masyarakat setempat ketika itu.
Kisah-kisah pengantin, anak tiri, judi, hutang sehingga cerita anak derhaka dan mak nyah menjadi pengisian dalam lagu-lagunya. Sekali gus menjadi wakil suara kritikan sosio-masyarakat ketika itu. Hal-hal ini saya kira bergerak pada sekitar apa yang terjadi dalam keseharian hidup masyarakat Melayu ketika itu khususnya.
Ketelitian M.Daud Kilau dalam sebuah cerita panjang masyarakat Melayu yang tidak dimamah modenisasi menjadi fokus dalam penulisan lirik-liriknya. Tiada cerita tentang angan-angan go western atau cerita disko muda-mudi, yang terisi hanya teks cerita yang berasas realiti manusia sekitarnya.
Lagu “Datok Temenggong” antara lagu yang cukup ikonik tentang santun orang Melayu itu sendiri dalam menghormati ibu bapa, institusi Istana sehingga cerita menjaga maruah bangsa, agama juga negara. “Tekun belajar setiap hari, Jangan kau malas nanti kau rugi, Tiang agama engkau tuntuti, Supaya senang di akhir nanti”.
sebahagian diskografi penting datuk m.daud kilau
Kaum wanita sekarang apabila berdandan, sungguh sangat merangsang. – Wanita Sekarang
Nama M.Daud Kilau dalam pasaran muzik tempatan tidak hanya diingati kerana muziknya tetapi tentu saja imej flamboyant yang dikendong figura ini cukup ikonik sekali. Pancawarna imej seorang superstar yang cukup solid, tampil yakin dan yang pasti tidak dibayangi mana-mana rakan artis seusianya ketika itu.
M.Daud Kilau saya kira sudah memberi satu warna menarik dalam pasaran muzik tempatan. Saya tidak pasti mengapa kembara muziknya amat jarang diperkatakan dan sangat kurang diraikan dengan serius. “Cek Mek Molek” itu sendiri hype nya hanya begitu diraikan setelah Zahid AF menyanyikan ketika di pentas Akademi Fantasia 2 pada tahun 2004.
Syura bersama FMC juga pernah melahirkan album duet yang juga menjadi album studio terakhir legenda ini sehingga hari ini. Selain sebuah single bersama Ezlynn (Pening). Namanya setelah itu semakin dikenali generasi baru yang kurang familiar atau tidak begitu pernah mengambil peduli akan kisah Biduan ini.
Dan masih ingat kemunculan istimewanya di filem Man Laksa? Cukup ikonik dan sangat diingati momen itu. Mendengarkan kembali katalog muzik M.Daud Kilau yang kini boleh didengarkan di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” membuat saya seronok, teruja. It hits differently mendengarnya hari ini, yang dulu saya pandang sepi sahaja.
Menonton persembahan live yang tersisa di YouTube membuat saya fikir dia seorang penghibur sejati. Persembahannya tidak hanya pada suara dan geleknya. Tidak ada satu show yang dia hanya menyarung sepersalinan pakaian. Sehelai demi sehelai dibuka mengundang jeritan penonton.
Yang paling menarik ditonton adalah persembahan bersama Orkestra RTM menerusi Konsert Dangdut ORT 2013, energi yang dia berikan on stage itu luar biasa tenaganya. Dia sangat enjoy dan berhabis di pentas membuat persembahan hanya untuk menghiburkan peminatnya.
Datuk M.Daud Kilau hari ini sudah tidak lagi mampu untuk memnghiburkan kita kerana sakit yang dialami. Keberadaan dan sumbangannya saya kira harus terus dihargai dan diraikan. Saya amat berharap sebuah apresiasi muzik buat legenda ini dihasilkan dengan satu semangat muzik baru yang current kerana lagu-lagunya cukup fun untuk kita explore dan kembangkan menjadi naskhah dengan sound baru.
Projek indiepretasi yang dahulu pernah dilaksanakan Laguna Records bagi apresiasi P.Ramlee jika masih boleh diteruskan saya amat berharap dapat mengembalikan kegemilangan M.Daud Kilau selagi hayatnya masih ada ini. No Good, Sang Rawi, Pitahati, Margasatwa, Ramayan dan Yuna antara yang menarik.
Saya menyeru, mana-mana syarikat rakaman laburlah sedikit wang untuk penghargaan muzik yang sudah dia sumbangkan selagi dia masih bernafas. Buatlah Biduan ini kembali tersenyum dan lapang selagi hayatnya ada. Agar andai kata dia pergi nanti, hatinya senang kerana dia tahu dia sudah buat sesuatu yang cukup besar buat kita semua.