
Lagu: Apa Ada Asmara
Artis: Lomba Sihir
Komposer / Lirik: Natasha Udu / Tristan Juliano
Arranger / Produser: Tristan Juliano
Kembalinya pengaruh Pop 80-an perlahan-lahan di pasaran muzik Indonesia menghasilkan satu bunyian segar yang menggabungkan formula muzik City Pop dengan citarasa muzik hari ini.
Beberapa nama seperti Diskoria, LaleIlmanNino, Vintonic antara nama yang dominan di pasara besar muzik ini. Pengaruh muzik ini tentu saja datang daripada nama-nama besar seperti Fariz RM, Candra Darusman dan Indra Lesmana antaranya.
Terkini muncul sekumpulan anak muda yang merupakan gagasan pemuzik muda yang semakin mendapat perhatian dalam pasaran muzik Indonesia seperti Natasha Udu, Rayhan Noor, Wisnu Ikhsantama, Tristan Juliano, Enrico Octaviano, dan juga Baskara Putra membentuk “Lomba Sihir” sebuah projek muzik khusus yang bakal dialbumkan dengan kraf muzik tersendiri setiap mereka.
Single perdana mereka yang diedarkan Februari lalu berjudul “Hati & Paru-Paru” merupakan sebuah pengenalan kepada pengikut muzik nusantara akan keberadaan mereka.
Tanpa membuang terlalu banyak masa, Lomba Sihir merilis single kedua “Apa Ada Asmara” yang sekali lagi meneruskan ilham muzik Pop dengan pengaruh 80’s City Pop yang cukup dominan sekali dengan mengeluarkan vokal Natasha Udu pula untuk single ini.
Funk, groove and feels!
Menyifatkan “Apa Ada Asmara” sebagai sebuah jaluran muzik yang bakal terus booming di tahun ini sebagai kelangsungan apa yang sudah dilakukan Diskoria dan LaleIlmanNino umpamanya. Lagu ini bergerak dengan melodi yang catchy dan cukup mudah diterima pendengaran.
Lomba Sihir saya kira akan menjadi music act yang akan paling dinantikan kelibat muzik mereka sepanjang tahun ini kerana sekadar dua single yang sudah dirilis, muzik mereka cukup hebat dalam memberi tafsiran arah baru muzik Indo Pop itu sendiri.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Maliq & d’Essentials Merayakan Kembara Bermuzik Dengan Penghasilan Album Ke-8