
Lagu: Sentiasa
Artis: Firdaus Rahmat
Komposer / Lirik: Dari / Iqie Hugh
Lama sebetulnya saya menantikan single terbaru Firdaus Rahmat. Kali pertama dia muncul dengan single “Aku Rayu” pada tahun 2019, Firdaus Rahmat datang dengan persembahan Pop yang cukup membuat saya melayang melayani suaranya.
Setelah itu dia sekadar aktif dengan kerja belakang tabir sebagai komposer juga produser dalam penghasilan lagu-lagu Pop buat penyanyi tempatan khususnya. Galeri (Nurfatima), Beku (Hazama & Elizabeth Tan), Ada Cara (Ismail Izzani), Nobody (Faizal Tahir) dan Boneka (Ernie Zakri) antara yang cukup popular dihasilkan bersama rakan pemuzik yang lain.
Dan melihatkan senarai lagu yang sudah diciptakan bakat ini bersama dua rakannya Mas Dewangga juga Iqie Hugh, lagu-lagu ciptaa mereka ini saya kira sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Antara Pop future tempatan yang sentiasa dinantikan karya-karyanya.
Dua tahun tanpa sebarang single baru, Firdaus Rahmat kembali membuai perasaan pendengar dengan lagu terbarunya “Sentiasa” – cukup sederhana tetapi terhasil dengan cukup solid sebagai sebuah naskhah Pop terkini yang sedap didengar dan bersifat cukup current.
Firdaus saya kira antara vokalis baru yang cukup matang persembahan vokalnya. Menerusi “Aku Rayu” dan “Sentiasa” saya menangkap stail tersendiri Firdaus dalam penyampaiannya. Kemerduan suaranya itu dibantu dengan clarity dalam penyampaian yang sangat kemas.
Saya mengharapkan lebih lagi lagu daripadanya selepas ini. Firdaus Rahmat sudah saya letakkan antara bakat bermuzik yang complete pakejnya – sebagai penyanyi, komposer yang memiliki satu visi juga direction yang cukup baik bagi meniggikan standard teks muzik Pop tempatan. “Sentiasa” saya sifatkan sebagai sebuah Pop yang matang dan cukup melekakan.
8.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Mengenali Si Manis Idgitaf Dalam Persembahan Lembut Melekakan