
Lagu: Selamanya Cinta
Artis: Bunga Citra Lestari
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw / Iman Sastrosatomo / Manoj Punjabi
Produser: Anto Hoed
“Surga Yang Tak Dirindukan” sudah menjadi sebuah francais filem yang cukup dinantikan lagu temanya. Melly Goeslaw yang cukup sinonim dengan jolokan ratu OST antara yang bertanggungjawab menghasilkan lagu tema siri filem ini.
Bearawal dengan nyanyian Krisdayanti menerusi lagu “Surga Yang Tak Dirindukan” diikuti beberapa lagu lain di dua filem sebelum ini seperti “Dalam Kenangan” meneruskan kelangsungan hits filem ini.
Sekali lagi di edisi ketiga ini Melly Goeslaw sekali lagi menggalas dalam menghasilkan lagu tema yang kali ini dibawakan suara merdu Bunga Citra Lestari yang cukup menawan dalam kesederhanaannya menerusi lagu diberi judul “Selamanya Cinta”.
Mengambil ilham filem itu sendiri yang bercerita tentang sebuah kekuatan cinta, single ini dibalut dengan kemasan muzik balada yang begitu manis.
Karakter suara dan cara bernyanyi BCL yang khas memberi justifikasi baik buat lagu ini bergerak sebagai sebuah naskhah yang indah untuk dinikmati
Manoj Punjabi selaku CEO MD Pictures mengungkapkan, dirinya sangat serius dalam membuat lagu soundtrack filem kerana lagu mampu menjadi pintu masuk untuk film mendapatkan perhatian dalam jangkauan lebih luas.
Filem Surga Yang Tak Dirindukan 3 bakal tayang di platform Disney+ Hotstar pada April mendatang.
ARTIKEL BERKAITAN
Meraikan Setahun Bermuzik Pasca Idol, Lyodra Melepas Single “Sabda Rindu”