
Faizal Tahir di pasca Monkey Bone menghasilkan bunyian ikonik yang cukup sinonim dalam karya-karya muziknya yang cukup memikat pasaran tempatan. Single popular seperti Assalamualaikum, Setia, Dirgahayu, Sejati dan Ragaman antara yang meneruskan populariti FT di pasaran muzik mainstream.
“Ragaman” biar tidaklah begitu impresif hasinya bagi MK, lagu tersebut setidaknya berjaya mengubah sedikit sebanyak kosmik muzik tempatan dalam pasaran yang dilimpahkan balada mendayu.
Setelah “Ragaman” FT dengan tanpa mahu mengambil masa yang terlalu lama mahu terus kekal relevan dan memikat dengan rangkaian hits “Bisa Aja” dan “Biker Kental” yang kedua-duanya beredar tahun ini.
Melengkapkan portfolio muziknya, FT tampil kembali dalam sebuah single soulful ballad yang cukup menyentuh. Lagu yang dihasilkan FT bersama Mike Chan dan Mage ini hadir dalam piano pop yang mengeluarkan romantisme FT dalam penyampaian lagu-lagunya.
Lagu yang mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan ini telah digubah sebanyak 6 kali sebelum produksi sepenuhnya disiapkan
Faizal dan pasukan produksi muziknya sememangnya sinonim dengan keberanian bereksperimentasi dalam menghasilkan sajian muzik yang unik. Kali ini ‘Ratu’ menampilkan gubahan muzik bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri.
Ratu siap sebagai naskhah sempurna bagi pengikut FT seperti saya yang merindukan “Hanyut”, “Selamat Malam” dan “Sampai Syurga”.