#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Radar Muzik Lokal Dalam Enam Bulan Pertama 2019 Antara Evolusi, Formula Pop Berulang & 20 Rilis Terbaik

Pasaran muzik tempatan tahun ini bergerak cukup agresif terutama sekali dengan kehadiran bakat-bakat urban tempatan yang menunjukkan masa depan cukup cerah muzik Malaysia ke arah yang lebih membanggakan.

Suka saya untuk menyebut beberapa nama yang cukup hebat tahun ini mencipta momen yang cukup cemerlang antaranya Alif, MFMF. ,  Zamaera, Bil Musa, NJWA, Lunadira bersama produser muda Anuar Roslan antara yang cukup memikat.

Di barisan Pop, kolaborasi produser muda Ezra Kong dan Hael Husaini serta The Faithmen (Faizal Tahir, Mike Chan & Mage) memberi satu warna Pop yang lebih progresif serta ke depan tanpa perlu bergantung pada ilham Pop 90-an khususnya dan good thing about it lagu-lagu mereka cukup diterima terbuka oleh pendengar.

Alif semakin cemerlang dengan barisan hits Semua Sudah (Elizabeth Tan), Donde (Andi Bernadee), Berserah (Zizan & Ismail), rangkaian hits kolaborasi bersama SonaOne menerusi album “DETAIL” sehingga yang terkini di bawah label yang dikepalainya Black Hat Cat Records (Gagasan label Warner Music Malaysia) menghasilkan single perdana berjudul “Mimpi” persembahan K-Clique mencipta satu kosmik muzik yang cukup baik.

Joe Flizzow sebagai otai besar Hip-Hop tempatan menerusi gerakan “16 Baris” saya kira sudah mampu duduk bangga melihat perkembangan positif Hip-Hop yang akan berterusan cerah pasaran muziknya setidak-tidaknya untuk jangka masa 3 hingga 5 tahun mendatang.


PERKEMBANGAN POP SEMASA 2019

Jika mahu diukur kejayaan muzik kita dengan melihat carta teratas radio tempatan juga jumlah strim, saya kira kita masih stuck dengan ilham lapok yang tidak memberi sumbangan dalam perkembangan positif muzik.

Lagu-lagu seperti Alala Sayang (Azzara Band), Derita (Isma Sane), Teguh Setia (Munah Shahirah), Perasaanku (Fieya Julia), Pujaan Hati (Adira) terlalu mengambil ilham balada berulang yang membosankan. Sekali pun pasaran muzik mereka luas (populariti) sejujurnya masa depan masih kabur untuk bakat-bakat ini.

Bakat-bakat baru bersifat filler yang akan lenyap dari radar dua tiga tahun mendatang dengan rangkaian lagu yang buat Muzik lokal ketinggalan

Dan bercakap tentang Balada, Farouk Roman antara komposer yang tampil dominan dalam beberapa Balada dengan penerbitan muzik yang berkelas.

Lagu-lagu seperti Tetap Kamu (Amylea x Megat), Tiada Dirimu (Shila Amzah) dan Bukan Cinta (Amylea) tampil dengan produksi muzik yang baik. Biasan Melly Goeslaw lokal barangkali tetapi it’s ok kerana penghasilannya masih berkualiti.

Pengaruh drama TV masih lagi kelihatan membantu populariti lagu-lagu tempatan, Amylea khususnya yang kembali berjaya memikat pasaran muzik tampatan. Sejak drama rantaian Nur – kolaborasi bersama Kaer tahun lalu, formula serupa diilhamkan dalam penghasilan Tetap Kamu.

Dan menerusi drama Nur 2 Farouk dan Amylea menghasilkan original songs yang mengikut kehendak jalan cerita serta karakter drama tersebut dengan baik sekali.

Perkembangan ini okey sebetulnya dalam membantu sesebuah lagu itu untuk popular. Lihat sahaja bagaimana booming sekali “Sumpah” Naim Daniel yang melatari drama “Pia” yang muzik videonya ditonton lebih 10 Juta di YouTube sehingga artikel ini ditulis.

Hafiz juga kembali ke carta papan atas muzik tempatan kerana lagunya “Kisah Cinta Kita” yang turut menjadi runut bunyi drama rantaian namun sayang lagu itu sebetulnya sekadar biasa-biasa sahaja penghasilannya tapi setidaknya mengembalikan nama Hafiz dalam radar popular.


20 TERBAIK SEPARUH 2019

Semoga akan ada magis dalam perkembangan muzik tempatan agar kembali balance seperti apa yang berlaku di pertengahan 90-an di mana apa jua genre sekali pun mendapat perhatian yang sama banyak.

Be it Ballad, Rock, Pop, Dangdut, Nasyid semuanya diraikan dalam satu yang seimbang. Semua mendapat air play dan quality control masih di tangan A&R Label juga orang kuat radio yang mempunyai citarasa dan ilmu dalam muzik.

Tidak seperti hari ini, muzik tempatan seperti berkelompok dan terlalu bergantung pada jumlah strim dan view semata.

Perlunya ada satu ekosistem yang sihat dalam mendidik pendengar supaya menikmati muzik itu bukan sekadar pada apa yang mereka suka sahaja (personal preference) tetapi perlu lebih faham dan mendalami inspirasi serta prosesnya sesebuah produksi muzik itu dihasilkan. Kerana hanya dengan itu kita mampu menghasilkan generasi celik muzik.

MFMF. Adalah kolaborasi duo “SPUDS” dan Kuizz

MFMF. dilihat sebagai bakat muzik terbaik yang mampu membawa haluan Pop tempatan ke arah yang lebih membanggakan. Tahun ini dengan barisan 5 produksi muzik hebat mereka Aku & Laguku (Hani & Zue), Flashes (Bil Musa), If I (Daiyan Trisha), Summer Lover (Alex Ungku) dan Passin’ Through (Daiyan Trisha) meletakkan standard muzik Malaysia di tahap yang cukup membanggakan. #future

Bakat-bakat senior seperti Faizal Tahir (Ratu, Bisa Aja), Noh Salleh (Debu Bercahaya), Aizat Amdan (Angin Lalu), Dayang Nurfaizah (Sebentar), Bunkface (Pop) masih lagi mempertaruhkan kualiti dalam muzik. Keseimbangan dalam menghasilkan sesuatu yang komersil dan berkualiti masih ada pada nama-nama ini.

Setelah kejayaan “Sampai Bila” karya cipta Sharon Paul – nampaknya semakin ramai penyanyi yang mahukan lagu ciptaan komposer ini dengan idea serupa dan berulang tanpa pembaharuan malah tak salah dikatakan lagu-lagu ciptaan Sharon tahun ini tiada langsung yang sebaik Sampai Bila.

Antara lagu-lagu Sharon yang dirilis tahun ini adalah Simpan Sedikit Rindu (Asmidar), Pernah Bahagia (Sharifah Zarina), Takkan Terlerai (Syamel & Ernie) dan Terlalu Memuja (Wany Hasrita) yang mengulang formula serupa dan terlalu predictable. #blergh

hani & zue

Beberapa bakat baru memikat seperti K-Clique (Sah Tu Satu, Lane Lain Lane), Mafidz (Ada Angin & Hati), Aina Abdul (Shadow, Sumpah), Lunadira (Ur Cute But Boring), Heidi (Kata Hati), Amni Musfirah (Goodbye), Amir Hassan (GYKC) serta yang sudah mencuri tumpuan seperti Aziz Harun (Jauh), Bil Musa (Flashes) juga Daiyan Trisha (If I, Passin’ Through) sudah siap dengan kraf muzik merek yang tampil dengan kualiti.

Hani & Zue setelah beberapa kali percubaan tampil sekali lagi dengan cukup cemerlang dengan naskhah Pop cukup solid yang tampil dengan melodi yang cukup bagus untuk diketengahkan menerusi “Aku & Laguku”. Cuma entah di mana silapnya lagu ini masih kurang mendapat perhatian sedangkan penghasilan muziknya cukup berkelas sekali.

Zamaera cemerlang dengan EP berjudul “Z” yang cukup solid sebagai sebuah lyrical Hip-Hop yang sepatutnya kita banggakan. Lagu-lagu hebatnya seperti “Truth” dan “Almost” menjadi bukti bahawa dia bukan bakat biasa yang harus dipandang sebelah mata.

Berikut senarai lengkap 20 Rilis Terbaik Sebahagian 2019 pilihan MK.

DETAIL (Alif & SonaOne)
Alif & SonaOne
Kartell Industries / Sony Music

Take Love BACK (NJWA)
Darren Ashley / NJWA
Nada Biru Muzik

Flashes (MFMF. & Bil Musa)
Justin Seow / Raja Muizzudin Shah / Nabilah Musa / Wee Zheng Yong
MFMF. Production

Sumpah (Naim Daniel)
Omar K / Naim Daniel
World Peace Entertainment

Ur Cute But Boring (Lunadira)
Lunadira / Anuar Roslan
This Way Up Records

Z (Zamaera)
Floyd Thomas
Lakefront Records

Donde (Andi Bernadee)
Alif
Warner Music (M) Sdn Bhd

Bila Entah (Aisyah Aziz)
Ezra Kong / Hael Husaini
Rocketfuel Entertainment

Aku dan Laguku (Hani & Zue)
Hani / Zue / MFMF.
Yuna Room Records

Angin Lalu (Aizat Amdan)
Anas Amdan / Mel Ramlan / Aizat Amdan
Warner Music (M) Sdn Bhd

Ratu (Faizal Tahir)
Mike Chan / Mage / Faizal Tahir
Faithful Music

Forevermore (Yuna)
A.S Govere / R. Braun / Yunalis Mat Zarai
UMG / A Verve Records

Goodbye (Amni Musfirah)
Amni Musfirah
Amni Musfirah

Passin’ Through (MFMF. & Daiyan Trisha)
Justin Seow / Daiyan Trisha / Raja Muizzudin Shah / Wee Zhen Yong
MFMF. Production

Berserah (Zizan & Ismail Izzani)
Alif
Rocketfuel Entertainment

Sebentar (Dayang Nurfaizah)
Faizal Tahir / Mike Chan / Mage
Faithful Music

Di Tengah Malam (Salammusik)
Ahmad Bulya Abdillah / Ashraaf Ahmad Azlan / Muhammad Jabir)
Salammusik Sdn Bhd

Masa (Fariz Jabba)
Flightsch / Fariz Jabba
M03 Records / Kartell Industries / Sony Music Entertainment

Naraka (Pitahati)
Pitahati
Luncai Emas Sdn Bhd

Debu Bercahaya (Noh Salleh)
Noh Salleh / Adink Permana
Noh Salleh


ARTIKEL BERKAITAN

#502018 Seputar Muzik Malaysia 2018 & Senarai Lengkap 50 Rilis Terbaik

Review, Terkini,

Kapal Udara Melepas Single Kedua Untuk Para Pekerja

Kapal Udara band berasal dari kota Makassar yang dibentuk pada tahun 2015 baru-baru ini sempat merilis single terbaru mereka “Kerja Rodi” yang merupakan single kedua daripada mini album berjudul “Mesin Manusia”.

Dianggotai Muhammad Ayat (Vocal-Guitar), Saleh Hariwibowo (Guitar), Mardhan Maing (Bass), dan Muh. Bobby Pramusdi (Drum), Kapal Udara mula mencuri perhatian pendengar Indonesia dengan album pertama mereka yang diedarkan pada tahun 2018 berjudul “Seru Dari Hulu”.

Menampilkan nuansa Folk, Pop dan Rock – kugiran ini menyatakan “Kerja Rodi” bukan sekadar pelajaran sejarah tentang pemerintah kolonial dan masyarakat jelata. Kerja Rodi adalah peristiwa perbudakan yang masih kita rasakan hingga saat ini.”

Tambah mereka lagi, “Kerja Rodi hadir dalam bentuk yang lebih halus, namun bisa lebih menyakitkan – upah yang tidak sesuai, pekerjaan tambahan di luar kontrak, deadline yang tidak masuk akal, tekanan sanksi dan ambisi prestasi, atau pun jam kerja yang terlalu panjang.”

Kerja Rodi dirilis secara indie oleh Kapal Udara, digarap di studio Rucs Record milik Abd Chaliq yang juga berperan sebagai sound engineer. Ilustrasi Kerja Rodi di kerjakan oleh Gunawan Adi (benangbaja).

Highlight, Terkini,

Afgan Undang Sheila Majid di Konsert Inspirasi Oktober Ini

Kelibat Afgan mengisi frekuensi radio tempatan bermula mudah dengan hits “Terima Kasih Cinta” yang berjaya memikat pendengar tempatan dengan alunan merdu suaranya. Setelah itu Afgan mencipta momennya tersendiri dengan barisan hits lainnya sepert Jodoh Pasti Bertemu, Bukan Cinta Biasa, Katakan Tidak dan juga termasuk hits rakaman semula Sheila Majid berjudul “Ku Mohon”.

Beberapa siri konsertnya di sini sentiasa akan dipenuhi dengan kelompok penggemarnya saban tahun. Dan melengkapkan lagi portfolio karier muziknya, Afgan sekali lagi akan ke Kuala Lumpur 5 Oktober nanti dalam sebuah persembahan langsung yang diberi nama Inspirasi – Afgan Live in KL.

Nama “Inspirasi” bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi sepanjang bermuzik. Memberi kelainan bagi konsert ini, istimewanya Afgan mengundang ikon muzik tempatan Sheila Majid sebagai artis undangan.

Kolaborasi yang berawal dengan duet rakaman semula “Bawalah Cintaku” yang dipetik daripada album Dekade ini meneruskan hubungan baik dua penghibur hebat nusantara ini menerusi konsert yang dibawakan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio, Erik Ong berkata “Pengaruh muzik Afgan dan kekuatan populariti serta permintaan tinggi dari peminat muzik tanahair antara sebab utama Popcorn Studio memilih untuk menganjurkan konsert ini. Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan.” Ini sekaligus membuktikan Afgan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

HGH Convention Centre Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dan peralatan serta teknologi terkini di sana pasti dapat memberi impak dan pengalaman berbeza buat penonton. “Kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out kerana pastinya tiada siapa mahu ketinggalan untuk menyaksikan sebuah magis duet di antara Afgan dan idola beliau” kata Erik.

Tiket konsert telah dijual bermula 25 Jun 2019 (Selasa) dan boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box).  Sebarang maklumat lanjut, sila layari  https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur 


ARTIKEL BERKAITAN

Tulus Live At Istana Budaya – Kesempurnaan Dalam Kesederhanaan Seorang Tulus

Highlight, Review, Terkini,

Penyatuan Rasa Khai Bahar & Siti Nordiana 

Nama Khai Bahar dan Siti Nordiana di lapangan muzik komersil tempatan hadir dengan jumlah ratusan ribu pengikut yang sentiasa menantikan naskhah muzik Balada yang menjadi kekuatan dua penyanyi ini.

Pasca Gegar Vaganza memberi tuah serta rezeki yang tidak putus buat Siti Nordiana. Bermula dengan “Pesanan Teragung” Nana terus memikat penggemarnya dengan alunan merdu dalam dua hits ciptaannya “Hatiku Milikmu” dan “Terus Mencintai” serta duet cemerlang bersama Jaclyn Victor menerusi “Nisan Cinta”.

Begitu juga dengan Khai dalam rangkaian hits Balada tanpa putusnya memberi tuah buat dua nama ini dengan fan base yang begitu kuat sekali. Tidak salah jika dibilang dua nama ini adalah dua penyanyi yang paling tinggi permintaan hari ini.

Bermula dengan duet di Smule dengan jumlah view sehingga jutaan tontonan menerbitkan chemistry Siti Nordiana dan Khai Bahar sebagai penyanyi yang sering dinantikan paduan suara menerusi single original mereka.

Dan di bulan Mei lalu menerusi kiriman WhatsApp Nana buat Khai terlahir ilham mencipta duet ini menjadi kenyataan. Lagu yang dicipta Khai dan Nana ini ditulis liriknya oleh Iman Imran tampil dalam ilham Balada yang kiranya sudah diduga hasilnya daripada dua figura Pop ini.

Menambah kemasan muzik lagu ini AG Coco mengepalai produksi lagu ini sebagai produser dan arranger dengan barisan pemuzik hebat tempatan seperti Fly Halizor (Bass), Azim Jenk Ali (Drum), Anwar Hamzah (gitar akustik) dan AG sendiri yang bertindak sebagai gitaris lagu ini.

Kurang 24 Jam beredar di YouTube video rasminya sudah 300K tontonan sehingga artikel ini ditulis. Dan saya kira itu bukan satu hal yang mengejutkan untuk satu kolaborasi dua nama besar ini. Formula popular “Satukan Rasa” kiranya cukup untuk membuatkan lagu ini bertahan lama di carta radio dan pastinya #roadtoajl (seperti biasalah).


ARTIKEL BERKAITAN

Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She’s “The Finesse Queen of Leman”

#RetrospektifMuzik, Highlight, Review,

#RetrospektifMuzik 20 Tahun “Memori” Dalam Lipatan Sejarah Pop R&B Tempatan

 

Penyanyi: Camelia
Album: Memori (1999)
Penerbit: Ahmad Izham Omar / Illegal / Mac Chew / Kenny Tay / Azlan Abu Hassan / Adnan Abu Hassan


Di pertengahan 90-an sehingga awal 2000 satu gagasan muzik urban aktif digerakkan nama-nama seperti Ahmad Izham Omar, Paul Moss, Roslan Aziz, Illegal, Jari, Haze, Eka Sheeren, Azlan Abu Hassan, Boon Tan, KRU dan Innuendo dalam penghasilan muzik Pop yang lebih citarasanya ke arah R&B yang diterbitkan dengan cukup hebat sekali.

Album-album seperti Anuar Zain(1998), Innuendo (1997), Ning Baizura (Teguh), Liza Aziz (Hati Ini), Dayang Nurfaizah (SMAC), Sheila Majid (Ratu) dan beberapa lagi menjadi antara album penting sepanjang sejarah muzik tempatan.

Camelia antara solo wanita yang tampil cukup tersendiri dengan ciri khas vokalnya yang tersendiri. Debut self-titled yang beredar skitar 1998 dengan hits “Rindu Padanya” dan “Dengarlah Kasih” meletakkan nama Camelia yang pastinya akan diingati sehingga hari ini kerana kemenangan besarnya di Anugerah Industri Muzik 1999 dengan dua trofi paling direbut ketika itu Artis Baru Wanita Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik (Dalam Album).

Setelah kejayaan debut terbitan Adnan Abu Hassan yang turut menampilkan beberapa ciptaan lagu Azlan Abu Hassan, Camelia dengan pengurusan Universal Music ketika itu merangka album keduanya dengan cukup kemas dan ikonik.

Maka di tahun 1999 terlahirlah sebuah album yang diberi judul “Memori” yang pastinya menampilkan hits malar segar “Akhirnya” kolaborasi istimewa bersama Innuendo.

“Memori” tampil solid sebagai sebuah album Pop R&B yang cukup kemas penerbitannya. Dengan nama-nama besar lapangan muzik R&B Pop seperti Ahmad Izham Omar, Kenny Tay, Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Mac Chew dan sebuah balada Adnan Abu Hassan menghasilkan sebuah album Pop yang cukup ramuannya.

Camelia menerusi “Memori” menajamkan skil nyanyiannya yang cukup tersendiri dan saya kira sehingga hari ini belum ada keunikan yang sebegini terhasil. Album ini dibuka dengan balada “Pisah” yang meneruskan esen muzik album perdananya.

Namun pendengaran saya sudah tentu saja teralih pada remake “Suratan Atau Kebetulan” yang cukup disusun cukup original Ahmad Izham Omar bersama Illegal. Versi ini saya kira antara remake terbaik dalam sejarah rakaman ulang tempatan.

“Akhirnya” merupakan anthem album ini yang perancangan awalnya sebuah kolaborasi Camelia bersama Sheila Majid namun menggantikan Innuendo ternyata bukan sebuah keputusan yang salah. Single ini cukup asli penciptaannya dan sehingga hari ini saya kira belum ada mana-mana ballad pada feel R&B yang sebaik ini. Dan tidak salah juga saya sifatkan ini sebagai sebuah kolaborasi genius daripada penghasilan melodi Ahmad Izham bersama Kenny Tay dan Pot, lirik Riza Kamaruzzaman sehinggalah gabungan vokal harmoni Camelia dan Innuendo.

Beberapa trak groove dalam album ini seperti Janjiku (Kenny Tay), Insan Di Kota (Azlan Abu Hassan), Hidupku Masih Bererti (Lady D) dan Erti Kehiudpan (Odie Agam) melengkapkan “Memori” sebagai sebuah journey muzik yang cukup baik. “Hidupku Masih Bererti” saya kira meletakkan standard album ini lebih tinggi lagi. Sedikir trivia, lagu ini asalnya dicipta untuk Sheila Majid naum ditolak pihak pengurusan.

Dan sekali lagi Azlan Abu Hassan membuat saya melayang dengan “Ku Izinkan Kasih” big ballad yang menyerlahkan merdunya vokal Camelia sebagai penyanyi wanita tempatan yang akan sentiasa diingati.

Album ini tampil sebagai sebuah produk muzik yang saya kira cukup membuatkan muzik tempatan berada di satu tahap yang cukup baik sebelum kita semakin larut kembali menikmati Balada mendayu Saari Amri dan Eddie Hamid seperti sekarang.

Entah jika ada atau tidak agaknya, naskhah hebat seperti Memori, dua album awal Anuar Zain, Liza Aziz, Innuendo dan Dayang Nurfaizah mampu kembali memikat pendengaran tempatan. Jika tidak saya kira, album-album ini sudah mampu menjadi harta berharga pasaran muzik Malaysia.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

20 Tahun Innuendo – Warisan Legasi R&B Yang Tertinggal

Terkini,

Persembahan Kelas Satu Dennis Lau & Friends

Berlangsung hujung minggu lalu dengan cukup grandeur sebuah persembahan konsert violinist tempatan Dennis Lau bersama beberapa artis jemputan seperti Aisyah Aziz, Namawee dan beberapa lagi artis jemputan.

Konsert yang diberi nama The Chosen One ini merupakan kolaborasi istimewa Dennis Lau bersama Teach For Malaysia (TFM) yang melatih empat pelajar TFM dalam satu sesi mentoring khas untuk konsert ini bersama seorang lagi upcoming artiste bernama Farah Dolhadi.

“Enam bulan yang lalu memberi satu perjalanan penuh inspirasi buat saya bersama empat pelajar ini melihat mereka transform dan menjadi lebih baik setelah dilatih. Terlalu banyak potensi dalam diri pelajar-pelajar ini dan saya berbangga untuk terlibat dalam program “Give Back” ini.” Menurut Dennis.

Konsert yang berlangsung di Mega Star Arena at Viva ini menyaksikan kehadiran penonton yang dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu karya cipta Dennis seperti Mahkota (Nyanyian asal Syafinaz) sehinggalah kolaborasi terbarunya bersama Aisyah Aziz menerusi lagu Abadi Kita yang baru diedarkan minggu lalu.

 

Review, Terkini,

#Review Marcell – This Is Not Jazz

Marcell dalam pasaran muzik perdana nusantara sudah menjadi satu nama yang sudah cukup kukuh. Rangkaian lagu popularnya dari Semusim, Takkan Terganti, Firasat, Mendendam dan Peri Cintaku sudah menjadi anthem karier muziknya.

Melewati portfolionya dalam bermuzik, Marcell tidak terhenti untuk digelar soloist Balada handalan. Masakan tidak jika dilihat barisan hitsnya semuanya sebuah pelayaran perasaan yang cukup membuat penggemarnya melayang.

Marcell di sini tidak ubah seperti Anuar Zain yang kita sentiasa mahu dan rindukan alunan merdunya yang sentiasa diraikan. Tahun 2013 dia muncul kali terkahir dengan album penuh rakaman semula lagu-lagu popular Indonesia berjudul “Platinum Playlist” sebagai penghargaan karyawan seberang.

Setelah itu Marcell berjalan perlahan dalam memasarkan lagu-lagu baru namun masih aktif dalam persembahan pentas dan beberapa single kolaborasi antaranya bersama Andien menerusi single “Sempurnalah Cinta” selain sibuk sebagai drummer kugiran progresif rocknya.

Tahun lalu, satu kejutan manis Marcell merakam semula hits kugiran Search berjudul Rozana dalam satu pengalaman muzik berbeza. Susunan muzik Jazz dikemaskan cukup menambat pendengaran dengan alunan merdu Marcell.

Setelah itu dia kembali merilis sebuah lagi lagu rakaman semula berjudul “Putri Remaja” nyanyian asal Jasni yang turut pernah dirakan Salleh Yakob di lewat 80-an. Putri Remaja sekali lagi tampil dengan penuh kekaguman menerusi susunan muzik big band.

Dengan hadirnya dua single tersebut maka Marcell mengumumkan sebuah projek dinamakan “This Is Not Jazz” yang turut menjadi judul album keenamnya sepanjang berkarier yang menampilkan 9 lagu rakaman semula lagu-lagu nusantara dan antarabangsa.

“Jangan Pernah Berubah” yang pernah menjadi single album perdananya antara yang hadir dalam susunan muzik yang cukup mengkhayalkan selain “Semusim” yang tampil lebih upbeat dan quirky langsung berbeza dengan arrangement asal Tohpati.

Irsa Destiwi yang bertindak sebagai Pengarah Muzik album ini memberi satu suntikan kematangan dalam karier muzik Marcell yang bunyinya lebih mahal dan eksklusif. Saat ini saya kira marcell tidak membikin album ini untuk pasaran massa tetapi lebih terarah mengembangkan kraf muziknya.

Cuma saya kira album ini akan lebih menarik jika Marcell menggubah semula semua lagu-lagu yang pernah dirakam berbanding memilih lagu penyanyi barat seperti The Weeknd dan Coldplay contohnya.

Bukan apa terlalu banyak sebenarnya lagu-lagu lamanya yang cukup bagus tapi kurang diketengahkan namun mampu diberi lebih warna dalam Jazz. Melati, Hidup, Temani Diriku, Semua Yang Terlambat dan Aku Rindu antaranya.

6/10

 

Highlight, Review, Terkini,

Dayang Kembali Penuh Groove Dalam Single “Sebentar”

Kali terakhir muncul dengan album penuh berjudul “Sayang & Cahaya” Dayang tampil dengan penuh groove dalam feel Urban Pop dan R&B yang rata-rata lagunya ditulis Omar K bersama beberapa komposer lain. Setelah itu muzik Dayang bergerak atas landasan demand pasaran yang sentiasa dahagakan Balada.

Bermula journey Balada Dayang dengan “Di Pintu Syurga” membuka ruang buatnya memikat pendengar baru. Balada karya Tam itu diteruskan dalam beberapa siri lagu popular lainnya seperti Tak Pernah Menyerah, Lelaki Teragung, Separuh Matiku Bercinta. Bersama Hael Husaini dan Ezra Kong Dayang tampil dalam dua Pop Balada yang lebih moden menerusi single Dia dan Haram.

Lima tahun dengan enam single carta teratas ternyata sebuah kejayaan luar biasa yang buat seseorang penyanyi.

Meneruskan kelangsungan kehebatan seorang Dayang, di tahun 2019 Dayang kembali penh groove dalam single “Sebentar” yang beredar hari ini, 28 Jum 2019. Lagu yang dihasilkan secara kolaboratif Faizal Tahir, Mike Chan dan Mage ini mengembalikan the old vibes Dayang yang kita rindu.

“Sebentar” tampil sempurna sebagai sebuah naskhah Pop segar yang dirindukan penggemar Dayang khususnya. Meneruskan kembali feel good Pop Inginku Miliki, Dayang Sayang Kamu, Rahsia Cinta dan Nada. This one is definitely one of the best this year!

7.5/10


Dayang Nurfaizah (2017)

 

Highlight, Terkini,

Kolaborasi Tak Diduga Ezad & Zamani Menerusi “Lima Aksara”

Kelibat Ezad dan Zamani setelah fasa Gegar Vaganza memberi laluan buat dua nama ini kembali memikat penggemar mereka. Ezad cemerlang dalam single “Demi Cinta” yang beredar 2016 yang sudah siap distrim sehingga 4.1 Juta sehingga  artikel ini ditulis.

Sempat ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik 31 walaubagaimanapun Ezad tewas ke final dengan beberapa lagu lagi yang ermm sifatnya seperti “Ku Rela Dibenci” antaranya. Namun menidakkan bagusnya lagu tersebut sebagai Balada bunuh diri yang kemas rasanya tidak.

Zamani awal tahun ini tampil dengan single karya Faizal Tahir, Karim Karam, Mage, Mike Chan dan Romeo (Fuhh…) berjudul “Aduh” seperti struggle memikat pendengaran tempatan kecuali adik – abangnya sahajalah. Tapi melodinya cukup segar untuk seorang Zamani.

Meneruskan kelangsungan karier bermuzik dua figura Pop ini, Broadway Entertainment (Boon Tan) mengukir ilham kolaborasi Ezad – Zamani dalam naskhah terbaru berjudul “Lima Aksara” yang dicipta oleh Mulah dan lirik Fedtri Yahya.

Mengemaskan Pop tulisan komposer wanita bernama Mulah ini, Sharon Paul diberi kepercayaan untuk membuat susunan muzik dengan produksi lagu yang dikepalai Aziz Bakar sebagai produser eksekutif projek istimewa ini.

“Lima Aksara” akan beredar esok, 28 Jun 2019 di semua gedung muzik digital.

Highlight, Terkini,

Aisyah Aziz Tampil Kolaborasi Romantis Bersama Dennis Lau Menerusi Lagu “Abadi Kita”

Sempat melahirkan hits “Bila Entah” awal tahun ini karya cipta Hael Husaini dan Mike Chan, Aisyah Aziz tampil sekali dengan single keduanya buat tahun ini berjudul “Abadi Kita” yang beredar 21 Jun lalu di semua gedung muzik digital.

Lagu yang tampil dengan nuansa romantis balada ini meneruskan lagi komposisi Dennis Lau yang sebelum ini banyak bekerja dengan vokalis handalan seperti Syafinaz, Ning Baizura dan Atilia Haron.

Puitis lirik “Abadi Kita” ditulis indah penulis Tesh RS yang sebelum ini menulis indah Ingin Bersamamu (Syafinaz), Inspirasi Abadi (Ayu) dan beberapa lagu lainnya.