
Yuna kembali cukup promising dengan “Forevermore” setelah kejayaan luar biasa “Crush” yang membawa namanya seperingkat lagi ke legasi muzik antarabangsa. Menerusi “Forevermore” Yuna membawa akar budaya Melayu dalam syair yang dimodenkan dalam sebuah persembahan Pop yang cukup baik eksperimentasinya.
Setelah itu dia meneruskan keterujaan dalam menikmati “Rouge” menerusi single bersama G-Easy berjudul “Blank Marquee” yang tampil lebih groove dan mempersona sebelum tampil album penuhnya yang beredar 12 Julai lalu.
Mendekati pasaran muzik Yuna menerusi beberapa album antarabangsanya sebelum ini seperti “Nocturnal” dan “Chapters” kematangan Yuna dalam bermuzik semakin terlihat menerusi “Rouge” yang berisi 11 trak yang cukup moden namun masih mengekalkan sisi angelic dalam penyampaian vokalnya.
Lagu seperti “Amy” contohnya saya kira mampu menjadi anthem album ini yang akan mudah disenangi pendengar. Cukup ramuan “Yuna” dalam rencah rasa perasaan dan melodinya. “Forget About You” juga begitu senang sekali untuk dinikmati dalam persembahan muzik Yuna yang mengingatkan saya dalam beberapa lagu Sade di album “Soldier of Love”.

yuna di hari pelancaran “rouge”
Yuna tidak melupakan elemen “fun” dalam muziknya. Lagu seperti “Likes” tampil dalam cerita cukup personal. Bait “Oh, who she is, oh she Muslim, why she singing on stage, she showing her neck in public, I dont like it. Does not make sense to me” . Batas persoalan netizen buatnya saya kira yang sering mengkritik penampilannya.
“Teenage Heartbreak” antara personal favorite saya. Catchy korus dengan groove Yuna yang begitu menyenangkan. “Does She” menampilkan Jay Park tampil kembali Pop dan pendengaran saya teralih 360 darjah dengan lagu terakhir di album ini menerusi “Tiada Akhir” yang cukup melodious.
Saya begitu terbuai dengan segala emosi dan perasaan yang Yuna persembahkan dalam lagu ini. Tidak salah saya katakan “Tiada Akhir” merupakan lagu dengan persembahan vokal terbaik Yuna sepanjang dia bermuzik.
Lagu-lagu balada begini saya kira sebagai hadiah istimewa buat penggemarnya di Malaysia yang merindukan “Penakut” dan “Cinta Sempurna”. Tiada Akhir saya kira menutup album ini sebagai the perfect lullaby untuk hari yang meresahkan.