#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Sebuah Kesyahduan, Resah dan Sepi “Sudirman” Menerusi 10 Balada Terbaik Yang Pernah Dirakam

Allahyarham Sudirman Hj Arshad sebuah nama gemilang pasaran Pop tempatan di era 70-an sehingga 90-an sudah memberi kita nilai hiburan yang cukup tinggi buat kita sebagai pendengar nikmatinya.

Lebih 10 buah album penuh telah dihasilkan dengan puluhan hits malar segar melangkaui zaman dan generasi , Sudirman menjadi nama yang akan abadi terukir sebagai khazanah berharga muzik Malaysia.

Minggu ini menerusi ruangan Retrospektif Muzik, kami membawakan rangkaian Balada terbaik yang pernah dirakam sepanjang hayat Allahyarham Sudirman bergelar anak seni.

Lagu: Antara Hujan & Airmata (1989)
Komposer / Lirik: M.Nasir / Sudirman
Album: Asia’s No.1 Performer

Komposisi M.Nasir ini saya letakkan sebagai Balada terbaik yang dirakam Sudirman. Kraf lagu ini sangat berbeza dengan apa yang sering dia rakamkan di awal era 80-an dan penghujung 70-an menerusi karya Ahmad Nawab dan Manan Ngah terutamanya. Unsur slow rock di lagu ini memberi rencah baru dalam istilah muzik Sudirman.

Lagu: Terasing (1984)
Komposer / Lirik: Manan Ngah / Habsah Hassan
Album: Orang Baru

Lirik Habsah Hassan menyatu cukup baik dalam syahdu melodi yang dicipta Manan Ngah ini. “Sebuah kematian yang tiada bernisan” – Menjadi perlambangan yang ditulis menggambar sebuah rasa kecewa yang paling dalam saya kira. “Terasing” terhasil sebagai lagu yang paling beremosi tetapi tidak terlalu terasa memaksa untk buat kita rasakan kesedihan itu.

Lagu: Gugur Di Tangkai Madu (1978)
Komposer / Lirik: Ahmad Nawab / Ernie
Album: Aku Penghiburmu

Lagu ini begitu kuat esen melodi Ahmad Nawab di dalamnya. Saya sukakan kemasan string di lagu ini yang menjadi signature dalam penghasilan Balada Ahmad Nawab. Perasaan seperti terbawa-bawa dengan feel Sudirman di lagu ini dan ketika di bahagian hujung vokal latar wanita melatari lagu ini seperti memberi jawapan pada segala kesedihan.

Lagu: Hilang Tak Berganti (1984)
Komposer / Lirik: A.Murad Hamid
Album: Lagu Dari Sebuah Bilik Tidur

Elemen dramatik membuka lagu ini memberi mood yang sangat pilu. Petikan piano di awal lagu ini siap untuk membuat kita meruntun jiwa dengan melodi lagu ini. Seperti biasa persembahan vokal Sudirman cukup mentafsir teks lirik yang ditulis. Lagu bercerita tentang perpisahan ini memiliki standard teks Balada biasa yang ada di era 80-an. Cukup klasik dan timeless.

Lagu: Jauh di Sudut Hati (1986)
Komposer / Lirik: Othman Mohamad / Habsah Hassan
Album: Orang Kampung

“Jauh di Sudut Hati” bergerak sebagai sebuah Balada tipikal 80-an yang mendayu seperti kebanyakan Balada lain milik Sudirman. Kelebihan lagu ini sekali lagi bagi saya adalah pada penulisan lirik Habsah Hassan yang sangat kemas dalam sebuah pelayaran cinta yang amat tulus. Saya sukakan bait korusnya “Jauh di sudut hati, aku masih bermimpi. Mimpi yang indah, esok kau kembali”. Tentang sebuah pengharapan dalam ketidakpastian.

Lagu: Hanya Bagai Mimpi (1980)
Komposer / Lirik: Malik Hj Ahmad / Habsah Hassan
Album: Anak Muda

Hampir keseluruhan lagu ini dikemaskan dengan tiupan horn yang melatari penghasilan melodi yang dicipta. Berselang-seli dengan perembahan lembut Sudirman, lagu ini menghasilkan sebuah perasaan sayu yang dengan latar muzik yang cukup lively sekali. Ini antara personal favorite saya daripada seniman ini.

Lagu: Hujan (1980)
Komposer / Lirik: Syed Haron Ahmad
Album: Lagu Anak Desa 

“Hujan” terhasil sebagai melodi paling melankolis yang tercipta sepanjang sejarah muzik tempatan. Penghasilan melodinya cukup hebat sekali dibantu penulisan lirik dalam sebuah perlambangan yang membentuk hujan sebagai sebuah falsafah yang cukup menarik sekali. “Kau datang dan kau pergi jua, Rindu lagi.

Lagu: Merisik Khabar (1986)
Komposer / Lirik: Manan Ngah / Habsah Hassan
Album: Kul It

Sebuah lagi melodi dan lirik yang cukup grand daripada Habsah Hassan dan Manan Ngah. Jalan cerita yang ditulis Habsah Hassan cukup lengkap merungkai erti resah – “Terkapar-kapar aku kelemasan.” , “Mengapa aku jadi tidak menentu keranamu.” Ditulis cukup pengisian menterjermah perasaan gelisah itu. Korus lagu ini killer utama lagu ini dalam melontarkan segala kegelisahan yang ada dalam isi cerita lagu ini.

Lagu: Nilai Cintamu (1980)
Komposer / Lirik: Sudirman
Album: Anak Muda

Saya berkira-kira memilih antara “Pelangi Petang” atau “Nilai Cintamu” – Ternyata Nilai Cintamu lebih original sekali penghasilan melodinya yang ditulis sendiri oleh Sudirman sepenuhnya. Dengan sentuhan kemasan muzik S.Atan lagu ini bergerak sebagai sebuah naskhah Balada yang cukup membuai rasa rindu yang ada. 

Lagu: Suratku Yang Ini (1976)
Komposer / Lirik: Dinosman / Habsah Hassan
Album: Teriring Doa

Lagu ini dibuka dengan monolog panjang sebelum Sudirman mengalunkan korus lagu ini yang disambung kembali dengan monolog suara wanita yang saya kira cukup unik sekali penghasilannya. Antara naskhah yang cukup rare sekali dimuatkan dalam EP perdana Sudirman berjudul “Teriring Doa”.


ARTIKEL BERKAITAN

Alleycats – Sebuah Wajah Muzik Pop Kontemporari Malaysia

Highlight, Review, Terkini,

Satira Pencarian Diri “Satwo” Menerusi “Gelap”

Lagu: Gelap
Artis: Satwo
Komposer / Lirik: Satwo

Gerakan muzik indie tempatan bernyawa dengan adanya kesungguhan anak-anak muda ini yang terus mahu berkarya dengan cara tersendiri tanpa terikat dengan ilham Pop semasa. Setahun dua kebelakangan ini ada beberapa nama yang menarik perhatian saya secara peribadi iaitu Sang Rawi dan Countrywolves yang mengendong ilham Folk yang menyenangkan.

Kugiran Satwo antara yang awal menarik perhatian saya ketika mereka menyanyi ulang secara langsung lagu “Kenangan Lalu” nyanyian asal Flybaits dengan corak bermuzik mereka yang cukup tersendiri tanpa mengubah konteks asal lagu malar segar itu dengan terlalu bereksperimen dengan hal yang tidak perlu.

Meneruskan perjalanan bermuzik mereka, Satwo muncul dengan single “Gelap” karya ciptaan mereka sendiri yang hadir dalam ilham Indie Folk yang sekali dengar sudah membawa saya jauh membayangkan sebuah perjalanan panjang melewati road trip yang entahkan bila lagi akan ada kesempatan.

Lagu ini terhasil cukup santai dengan penulisan lirik yang sangat cemerlang menurut saya. Pemilihan kata-kata dalam liriknya sangat cantik dalam menzahirkan cerita “Gelap” itu sendiri.

Membawa isi cerita tentang kehidupan silam yang menghantui diri manusia dalam bayang-bayang gelap yang mengejar tanpa tahu apa realitinya. Hal-hal ini jelas dalam bait “Kumencari suara dalam terang dan gelap melalui rasa.”  dan Tipu daya rekayasa, Sendiri jadi sangsi.”

“Gelap” saya kira cemerlang sebagai sebuah naskhah Indie yang seimbang nilai seni muziknya dengan nilai komersil itu sendiri. Lagu ini bukan lagu yang sukar saya kira untuk pendengar Pop seperti saya untuk menyukainya.

Cuma saya masih kabur dengan ruang keadilan untuk lagu-lagu begini dipopularkan. Peluang untuk menjadi OST TV itu hal yang hampir mustahil kerana belum ada cerita yang sesuai di TV setakat ini untuk lagu sebegini. Kecualilah kita ada 3 atau 4 lagi siri seperti “Projek Anchor SPM” yang sesuai untuk dimuatkan lagu-lagu sebegini.

But after all namanya juga indie. Popular itu mungkin sepatutnya jauh daripada visi bermuzik itu sendiri. Penggemarnya juga adalah di kalangan mereka yang terpilih, yang mahukan kesungguhan dalan muzik itu diletakkan di atas segalanya. Dan hal ini yang saya dapat dalam melewati 5 minit 25 saat manifestasi “Gelap”.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Alleycats – Sebuah Wajah Muzik Pop Kontemporari Malaysia

Highlight, Review, Terkini,

Kesinambungan Pop Ismail Izzani Menerusi Single “Contact”

Lagu: Contact
Artis: Ismail Izzani / Izhar / Quai
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Ismail Izzani / Mas Dewangga / Izhar / Quai / Shaqiel Naufal
Produser: Ismail Izzani / Firdaus Rahmat / Mas Dewangga

Ismail Izzani sejak bermuzik sekitar 2017 dengan hits “Sabar” telah memberi satu citarasa baru Pop tempatan yang terhasil lebih segar, moden dan kekinian sifatnya. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa single yang beredar detalah itu seperti “Bidadari”, “Luar Biasa” dan kolaborasi bersama Andi Bernadee menerusi “Hello”.

Kelibatnya dalam pasaran muzik tempatan sedikit sebanyak sudah membantu dalam memberi satu citarasa yang lebih baik bagi meninggikan standard Pop tempatan. Tahun lalu ketika dia menzahirkan lagu “Ada Cara” dia telah meletakkan satu lagi benchmark baru keseriusannya bermuzik.

Tampil sekali lagi bersama Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat menerusi komposisi kolaborasi yang menampilkan Izhar dan Quai ini berjudul “Contact” meneruskan kelangsungan Pop moden Ismail Izzani dalam katalog muziknya.

“Contact” terhasil sebagai sebuah produksi Pop remaja yang ringan dan menghiburkan. Komposisi lagu ini sejujurnya straight forward dan mengingatkan saya pada trak Harith Zazman seperti “Cute” dan “Tak Tahu”. It’s fun, young and current.

Sebagai sebuah kesinambungan muziknya, saya kira “Contact” hadir sebagai filler yang okey, kerana apa yang dia hadirkan dalam lagu “Ada Cara” itu lebih matang. Namun “Contact” saya letakkan sebagai lagu yang menyeimbangkan sound Ismail itu sendiri sebagai persona Pop masa kini.

6.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menyingkap Soal Rezeki, Turun “Naik” Hidup Dalam Persembahan Pop Abubakarxli & Shalma Eliana

Highlight, Review, Terkini,

Menyingkap Soal Rezeki, Turun “Naik” Hidup Dalam Persembahan Pop Abubakarxli & Shalma Eliana

Lagu: Naik
Artis: Abubakarxli / Shalma Eliana
Komposer / Lirik: Abubakarxli / Shazee / Mambang / Tilla Hanna
Produser: Shazee Ishak

Konsistensi Def Jam SEA dalam penghasilan lagu-lagu baru tempatan cukup membantu dalam meninggikan standard muzik tempatan. Karya-karya yang datang dalam haluan muzik semasa yang seiring pasaran global memberi ruang untuk pengkarya muda hari ini bergerak bebas dan kreatif.

Penghasilan Hip-Hop daripada Joe Flizzow, SonaOne, ALYPH sehingga bakat-bakat muda seperti YonnyBoii meluaskan landskap pasaran muzik tempatan di tahap yang membanggakan. Abubakarxli seorang lagi bakat muda yang mula mencuri perhatian dengan single berjudul “NiNiNi” pada tahun lalu.

Hadir dalam beberapa single lain seperti “KRU” bersama Fariz Jabba dan EP berjudul “EXACXLI” menjadi pertaruhan Abukarxli dalam mencuri keyakinan penggemar muzik Hip-Hop tempatan terhadap bakatnya. Terhasil laju dalam masa yang cukup singkat, Setahun dengan dua single dan sebuah EP itu saya kira sebuah percaturan yang cukup berani untuk seorang bakat baru.

Perjalanan bermuziknya tidak tersekat di situ, lantas menerbitkan sebuah lagi lagu baru berjudul “Naik” yang turut menghadirkan bakar baru Shalma Eliana. Bergerak dalam ilham Pop Kontemporari dan Hip-Hop, lagu ini terhasil cukup rencah sebagai naskhah yang cukup komersil untuk dipasarkan.

Catchy korus dengan fun beat di lagu ini bergerak cukup menarik sekali. Chemistry Abubakarxli dan Shalma hadir dalam attitude bermuzik yang cukup baik. Persembahan Pop kedua mereka cukup santai dan menghiburkan seiring penulisan lirik yang kemas dalam gaya bahasa yang mudah.

“Waktu senang kawan call, Waktu susah kawan gone” – frasa muda-mudi dalam gambaran gaya hidup hari ini. Sebelum meneruskan motivasi kendiri dalam bait “Ku ingin mama senang, ku ingin papa senang, ku ingin senang…”

“Naik” saya sifatkan sebagai sebuah lagu yang fun, mudah untuk kita suka dengan melodinya dan bergerak cukup current sebagai naskhah muzik semasa. Ia menjadi lebih menarik kerana pengisian lirik yang cukup relevan dengan kemelut jiwa anak muda hari ini.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kolaborasi “Jatuh Boi” YHB Sleepsalot Bersama SonaOne

Highlight, Review, Terkini,

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Ara Johari, Megat Rahim, A.Nayaka, Sezairi & Marsha Milan

Minggu ini di “Sepekan Muzik” kami membwakan rangkaian lagu-lagu baru daripada bintang popular seperti Naqiu, Ara Johari, A.Nayaka, Megat Rahim, Marsha Milan juga bakat seberang Sezairi.

Lagu: Tetap Aku Cinta
Artis: Ara Johari
Komposer / Lirik: Amy Bong / Furhan
Produser: Amy Bong / MFMF.
Verdik: 3.4/10

Penghasilan lagu ini diselamatkan kemasan muzik MFMF. sebetulnya, sebab kalau semata-mata mahu bergantung pada melodi lagu yang lembik dan vokal emotionless Ara tu saya kira this is a skip one. Pekikan Ara di tengah lagu sangat melemaskan tak ada emosi yang bersulam hanya sekar begitu-begitu sahaja.

Lagu: Orang Lain
Artis: A.Nayaka / SonaOne / YHB Sleepsover
Komposer / Lirik: A.Nayaka / SonaOne / YHB Sleepsalot
Produser: SonaOne
Verdik: 8.4/10

Kolaborasi rapper 3 negara ini hadir sebagai sebuah trak Hip-Hop yang sangat cemerlang penghasilannya. Hadir dalam hook yang cukup memikat tanpa perlu terlalu bereksperimen dengan sound yang  bermacam-macam. “Orang Lain” saya kira antara lagu yang paling “pop” persembahan A.Nayaka berbanding apa yang sudah dia hidangkan sebelum ini terutama di album debut “Cadence Blue”. Perjalanan bersama Def Jam SEA saya kira meluaskan skop muzik Hip-Hop A.Nayaka ke arah yang lebih dekat dengan pendengar muzik semasa.

Lagu: Blue
Artis: Sezairi / msftz
Komposer / Lirik: Sezairi / msftz
Produser: Sezairi / Potatohead People
Verdik: 8.8/10

Sebuah persembahan Urban Pop yang cukup menarik persembahan Sezairi bersama msftz. Kraf lagu ini bergerak dalam tempo kontemporari R&B yang diakhiri dengan feel Jazz menerusi petikan piano yang hadir menyempurnakan teks lagu ini. Sezairi semakin matang dalam menyusun agenda bermuziknya. “Blue” menjadi bukti how he evolves sebagai pemuzik yang baik.

Lagu: Cinta
Artis: Marsha
Komposer / Lirik: Hang Nadim / Bunga Cantik
Verdik: 4/10

“Cinta” bergerak dalam konteks Balada yang diberi semangat lebih moden dalam kemasan muziknya. Melodi lagu ini bagi saya kurang daya pemikat yang boleh mengikat pendengar dengan sekali pendengaran. Maybe tiga empat kali dengar rohnya akan masuk perlahan. Korus lagu ini bagus cuma saya terganggu dengan persembahan vokal Marsha yang terlalu memekik. Kalau dia chill sikit dan alurkan sahaja emosi dengan lebih terkawal itu lebih baik.

Lagu: Kuasa Dua
Artis: Megat Rahim
Komposer / Lirik: Shazee / Omar K / Audi Mok / Firdaus Rahmat
Verdik: 6.8/10

Vokal Megat semakin matang dan sedap. Seawal dia membuka lagu di bait awal lagu ini, Megat buat saya rasa seronok untuk layan Pop begini yang nyata serasi dengan vokalnya. “Kuasa Dua” sebuah naskhah yang kemas, catchy dan current. Potensi Megat untuk bergerak sebagai Pop star itu saya kira sudah ada jika dia konsisten bermuzik dengan produser muzik yang betul seperti mana yang dilakukan menerusi single ini.

Lagu: Rindu Separuh Nyawa
Artis: Naqiu / Vanessa Reynauld
Komposer / Lirik: Wit & Mohsen / Naqiu / Siti Rosmizah
Verdik: 1/10

Dua penyanyi yang sangat berbakat namun stuck dengan tawaran lagu-lagu Balada  OST. Saya terus terang tak enjoy langsung tengok talent yang hebat begini kena nyanyi lagu macam ni. They both are bigger and better this song, kenapalah kena bagi lagu sebegini? Jiwa kedua-dua mereka sangat besar sifatnya and this song just dont do justice for both of them. Semoga pihak pengurusan lebih peka dan bijak dengan talent yang ada pada bakat sebegini.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Sebuah Sudut Pandang Lagu-Lagu Pasaran Pop Semasa

#RetrospektifMuzik, Terkini,

“Siti Fairuz” Dalam Sebuah Perjalanan Singkat Pasaran Pop Melayu 

Untuk muncul di era yang mana kebangkitan penyanyi wanita solo berbakat tinggi itu terlalu ramai satu cabaran besar saya kira. Bagaimana untuk menonjol ke depan dan mencari satu formula supaya lebih menyerlah dan yang paling penting untuk memiliki hayat yang panjang dalam karier itu satu cabaran.

Dan hal ini yang sangat banyak terjadi di era 80-an dan 90-an di mana terlalu banyak bakat-bakat vokal yang cukup bagus sehingga ramai yang kecundang untuk bertahan lama bukan kerana tiada bakat tetapi persaingan bakat itu terlalu competitive. Hanya yang benar-benar hebat sahaja akan terus diangkat.

Nama Siti Fairuz muncul di saat Sharifah Aini masih aktif menyanyi, Azlina Aziz dan Francesca Peters memuncak dan perhatian teralih pada kemunculan Ramlah Ram yang menjadi permata baru muzik Pop Melayu di pertengahan 80-an. Dan cabaran besarnya buat Siti Fairuz adalah untuk kekal dalam radar popular.

Sempat menghasilkan 3 album keseluruhan, Wajah Cinta” (1985), Bila Rindu Ku Sebut Namamu” (1987) dan Penantian Belum Berakhir” (1988) dengan kerjasama Nawab Production yang ketika itu juga sedang sanagt sibuk memasarkan muzik Ramlah Ram pastinya.

Siti Fairuz sempat mencuri perhatian dengan single “Usah Bertanya Lagi” (Ahmad Nawab / Habsah Hassan) yang dipetik daripada album perdananya “Wajah Cinta” yang turut berjaya ke final Juara Lagu 1986. Kraf lagu ini cukup kuat standard Pop Melayu Ahmad Nawab sebetulnya yang banyak dicipta buat Sharifah Aini.

Namun ketersendirian Siti Fairuz menzahirkan lagu ini dengan julat vokal lantangnya itu akan terus diingati kemerduannya. Sekalipun sedikit sebanyak juga mengingatkan saya pada corak nyanyian Azlina Aziz yang ketika itu sudah pun memiliki banyak hits.

“Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu” (Ahmad Nawab / Juwie) meneruskan populariti sementara Siti Fairuz sebelum dia muncul dengan album terakhir pada tahun 1988 yang sekali gus menokhtahkan perjalanan muziknya ketika itu. Dan membuktikan sekali kebolehan dan popularitinya lagu ini sekali lagi membawa Siti Faiurz ke pentas Juara Lagu 1988 dengan kemunculan berhijabnya.

Perjalanan singkat Siti Fairuz dalam persada muzik tempatan saya kira sudah pasti atas faktor peralihan fasa hidup sebagai wanita juga. Perkahwinan memperlahankan lantas menghentikan perjalanan bermuziknya namun impaknya masih ada sehingga hari ini. Lagu-lagu popularnya masih diputarkan dan diingati.

Siti Fairuz satu antara penyanyi wanita 80-an lain yang terkandas dalam meneruskan perjalanan muzik mereka. Nama-nama seperti Noorshila Amin, Darwina, Liyana, Noreen Noor dan lainnya yang hilang dari radar pasaran Pop Melayu setelah hanya beredar dengan beberapa album.


ARTIKEL BERKAITAN

“Aku Dan Dia” Sebuah Pengenalan , Kenangan & Hits Malar Segar Erra Fazira

Highlight, Review, Terkini,

Nukilan Pilu Tam Spider Buat Siti Nordiana Menerusi “Cukup Derita Itu”

Lagu: Cukup Derita Itu
Artis: Siti Nordiana
Komposer / Lirik: Tam Spider / Siti Rosmizah

Siti Nordiana bergelar persona Balada sejak awal memunculkan diri di persada muzik tempatan dengan debut hits “Cinta Hanya Sandaran” pada tahun 1999 cukup selesa dengan jaluran muzik ini tanpa masih belum mahu menghentikan langkah bermuziknya.

Sudah banyak bekerjasama dengan nama-nama besar tempatan seperti Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY di awal karier bermuzik bersama FMC. Nana terus bernafas dengan rencana barunya setelah fasa Gegar Vaganza dengan menghasilkan lagu-lagu sendiri sebagai kesinambungan karier.

Maka terhasil sudah hits seperti “Terus Mencintai”, “Hatiku Milikmu” dan “Satukan Rasa” yang meletakkan nama Nana dalam radar popular sehingga hari ini.

Setelah tahun lalu menghadirkan single “Angkara” bersama Sharon Paul, Nana menerbitkan dua projek istimewa bersama Nubhan dengan penghasilan lagu “Sekali Lagi” dan yang terkini bersama Ustaz Sharizan menerusi album kerohanian “Hasbi Rabbi”.

Tanpa mahu terus menghampakan penggemarnya, Nana muncul dengan sebuah lagi Balada berjudul “Cukup Derita Itu” yang melatari drama bersiri yang mengambil tajuk serupa.

Bekerjasama dengan komposer berpengalaman Tam Spider (Di Pintu Syurga), Nana sekali lagi mengalirkan emosinya dengan cukup baik menerusi lagu ini.

Lagu ini seperti biasa saya kira terhasil mengikut acuan biasa Balada OST yang sebetulnya tidaklah hadir dengan formula baru Balada yang baru. Namun syahdu dan rayunya itu menarik kerana persembahan vokal sederhana Nana.

Hal yang jelas dalam nyanyian Nana saya kira adalah dia bukan penyanyi yang suka berteriak. Nada tingginya cukup terkawal, dibaluti emosi yang sepatutnya. Dan hal-hal ini juga anda dapat dalam nyanyiannya dalam lagu-lagu sebelum ini.

“Cukup Derita Ini” jika dipandang dari sudut pengisian runut bunyi drama saya kira ia masih okey dan acceptable. Namun untuk perkembangan karier Nana sejujurnya ia terlalu biasa. “Angkara” saya letakkan setakat ini masih menjadi Balada terbaik yang pernah Nana rakamkan sepanjang kariernya.

5.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Aina Abdul Membaluti Jiwa Rawan Dalam Kesayuan “Sepi”

 

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi “Jatuh Boi” YHB Sleepsalot Bersama SonaOne

Lagu: Jatuh Boi
Artis: YHB Sleepsalot / SonaOne
Komposer / Lirik: FlightSch / RIIDEM / SonaOne / YHB Sleepsalot
Produser: RIIDEM / FlightSch

YHB Sleepsalot, rapper muda berasal kota Singapura bergerak secara sendiri sejak 2019 dengan beberapa lagu yang dirilis awal seperti “Terminal” dan “Blow Up” sebelum mencuri perhatian Def Jam SEA.

Bersama SonaOne, YBH Sleepsalot menghadirkan single “Jatuh Boi” yang baru beredar 11 Jun lalu sebagai pertaruhan perdana bagi mencuri perhatian pasaran muzik yang lebih luas ke Malaysia juga Indonesia pastinya.

“Jatuh Boi” terhasil cukup catchy dengan mengangkat isi cerita yang mudah diasosiasikan dengan persekitaran anak mudah hari ini khususnya –  tentang struggle, failure dan buat sampai jadi. (Isu yang cukup banyak menjadi pengisian lagu-lagu Hip-Hop).

Killer pada lagu ini tentu saja pada korusnya yang datang dengan  hook yang memikat dan bait lirik yang cukup mudah diingat “Aku bangun takkan jatuh boy, amaran ku..”  disulami beat yang melengkapkan melodi asas lagu ini menjadi lebih current.

Lagu ini antara rilis Def Jam SEA yang cukup menarik untuk didengari dan amati. Penulisan lirik lagu ini agak sarat persoalan sosial saat YBHS dan SonaOne berbicara soal dunia, akhirat, “puncak manis” dan “barang habis” yang buat saya stop, baca dan fikir banyak kali maksudnya.

Pergolakan jiwa muda dalam “Jatuh Boi” saya kira mewakili kebanyakan sudut pandang anak muda hari ini tentang kehidupan secara menyeluruh. Untuk dilihat cool, bijak atau sebenarnya hanya insecurity yang sebetulnya lead to unconscious mind atau mungkin in denial.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

“VETO” – Sebuah Gerakan Hip-Hop Yang Hadir Dalam Landskap Visi Berbeza

Terkini,

Fasa Kedua “Projek Muzik Levi’s®” Bermula

Sebuah perojek memperkasa intelektual dalam bermuzik yang diacarakan Levi’s® membuka tirai fasa kedua tahun ini. Projek inisiatif komuniti ini bergerak tahun lalu dengan memberi ruang kepada kugiran tempatan Margasatwa sebagai penerima geran menghasilkan muzik video “Yang Asli”

“Levi’s® Music Project” atau Projek Muzik Levi’s® – sebuah program muzik yang dijalankan bagi tujuan menggalakkan dan memberikan pembelajaran menerusi kolaborasi muzik dan pendidikan dalam persekitaran yang tidak memerlukan persaingan.

Menerusi inisiatif ini, Pelbagai bengkel telah dijadualkan untuk empat peserta peringkat akhir bagi memastikan peserta mempunyai kemahiran, sumber, dan pengetahuan yang akan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi dalam industri muzik.

Bengkel peningkatan kemahiran yang bakal dijalankan dalam program ini sedikit sebanyak terinspirasi daripada program seperti “Red Bull Music Academy”, “Tiny Class” oleh Yuna, dan “Ace’s Music Workshop” oleh CENDANA.

Program Fasa 2 ini merangkumi tiga topik pembangunan kerjaya berbeza iaitu “Collab is Fab” yang akan tertumpu kepada kelebihan menjayakan kerjasama kreatif.  “Connection Without Borders” yang akan memberikan peluang kepada para peserta untuk mencipta rantaian dengan ‘orang kuat’ industri dan “Content is King” yang akan mendedahkan kepentingan penjenamaan dan pemasaran menerusi landasan digital dan media sosial.

Antara speaker yang terlibat di musim kedua ini, Dato’ Sheila Majid (Penyanyi), Shri Pendakur (Wakil Levi’s), Mike Chan (Komposer), Brian Raqeem dan Joe Saiful.

Highlight, Review, Terkini,

Yura Yunita Menuai Semangat Positif Menerusi “Mulai Langkahmu”

Lagu: Mulai Langkahmu
Artis: Yura Yunita
Komposer / Lirik: Yura Yunita / Donne Maula

Kembara Pop Yura Yunita terisi dengan satu jaluran muzik yang tidak hanya memberi hiburan semata-mata namun sejak kebelakangan ini setiap penghasilan lagu-lagu barunya dia mengendong tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Single “Tenang” yang beredar awal tahun ini memberi satu pengharapan. Begitu juga dengan “Duhai Sayang” – Yura menjadi wakil suara jiwa-jiwa yang memerlukan melodi semangat seperti ini sebagai sebuah pengisian jiwa yang baik.

Hal ini juga sudah dia lakukan di lagu seperti “Merakit” dan “Harus Bahagia” yang sangat kuat semangat positivity dalam penulisan liriknya. Dan hal-hal ini membuktikan Yura datang sebagai penghibur yang sudah menggalas tanggungjawab sosial buat pendengarnya.

Terkini dia hadir dengan single “Mulai Langkahmu” yang dihasilkan bersama Donne Maula. Meneruskan groove yang ada di lagu “Hoolala” yang beredar tahun lalu, Yura sekali lagi mengajak pendengarnya untuk terus bergerak bebas dalam mengejar cita dan juga mimpi.

Hal-hal ini jelas dalam bait-bait yang ditulisnya “Ingat-ingatlah kata janji takkan menyerah, Kejar, kejar, kejar, Rasa ‘tuk yang kamu suka..” Pesan yang positif dalam lagu begini saya kira sangat tepat dibawa seiring keadaan semasa hari ini.

Yura penghibur yang bijak, dia tahu cara terbaik memasarkan muziknya dengan berkelas. Bukan dengan cara murah untuk memviralkan lagunya tetapi dengan rencana yang lebih kemas dan membuat pengikutnya juga mahu turut sama menerima energy positif tersebut.

Satu hal lagi yang saya suka tentang Yura adalah dia tidak menunggu lama untuk merilis lagu baru. Setelah perlahan “Tenang” dia menerbitkan “Mulai Langkahmu” ini bagi meneruskan momentum bermuziknya.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Cantika Abigail Melepas Galau Lewat Rakaman Semula “Tak Mungkin Ku Melepasmu”