
Sebuah perojek memperkasa intelektual dalam bermuzik yang diacarakan Levi’s® membuka tirai fasa kedua tahun ini. Projek inisiatif komuniti ini bergerak tahun lalu dengan memberi ruang kepada kugiran tempatan Margasatwa sebagai penerima geran menghasilkan muzik video “Yang Asli”
“Levi’s® Music Project” atau Projek Muzik Levi’s® – sebuah program muzik yang dijalankan bagi tujuan menggalakkan dan memberikan pembelajaran menerusi kolaborasi muzik dan pendidikan dalam persekitaran yang tidak memerlukan persaingan.
Menerusi inisiatif ini, Pelbagai bengkel telah dijadualkan untuk empat peserta peringkat akhir bagi memastikan peserta mempunyai kemahiran, sumber, dan pengetahuan yang akan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi dalam industri muzik.
Bengkel peningkatan kemahiran yang bakal dijalankan dalam program ini sedikit sebanyak terinspirasi daripada program seperti “Red Bull Music Academy”, “Tiny Class” oleh Yuna, dan “Ace’s Music Workshop” oleh CENDANA.
Program Fasa 2 ini merangkumi tiga topik pembangunan kerjaya berbeza iaitu “Collab is Fab” yang akan tertumpu kepada kelebihan menjayakan kerjasama kreatif. “Connection Without Borders” yang akan memberikan peluang kepada para peserta untuk mencipta rantaian dengan ‘orang kuat’ industri dan “Content is King” yang akan mendedahkan kepentingan penjenamaan dan pemasaran menerusi landasan digital dan media sosial.
Antara speaker yang terlibat di musim kedua ini, Dato’ Sheila Majid (Penyanyi), Shri Pendakur (Wakil Levi’s), Mike Chan (Komposer), Brian Raqeem dan Joe Saiful.