Highlight, Review, Terkini,

Siap Menawan Pasaran Komersial, Elvin Saragih Melepas Single “Kau Ulangi Lagi”

Lagu: Kau Ulangi Lagi
Artis: Elvan Saragih
Komposer / Lirik: Asta Andoko / Ramadhan Handyant0

Elvan Saragih mula mencuri perhatian saya ketika dia beradu nasib di pentas audition Indonesian Idol beberapa tahun lalu sebelum lagi dia memasuki pertandingan “Rising Star” dan bergelar juara di musim ketiga pertandingan nyanyian tersebut. Perjalanannya untuk bermuzik tidak mudah tetapi beriring iltizam dia akhirnya berjaya menembusi pasaran muzik komersial Indonesia.

Kualiti vokal yang dia miliki saya kira bukan lagi persoalan cuma untung nasib itu sahaja yang menentukan ke mana dia mampu pergi. Persaingan yang cukup besar di Indonesia untuk menembus pasaran lebih luas tidak mudah kerana semua sedia maklum bakat-bakat di sana bukan calang-calang hebatnya.

Kali ini bersama Warner Music Indonesia, Elvan diberi peluang untuk merilis single perdananya setelah beberapa tahun tertunda kerana menanti ruang dan masa yang tepat untuk dia bersianar. Lagu berjudul “Kau Ulangi Lagi” yang dicipta Asta andoko bersama Ramadhan Handyanto ini terhasil dalam acuan muzik yang cukup cocok dengan karakter vokalnya.

R&B yang menjadi pertaruhan di lagu ini disampaikan dengan cukup sederhana beriring feel yang tepat untuk kita enjoy dengan melodi yang tidak sukar untuk membuat kita senang menikmatinya. Cukup catchy, ringan dan moden. Elvan menyempurnakan lagu ini dengan cukup baik sekali.

Saya tidak sabar menantikan karya-karyanya di masa mendatang, yang lebih groove, moden dan santai pastinya. R&B dalam lenggok nyanyiannya itu kelebihan untuk Elvan disenangi di pasaran muzik hari ini. Dan dia juga cukup current untuk pendengar muda hari ini.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terbuai Kemerduan Suara Tiga NONA Di Single “Apa Adanya”

Highlight, Review, Terkini,

Kedewasaan ALYPH Melewati Susah, Senang & Erti Kasih Sayang Menerusi Single “SKALI LAGI”

Lagu: Skali Lagi
Artis: ALYPH
Komposer / Lirik: ALYPH
Produser: Magic Potions

Kembara muzik ALYPH bergerak cukup matang beriring usianya bermuzik. Sejak merilis “Adakah Kau Mendengar” tahun lalu, karya-karya terbarunya akan sentiasa dinantikan, diberi perhatian dan menjadi bahan rujukan saya kira buat pemuzik-pemuzik muda mengatur jejak sepertinya.

Terkini, ALYPH merilis EP 3 Lagu berjudul “III/III” dengan rangkaian lagu “Adakah Kau Mendengar” , “Show Me Colors” dan pertaruhan terbaiknya menerusi EP ini dengan judul “SKALI LAGI”. Bergerak dalam satu jaluran muzik yang cukup kuat sifat “ALPYH” di dalamnya terisi sebagai sebuah naskhah Hip-Hop yang cukup matang.

ALYPH menerusi “SKALI LAGI” berbicara dengan dirinya soal bahagia, kecewa dan susah senangnya bersama siapa yang setia dan siapa yang meninggalkan dalam transisi hidupnya. Hal-hal ini sangat jelas ditulis bait “Siapa ada, bila masa, engkau sesak? Ingat ke tak, berapa ramai, orang lesap?”  

Hasil kerja ALYPH di lagu ini saya kira terhasil cukup teliti dan sophisticated, dia bijak menyusun penciptaan melodinya dalam satu standard muzik yang bersifat tersendiri seiring apa yang ada di pasaran global. Momentum muzik di lagu ini sangat dirasai di penghujung lagu di saat koir mengiringi kemasan muziknya yang cukup dasyat penghasilannya.

Semuanya terhasil dengan cukup kemas dan berkelas sekali. ALYPH bergerak sebagai pemuzik yang tahu hala tujunya dan dia tahu bagaimana mahu merencana muziknya dengan cara yang terbaik agar ia tidak kedengaran biasa-biasa sahaja. Lagu ini tidak hanya bergerak sebagai sebuah naskhah komersil tetapi seimbang dengan estetika kerja bermuzik ALYPH sendiri.

Mendengarkan “SKALI LAGI” saya pasti ia tidak dihasilkan dengan proses yang mudah dan cepat kerana ketelitian dalam hasil kerja lagu ini sangat dapat kita rasai dan nikmati dengan penuh kepuasan. Dan saya kira itulah magis seorang ALYPH yang bekerja telus dari jiwanya tanpa perlu terburu waktu.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Gerakan Jazz Fairuz Hussein Diteruskan Menerusi Single “Antara Seribu”

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

“Untuk Pencinta Seni” Pertaruhan Perdana Mohamed M.N Sebagai Soloist Masa Depan Di Lewat 70-an

Album: Untuk Pencinta Seni
Artis: Mohamed M.N
Produser: M.Nasir
Pengarah Muzik: Ooi Eow Jin

1979 lahir seorang bakat baru yang kini bergelar biduan muzik muzik tempatan yang cukup disegani. Bergelar Mohamed M.N ketika itu, M.Nasir menggaparap album solo perdananya dengan mengikut arus muzik semasa ketika itu yang dominan dalam penghasilan melodi yang jiwa Melayunya cukup kental sekali. Maka lahirlah album berjudul “Untuk Pencinta Seni” yang diterbitkan bersama nama-nama besar industri muzik ketika itu seperti Ooi Eow Jin di Singapura.

Album yang memuatkan 12 lagu keseluruhannya berawal dengan lagu berjudul “Mari Berdangdut” (M.Nasir) yang menggabungkan irama Melayu ala Hail Amir dengan pengaruh Dangdut dengan cara M.Nasir yang terhasil cukup nusantara sekali feel nya. Memilih lagu begini sebagai pembuka sebuah album sudah jelas visinya untuk namanya dikenali lebih luas di lapangan komersial muzik tempatan.

Pasaran muzik 70-an yang rata-ratanya didominasi Ahmad Nawab menjadikan Balada sebagai lagu yang paling banyak di pasarkan ketika era tersebut. Dan bagi menuntut kehendak pasaran saya kira M.Nasir menerusi album ini menghasilkan lagu-lagu Balada dengan feel 70-an yang cukup kuat. Hal ini sangat boleh kita dengarkan dalam rangkaian lagu seperti “Kepulangan” (M.Nasir) yang di tengah lagunya bersulam monolog.

Rangkaian Balada 70-an di album ini diteruskan dengan lagu seperti “Mendung Kelabu”, “Tanti” dan “Saat Terakhir”. Sebuah lagu yang cukup menarik untuk dikupas dalam album ini bagi adalah “Pelukis” yang liriknya ditulis cukup puitis dalam sebuah cerita yang sangat menarik oleh S.Amin Sahab.

Dan saya kira inilah keistimewaan album-album M.Nasir penulisan liriknya tidak diambil ringan. Sekalipun lagu rakaman semula “September Lalu” Bee Gees di album ini masih ditulis dengan baik tanpa kedengaran canggung penghasilannya.

“Joget Biduan Biasa” (M.Nasir / Ooi Eow Jin) antara  yang paling menghiburkan. Irama Joget di lagu ini dipersembahkan M.Nasir dengan cukup sederhana dalam feel Folk Pop yang ada dalam dirinya. Momentum muziknya bergerak dalam standard lagu-lagu Joget 70-an yang banyaj terhasil serupa namun identiti M.Nasir sebagai penyanyi menjadikan lagu ini cukup menyenangkan dan berbeza sekali.

Album ini terhasil dalam crossover genre yang saya pasti dihasilkan sebagai percubaan memasarkan M.Nasir dalam pasaran muzik tempatan ketika itu. Ada Balada, Joget, Folk, Disko yang semuanya disatukan dalam satu album. Semua genre ini adalah yang cukup dominan di pasaran muzik 70-an pastinya. Namun jiwa sebenar M.Nasir itu saya kira benar-benar dirasai di lagu “Pohon Sena” dan “Tanti”.

Mendengarkan kembali album ini setelah lebih 40 tahun diedarkan dan melihat di mana kedudukan M.Nasir sebagai pemuzi hari ini cukup besar sekali transisinya. Konsistensinya dalam bermuzik membuatkan dia sebagai seorang figura yang semakin matang. Dan saya kira jika dia berhenti pasti langkahnya tidak sebesar hari ini dan ya itulah kunci kejayaan, to keep doing, to keep moving.


ARTIKEL BERKAITAN

3 Dekad “Untukmu Ibu” & “Rahsia Pohon Cemara” Sebagai Anthem Pop Exist

 

Highlight, Review, Terkini,

Terpesona Dalam Feel R&B Soul Kaleb J Menerusi Single “Now I Know”

Lagu: Now I Know
Artis: Kaleb J
Komposer / Lirik: Abraham Edo / Belanegara Abe / Belanegara Abimanyu
Produser: Belanegara Abe / Abraham Edo

Journey saya di katalog digital muzik Spotify berubah alih daripada satu pemuzik ke pemuzik lainnya menemukan saya pada bakat-bakat seberang yang cukup berani bermuzik dengan cara mereka sendiri. Tanpa perlu terikat dengan idea komersial pasaran semasa semata-mata.

Dan dalam perjalanan itu pendengaran saya terhenti pada seorang bakat bergelar Kaleb J yang saya lihat angka streamingnya not bad at all biar hanya siap mengedar 2 single sahaja sejak setahun ini. Dengan jumlah pendengar lebih 1.9 Juta bulanan, how come do i missed this one?

Saat verse awal lagu “Now I Know”  bermain saya sudah siap terpesona dengan vokal Kaleb. Tone R&B yang dia miliki cukup heavy sekali yang jelas menunjukkan pengaruh muzik R&B nya bukan calang-calang. Fikiran saya terus membayangkan pesona Babyface, Brian McKnight dan Ne-Yo dalam persembahan vokalnya.

Bergerak menuju korus, Kaleb semakin membuat saya seronok melayani melodi yang sangat sedap terhasil dalam kemasan muzik R&B yang secukup rasa. Feel Kaleb sampai dan lagu ini benar-benar memberi refleksi 2000’s R&B dengan gaya yang cukup kekinian.

Terus-terang Kaleb antara bakat baru yang paling menawan pendengaran saya sepanjang tahun ini. Nyanyiannya cukup sempurna tanpa perlu melebih-lebih. Lagu ini boleh saja membuat dia jadi bermacam-macam stail nyanyiannya tetapi dinyanyikan secara bersahaja dengan perasaann yang tepat.

“Now I Know” antara lagu yang cukup bagus penghasilannya sepanjang tahun ini. Dan saya tidak sabar menantikan apa lagi yang bakal ditawarkan anak muda ini di masa mendatang.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mengintai Langit Rasa Teddy Adhitya di Single “Langit Favoritku”

Highlight, Review, Terkini,

Meneruskan Kesyahduan Dalam Lagu, Andmesh Merilis Single “Bisa Tanpamu”

Lagu: Bisa Tanpamu
Artis: Andmesh
Komposer / Lirik: Andmesh Kamaleng
Produser: Keke Kananta

Terlahir dari pentas pertandingan nyanyian, Andmesh sudah lebih awal mengumpulkan penggemarnya sebelum dia menzahirkan  single dan album penuhnya lagi. Kredibilitinya sebagai vokalis pelapis seberang yang meneruskan legasi Glenn Fredly, Marcell dan Mike Mohede antaranya sudah terbukti.

Andmesh sejak booming dengan “Cinta Luar Biasa” tidak mahu memperlahankan langkahnya bermuzik, saya kira jika dia berhenti lama di single itu sebelum merilis lagu baru boleh jadi dia akan menjadi one hit wonder sahaja. Namun pengurusannya cukup laju dan bijak untuk terus menjual bakat Andmesh dengan merilis satu demi satu lagu tanpa putus.

Awal tahun ini dia memperkenalkan single “Tiba-Tiba” dan no doubt single tersebut mendapat perhatian pendengar untuk bergerak relevan dalam pasaran muzik nusantara. Terkini tanpa mahu membuang banyak masa, Andmesh melahirkan sebuah lagi lagu berjudul “Bisa Tanpamu” yang dicipta sepenuhnya Andmesh sendiri.

Berbekal jiwa Pop yang cukup kental dengan persembahan cukup sentimental, “Bisa Tanpamu” bergerak sebagai sebuah Balada yang biasa kita dengar namun masih hadir dengan daya pemikat yang menyentuh dalam kesyahduan melodinya yang tidak berlebih-lebihan.

Kesedihannya dizahirkan dalam penulisan lirik Andmesh tidak sukar untuk pendengar muda khususnya relate. Saya senang dengan penyampaian vokal Andmesh yang sederhana tetapi datang dengan kelembutan yang cukup sampai rasa jiwanya dalam penceritaan yang tepat. Biar sekalipun ilham lagu ini tidaklah hadir dalam idea yang baru namun ia cukup ramuannya untuk bergerak sebagai Balada yang sedap didengar.

Hal ini yang saya kira membikin Balada di Indonesia lebih tastefully produced, kemasan muziknya tidak memaksa-maksa penyanyinya berlebihan rintihannya. Semua cukup dan bergerak dalam skala apa yang sepatutnya tanpa perlu over power the melody. Jadi hasilnya ternyata secukup rasa, menyenangkan dan tidak bingit.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terbuai Kemerduan Suara Tiga NONA Di Single “Apa Adanya”

 

Highlight, Review, Terkini,

Mengulik Jiwa Resah Saiful Rizal Menerusi Single “Aku Takkan Mampu”

Lagu: Aku Takkan Mampu
Artis: Saiful Rizal
Komposer / Lirik: Raja Nazrin Shah / Shana Razman

Pasaran muzik hari ini yang memiliki akses mudah untuk pemuzik juga penyanyi baru berkongsi ilham muzik mereka dengan pendengar membenarkan kebebasan bermuzik itu bergerak lebih luas. Satu demi satu nama baru diperkenalkan bergerak secara sendiri dan tak kurang yang diperkenalkan label besar.

Menyelongkar pasaran muzik indie sahaja buat saya sudah tercungap nak catch up, banyak sangat. Kalau ada yang tidak berkongsi info, banyak sebenarnya yang kami terlepas. Nama Saiful Rizal satu daripadanya yang hadir sebagai persona baru muzik yang bergerak sendiri menjual muziknya.

Menghadirkan single perdana dengan judul “Aku Takkan Mampu” anak muda ini melepaskan jiwa(ng) dan bunga kecewanya menerusi lagu karya ciptaan Raja Nazrin Shah dengan lirik tulisan Shana Razman. Siap sebagai sebuah pertaruhan Indie Ballad dengan feel Folk dalam penyampaiannya.

Seawal lagu ini dibuka saya pantas mengingatkan lagu-lagu dari album solo Noh Salleh sebelum arusnya bergerak membawa saya larut ke era muzik 80-an di mana karya-karya lagu dalam filem seperti Langit Petang, Esok Untuk Siapa yang kebanyakannya ditulis mewah Ahmad Nawab.

Dan berbicara tentang sudut mewah dalam muzik, hal itu sahaja yang saya kurang dapat daripada lagu ini. Kemasan muziknya jika beriring full string saya pasti akan menjadi besar jiwanya. Namun saya faham bergerak sendiri itu pastinya banyak kekangannya berbanding bersama big label.

“Aku Takkan Mampu” percaturan yang okey. Ada daya pemikat dan masih sedap untuk didengar. Saya enjoy dengan solo trumpet di bahagian tengah lagu ini yang sensual sekali bunyinya. Dari sudut nyanyiannya saya kira banyak ruang untuk Saiful perbaiki terutama menambah lebih sedikit rasa dalam pengucapannya yang agak dry di beberapa bahagian.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Puisi Dalam Lagu Terbaru Siso Berjudul “Alif”

Highlight, Review, Terkini,

Rentak Urban Pop CACCIA Diteruskan Menerusi Single “L.D.R”

Lagu: L.D.R
Artis: CACCIA
Komposer / Lirik: CACCIA 
Produser: CACCIA / DECEMBERKID

CACCIA nama baru dalam lapangan muzik Indonesia awal hadir dengan single perdana mereka pada tahun 2019 menerusi lagu “I Wont Let You” menzahirkan ilham muzik Urban Pop yang cukup kuat pengaruh R&B yang disulami feel Soul yang cukup promising. Namun langkah mereka lebih awal diperkenalkan menerusi single kolaborasi bersama produser DECEMBERKID menerusi single “Take Me Away” pada tahun 2018.

Setelah itu satu persatu single diperkenalkan duo ini untuk memberi kepelbagaian dalam menikmati muzik Indonesia dengan citarasa yang lebih urban dan bersifat global produksi muziknya. Awal tahun ini mereka siap merilis lagu “Let Me Confess” meneruskan kraf muzik mereka dengan single kedua tahun ini dengan judul “L.D.R”.

Lagu yang dihasilkan sendiri duo ini – Anya dan Kenny dibentuk dalam acuan muzik mereka sama seperti yang tersedia hadir dalam dua single sebelum ini. Melodinya cukup kuat menangkap pendengaran penggemar R&B khususnya. Mendengarkan lagu ini mengingatkan saya pada lagu-lagu di OST Long Vacation daripada Cagnet.

Liriknya berlegar isu yang jelas seperti di tajuknya – perhubungan jarak jauh yang terpisah jarak atau mungkin waktu. Tidak sukar mendasari alur ceritanya kerana ditulis dengan cukup jelas dan mudah gaya bahasanya.

“L.D.R” merupakan salah satu lagu yang dihasilkan bagi projek “Kompilasi Irama Kotak Suara Terbaik Vol. 1” yang akan menghadirkan 12 single baru dari 12 pemuzik yang berkolaborasi dengan produser dan label yang dianjurkan oleh team editorial Pop Hari Ini.

Mendengarkan CACCIA mengingatkan saya pada duo Soundwaves yang juga mengendong ilham muzik serupa. Jika anda boleh enjoy Soundwave saya kira tidak sukar untuk anda enjoy muzik CACCIA. Semoga akan ada single berbahasa Indonesia selepas ini daripada duo ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Terbuai Kemerduan Suara Tiga NONA Di Single “Apa Adanya”

Highlight, Review, Terkini,

Sepekan Muzik – Lagu Baru Minggu Ini: Amir Masdi, Danial Chuer, Shiha Zikir, Fieya Julia, Teman Lelaki

Lagu: Esok
Artis: Amir Masdi
Komposer / Lirik: Amir Masdi / Audi Mok / Shazee Ishak
Verdik: 6.6/10

Kembara muzik Amir bergerak semakin baik dan baik. “Esok” sebuah lagi percaturan yang sangat kemas penghasilannya. Melodi lagu ini diadun baik seiring rasa dalam penyampaian Amir di keseluruhan lagu. Dengan keyakinan yang semakin tinggi di kalangan pemgamat muzik tempatan, saya pasti lagu ini akan memberi kelebihan untuk Amir terus bersinar. Vokal Amir sangat-sangat kemas dan sedap.

Lagu: Bukan Aku
Artis: Danial Chuer
Komposer / Lirik: Amsyar / Amzar / Faraid / Marzuq
Verdik: 3/10

Sebenarnya saya agak terganggu dengan penyampaian Danial, he’s over doing his singing dari awal sampailah ke hujung. Danial ada suara yang sedap dan dia sebetulnya hanya perlu sing the melody tanpa perlu terlalu membawa perasaannya berlebih-lebihan. Keep it simple dan maknakan sahaja cerita dalam lagu kerana itu lebih dari cukup untuk kita dapat rasa nyanyiannya.

Lagu: Halusinasi
Artis: Fieya Julia
Komposer / Lirik: Fieya Julia 
Verdik: 3.8/10

Persembahan vokal Fieya semakin baik di lagu “Halusinasi” ini. Lebih tenang, kurang lenggok-lenggok yang terlalu meleweh bunyinya. Lagu ini juga saya kira Balada yang sounds better lah berbanding apa yang pernah dia hasilkan sebelum ini. Banyak ruang untuk Fieya menjadi lebih baik kalau dia benar-benar dibimbing dan perbaiki citarasa muziknya.

Lagu: Irama
Artis: Shiha Zikir
Komposer / Lirik: Iqie Hugh / John Jeeves / Firdaus Rahmat 
Verdik: 4/10

Sekali dengar lagu ini sangat intersting. Melodinya mudah, catchy dan seronok untuk kita layan. Beberapa bahagian lagu ini ada feel Dangdut yang mungkin datang dari cara nyanyian Shiha. Namun saya tidak pasti kalau lagu ini ada daya pengikat yang boleh buat kita mahu mengulang dengarnya berkali-kali.

Lagu: Melihatmu Bahagia
Artis: Yuka
Komposer / Lirik: Yuka Kharisma / Ahmad Jeffny
Verdik: 4/10

Ketepikan melodi lagu yang terlalu biasa bagi saya ini dan fokus pada nyanyian Yuka sahaja saya boleh bagi markah penuh. Nyanyian kemas, tidak berlebih-lebihan dan sebutannya sangat memaknakan lirik yang siap tertulis. Cuma, bila dah mula nak mengilai di tengah tu saya jadi kurang minat. Hal ini sama dengan apa yang ada di  lagu Aisha Retno. Kemasan muziknya seolah-olah memaksa penyanyinya berlebihan sebegitu. Balada tak perlu terlalu merintih kerana kesedihan yang ada di lagu ini saya betul-betul rasakan di bahagian awal kerana hujungnya bukan sedih more like meroyan.

Lagu: Nota Hasratku
Artis: Ahmad Adly
Komposer / Lirik: Adly Sofwan / YonnyBoii
Verdik: 6.4/10

Saya tidak pasti siapa Ahmad Adly ini namun jika mahu dinilai daripada single “Nota Hasratku” ini saya sangat impress. Penyampaiannya sederhana tetapi dibaluti rasa yang cukup. Dia menyantuni melodi lagu ini sebaiknya tanpa perlu over power the melody. Emosinya sangat dirasai bergerak menaik dan menurunnya dengan perasaan yang tepat. Very promising. 

Lagu: Tentang Siang Malam dan Romantis
Artis: Teman Lelaki / Airm / Ainina Hasnul
Komposer / Lirik: Ainina Hasnul / Aziem Rashidi / Eidi Arif
Verdik: 6.5/10

Lagu yang terhasil cukup menyenangkan. Melodinya lembut tenang membuai dengan bait-bait lirik yang ditulis cukup puitis sekali. Kolaborasi tiga nama asing dalam pasaran mainstream yang saya kira harus dibantu menembus skala pasaran muzik yang lebih luas sepatutnya. Semoga ada ruang itu untuk mereka memberi lebih warna dalam kelabunya pasaran muzik semasa hari ini.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Sissy imann, Mafidz, Ruang Hati, Awie, Farisha Iris & Siti Sarah

Highlight, Review, Terkini,

Terbuai Kemerduan Suara Tiga NONA Di Single “Apa Adanya”

Lagu: Apa Adanya
Artis: NONA
Komposer / Lirik: Glenn Fredly
Produser: Dennis Nussy / Aldisyah Latuihamallo

Nowela, Novia dan Nikita yang sudah sedia maklum bergerak secara solo berkarier dalam bidang muzik menjual ilham lagu-lagu mereka bergabung dalam sebuah naskhah R&B Ballad berjudul “Apa Adanya”. Lagu yang asalnya dinyanyikan grup vokal AB Three ini dirakam ulang dengan kemasan muzik baru.

Lagu ciptaan sepenuhnya soloist terkemuka, mendiang Glenn Fredly pada awal era 2000 awalnya sudah menjadi naskhah penting grup AB  Three untk diingati sepanjang karier muzik mereka.

Lagu ini disusun kembali adunan muziknya mengikut ilham muzik semasa tanpa menganggu karya ciptaan melodi asal yang dicipta. Senjata utama menarik kita sebagai pendengar untuk menyenangi lagu ini tentu saja kerana keharmonian vokal tiga wanita hebat ini.

Merdu dan harmoninya cukup. Disulam dengan rasa yang tepat dalam penceritaan yang ingin disampaikan, NONA saya kira memberi satu intepretasi yang cukup indah versi baru “Apa Adanya” ini. Tidak sukar untuk kita senang melayani perasaan lewat penyampaian mereka.

NONA saya kira harus bergerak aktif dalam pasaran muzik kerana kolaborasi begini begitu memberi kelebihan untuk mereka bertiga hadir cemerlang sebagai vokali yang sentiasa dihormati. Semoga akan ada lebih lagu-lagu original yang akan terhasil setelah yang satu ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Feby Putri Membuai Perasaan Lewat Single “Liar Angin”

Highlight, Review, Terkini,

Mengintai Langit Rasa Teddy Adhitya di Single “Langit Favoritku”

Lagu: Langit Favoritku
Artis: Teddy Adhitya
Komposer / Lirik: Teddy Adhitya Hamzah

Pasaran muzik Indonesia sentiasa menghadirkan bakat-bakat muzik yang berani tampil dengan ilham muzik yang lebih current, berarah pasaran global yang kadang niche tetapi terhasil dalam jiwa Indonesia yang cukup kuat sekali. Nama-nama seperti Pamungkas, Kunto Aji, Rendy Panduo dan Sal Priadi bergerak cemerlang sekali menjual muzik mereka.

Satu nama yang pastinya tidak akan terlepas pandang daripada senarai ini ialah Teddy Adhitya yang cukup booming dengan Indie Ballad “Why Would I Be” kali ini menzahirkan sebuah lagi single terbaru berbahasa Indonesia dengan judul
“Langit Favoritku” yang dicipta sepenuhnya Teddy.

Kali ini Teddy membawa kita sekali lagi larut dalam emosi melodi dan persembahan vokalnya yang cukup membuai rasa. Berawal dengan bait “merayakan lagi rasa yang pernah kita bagi…” sudah membuat saya senang dengan penghasilan lagu ini yang nyata cukup kuat menjual jiwa Teddy itu sendiri.

Seperti kepul-kepul awan yang ditiup angin, lagu ini bergerak lembut, perlahan dan terkadang bagai ditampar taufan menyentak rasa kita sebagai pendengar. Bait “Jika tak bersamaku lagi, Ingatlah langit favoritku, Jika sudah tak berjalan seiring, jagalah diri masing-masing” begitu indah saya kira untuk sebuah teks lagu begini.

Teddy menerusi lagu ini sudah menemukan kemuncak formula lagu yang cukup komersial untuk dia semakin disenangi dan mengumpul penggemar baru yang mungkin sebelum ini tidak pernah memberi perhatian pada muziknya. “Langit Favoritku” saya letakkan antara rilis terbaik yang ada di pasaran Indonesia sepanjang tahun ini.

“Langit Favoritku” merupakan single pertama daripada trilogi lagu yang bakal terus diriliskan selepas ini. Membawa fasa dalam ilham cerita melepaskan dan merelakan untuk satu lapangan cerita hidup yang lebih tenang dan bahagia menurutnya.

8.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Maliq & d’Essentials Memberi Rasa Baru Dalam 3 Lagu Popular Dewa 19