
Lagu: Bisa Tanpamu
Artis: Andmesh
Komposer / Lirik: Andmesh Kamaleng
Produser: Keke Kananta
Terlahir dari pentas pertandingan nyanyian, Andmesh sudah lebih awal mengumpulkan penggemarnya sebelum dia menzahirkan single dan album penuhnya lagi. Kredibilitinya sebagai vokalis pelapis seberang yang meneruskan legasi Glenn Fredly, Marcell dan Mike Mohede antaranya sudah terbukti.
Andmesh sejak booming dengan “Cinta Luar Biasa” tidak mahu memperlahankan langkahnya bermuzik, saya kira jika dia berhenti lama di single itu sebelum merilis lagu baru boleh jadi dia akan menjadi one hit wonder sahaja. Namun pengurusannya cukup laju dan bijak untuk terus menjual bakat Andmesh dengan merilis satu demi satu lagu tanpa putus.
Awal tahun ini dia memperkenalkan single “Tiba-Tiba” dan no doubt single tersebut mendapat perhatian pendengar untuk bergerak relevan dalam pasaran muzik nusantara. Terkini tanpa mahu membuang banyak masa, Andmesh melahirkan sebuah lagi lagu berjudul “Bisa Tanpamu” yang dicipta sepenuhnya Andmesh sendiri.
Berbekal jiwa Pop yang cukup kental dengan persembahan cukup sentimental, “Bisa Tanpamu” bergerak sebagai sebuah Balada yang biasa kita dengar namun masih hadir dengan daya pemikat yang menyentuh dalam kesyahduan melodinya yang tidak berlebih-lebihan.
Kesedihannya dizahirkan dalam penulisan lirik Andmesh tidak sukar untuk pendengar muda khususnya relate. Saya senang dengan penyampaian vokal Andmesh yang sederhana tetapi datang dengan kelembutan yang cukup sampai rasa jiwanya dalam penceritaan yang tepat. Biar sekalipun ilham lagu ini tidaklah hadir dalam idea yang baru namun ia cukup ramuannya untuk bergerak sebagai Balada yang sedap didengar.
Hal ini yang saya kira membikin Balada di Indonesia lebih tastefully produced, kemasan muziknya tidak memaksa-maksa penyanyinya berlebihan rintihannya. Semua cukup dan bergerak dalam skala apa yang sepatutnya tanpa perlu over power the melody. Jadi hasilnya ternyata secukup rasa, menyenangkan dan tidak bingit.
6.8/10
ARTIKEL BERKAITAN