
Lagu: Liar Angin
Artis: Feby Putri
Komposer / Lirik: Feby Putri
Nama Feby Putri ketika dia menarik perhatian pendengar Indonesia dengan hits “Halu” pada tahun 2019 tidak begitu menarik perhatian saya kerana antara faktornya ilham muziknya yang dekat dengan Nadin Amizah membuatkan dia sedikit tewas dalam estetika muziknnya.
Namun tanpa mahu menidakkan bahawa dia juga bakat yang memiliki sesuatu yang valuable untuk dinikmati, Feby tanpa putus merilis rangkaian lagu-lagu barunya seperti “Usik” dan “Cahaya” tahun lalu.
Terkini bagi meneruskan ilham bermuziknya, Feby Putri terus menawan perhatian pendengar muzik Indonesia dengan single berjudul “Liar Angin” yang dicipta sepenuhnya sendiri.
Masih terhasil dalam ilham Folk Pop, “Liar Aingin” hadir cukup puitis dengan layangan melodi membuai rasa berserta penulisan yang cukup bersifat humanis. Vokal lembutnya menyatu baik dengan feel dalam melodi yang terhasil namun saya kira lagu ini tidak terhasil terlalu asli.
Sifatnya sudah banyak di pasar besar muzik Indonesia yang menjual ilham muzik serupa. Namun masih berbaloi untuk didengar dan menjadi sebahagian daripada playlist Folk Pop anda.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Maliq & d’Essentials Memberi Rasa Baru Dalam 3 Lagu Popular Dewa 19