
Lagu: Apa Adanya
Artis: NONA
Komposer / Lirik: Glenn Fredly
Produser: Dennis Nussy / Aldisyah Latuihamallo
Nowela, Novia dan Nikita yang sudah sedia maklum bergerak secara solo berkarier dalam bidang muzik menjual ilham lagu-lagu mereka bergabung dalam sebuah naskhah R&B Ballad berjudul “Apa Adanya”. Lagu yang asalnya dinyanyikan grup vokal AB Three ini dirakam ulang dengan kemasan muzik baru.
Lagu ciptaan sepenuhnya soloist terkemuka, mendiang Glenn Fredly pada awal era 2000 awalnya sudah menjadi naskhah penting grup AB Three untk diingati sepanjang karier muzik mereka.
Lagu ini disusun kembali adunan muziknya mengikut ilham muzik semasa tanpa menganggu karya ciptaan melodi asal yang dicipta. Senjata utama menarik kita sebagai pendengar untuk menyenangi lagu ini tentu saja kerana keharmonian vokal tiga wanita hebat ini.
Merdu dan harmoninya cukup. Disulam dengan rasa yang tepat dalam penceritaan yang ingin disampaikan, NONA saya kira memberi satu intepretasi yang cukup indah versi baru “Apa Adanya” ini. Tidak sukar untuk kita senang melayani perasaan lewat penyampaian mereka.
NONA saya kira harus bergerak aktif dalam pasaran muzik kerana kolaborasi begini begitu memberi kelebihan untuk mereka bertiga hadir cemerlang sebagai vokali yang sentiasa dihormati. Semoga akan ada lebih lagu-lagu original yang akan terhasil setelah yang satu ini.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN