Highlight, Review, Terkini,

“Kembali Terang” Pertaruhan Big Ballad Terbaru Marsha Milan

Lagu: Kembali Terang
Artis: Marsha Milan
Komposer / Lirik: SENNA / Ajin
Produser: Kharisma Music

Usai fasa AJL yang memberi kejayaan luar biasa buat Marsha mencipta momennya tersendiri dalam radar popular tempatan, namanya sentiasa dinantikan untuk penghasilan lagu terbaru. “Cinta” memberi satu dimensi berbeza buat kembara muziknya yang berjalan dalam arah kelabu sebelumnya.

Kelantangan dalam penyampaian suara menjadi kunci untuk dia terus mengikat pendengar tempatan mengilhamkan “Kembali Terang” sebagai percaturan terbarunya. Karya cipta Senna dan Ajin ini menjual segala kemampuan yang ada pada Marsha untuk terus bersinar.

Melodi lagu ini terhasil dalam ilham Balada yang biasa kita dengar. Momentum dalam kemasan muziknya menyuntik dinamik yang cukup dramatik sekali sepanjang ia berjalan dari awal ke hujungnya. Melodi begini sepertinya benar-benar mahu memihak pada Marsha sebagai pelantun untuk mengeluarkan segala kemampuan yang dia miliki.

Biar secara peribadi saya bukanlah penggemar Balada begini dalam nyanyian yang terlalu melaung dalam galau cerita yang disampaikan. Semuanya bermula di minit 2:33 yang saya kira projection Marsha terkadang agak over power the melody seperti berlawa-lawan. Saya bukanlah pakar dalam vokal tetapi saya appreciate penyanyi yang bijak dalam mewarnakan nyanyian mereka tanpa perlu kedengaran seperti bertarung nyawa dalam nyanyian.

Tak ada yang salah pun tentang nyanyian Marsha.  Cuma a matter of preference – saya lebih selesa mendengar kalau Marsha ada sedikit control dalam nyanyiannya agar galau yang dirasai tidak kedengaran seperti marah atau merentan. Jeritan-jeritannya itu agak bingit untuk saya.

Kemasan string dalam lagu ini dan instrumentasinya masih baik. Transisi dari verse ke korus sehingga ke penghujungnya itu berhasil dalam menerbitkan gejolak emosi serta melodinya juga tidak terlalu kompleks dengan hal-hal yang tidak perlu. Naskhah yang pasti akan disukai pendengar semasa juga guru-guru vokal di YouTube pastinya.

5.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Aisha Retno Menembus Emosi Pendengar Di Single “Pencarianku”

#RetrospektifMuzik,

Getaran Nostalgia: Rahim Maarof

Rahim Maarof soloist tempatan yang cukup dikenali dengan soul dalam nyanyian yang cukup sifat maskulinnya melantun bait-bait lagu cinta dan Pop yang disulam feel Rock membangkit satu identiti bermuziknya yang tersendiri.

Bakat muziknya dicungkil Ben Supratono yang membuka laluan buatnya menjadi penyanyi rakaman pada tahun 1981 menerusi debut “Kini Aku Sendiri Vol.1” setelah itu dia mengatur langkahnya untuk menjadi lebih berpengaruh di pasaran tempatan dengan menghantar demo rakaman ke syarikat Life Records yang ketika itu dikenali sebagai Hup-Hup Music.

Pengaruh muzik Rock yang cukup besar di era 80-an memberi kelebihan buat Rahim Maarof menyinar. Ramai berpendapat suaranya tidak hanya berteras pada nyanyian Rock yang baik tetapi datang dengan penjiwaan yang cukup besar. Ada Soul dan Blues seperti Gary Moore.

Namun dia tidaklah diterima terus sebagai artis rakaman, bakatnya diasah dengan menyanyi secara live di pub juga hotel lounge bersama band yang diberi nama Whistesteel. Dia juga sempat merakamkan dua buah album bersama beberapa kugiran menerusi program Battle of the Band 1 & 2 yang cukup popular di pertengahan 80-an.

Beliau menyertai beberapa kumpulan muzik dan membuat persembahan di pub, lounge, dan hotel hotel selama hampir lima tahun di pertengahan tahun 80’an. Di tahun 86′ beliau menubuhkan kumpulan Whitesteel dan ada merakamkan lagu dalam dua buah album dengan beberapa kumpulan lain di dalam siri Battle of the Bands I & II dengan Warnada Records.

Namanya sebagai penyanyi solo cukup dikenali ketika dia merilis album “Kristal” bersama produser M.Nasir dengan memberikan hits malar segar buatnya menerusi lagu “Cinta Kristal”. Album ini turut menampilkan komposer lain seperti Adnan Abu Hassan, Siso dan Manan Ngah manakala Rahim sendiri menghasilkan sebuah melodi bagi lagu “Jumpa Sekali Lagi”.

Album “Kristal” menmpilkan sisi Rock, Blues dan Soul Rahim yang disatukan dalam sebuah persembahan Pop yang cukup meyakinkan ketika diedarkan. Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan bersama Johan Nawawi berjudul “Kasihku” antara lagu yang cukup berbeza dalam feel 80’s Ballad yang cukup menawan. Lagu ini turut pernah dirakamkan kembali Amy Mastura.

Sebuah lagi hits yang memberi kejayaan buat album ini adalah lagu berjudul “Jangan Kau Rayu” yang sekali lagi disiapkan komposisi muziknya oleh M.Nasir. Lagu yang hadir dengan feel Soulful Ballad ini antara yang menyerlahkan feel Rahim Maarof sebagai seorang penyanyi lelaki yang hebat.

Highlight, Review, Terkini,

Siti Nordiana Menyantuni Melodi Pop Nusantara Datuk M.Nasir

Lagu: Menyantun Kasih
Artis: Siti Nordiana
Komposer / Lirik: M.Nasir / Keon
Produser: M.Nasir

Kekal dalam radar popular sehingga hari ini dengan barisan single tanpa putus saban tahun menjadikan Siti Nordiana antara artis yang konsisten menyusun kembara bermuziknya sesudah fasa kejayaan Gegar Vaganza yang mengembalikan harum mekar namanya.

Nana setelah itu membahagiakan penggemarnya. Biar cukup dikenali dengan alunan Balada, tahun lalu dia memberi sedikit kejutan dengan penghasilan “Amaran” bergerak bersama geneari muda Mas Dewangga sebagai komposer dan Bunga yang bergabung suara bersamanya.

Berani untuk ke depan tanpa perlu berkira-kira, Nana terus tampil dengan sebuah lagi lagu terbaru karya cipta Datuk M.Nasir menerusi melodi berjudul “Menyantun Kasih” yang cukup kuat esen muzik komposr legenda ini.

Tidaklah terhasil terlalu baru atau berevolusi, lagu ini bagaimanapu masih ada melodi yang sedap dengan lirik yang baik. Nana saya kira mahu menyempurnakan hasratnya dapat menyanyikan lagu M.Nasir jadi terhasillah produksi muzik ini.

Lagu ini untuk pasaran muzik 2022 saya kira kedengaran agak old fashion dan kurang daya pengikat. Formula begini sudah banyak di pasaran muzik sejak 90-an lagi dan tanpa sebarang pembaharuan dari segi produksi muziknya, saya tidak berjaya mencari apa yang terlalu istimewa.

Namun saya masih senang dengan penulisan lirik Keon yang cukup cantik susunan bahasanya. Korus lagu ini “Dan aku datang dengan cinta // Ke taman bercahaya” terhasil dalam puitisnya yang tersendiri.

Dan ditutup kemas penceritaannya “Aku datang dengan cermin kasih // Merindu dan merintih // Segala yang aku milik // Adalah bayangmu kasih.”

Nana masih berjaya dalam penyampaian vokalnya yang merdu, lembut membuai tanpa perlu terlau mencuba-cuba hal yang tidak perlu. Kemas seperti biasa namun lagu ini agak underwhelming dan kurang daya pengikat. Mungkin harus dinikmati berkali-kali.

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

YonnyBoii Berjalan Terus Dengan Kehadiran “Kecewa”

Highlight, Terkini,

Peraih Tertinggi Anugerah Musik Indonesia, Tulus & Ari Renaldi Terus Cemerlang Lewat Album “Manusia”

Masuk usia satu dekad bermuzik, Tulus semakin cemerlang mengatur langkah bermuziknya dengan penghasilan album kelima berjudul “Manusia” yang membawa pulang 7 trofi Anugerah Musik Indonesia bersama produser muziknya Ari Renaldi.

“Hati-Hati di Jalan” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik Indonesia tahun ini diangkat sebagai penerima Karya Produksi Terbaik, Penata Musik Pop Terbaik, Tim Produksi Suara Terbaik dan Prodiser Rakaman Terbaik.

Album “Manusia” pula dinobatkan sebagai Album Pop Terbaik sekali gus membawa pulang trofi utama Album Terbaik manakala Tulus membawa pulang trofi Artis Solo Pria Pop Terbaik.  Sedikit membahas mengenai album “Manusia”, di album ini, Tulus semakin matang dalam pengolahan kata dalam lirik sekaligus pengedepanan keeleganan Bahasa Indonesia.

Warna musik yang baru di album ini, merupakan hasil kolaborasi dengan ratusan talenta,” kata Tulus. Jumlah yang tidak sedikit memang, namun hal tersebut justru membuahkan sebuah album yang jadi representasi nyata akan berperannya ratusan Manusia di dalamnya.

“Tidak ada rangkaian kata yang panjang terpikir selain syukur dan terima kasih. Piala-piala untuk album Manusia di Anugerah Musik Indonesia, kami wakili penerimaannya. Semua teman yang terlibat, mengapresiasi, dan turut memberikan ruang hidup bagi lagu-lagu di dalamnya, semua berperan. Sepenuh hati, terima kasih,” ucap Tulus. “Terima kasih. Apresiasi ini niscaya menguatkan kami untuk jalan terus berkarya,” lanjut Ari Renaldi saat menerima penghargaan Anugerah Musik Indonesia.

“Hati-Hati di Jalan” sehingga hari ini sudah distrim lebih 132 Juta kali di Spotify dan video muzik rasminya sudah mendapat lebih 29 Juta tontonan.


ARTIKEL BERKAITAN

Senandung Pop Tulus Dalam Sepuluh Kisah-Kisah Manusiawi

Terkini,

Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz Serikan Kuching Jazz Festival 2022

Dua tahun berehat daripada beracara, Kuching Jazz Festival kembali lagi dengan barisan penghibur serata Asia yang bakal menghiburkan selama dua hari acara pada 28 dan 29 Oktober ini yang akan dilangsungkan di Waterfront Margherita Kuching.

Menampilkan barisan pemuzik hebat seperti Afgan (Indonesia), Phum Viphurit (Thailand), Noryn Aziz (Malaysia) dan beberapa barisan pemuzik lain, Kuching Jazz Festival akan memberika kepuasa berbeza penggemar festival muzik.

Menyifatkan festival tersebut sebagai sebuah percutian hujung minggu yang ideal dan lari dari kesibukan, alunan muzik Jazz yang bakal dipersembahkan oleh barisan penghibur kelak akan membuat kunjungan ke Kuching yang indah nan cantik tidak akan sia sia.

“Kami di Hemisphere Corporation Sdn. Bhd amat berharap dan percaya Kuching Jazz akan mendapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan.“Dan kami juga percaya peminat festival ini serta genre muzik yang diketengahkan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan menjadi magnet kepada peminat.


ARTIKEL BERKAITAN

Gabungan Power Vocal Krisdayanti & Noryn Aziz Dalam Satu Konsert

Terkini,

Gabungan Power Vocal Krisdayanti & Noryn Aziz Dalam Satu Konsert

ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) dengan berbesar hati mempersembahkan KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA, menampilkan bintang ‘multitalented’ Indonesia, Kris Dayanti dan penyanyi jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz.

Konsert duo yang hebat ini akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober (Sabtu) dan tiket akan mula dijual mulai 7 Oktober 2022, 3 petang.

Kedua-dua diva yang memenangi pelbagai anugerah ini telah berada dalam industri muzik selama beberapa dekad. Kris Dayanti memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1984 manakala Noryn Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1996. Oleh itu, ini pastinya merupakan kerjasama legenda ‘cross-country’!

“Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia. Kami percata bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan dua Diva ini beraksi di sebuah pentas,” ujar Belvas Lee mewakili ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM). 

Kris Dayanti, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, akhirnya bakal mengadakan konsert semula di Malaysia selepas 5 tahun tidak muncul bertemu peminat di Kuala Lumpur khususnya. Diva yang terkenal dengan hits, ‘Menghitung Hari’ mula menyanyi pada usia 9 tahun untuk filem ‘Megaloman’. Lagu-lagu hebat Kris Dayanti dan persembahan langsung yang dinamik telah menjadikannya terkenal di Indonesia dan di seluruh dunia.

Noryn Aziz, salah seorang penyanyi dan penulis lagu jazz dan R&B terhebat di Malaysia, memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1996 sebagai ahli kumpulan Sister-Sister dan kemudian menjadi penyanyi solo pada tahun 1997 menerusi album solo pertamanya, ‘Fantasi O Realiti’ . Vokalnya yang sangat kuat telah memukau penontonnya selama bertahun-tahun.

Dalam konsert ini, mereka berdua akan mempersembahkan lagu hits mereka seperti ‘Menghitung Hari’ oleh Kris Dayanti dan ‘Cerita Cinta’ oleh Noryn Aziz. Peminat juga boleh menjangkakan beberapa duet yang mengejutkan daripada duo yang hebat dengan vokal bertenaga ini! Sertai kami untuk malam persembahan yang menarik dan penuh keseronokan di MIECC!

Harga tiket adalah:

VIP – RM 1,188

Cat 1 – RM 988

Cat 2 – RM 788

Cat 3 – RM 488

Cat 4 – RM 288

Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.ticket2u.com.my/

#RetrospektifMuzik,

A-Go-Go & Pop Yeh Yeh Sanisah Huri & The Terwellos

Pasaran muzik Pop 60-an yang banyak digerakkan kugiran live bersama vokalis wanita banyak menghadirkan nama-nama besar seperti Julie Sudiro, J.Kamisah dan Sanisah Huri antaranya yang cukup popular ketika itu mendominasi.

Lagu-lagu mereka yang bersifat malar segar didengari sehingga hari ini menyinggah dalam pasaran muzik berbekas di hati pendengar. Sanisah Huri & The Terwellos antara yang paling banyak rangkaian hits yang sehingga hari ini masih ada penggemar yang tersendiri.

Lagu “Siapa Gerangan” antara yang paling popular. Catchy melodi serta beat yang mampu menggerakkan tubuh yang mendengar terhasil sebagai sebuah Pop Yeh Yeh yang penuh groove. Lagu ini cukup santai terhasil dalam kesederhanaan vokal Sanisa Huri yang cukup lembut.

Sebuah lagi lagu yang cukup menarik dalam rakaman Sanisah Huri bersama kugiran The Terwellos adalah lagu berjudul “Jauh” sebuah melankolia kisah patah hati dan rindu sang kekasih. Mengambil ilham sedih biasa dalam lapangan muzik 60-an, mendayunya lagu ini tetap enjoyable didengar tanpa terlalu memaksa pendengar untuk menyukainya.

Sebuah lagi lagu yang cukup fun pernah dirakam adalah “Chuti Sekolah” kisah pelajar sekolah yang pergi bercuti bersama keluarga dan rakan sekolah. Cerita-cerita begini semakin jarang dihasilkan pada hari ini membuktikan latar ubah masa dan sosial benar-benar mempengaruhi penulisan lirik mengikut latarnya.

Highlight, Review, Terkini,

Pesona Dolla & Naim Daniel Menghadirkan Sebuah Lagu Paling Sedih

Lagu: Mungkin Ini Adalah Lagu Paling Sedih Pernah Ku Buat
Artis: Dolla / Naim Daniel
Komposer / Lirik: Naim Daniel / Adib Hamdi
Produser: Firdaus Rahmat / Naim Daniel

Perjalanan lagu ini sebagai sebuah kolaborasi untuk pasaran Pop semasa terhasil dalam kemasan muzik yang tidak kompleks dan mudah sebenarnya. Melodi “Mungkin Ini Adalah Lagu Paling Sedih Pernah Kubuat” saya kira dihasilkan benar-benar untuk generasi Pop hari ini.

Daripada segi penghasilan naskhah yang berevolusi ia tidaklah terlalu hebat namun produksi muziknya masih baik. Naim seorang komposer yang bijak dalam menghasilkan melodi yang sedap dan mengikat pendengar dengan sekali pendengaran.

Awal verse lagu ini saja sudah disiapkan dengan hook yang sangat baik. Transisi ke korusnya yang catchy dengan kombinasi vokal yang okay menjadikan lagu ini antara Pop yang sedap untuk dinikmati.

Kolaborasi begini saya kira bergerak sebagai sebuah strategi pemasaran yang baik untuk meneruskan kelangsungan populariti kedua-dua pop future ini. A bop Pop!

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menuju Album Perdana, Ai.Z Menghadirkan “Impossible To Love You”

#RetrospektifMuzik,

LYANA – Pertembungan Synth Pop & Balada 80-an

Saya banyak melayani album-album yang terhasil di era 80-an. Kebanyakannya masih mengekalkan momentum muzik Melayu yang mendayu-dayu pembawakan daripada pengaruh muzik Hindi di era 70-an namun tak kurang juga yang datang dengan evolusi bermuzik yang baik.

Kugiran seprti Freedom, Headwind dan Sheila Majid antara yang berani melawan arus muzik semasa yang dimonopoli produksi Datuk Ahmad Nawab ketika itu. Kehadiran nama-nama baru ini dalam pasaran muzik tempatan ketika itu memberi satu warna menarik muzik Pop 80-an.

Antara yang mungkin tidak popular dan kurang diberi perhatian ialah Lyana. Vokalis yang dicungkil bakatnya oleh syarikat rakaman Polygram di penghujung 80-an mencedok ilham Synth Pop Sheila, Famieza dan Fairuz Hussein menghasilkan debut berjudul “Hati Ke Hati” yang diproduksi Razman.

Album ini asalnya diterbitkan pada tahun 1989 menampilkan 10 lagu yang menampilkan ciptaan komposer seperti Hadi Hassan, Niki Oi dan Razman sendiri yang menulis lebih 3 lagu untuk debut Lyana ini.

Beberapa lagu yang menarik untuk saya highlight di album bermula dengan trak berjudul “Bimbang” (Razman / Lukman S) yang datang dengan feel good Pop ala-ala Raja Ema dengan pengaruh Synth Pop yang menarik struktur melodi lagunya. Saya enjoy dengan feel 80’s begini yang ringan dan datang dengan tipikal beat era tersebut.

Sebuah lagi lagu yang paling menarik adalah “Buat Pertama Kali” (Razman / Alex / Zur Ain). Melodinya sangat kuat esen Pop 80-an yang banyak dirakam Freedom dan komposisi Mazlan Hamzah. Korus lagu ini sangat best dan seronok dilayan.

Album ini dalam terisinya lagu-lagu Pop yang best tetap diraikan adalah Balada oleh pendengar ketika itu. “Hangatnya Cinta” ciptaan Hadi Hassan menjadi killer album ini dalam mencuri perhatian pendengar. Saya biasa mendengar lagu ini cuma tidak mengenali siapa penyanyinya sehinggalah mendengarkan kembali keseluruhan album ini. Oh ini rupanya penyanyinya.

“Hati Ke Hati” sebuah lagi Pop yang penuh energi baik dalam attitude vokal Lyana. Actually suaranya bukanlah terlalu sedap ada bahagian agak sumbang namun lagu-lagu di album ini especially all the fast number sangat enjoyable untuk dinikmati.

Balada di album ini mungkin bukan kekuatan Lyana sebenarnya namun masih ada beberapa lagu yang menarik seperti “Kecewa Lagi” yang tiba-tiba ada feel sentimental rock ala-ala Headwind. It’s okay sebenarnya cuma kali pertama dengar tu agak awkward jugalah sebenarnya.

Lyana mungkin mampu menjadi rujukan muzik hari ini. Beberapa lagu di album ini menarik sebenarnya kalau disusun kembali dengan produksi muzik yang lebih tastefully produce. Cuma kena datang pada produser yang tepat dan jelas visinya.

Lyana memiliki dua buah album sepanjang kariernya. Kali terakhir di tahun 1990 “Hidupku Untuk Berbakti” dan kesemua lagu-lagu Lyana boleh anda layan di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

#MixTape Sinaran Pop Pagi 70/80 Yang Menghiburkan

Highlight, Review, Terkini,

Perjalanan Baru De Fam Lewat Single “Berubah”

Lagu: Berubah
Artis: De Fam
Komposer / Lirik: Faizal Tahir / Mage / Sophia Liana
Produser: Adib Husin

De Fam muncul kembali merayakan pasaran muzik tempatan dengan single terbaru setelah vakum lebih tiga tahun saat setiap ahlinya mencari ruang bergerak solo sama ada bermuzik atau aktif dalam cabang seni lainnya.

“Panas” ciptaan Alyph menjadi percaturan terakhir mereka memberi impak dalam kembara muzik De Fam untuk diingati sebagai lagu penting kerjaya muzik mereka. De Fam sendiri saya kira solid as a group yang best pernah kita ada.

Meneruskan kelangsungan yang lama membeku, Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira  bersama Faithful Music menzahirkan sebuah lagi lagu baru buat penggemar mereka berjudul “Berubah”

Saya sudah terpesona dengan melodi lagu ini saat pertama mendengarnya. Komposisi lagu ini antara yang cukup best terhasil sepanjang tahun ini. Dan seperti biasa jika hasilnya daripada batalion muzik Faithful, no doubt produksi muziknya akan sentiasa terhasil kemas.

Transisi verse ke korus lagu ini cukup menarik dan mengingatkan saya pada struktur lagu-lagu KRNB yang banyak di pasaran Korea Selatan khususnya. Verse di lagu ini disambut pre-chorus yang sangat sedap dan menjadi lembut di korusnya yang menjadikan sifat lagu ini sebagai sebuah Pop yang cukup fresh.

Mungkin ada sedikit persamaan dengan “Buat Ku Sempurna” Vanessa Reynauld di beberapa bahagian tetapi saya kira itulah senjata komposisi FT, Mage dan semua creative force di Faithful.

Cuma saya kira lagu ini jika dapat pada penyanyi yang lebih baik ia akan jadi sempurna. Vokal ketiga-tiga mereka tidak memberi justifikasi yang baik untuk melodi sehebat ini. Agak dry di beberapa bahagia dan kurang beremosi – dinamik almost tiada dan tbh saya agak terganggu di bahagian rap serta finishing vokal yang terlalu clean.

Apa yang lagu ini perlukan adalah a great R&B singer and you who can give the justice.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Dilarut Sepi & Hiba Lewat “Hilang” Persembahan Terbaru Kaka Azraff