Highlight, Review, Terkini,

Melangkah Lebih Matang, Jemimah Persembahkan “Kisah Tak Pasti”

Lagu: Kisah Tak Pasti
Artis: Jemimah Cita 
Komposer / Lirik: Jemimah Cita / Gayatri Citra
Produser: S/EEK

Jemimah bakat yang cukup istimewa di mata saya, bakatnya cukup original dengan kemampuan mewarnakan nyanyian dengan cara yang tersendiri tanpa terikat dengan ilham mana-mana penyanyi sedia ada di Indonesia.

Kelibatnya di Indonesian Idol biar tidak bergelar Juara akan sentiasa diingati sebagai salah satu bekas peserta yang memiliki impak cukup besar sekali berbanding pesaingnya yang lain ketika itu.

Setelah merilis single perdananya awal tahun ini menerusi single “Separuh” dia melangkah dengan sambutan yang agak perlahan berbanding pesaingnya yang lain sedangkan saya kira lagu tersebut sangat cukup ramuan untuk bergerak sebagai sebuah lagu yang cukup popular.

Namun begitulah percaturan muzik hari ini yang sangat sukar ditebak siapa yang akan mendahului siapa. Penggemar tahun ini lebih meraikan Kesya Levronka yang cukup booming dengan “Tak Ingin Usai” dan beberpa lagu lain daripada Mahalini contohnya yang juga cukup popular.

Biar begitu masih terlalu awal untuk dia melangkah perlahan, strategi pemasaran muziknya diteruskan dengan single terbaru yang saya sifatkan sebagai sebuah yang cukup matang dalam persembahan Balada yang cukup hebat produksi muziknya.

“Kisah Tak Pasti” sebuah lagu ciptaan Jemimah bersama Gayatri Citra hadir dalam ilham Indo Pop yang biasa kita dengar namun diberi suntikan jiwa dalam persembahan sepenuh hati Jemimah yang cukup melekakan. Korusnya sangat baik dengan bait-bait lirik yang cukup mengikat.

“Mengapa terlintas dalam hati // “Mungkin kali ini ada arti?” // Seperti tak berakal budi” cukup baik sekali penghasilan liriknya. Semakin di korus kedua Jemimah menjadi lebih baik dan baik.

Komposisi melodi Jemimah menerusi lagu ini diberi standard tinggi kemasan muzik S/EEK (Afgan, Raisa,Hanin Dhiya) yang menyuntik kemasan yang lebih moden dan bersifat lebih current. Jemimah menerusi lagu harus sangat berhasil untuk lebih popular di barisan hadapan seperti bakat-bakat lainnya kerana she deserves it.

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terkhayal Dengan Melodi Mimpi Aisha Retno Menerusi “I.L.S.M”

Highlight, Review, Terkini,

Derita Cinta Tiara Andini Lewat Single “Usai”

Lagu: Usai
Artis: Tiara Andini
Komposer / Lirik: Andmesh
Produser: Tohpati

Tiara Andini menyelusuri jalan sebagai bintang Pop dengan cukup cemerlang sejak dia bermuzik meninggalkan fasa Indonesian Idol. Satu per satu lagu dirilis dengan sebuah album yang cukup mendapat sambutanluar biasa menjadikan dia antara bintang Pop yang akan terus diraikan.

Tanpa perlu mahu melangkah perlahan, pertaruhan demi pertaruhan terbaru diberikan sentiasa buat penggemarnya sehingga hari ini dia merilis sebuah lagi lagu berjudul “Usai” yang dicipta sepenuhnya oleh komposer juga penyanyi muda Andmesh Kamaleng.

Lagu in secara dasarnya saya kira terhasil biasa sahaja sama seperti apa yang kita sering dengar sebelum ini dalam mana-mana Balada yang permah Tiara hasilkan. Saya mencari daya pengikatnya yang membolehkan saya benar-benar menyukai lagu ini namun tiada.

Lagu ini seperti terlalu sering kerap digunakan formulanya. Tiada hal baru yang boleh diperkatakan atau diraikan hanya sekadar pertaruhan Balada yang akan terus membuat penggemarnya bahagia. Kemasan muzik Tohpati juga gagal menjadikan lagu ini berjalan tersendiri.

Namun saya masih menyenangi vokal Tiara yang sangat lembut juga membuai. Untuk diselitkan dalam playlist galau anda ya ia pasti menjadi satu daripadanya. Namun masih bukan antara yang terbaik pernah Tiara hasilkan.

4/10


ARTIKEL BERKAITAN

Romantisme Rizky Febian & Mahalini Menerusi You’re Mine

 

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Getaran Nostalgia: Melayani Perasaan Dalam Balada Cinta 70-an & 80-an

Dihimpit Keraguan (Sheila Majid)
Komposer / Lirik: Mazlan Hamzah / Rosalan Aziz / Habsah Hassan

Lagu yang cukup underrated tetapai terhasil dalam sebuah komposisi muzik yang cukup hebat. This is one of Sheila best Ballad she ever recorded. Melodi Mazlan Hamzah dan Roslan Aziz di lagu ini memberi standard baru Balada tempatan ketika diedarkan. Dengan tulisan lirik hebat Habsah Hassan dan persembahan baik Sheila Majid menjadikan lagu ini antara yang cukup hebat pernah dihasilkan di era 80-an.

Jauh Dirindu (Sheila Majid)
Komposer / Lirik: Othman Mohamad/ Habsah Hassan

Freedom memiliki standard Ballad berbeza jika diamati betul-betul. “Jauh Dirindu” satu daripadanya yang cukup menarik sekali pernah terhasil. Kesyahduannya datang dengan kelembutan dalam menyentuh emosi pendengar.

Lagu Dari Kamar (Noorkumalasari)
Komposer / Lirik: Richard Hoon / Habsah Hassan

Selain “Hati Seorang Kekasih” sebuah lagi Balada yang indah yang pernah dirakam oleh Biduanita Noorkumalasari adalah lagu karya cipta Richard Hoon berjudul “Lagu Dari Kamar” yang dipetik daripada album “Aku Di Sini” (1984). Lagu ini hadir dalam acuan muzik Balada 80-an yang biasa kita dengar tanpa jemu dengan puitis lirik tulisan Habsah Hassan yang alur ceritanya begitu syahdu sekali.

Tanpamu Ku Sepi (Sharifah Aini)
Komposer / Lirik: Copyright Control / Habsah Hassan

Lagu yang cukup jarang diperkatakan dalam ribuan lagu yang dirakamkan Biduanita Pop Melayu ini. Sharifah Aini menerusi lagu saduran ini mengalunkan sebuah emosi yang bergerak dalam cukup dalam. Ini antara personal favorite saya dalam banyak-banyak Balada yang dirakam penghibur berbakat ini. Jika anda belum pernah mendengarkannya, You really should!

Janjimu Ku Kenang (Sudirman)
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan/ Habsah Hassan

Komposisi muzik Adnan Abu Hassan menerusi lagu ini menyuntik sesuatu yang moden dalam susunannya. Melodinya cukup sedap didengar dan penyampaian Sudirman sentiasa menyentuh tanpa perlu memaksa pendengar larut ia berhaya dihasilkan dengan penuh emosi.

Ku Terbakar Kepanasan Cintamu (Ramlah Ram)
Komposer / Lirik: Ahmad Nawab / Juwie

Ratu Balada 80-an Ramlah Ram antara yang cukup unik dengan cara penyampaiannya yang tersendiri. “Kuterbakar Kepanasan Cintamu” saru daripada Balada ciptaan Ahmad Nawab yang pernah dirakamkan dan memberi impak dalam kembara muziknya sehingga hari ini. Biar terhasil agak meleleh dan dan mendayu namun ia benar-benar memberi justifikasi buat kemampuan Ramlah Ram untuk menyinar ketika itu.

 

Highlight, Review, Terkini,

“Perempuan” Soulful Ballad Terbaru Pertaruhan Jaclyn Victor

Lagu: Perempuan
Artis: Jaclyn Victor
Komposer / Lirik: Johan John / Khaleel
Produser: Johan John

Lama sebetulnya kali terakhir Jac tidak menzahirkan lagu baru. Usai fasa rakaman bersama KRU Records Jac bergerak perlahan dan seperti semakin buram dari radar popular tempatan tanpa sebarang penghasilan naskhah muzik terbaru.

Sehinggalah Julai lalu dia bersama Alternate Records merilis single berjudul “Perempuan” yang terhasil dalam komposisi Soulful Ballad karya cipta Johan John (Yang banyak bertindak sebagai musical director program TV3) bersama penulisan lirik Khaleel.

Terhasil dalam ilham yang sederhana. Sebagai seorang pengikut Jaclyn Victor, melodi lagu ini tidaklah terlalu overwhelmed seperti apa yang pernah dia hasilkan sebelum ini tetapi masih terhasil dalam produksi muzik yang baik dan paling penting mengikut acuan vokal Jac dengan baik.

Rasa yang diberikan Jac dalam lagu ini menjadi sebab utama saya kira untuk kita enjoy dengan single “Perempuan”. Its a little underwhelmed sebab Jac pernah record lagu-lagu yang lebih besar sifatnya seperti “Cinta Tiada Akhir”, “Nisan Cinta”, “Jagalah Diri” dan “Gemilang” pastinya.

But to see her back dengan lagu baru itu sesuatu yang pasti membahagiakan. Semoga berbekal single ini dan kemunculan di Gegar Vaganza akan ada penganjur yang yakin untuk membuat konsert untuk Jac because she deserves a concert!

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Terus Hidup” Sebagai Kesinambungan Pop Aina Abdul

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Terkini,

Listrik Lirik: Datuk Habsah Hassan Bahagian 1

Bersama syarikat rakaman EMI, Habsah Hassan banyak menghasilkan lirik-lirik puitis untuk bakat seperti Sudirman, Noorkumalasari, DJ Dave, Sharifah Aini yang dikarang penulisan melodinya oleh komposer hebat seperti Manan Ngah, Fauzi Marzuki dan Adnan Abu Hassan antaranya.

Minggu ini Getaran Nostalgia membawakan bahagian satu, rangkaian lirik terbaik yang pernah ditulis oleh Habsah Hassan sepajang zaman. Dengarkan audio rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.

TERASING (SUDIRMAN) // KOMPOSER: MANAN NGAH

Lagu ini antara yang terhasil dalam konteks cerita yang mudah tetapi datang dengan penceritaan yang cukup hebat. Kata-kata yang dipilih bagi mengisi cerita yang ditulis terhasil puitis dengan susunan kata-kata yang begitu indah. Bait “Sebuah kematian yang tiada bernisan // Sendu mengiring perpisahan” antara yang terhasil cukup puitis sekali. Saya semakin larut di bahagia korusnya saat Habsah menulis “Sebuah cinta dan harapan // Menjadi debu berterbangan” – sebuah perlambangan perasaan yang cukup puitis.

LEGENDA (SHEILA MAJID) // KOMPOSER: FAUZI MARZUKI

Sebuah tribute buat legenda muzik tempatan P.Ramlee, lagu ini ditulis dalam sebuah persembahan yang cukup grand sekali. “Biar bertahun masa beredar // Satu wajah satu nama // Takkan pudar” menjadi killer di penulisan lirik lagu ini. Habsah Hassan benar-benar memahat satu impak besar menjadikan lagu ini sebagai sebuah adikarya yang cukup mewah mengisi melodi ciptaan Fauzi Marzuki ini. “Patah tak tumbuh lagi // Hilang belum berganti.”

STANDING IN THE EYES OF THE WORLS (ELLA) // KOMPOSER: WAH IDRIS

Sebuah persembahan lirik pembakar semangat yang asalnya ditulis bagi mengisi slot Sukan Komanwel menjadi naskhah malar segar sehingga hari ini. Bersama komposisi muzik Wah Idris, Habsah Hassan menari bersama penanya menerusi bait-bait membangkit spirit kemenangan. “Setiap manusia ingin berjaya // Namun tak semua miliki tuah.” sebelum itu diisi dengan Engkau terunggul //  wajar “standing in the eyes of the world”. Cukup ikonik dan powerful.

YANG TERINDAH HANYALAH SEMENTARA (ERRA FAZIRA) // KOMPOSER: RIZA

Melankolik melodi “Yang Terindah Hanyalah Sementara” dengan penulisan lirik syahdu Habsah Hassan ini menjadijan ia sebuah naskhah malar segar buat Erra Fazira untuk diingati kembara bermuziknya sehingga hari ini. Bait-bait  “Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam // Di dalam keberanian terusik jua perasaan.” dibuka sebagai kisah kekecewaan di lagu ini sebelum berhujung kekuatan jiwa menerusi bait Beronak berliku jalan kulalui // Selagi berupaya kuteruskan.”

TERBANG HELANG (SHARIFAH AINI) // KOMPOSER: KHAIRIL JOHARI JOHAR

Perlambangan kebebasan helang dalam lagu ini bergerak sebagai cara terbaik Habsah Hassan mentafsir sebuah cerita yang cukup tersusun baik. Melodi ciptaan Khairil Johari Johar ini benar-benar sebuah melodi klasik malar segar yang sentiasa mampu didengari sehingga hari ini. Kisah naik turun hidup manusia dalam sebuah putaran yang kehidupan.  “Terbanglah engkau tinggi // Sampai ke mana lagi // Ingin engkau jelajahi // Sehingga kau terlupa // Yang tinggi jatuh jua // Bila tiba ketika // Kau ke tanah akhirnya.”


ARTIKEL BERKAITAN

#MixTape Sinaran Pop Pagi 70/80 Yang Menghiburkan

Highlight, Review, Terkini,

Rancak Senada Dalam Melodi Santai Nona Sepatu Kaca

Lagu: Liburan Di Jogja
Artis: Nona Sepatu Kaca
Komposer / Lirik: Agung Darmawan / Nona Sepatu Kaca
Produser: Nona Sepatu Kaca

Alunan irama Folk Pop daripada kebanyakan kugiran Indonesia jarang gagal dalam memberi ilham damai buat pendengar. Biar rencanaya serupa, melodi begini sentiasa terhasil menyenangkan. Jika dulu kugiran besar seperti Sore, Banda Neira, Nona Ria dan Payung Teduh memonopoli pasaran muzik, hari ini ilham serupa diteruskan lagi oleh anak-anak muda.

Satu daripada barisan pelapis muzik ini adalah Nona Sepatu Kaca yang sebelum ini menghasilkan single “Rukmini” dalam cantuman muzik sebagai sebuah budaya yang cukup menarik diisi dalam melodi yang melayangkan perasaan.

Terkini Nona Sepatu Kaca menghasilkan sebuah lagi lagu berjudul “Liburan di Jogja” yang hadir masih santai dan membahagiakan pendengaran. Tanpa perlu terlalu bereksperimen dangan bunyian yang baru, lagu ini akan pasti mudah menyerap saat pertama kali anda mendengarnya.

Keindahan dan keunikan Jogja menjadi ilham anak-anak muda ini dalam memberi magis dalam lagu terbaru ini. Neburut mereka, seduhan kopi, angkringan, candi-candi, malioboro, parangtritis atau bahkan gang-gang kecil maupun sudut-sudut di Jogja itu bahu-membahu memberikan kenangan buat setiap berkunjung.

Hal ini jelas dalam penulisa lirik mereka. Bait “Kutemui dia di Jogjakarta // Minum kopi di utara // Menyusuri jalan di pusat kota.” Lagu ini ibarat sebuah perjalanan juga pengalaman menikmati kota Jogja dan pasti membuat rindu pada yang pernah ke sana.

Nona Sepatu Kaca sebuah lagu kugiran Folk Indonesia yang banyak potensi untuk mewarnakan lagi pasaran muzik Indonesia ke tahap yang lebih baik lagi. Sukses terus!


ARTIKEL BERKAITAN

“Siapa pun Malam Ini Punya Mimpi, KEJAR!” – Pamungkas

#RetrospektifMuzik,

Syyhh.. The Berklee Project Persembahan Syafinaz

Album: Syyhh…
Artis: Syafinaz
Produser: Ahmad Izham Omar / Jenny Chin / Mac Chew / Aubrey Suwito / Helen Yap

Penghasilan album rakaman semula mungkin bukan pelaburan yang baik bagi kebanyakan label rakaman. Selain faktor perlesenan lagu yang rumit ia juga tidak memberi ruang yang banyak untuk sesebuah album yang diterbitkan itu mendapat capaian pendengar yang lebih meluas dan komersial. Namun usaha menghasilkan semula lagu-lagu terdahulu dalam sebuah rendisi baru mampu memberi pengalaman berbeza bagi pendengar generasi berganti.

Sheila Majid bersama Roslan Aziz pernah menghasilkan sebuah album yang cukup mega hasilnya menerusi “Legenda” yang mengangkat kembali naskhah-naskhah P.Ramlee ke tahap yang lebih tinggi standard muziknya. Mendengarkan kembali rendisi Sheila menerusi album tersebut memberi satu pengalaman berbeza dan cukup mewah dengan ketelitian produksi muziknya.

Setelah “Legenda” belum ada yang mahu dan mampu meninggikan standard lagu-lagu terdahulu pada kualiti yang membanggakan sehinggalah Syafinaz bersama label EMI menghasilkan sebuah album rakaman semula lagu-lagu Datuk Ahamad Nawab menerusi “Syyhh..” yang diedarkan pada tahun 2003.

Dengan dikemudi produser-produser hebat lulusan Berklee College of Music seperti Ahmad Izham Omar, Aubrey Suwito, Helen Yap, Jenny Chin dan Mac Chew “Syyhh…” menjadi sebuah album yang memberi infusi cukup moden dan segar bagi naskhah-naskhah malar segar Ahmad Nawab.

Garapan muzik R&B menjadi arah baru muzik Ahmad Nawab di lagu ini. Hal ini sangat jelas bagaimana Izham Omar mengadun serba berbeza lagu berjudul “Rindumu Rinduku” persembahan asal Broery yang berbentuk Balada menjadi R&B Pop yang cukup segar sekali.

“Rindumu Rindu” terhasil cukup solid sekali mengikut citarasa muzik Syafinaz sebagai pemuzik dengan sound yang lebih current bersama elemen Hip-Hop daripada kumpulan M.O.B yang menjadikan ia lari berbeza dengan naskhah asal lagu ini.

Sebuah lagu naskhah yang bergerak atas landasan muzik serupa adalah “Kemesraan” yang susun kembali kemasan muziknya oleh Aubrey Suwito yang hadir dengan groove berbeza, meninggalkan feel asal lantas menerbit sebuah rasa baru naskhah asal persembahan Uji Rashid ini.

Album ini nyata bergerak sebagai sebuah pengalaman yang cukup menarik menikmati karya-karya Ahmad Nawab dengan cara baru, feel baru dengan rasa yang sama tanpa terlalu bergantung pada melodi asal yang dicipta dan diterbitkan.

Syafinaz menerusi album ini berjaya menyuntik kegegaran yang sangan diperlukan pasaran muzik tempatan ketika diedarkan. R&B, Soul dan sedikit Hip-Hop yang diadun dalam muzik setiap lagu yang terhasil menjadi begitu baik sekali penghasilannya. One of the best remake album.

 

Highlight, Review, Terkini,

“Disentuhi Cinta” Sebuah Potensi Dalam Persembahan Soulful Suzanne Low

Lagu: Disentuhi Cinta
Artis: Suzanne Low
Komposer / Lirik: Yu Heng / Slen
Produser: Yu Heng

Pasaran muzik penyanyi bukan Melayu dalam mempersembahkan lagu-lagu dalam bahasa Malaysia mungkin tidak sebesar di era 80-an yang mendominasi carta muzik ketika itu melahirkan nama besar seperti Alleycats, Francesca Peters, Cenderawasih dan Kenny Remy Martin antaranya.

Beralih zaman nama-nama seperti Jaclyn Victor, Suki Low, Daniel Lee dan Nikki Palikat mendominasi dengan lagu-lagu popular mereka di era 2000 sebelum muncul pula Elizabeth Tan yang semakin moden di era kini.

Nama Suzanne Low mungkin masih hijau dalam pasaran muzik Pop tempatan namun kredibilitinya dalam menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa Malaysia cukup baik dan hal ini terbukti dalam single perdana “Disentuhi Cinta”  komposisi muzik Yu Heng bersama lirik Slen Fadzil.

Dibentuk dalam alunan Balada yang dibaluti muzik Soul dengan styling R&B pada vokal Suzanne, lagu ini terhasil kemas produksi keseluruhannya. Feel dalam penyampaian Suzanne juga baik, sebutannya tidak kedengaran canggung dan merdu sekali.

Cuma penghasilan melodinya tidaklah terlalu cemerlang. Masih berasas iham biasa yang kita dengar tanpa ada apa-apa hal baru yang mengikat untuk kita mengulang dengar lagu ini. Susunan muziknya baik dengan instrumentasi dan kualiti rakaman yang kemas cuma saya kira it sounded old fashion. Di pasaran global sendiri pun lagu-lagu Soul begini tidaklah semakin diraikan.

Suzanne ada good spot untuk menawan pendengar tempatan dengan alunan merdunya tetapi dia harus mendapatkan lagu yang lebih baik dan dekat dengan jiwa pendengar semasa jika benar-benar mahu besar di pasaran komersil. This is a good start.

5/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Terus Hidup” Sebagai Kesinambungan Pop Aina Abdul

Highlight, Review, Terkini,

“Terus Hidup” Sebagai Kesinambungan Pop Aina Abdul

Lagu: Terus Hidup
Artis: Aina Abdul
Komposer / Lirik: Aina Abdul
Produser: Jenny Chin

Dominasi Pop Aina Abdul dalam pasaran muzik hari ini membawa namanya sebagai salah satu bakat baru yang semakin utuh dan diyakini pendengar semasa.

Barisan hits demi hits beriring cerita-cerita sisi lain selain muzik menjadi topik bual yang pasti terus menjadi bahan bicara. Tanpa mahu memperlahankan kembaranya dia terus menzahirkan single demi single yang pastinya dekat dengan jiwa pendengar.

Pertaruhan Balada tahun ini menerusi naskhah diberi judul “Terus Hidup” meneruskan kelangsungan ilham “Sumpah”, “Semalam” dan “Sepi” yang menjadi lagu cari makannya sehingga hari ini dalam pelayaran emosi melodi lara yang menjual kemampuan bersuaranya.

Sekali lagi melangkah yakin dengan komposisinya muziknya sendiri, “Terus Hidup” bergerak dalam ilham Pop dengan pengaruh K-Ballad seperti yang terhasil dalam “Sepi”. Transisi muziknya hadir dalam kemasan muzik yang sangat baik dan dinamik.

Emosi Aina sangat terkawal baik di awal lagu. Saya benar-benar larut di bahagian awal lagu ini dengan persembahan sederhananya sebelum momentum lagu ini bergerak dalam fasa lebih dramatik di pertengahan ke penghujung lagu. Jenny Chin meramu melodi Aina ini dengan sebuah produksi muzik yang cukup berkelas.

Cuma saya sedikit terganggu dengan penulisan lirik Aina dalam pemilihan perkataan dengan imbuhan yang agak canggung. Perkataan seperti “Menjanji” “Menjarak” itu rasanya harus berakhir dengan apitan -an dan saya kira jika dijaga tatabahasanya juga tidak salah. “Berjanji” dan “Menjarakkan” itu lebih tepat.

Sama juga dengan perkataan “membisa” yang saya tidak pasti dari mana datangnya. Hal pemilihan perkataan dalam lirik Aina ini sudah saya perhatikan sejak lagu “Sumpah” lagi di saat saya amat terganggu dengan bait “Bodohnya aku..”

Bukan apa you going to sing this song for the rest of you career. Kenapa you nak membodohkan diri setiap kali menyanyi lagu ini? Kan lebih baik diganti dengan perkataan lain seperti “Mengapa aku..”

“Terus Hidup” lagu yang pasti akan meneruskan lagi slogan #RoadToAJL penggemarnya yang pastinya. Melodi lagu ini antara yang paling beremosi pernah Aina hasilkan dengan daya pengikat sekali dengar namun masih berlegar ilham serupa tanpa ada hal baru yang terlalu berbeza selain kemasan muziknya yang berjaya meninggikan standard Balada ini.

5.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kembalinya Suki Low Menerusi Single “Nelangsa”

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Dua Jiwa Dalam Sebuah Melodi Lara

Lagu: Bahagiakan Dia
Artis: Liza Hanim & Shila Amzah
Komposer / Lirik: Alif Iskandar
Produser: Rudy Nastia

Kolaborasi Pop hari ini semakin dirancakkan dengan gabungan yang tak diduga. Pernah Jaclyn Victor diganding bersama Siti Nordiana menerusi “Nisan Cinta” yang awalnya terasa aneh namun hasilnya cukup memuaskan begitu juga gandingan Dayang bersama Zynakal tahun lalu.

Projek kolaborasi sebetulnya jika kena pada percaturan dapat membesarkan pasaran muzik buat kedua-dua penyanyi yang digabungkan bersama dalam satu lagu. Boleh berkongsi kuasa peminat hari ini yang sokongannya luar biasa obsesinya.

Hal ini sudah terbukti impaknya menerusi rilis seperti “Tak pernah Hilang” (Amylea dan Kaer), “Aku Cinta” (Ernie & Syamel), “Belenggu Rindu” (Wany & Jamal) dan “Haram” (Dayang & Hael) antara yang cukup berjaya membesarkan nama-nama ini dalam radar popular.

Tahun ini giliran Liza Hanim bersama Shila Amzah pula disatukan dalam sebuah projek terajui In Digital Music yang menghasilkan lagu berjudul “Bahagiakan Dia” yang baru-baru ini membawa pulang 2 trofi di Anugerah Industri Muzik.

Istimewanya lagu ini bukanlah kerana kehebatan melodinya tetapi kekuatan nama Liza dan Shila yang menunjangi lagu berdurasi 3 mint 21 saat ini untuk membuat kita mahu mendengarkannya sehingga ke hujung.

Jika mahu bergantung pada penghasilan melodi saya tidak melihat apa-apa kelebihan. Daya pengikatnya benar-benar pada kolaborasi vocal giants dua bintang mega ini. Jika ia diberikan pada penyanyi lain mungkin ia sekadar angin lalu.

Liriknya juga tidaklah begitu memikat pendengaran saya. Bait “Jujurlah kepada ku sayang // Luahkan semua rasa rindu // Katakan kau milikku walau hanya penipuan” begitu mengelirukan. Di saat mahukan satu kejujuran, diminta juga satu penipuan.

Saya mendengar lagu ini berkali-kali sejak ia diedarkan. Kadang cuba untuk suka dan in denial sebab saya suka Liza Hanim saya suka Shila Amzah tapi itulah saya jujur dan tidak sukakan penipuan. Jadi lagu ini agak gagal di pendengaran saya.

Namun begitulah percaturan muzik hari ini. Urusan pemasaran yang bijak akan membawa sesebuah naskhah itu ke tahap yang lebih baik. Sebagai bukti sekali pun ia hanya sebuah melodi biasa tetap memberi impak kerana pelantunnya. Peminat mereka akan laju mengundi agar kekal dalam radar popular dan pastinya menjadi pengisian content creator yang ada untuk bereaksi di saluran mereka.

4.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kesyahduan Nikki Dalam Memikat Pasaran Semasa Dengan “Sudah”