
Lagu: Kembali Terang
Artis: Marsha Milan
Komposer / Lirik: SENNA / Ajin
Produser: Kharisma Music
Usai fasa AJL yang memberi kejayaan luar biasa buat Marsha mencipta momennya tersendiri dalam radar popular tempatan, namanya sentiasa dinantikan untuk penghasilan lagu terbaru. “Cinta” memberi satu dimensi berbeza buat kembara muziknya yang berjalan dalam arah kelabu sebelumnya.
Kelantangan dalam penyampaian suara menjadi kunci untuk dia terus mengikat pendengar tempatan mengilhamkan “Kembali Terang” sebagai percaturan terbarunya. Karya cipta Senna dan Ajin ini menjual segala kemampuan yang ada pada Marsha untuk terus bersinar.
Melodi lagu ini terhasil dalam ilham Balada yang biasa kita dengar. Momentum dalam kemasan muziknya menyuntik dinamik yang cukup dramatik sekali sepanjang ia berjalan dari awal ke hujungnya. Melodi begini sepertinya benar-benar mahu memihak pada Marsha sebagai pelantun untuk mengeluarkan segala kemampuan yang dia miliki.
Biar secara peribadi saya bukanlah penggemar Balada begini dalam nyanyian yang terlalu melaung dalam galau cerita yang disampaikan. Semuanya bermula di minit 2:33 yang saya kira projection Marsha terkadang agak over power the melody seperti berlawa-lawan. Saya bukanlah pakar dalam vokal tetapi saya appreciate penyanyi yang bijak dalam mewarnakan nyanyian mereka tanpa perlu kedengaran seperti bertarung nyawa dalam nyanyian.
Tak ada yang salah pun tentang nyanyian Marsha. Cuma a matter of preference – saya lebih selesa mendengar kalau Marsha ada sedikit control dalam nyanyiannya agar galau yang dirasai tidak kedengaran seperti marah atau merentan. Jeritan-jeritannya itu agak bingit untuk saya.
Kemasan string dalam lagu ini dan instrumentasinya masih baik. Transisi dari verse ke korus sehingga ke penghujungnya itu berhasil dalam menerbitkan gejolak emosi serta melodinya juga tidak terlalu kompleks dengan hal-hal yang tidak perlu. Naskhah yang pasti akan disukai pendengar semasa juga guru-guru vokal di YouTube pastinya.
5.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Aisha Retno Menembus Emosi Pendengar Di Single “Pencarianku”