
Irama segar 70-an dan 80-an yang banyak dipengaruhi muzik Disco, Synth, Pop dan Joget yang memonopoli pasaran muzik di era itu hadir penuh warna. Tidak hanya terikat dengan rangkaian lagu-lagu yang catchy sahaja penulisan lirik yang beragam mengambili latar cerita masyarakat kadang cukup mencuit hati.
Sebahagian karya-karya yang dirakam semula daripada lagu antarabangsa dialih bahasa dalam bahasa Malaysia daripada Noorkumalasari dan Sweet September antaranya cukup popular ketika diedarkan.
Muzik Kita melewati kalendar Pop 70-an dan 80-an daripada pemuzik legenda seperti Sheila Majid, Anita Sarawak, Sudirman, Black Dog Bone, Alleycats dan ramai lagi dalam sebuah retrospektif muzik yang cukup menarik untuk diperdengarkan kembali.
“Mentari Korea” adalah all time favorite saya dalam legasi Symth Pop dan City Pop Malaysia. Lagu ini terhasil cukup fun sekali dengan persembahan vokal Raja Ema yang clarity nya cukup baik sekali. Kisah pertemuan dua jiwa dari dua destinasi berbeza mengulik kisah impian, cita-cita dan cinta.
“Punch Card” sebuah melodi hasil tulisan lirik Habsah Hassan ini diedarkan ketika Malaysia buat kali pertama memperkenalkan sistem punch card di Malaysia. Cukup catchy melodinya dengan lirik yang menggambarkan situasi masyarakat ketika itu yang berpusu-pusu kerana mahu lekas ke pejabat. Antara yang cukup ikonik penghasilannya.
“Kalau Berkalau” lagu dengan gabungan muzik Joget dan Pop yang disatukan dengan attitude vokal Anita dengan cukup terhasil menarik. Lagunya cukup fun untuk dinikmati dengan melodi catchy dan pastinya membangkit semangat pagi setiap kali mendengar.
“Bila Hujan Pagi” feel good Pop yang saya kira cukup padan diperdengarkan di pagi hari, ya huja terutamanya. Melodi lagu ini sangat chill dengan infusi muzik 70-an yang cukup kuat membuai dalam gerak-gerak perlahan sambil bersiap-siap sebelum ke pejabat.
“Tua Sebelum Waktu” is a 80’s anthem Pop yang memberi dimenasi baru dalam muzik tempatan. Pengaruh J-Pop dan City Pop yang diraikan dalam melodi ciptaan Odie Agam ini terhasil cukup classic dan timeless. Biar sehingga hari ini lagu ini masih segar diperdengarkan.
Freedom antara band Pop terbaik yang pernah ada di era 80-an. Lagu-lagu mereka menongkah arus muzik Melayu yang sinonim dengan pengaruh Hindustan ketika era 70-an dan 80-an. “Bersama” salah satu lagu terbaik yang pernah mereka rakamkan sepanjang berkarier yang pastinya hadir dengan groove yang tersendiri.
Fast number dengan pengaruh muzik Disko dalam lagu nyanyian Noorkumalasari ini hadir dalam groove yang cukup enjoyable. Lirik yang dihasilkan pula dalam pesan-pesanan tentang persahabatan juga cinta yang cukup banyak dihasilkan di era ini. Persembahan Noor biar tidaklah merdu tetapi masih bergerak dalam kemasan muzik yang sedap didengar.