
Lagu: Menyantun Kasih
Artis: Siti Nordiana
Komposer / Lirik: M.Nasir / Keon
Produser: M.Nasir
Kekal dalam radar popular sehingga hari ini dengan barisan single tanpa putus saban tahun menjadikan Siti Nordiana antara artis yang konsisten menyusun kembara bermuziknya sesudah fasa kejayaan Gegar Vaganza yang mengembalikan harum mekar namanya.
Nana setelah itu membahagiakan penggemarnya. Biar cukup dikenali dengan alunan Balada, tahun lalu dia memberi sedikit kejutan dengan penghasilan “Amaran” bergerak bersama geneari muda Mas Dewangga sebagai komposer dan Bunga yang bergabung suara bersamanya.
Berani untuk ke depan tanpa perlu berkira-kira, Nana terus tampil dengan sebuah lagi lagu terbaru karya cipta Datuk M.Nasir menerusi melodi berjudul “Menyantun Kasih” yang cukup kuat esen muzik komposr legenda ini.
Tidaklah terhasil terlalu baru atau berevolusi, lagu ini bagaimanapu masih ada melodi yang sedap dengan lirik yang baik. Nana saya kira mahu menyempurnakan hasratnya dapat menyanyikan lagu M.Nasir jadi terhasillah produksi muzik ini.
Lagu ini untuk pasaran muzik 2022 saya kira kedengaran agak old fashion dan kurang daya pengikat. Formula begini sudah banyak di pasaran muzik sejak 90-an lagi dan tanpa sebarang pembaharuan dari segi produksi muziknya, saya tidak berjaya mencari apa yang terlalu istimewa.
Namun saya masih senang dengan penulisan lirik Keon yang cukup cantik susunan bahasanya. Korus lagu ini “Dan aku datang dengan cinta // Ke taman bercahaya” terhasil dalam puitisnya yang tersendiri.
Dan ditutup kemas penceritaannya “Aku datang dengan cermin kasih // Merindu dan merintih // Segala yang aku milik // Adalah bayangmu kasih.”
Nana masih berjaya dalam penyampaian vokalnya yang merdu, lembut membuai tanpa perlu terlau mencuba-cuba hal yang tidak perlu. Kemas seperti biasa namun lagu ini agak underwhelming dan kurang daya pengikat. Mungkin harus dinikmati berkali-kali.
6.2/10
ARTIKEL BERKAITAN