
Dua tahun berehat daripada beracara, Kuching Jazz Festival kembali lagi dengan barisan penghibur serata Asia yang bakal menghiburkan selama dua hari acara pada 28 dan 29 Oktober ini yang akan dilangsungkan di Waterfront Margherita Kuching.
Menampilkan barisan pemuzik hebat seperti Afgan (Indonesia), Phum Viphurit (Thailand), Noryn Aziz (Malaysia) dan beberapa barisan pemuzik lain, Kuching Jazz Festival akan memberika kepuasa berbeza penggemar festival muzik.
Menyifatkan festival tersebut sebagai sebuah percutian hujung minggu yang ideal dan lari dari kesibukan, alunan muzik Jazz yang bakal dipersembahkan oleh barisan penghibur kelak akan membuat kunjungan ke Kuching yang indah nan cantik tidak akan sia sia.
“Kami di Hemisphere Corporation Sdn. Bhd amat berharap dan percaya Kuching Jazz akan mendapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan.“Dan kami juga percaya peminat festival ini serta genre muzik yang diketengahkan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan menjadi magnet kepada peminat.
ARTIKEL BERKAITAN
Gabungan Power Vocal Krisdayanti & Noryn Aziz Dalam Satu Konsert