Saya banyak melayani album-album yang terhasil di era 80-an. Kebanyakannya masih mengekalkan momentum muzik Melayu yang mendayu-dayu pembawakan daripada pengaruh muzik Hindi di era 70-an namun tak kurang juga yang datang dengan evolusi bermuzik yang baik.
Kugiran seprti Freedom, Headwind dan Sheila Majid antara yang berani melawan arus muzik semasa yang dimonopoli produksi Datuk Ahmad Nawab ketika itu. Kehadiran nama-nama baru ini dalam pasaran muzik tempatan ketika itu memberi satu warna menarik muzik Pop 80-an.
Antara yang mungkin tidak popular dan kurang diberi perhatian ialah Lyana. Vokalis yang dicungkil bakatnya oleh syarikat rakaman Polygram di penghujung 80-an mencedok ilham Synth Pop Sheila, Famieza dan Fairuz Hussein menghasilkan debut berjudul “Hati Ke Hati” yang diproduksi Razman.
Album ini asalnya diterbitkan pada tahun 1989 menampilkan 10 lagu yang menampilkan ciptaan komposer seperti Hadi Hassan, Niki Oi dan Razman sendiri yang menulis lebih 3 lagu untuk debut Lyana ini.
Beberapa lagu yang menarik untuk saya highlight di album bermula dengan trak berjudul “Bimbang” (Razman / Lukman S) yang datang dengan feel good Pop ala-ala Raja Ema dengan pengaruh Synth Pop yang menarik struktur melodi lagunya. Saya enjoy dengan feel 80’s begini yang ringan dan datang dengan tipikal beat era tersebut.
Sebuah lagi lagu yang paling menarik adalah “Buat Pertama Kali” (Razman / Alex / Zur Ain). Melodinya sangat kuat esen Pop 80-an yang banyak dirakam Freedom dan komposisi Mazlan Hamzah. Korus lagu ini sangat best dan seronok dilayan.
Album ini dalam terisinya lagu-lagu Pop yang best tetap diraikan adalah Balada oleh pendengar ketika itu. “Hangatnya Cinta” ciptaan Hadi Hassan menjadi killer album ini dalam mencuri perhatian pendengar. Saya biasa mendengar lagu ini cuma tidak mengenali siapa penyanyinya sehinggalah mendengarkan kembali keseluruhan album ini. Oh ini rupanya penyanyinya.
“Hati Ke Hati” sebuah lagi Pop yang penuh energi baik dalam attitude vokal Lyana. Actually suaranya bukanlah terlalu sedap ada bahagian agak sumbang namun lagu-lagu di album ini especially all the fast number sangat enjoyable untuk dinikmati.
Balada di album ini mungkin bukan kekuatan Lyana sebenarnya namun masih ada beberapa lagu yang menarik seperti “Kecewa Lagi” yang tiba-tiba ada feel sentimental rock ala-ala Headwind. It’s okay sebenarnya cuma kali pertama dengar tu agak awkward jugalah sebenarnya.
Lyana mungkin mampu menjadi rujukan muzik hari ini. Beberapa lagu di album ini menarik sebenarnya kalau disusun kembali dengan produksi muzik yang lebih tastefully produce. Cuma kena datang pada produser yang tepat dan jelas visinya.
Lyana memiliki dua buah album sepanjang kariernya. Kali terakhir di tahun 1990 “Hidupku Untuk Berbakti” dan kesemua lagu-lagu Lyana boleh anda layan di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
ARTIKEL BERKAITAN