
Lagu: Pencarianku
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Sharon Paul / Aisha Retno
Aisha Retno bintang masa depan bagi saya. Kekuatannya sebagai vokalis itu luar biasa sekali untuk bakat sehijaunya. Nyanyian Aisha kemas malah semakin baik dan baik sejak awal pertama saya mendengar “Mengikat Jiwa” naskhah ciptaan Aldi Nada Permana bersama Aisha sendiri.
Biarpun saya percaya bakat Aisha itu akan sangat menjadi baik jika dibentuk menjadi R&B star namun untuk diterima di pasaran tempatan Balada harus dipercaturkan dahulu maka terhasillah “Cinta Denganmu” dan “Nukilanku” bagi mencuri perhatian pendengar tempatan yang okey okey sahaja penerimaannya.
Saat dia merilis W.H.U.T tahun lalu saya kembali seronok kerana inilah direction muzik yang harus dia tujui. Moden, muda dan current. Aisha boleh jadi Ariana Malaysia tapi masalahnya orang Malaysia kurang sedia. Malah W.H.U.T lebih menyerlah dan popular di kalangan Indonesian berbanding Malaysian. But no doubt lagu tersebut memang arah terbaiknya untuk bersinar jauh.
Namun sekali lagi untuk bergerak dalam radar popular tempatan Balada itu harus menjadi pertaruhan. Maka sekali lagi Aisha mencuba menarik minat perhatian pendengar tempatan dengan sebuah lagi Balada berjudul “Pencarianku” yang dihasilkan bersama Sharon Paul.
Lagu ini disusun muziknya seperti apa yang biasa kita dengar sebetulnya dalam lambakan Balada yang ada. Cuma persembahan vokal Aisha benar-benar memberi kelebihan untuk lagu ini bersinar lebih daripada penghasilan melodinya. Jujur “Pencarianku” agak lambat merasuk pendengaran saya, hanya setelah beberapa minggu dirilis saya benar-benar cuba untuk terikat dengan melodinya.
Vokal Aisha is a master class. Dia menyusun vokalnya dengan sangat cantik dan kemas sekali. Setiap bahagian terisi penceritaan yang sangat memaknakan setiap bait lirik yang ditulis. Adlibnya sangat kemas tidak berlebih-lebihan terjaga baik emosinya agar tidak ‘berlawan’ dengan muzik yang terhasil tetapi tercantum baik.
Kalau secara peribadi W.H.U.T masih lagi saya letakkan sebagai arah terbaik untuk Aisha bergerak sebagai penyanyi masa depan. Dia masih muda dan memiliki citarasa bermuzik yang sangat baik, semoga Aisha akan find the balance antara to please the mass market dan stay true to herself.
“Pencarianku” bergerak dalam susunan muzik yang baik dan tastefully produced. Saya terbuai dalam alunan sempurna Aisha. Kalau tengah broken lagu macam ni memang layan. Cuma personally saya lebih senang dengan Aisha di dalam W.H.U.T yang lebih current and young.
6.2/10
ARTIKEL BERKAITAN
Pertaruhan Komersial Margosa Menerusi “Cinta Pasti Bersatu” Bersama Aepul Roza