#RetrospektifMuzik,

Melayani Pop One Hit Wonder 90-an / 2000

Cinta Melankolia (Aan)
Komposer / Lirik: Mohd Khair Mohd Yasin

Aan hadir sebagai soloist sulung Happy Records yang ketika itu dikepalai Adnan Abu Hassan. Berbekal sebuah album dengan hits sepanjang zaman “Cinta Melankolia” menjadikan Aan antara suara yang kita kenal tapi mungkin jika disebut nama tidak ramai yang begitu mengenali. Namun jika diputar kembali lagu ini pasti akan ramai mengingatinya.

Gemersik (Krisya)
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan / Hani MJ

Seperti judulnya, suara gemersik Krisya pernah mengisi gemilang Pop 90-an dengan melodi merdu ciptaan Adnan Abu Hassan ini. Lagu ini benar-benar menyerlahkan kelembutan dan feel Krisya yang cukup sederhana. Terbuai-buai saat dilayani persembahan sentimentalnya di lagu ini.

Ditakdir Kita Bersama (Mac Ruhayu)
Komposer / Lirik: Saari Amri / Baiduri

Killer Ballad yang menjadikan nama Mac Ruhayu terbit di celah populariti Ziana Zain, Nurul juga Haida. Lagu ini saya sifatkan antara komposisi terbaik Saari Amri pernah hasilkan. Kraf muziknya begitu mengalir sebagai sebuah cerita yang berjalan cukup sayu dan syahdu sekali. Persembahan Mac Ruhayu juga begitu in control dan menawan.

Sehelai Daun Setitis Embun (Shasha)
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan

Melodi lagu ini ketika beredar benar-benar mengingatkan kita semua yang Shasha adalah jelmaan Fauziah Latiff. Begitu dekat dan menyerupai apa yang pernah Jee hasilkan dalam Balada yang turut dicipta Adnan Abu Hassan. Lagu ini memberi kelebihan buat Shasha merasa ruang dikenali seketika sebelum hilang terus daripada radar Pop tempatan.

Tiga Malam Tanpa Bintang (Fiq)
Komposer / Lirik: Master G / Azira

Fiq muncul dengan persona rock star yang cukup promising dengan kemampuan menyanyi live dengan baik. Lagu ini seharusnya menjadi nyawa untuk dia lama bernadi dalam pasaran muzik tempatan tetapi tersia kerana pengurusan kerjaya yang kurang. Lagu ini sudah menjadi salah satu the classic dalam legasi sentimental rock tempatan.

 

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

10 Album / EP Terbaik Malaysia 2022

Pasaran penghasilan album masih didominasi keryawan indie yang masih percaya akan kepentingan menghasilkan sebuah album penuh. Nama-nama seperti The Impatient Sisters, Couple, Viona (Takahara Suiko), HAMBA (Amir Jahari) dan bakat-bakat baru seperti Late Night Frequency, A.Limin, Dewataraya dan Sang.Rawi antara yang masih menghasilkan album penuh berdurasi panjang.

Lapangan Pop tahun lalu diisi dengan dua album perdana persembahan Naim Daniel (Fobia) dan Ismail Izzani (Self-Titled) yang menjadi debut album kedua-dua bakat muda ini setelah beberapa tahun menapak di lapangan muzik komersil tempatan. Kedua-duanya datang dengan ilham Pop berbalut feel R&B dan percikan muzik Hip-Hop dengan kolaborasi bakat-bakat lain menerusi beberapa lagu.

Digerakkan juga oleh produser muda seperti Mas Dewangga, Iqie Hugh dan Jova Devito antaranya yang menjadi pelapis pelopor Pop papan atas seperti Omar K, Ezra Kong dan batalion muzik di label rakaman Faithful Music.

Penghasilan single masih menjadi trend sasaran menghasilkan lagu-lagu baru yang juga menjadi strategi pemasaran utama dalam mengekalkan momentum muzik penyanyi sedia ada. Beberapa nama yang saya kira sudah sedia untuk penghasilan album penuh seperti Kaka Azraff, Andi Bernadee, Hael Husaini dan Aina Abdul masih belum menghasilkan album penuh lagu baru (tanpa memasukkan single sedia ada).

Semoga tahun ini akan berilham dan berbekal modal untuk bakat-bakat muzik tempatan menghasilkan album penuh yang pastinya akan bergerak sebagai sebuah portfolio muzik untuk mereka bertapak lebih jauh pastinya. Berikut 10 Album Terbaik Pilihan 2022 pilihan Muzik Kita

Everything In Between / Ai.Z
YRR Music

Aizat keluar daripada kepompong selesanya menerusi penampilan persona Ai.Z yang menampilkan sisi lebih urban dan moden. Garapan R&B dalam album yang diberi judul “Everything In Between” ini terhasil dalam ramuan muzik yang cukup popular dalam pasaran muzik global hari ini. Antara trak terbaik di album ini adalah “Catching Feelings”, “Impossible To Love You” dan “Use Me.”

HAMBA / Permulaan
Sekalo Music Production

Peralihan Amir Jahari menjadi HAMBA menerusi EP “Permulaan” menghasilkan sesuatu yang lebih komersil dan mesra pendengar. Lagu-lagu yang terhasil dalam estetika muzik Amir dizahirkan dalam cara paling senang untuk dinikmati pendengar muzik semasa. “Pecah Gelas” menjadi antara naskhah muzik terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang 2022. Keseluruhan EP ini terhasil dalam sebuah kesinambungan muzik yang menyenangkan.

THE IMPATIENT SISTERS / 7 YEARS
The Impatient Sisters

Persembahan Folk tiga bersaudara ini hadir dalam sebuah persembahan muzik yang penuh harmoni. Mendengarkan keseluruhan album ini dari satu lagu ke lagu berikutnya membuatkan pendengar leka dan larut tanpa sedar ia sudah ke penghujung. Kualiti rakaman album ini antara yang terhasil baik kerja-kerja bunyinya yang kemas sekali. “Rumah” bergerak sebagai sebuah lagu yang tepat mentafsir ilham muzik The Impatient Sisters. “Kejam” antara yang hadir dengan eksperimentasi muzik yang memberi pengalaman berbeza mendengarkan mereka. Keseluruhan album terhasil cukup harmoni – baik kemasan suara mereka sehinggalah lagu-lagunya.

ISMAIL IZZANI 
WP Entertainment

Ismail menerusi album ini menzahirkan sebuah album yang cukup formula muzik yang cukup komersil. Setiap lagu yang terisi cukup catchy, moden dan simple tetapi datang dengan satu citarasa bermuzik yang cukup kekinian. Ismail ada attitude yang baik untuk bergerak sebagai Pop star harapan muzik tempatan. Sehingga hari ini lagu-lagu yang dihasilkan tidak langsung mengecewakan. “Kembalikan” ciptaan Ezra Kong bukti kematangan bermuzik Ismail selain beberapa lagu lain seperti “Mini Love”, “Another One” dan “Kekal Ada” yang terhasil menghiburkan.

VIONA / D.I.V.O.R.C.E
Venopia Enterprise

Viona menghasilkan sesuatu yang cukup quirky dalam mentafsirkan sebuah perjalan bermuzik yang bersifat cukup personal. Mendengarkan Viona saya kira harus beriring lirik yang dibaca bersama untuk anda memahami isi setiap lagu yang tersirat. “Raksasa” lagu terbaik yang dihasilkan di album ini. Kisahnya sedih tetapi ditafsirkan dalam persembahan muzik yang seakan menolak rasa sedih yang ada sebagai sebuah azimat kekuatan seorang wanita dalam memahami ertinya takdir sebuah hidup.

BAYANGAN / KELANA
Studio Bayangan Enterprise

Bayangan adalah sebuah pengalaman menikmati muzik Folk tempatan yang cukup berbeza, tidak komersil, tidak radio friendly tetapi sangat diperlukan dalam pasaran muzik tempatan. Muzik Malaysia perlu diisi dengan pengalaman begini untuk meraikan kepelbagaian dalam bermuzik. This might not your cup of tea not even mine, tetapi ia bergerak sebagai sebuah naskhah untuk kita melihat keterbukaan kita sebagai pendengar dan membuka ruang-ruang sempit yang diisi dengan idea lapok muzik Pop tempatan khususnya. Dengar dengan bersabar, pengisiannya jauh daripada apa yang anda bayangkan.

SANG.RAWI / Malay New Order
Sang Rawi

Sang Rawi meraikan muzik lagu-lagu Joget, Dondang Sayang dan Zapin dalam sebuah ilham baru yang menghiburkan tanpa terasa lapok dan kebelakang. Muzik mereka diramu dengan idea segar dalam susunan muzik dan permainan bahasa dalam penulisan lirik yang terhasil begitu baik. “Malay New Order” sebuah rilis tertunda mereka yang sepatutnya beredar lebih awal namun masih kedengaran relevan. Mendengarkan lagu seperti “Senandung Kaseh” dan “Zaffin” membuat saya mahu menari melayani joget gaya mereka.

A.LIMIN / SESUDAH MALAKAR LANGIT
Kamar Seni Enterprise

A.Limin bercerita dalam lagu-lagu mereka yang mengisi “Sesudah Melakar Langit” dalam sebuah persembahan muzik yang cukup grand saya kira. 13 lagu di album ini bukan sesuatu yang mudah dihadam, iramanya perlahan merasuk dan harus beriring sabar kerana durasi panjangnya mungkin akan buat pendengar Pop semasa bosan. Tetapi ia terisi sarat cerita manusiawi dalam penulisan liriknya dalam setiap lagu. Dan saya kira itu adalah saktinya untuk kita melekat dari awal ke hujung album ini tanpa tergantung pada melodi tetapi larut bersama penulisan lirik yang ditulis.

ZAMAERA / HEARTBREAK TO HEAL
Zamaera

Zamaera bergerak sendiri dengan sebuah kematangan bermuzik yang dibentuk bersama produser muziknya. Lagu-lagu di album ini biar tidak sedramatik EP awalnya seperti Z vs Z tetapi masih utuh spirit bermuzik Zamaera. Vokalnya menjadi sakti utama melayani album ini dengan beberapa rangkaian lagu yang cukup catchy seperti “Cinta Yang Baru”, “Jaga Diri” dan “Distance”. Album ini sebuah penemuan dirinya sendiri dalam meniti kedewasaan sebagai seorang pemuzik.

TUJU / UNTUK KAMU 18/19
Black Hat Cat

Bersama produser Mingaling, Tuju melakar kanvas muziknya dalam sebuah persembahan album Hip-Hop yang cukup solid. Tujuh lagu yang terisi di album ini benar-benar mampu membuat pendengar Tuju puas dengan pengisiannya. Lagu seperti “Khayalan” dan “Jiwa Pusing” jelas identiti muziknya yang berbalut emosi yang bergolak dalam penulisan lirik yang bersifat personal. “Tenaga” saya sifatkan sebagai lagu terbaik di album ini yang momentum muziknya bergerak dalam sebuah arus yang mampu membolak-balikkan emosi pendengar.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Ballad Afieq Shazwan & Muna Shahirah

Lagu: Cinta Hanya Buatan
Artis: Afieq Shazwan & Muna Shahirah
Komposer / Lirik: Ibnu / Goufffran
Produser: Sirkhan

Muna Shahirah dan Afieq Shazwan antara bakat FMC yang saya personally suka – Bakat nyanyian mereka sangat baik dan kemampuan menyanyi secara live juga begitu meyakinkan. Setelah berjaya dalam beberapa percaturan Balada patah hati mereka kali ini kedua-dua bakat ini disatukan dalam sebuah lagu.

“Cinta Hanya Buatan” sebuah Balada yang tidaklah saya begitu memberi perhatian awalnya namun it is hard to resist sebab saya sangat suka vokal kedua-dua mereka. Jadi membuka pendengaran saya hanya untuk menikmati persembahan vokal mereka.

Lagu ini bergerak dalam acuan muzik tipikal karya cipta Ibnu dan Gouffran yang disusun oleh Bajai (Amylea & Farouk Roman) dalam turun naik emosinya yang membenarkan pelantunnya benar-benar menyerlahkan segala kemampuan menyanyi mereka.

Feel Afieq dan  Muna seperti yang dijangka sangat baik dalam kedua-dua lagu. Biar melodinya tidaklah terlalu menarik namun ia cukup dekat dengan sasaran pendengar mereka. Kemasan string di lagu ini baik dan disusun kemas. Dan ya, saya sangat senang melewati perasaan Afieq dan Muna lewat lagu ini.

Suara mereka menyatu baik tanpa perlu kedengaran berlawan-lawan, emosinya sampai dan pleasant. Saya sebetulnya mengharapkan lebih lagi gabungan duo ini di masa mendatang kerana saya benar-benar mahu melihat both of  this talent untuk terus diraikan pendengar tempatan.

5.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Dilarut Leka Dengan Melodi Mimpi Aisha Retno Menerusi “I.L.S.M”

Highlight, Review, Terkini,

Shila Amzah Melangkah Terus Dalam Kesyahduan “Jauh Hati”

Lagu: Jauh Hati
Artis: Shila Amzah
Komposer / Lirik: Shila Amzah
Produser: 

Sepertinya tidak mahu melangkah perlahan, Shila Amzah berjalan terus dalam memproduksi naskhah baru yang pasti akan terus diraikan penggemarnya. Setelah tahun ini menzahirkan single duet bersama Liza Hanim menerusi “Bahagiakan Dia” dan “Khilaf Asmara” serta usai menjalani tanggungjawab di GV, Shila hadir dengan single terbaru.

Menerusi komposisi sepenuhnya yang ditulis juga sendiri liriknya, Shila melahirkan sebuah lagi Balada berjudul “Jauh Hati”. Menjual emosinya yang dibaluti kisah lara hati seorang wanita, lagu ini sepertinya kuat nafas Canto Pop yang dibaluti lirik berbahasa.

Shila meramu lagu ini sebagai sebuah kelangsungan untuk dia terus bernadi dalam menarik minat pendengar tempatan yang sentiasa mahukan lagu-lagu begini saya kira. Sekalipun ia tidaklah terhasil dengan idea baru dan segar namun masih boleh didengar. Lagu ini mengingatkan saya pada komposisi “Masih Aku Cinta” yang ada identiti melodi ciptaan Shila. Sedap didengar.

Saya lebih senang dengan sisi Pop Shila sebetulnya. Menyemak katalog muziknya, terakhir dia merilis “Patah Seribu Hatiku” menjadi antara favorite saya secara perbadi. Lagu begitu lebih menyerlahkan attitude bermuzik Shila dan dia kedengaran lebih current.

Tapi begitulah caranya kalau mahu survive di pasaran muzik tempatan. Balada masih apa yang pendengar hari ini raikan maka saya kira Shila harus juga menurut untuk kelangsungan kerjayanya. But that doesn’t make she take it for granted. “Jauh Hati” masih okay tanpa perlu terlalu menjerit-jerit dalam rintihnya.

Namun at the same time saya masih berharap Shila can find her balance – to please the market and at the same time do something else more.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Perempuan” Soulful Ballad Terbaru Pertaruhan Jaclyn Victor

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik,

Getaran Nostalgia: Balada Terbaik Kumpulan Slam

Pengaruh Slam dalam pasaran muzik Pop tempatan 90-an antara yang sudah terisi dalam sejarah muzik tempatan. Populariti mereka sebagai Pop band yang menjual ilham Balada dan moderate Pop yang disatukan dengan penghasilan melodi yang dekat dengan jiwa pendengar Melayu khususnya memberi kelebihan untuk mereka sangat bersinar ketika itu.

Seiring dengan band Pop yang lain seperti Exists, Iklim juga Mega antaranya – Slam mencipta fenomena berbeza dengan jumlah penjualan album yang cukup tinggi dan konsert-konsert yang sentiasa dipenuhi penggemar mereka. Biar sehingga hari ini lagu-lagu mereka masih diperdengarkan dan diraikan peminat muzik berganti generasi.

Muzik Kita mengembalikan nostalgia Balada-Balada terbaik yang pernah dirakam kugiran Pop yang didepani vokalis hebat Zamani dalam alunan merdu malar segarnya. Di bawah label Johan Sound Production bersama BMG mereka diperkenalkan menerusi album perdana yang menampilkan hits utama “Buat Seorang Kekasih”.

Menerusi lagu ciptaan Rahim Othman ini memperkenalkan Slam dalam legasi Pop tempatan untuk terus bergerak sebagai sebuah kugiran masa hadapan yang akan terus mengisi carta-carta muzik popular ketika itu. Vokal Zamani ketika itu mula dikagumi ramai dengn feel serta persembahannya yang sampai ke hati pendengar.

Menerusi album serupa, berbekal sebuah lagi single berjudul “Nina” yang juga diciptakan juga oleh Rahim Othman sudah mengukuhkan nama Slam untuk terus bernadi dan dinanti-nantikan kemunculan album mereka yang berikutnya. Dan kali ini pastinya Balada mereka menjadi semakin baik dengan karya-karya komposer hebat lain.

Saari Amri, Kids (Search) dan trio KRU menghasilkan sesuatu yang lebih besar ilham Pop mereka. “Kesan Terbukti” dilahirkan tidak lama setelah kemunculan album pertama mereka. Album kedua ini semestinya menghadirkan lebih lagi hits-hits yang menjadikan album ini sebagai sebuah killer album.

Naskhah ciptaan Saari Amri begitu menjadi sekali kali ini. Semuanya menjadi hits yang didengari dan digilai. Penangan populariti album ini juga membawa nama Slam terbang jauh ke negara seberang mengikuti jejak kejayaan Search, Exists dan Iklim yang terlebih dahulu berjaya menembus pasaran Indonesia.

Beberapa lagu di album ini seperti “Tak Mungkin Berpaling”, “Kembali Terjalin” (Saari Amri) dan “Bukan Niat Membalas Derita” (Shadek) menjadi pertaruhan terbaik Balada mereka dalam mencuri perhatian pendengar tempatan ketika itu yang ternyata memberi lebih populariti buat mereka.

Lagu-lagu mereka di album ini bersifat cukup komersil dengan formula muzik Saari Amri yang ketika itu begitu mencuri perhatian pendengar tanpa gagal. Melodinya cukup mengikat pendengaran peminat muzik tempatan dengan killer chorus serta melodi yang menyentuh serta lirik yang puitis ditulis beberapa lyricist hebat seperti Habsah Hassan dan Azam Dungun.

Album “Kembali Terjalin” menjadi antara album yang paling berjaya daripada segi jualan ketika diedarkan pada 1995 dengan barisan hits yang tidak hanya bergantung pada lagu-lagu Balada, album ini juga cemerlang dengan rangkaian lagu-lagu Pop seperti “Nur Kasih” dan “Manisnya Rindu”.

Slam ketika itu sudah cukup matang bergerak sebagai band Pop yang sudah jelas arah muzik mereka. Apa yang mereka harus lakukan seterusnya adalah untuk kekal sustain dengan mencari gali lebih lagi lagu-lagu yang datang dengan formula terbaik yang membolehkan mereka kekal relevan dalam pasaran muzik.

Maka dengan itu pada tahun 1996 terlahirlah album ketiga mereka yang saya sifatkan sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang bermuzik membawa judul “Kembali Merindu” yang sekali lagi didominasi karya cipta Saari Amri dengan beberapa penambahan komposer lain seperti Johari Teh.

Album bergerak lebih cemerlang daripada sudut komposisi sehingga produksi muziknya. Menikmati muzik Slam di album ini terasa lebih dewasa dan tinggi standard muzik Pop yang mereka hasilkan. Hits seperti “Jika Kau Rasa Getarnya”, “Malam Ku Kesiangan”, “Kita Terpaksa Bermusuhan” dan “Kembali Merindu” berjaya meletakkan nama mereka sebagai bakat muzik sudah cukup utuh di pasaran muzik Pop 90-an.

Menerusi album ini juga memberikan ruang untuk mereka aktif berkonsert sekitar tahun 1996 juga 1997. Dua konsert diberi judul “Slam LIVE Concert Unplugged” turut dialbumkan sebagai sebuah kenangan buat peminat-peminat yang hadir di konsert tersebut.

Pasaran muzik Slam ketika itu semakin luas. Album “Kembali Merindu” dirilis di Indonesia dengan mengambil judul “Gerimis Mngundang” yang juga dirilis di Malaysia sebagai single mengisi album kompilasi mereka yang turut diisi dengan hits lain seperti “Kurnia”.

“Gerimis Mengundang” pastinya memberi lebih tuah untuk mereka bersinar. Saari Amri semakin cemerlang dengan komposisi muziknya untuk mejadikan Slam semakin disenangi. Tidak salah juga meletakkan lagu ini sebagai salah satu Balada terbaik yang pernah dihasillkan sepanjang era 90-an. Cukup berhantu sekali biar sehingga hari ini didengar masih mampu mengikat pendengaran.

Slam menjejak langkah populariti mereka dengan rangkain-rangkaian lagu-lagu yang cukup mudah menawan hati pendengar-pendengar nusantara. Melodi denga barisan-barisan lirik cinta, patah hati juga kecewa menjadikan mereka seperti dekat dengan jiwa-jiwa lara pendengar nusantara.

Populariti mereka memberika tuah yang tidak hanya di negara sendiri. Di Indonesia bersama label Musica Studios mereka menzahirkan sebuah album berjudul “Rindiani” untuk pasaran di sana pada tahun 1998 dengan lagu-lagu hasil ciptaan komposer seperti Irwan G. S dan beberapa lagu lain yang ditukar judulnya bagi pasaran Indonesia.

Menerusi album “Dalam Harapan” yang diedarkan pada 1998, Slam bergerak dengan percubaan baru meletakkan single bukan ciptaan Saari Amri sebagai pertaruhan. Ternyata nama mereka cukup kuat untuk tidak bergantung pada Saari Amri, lagu berjudul “Mentari Muncul Lagi” menjadi sakti baru mereka untuk bergerak dalam acuan muzik yang lebih segar

Lagu ini nyata memberi perspektif baru Slam sekalipun ada beberapa lagu ciptaan Saari Amri di album ini namun ia tidaklah menjadi hits yang digilai seperti lagu-lagu ciptaannya sebelum ini. “Mentari Muncul Lagi” bergerak sebagai sebuah transisi baru Slam untuk bergerak matang dan berbeza kali ini.

Slam setelah fasa bersama BMG bergerak dengan rentak sendiri tanpa lagi naskhah-naskhah Saari Amri di album “Slamanja” tidak memperlihatkan lagi nama Saari. Album ini menjadi naskhah perdana menampilkan karya -karya komposisi ahli-ahli Slam. Daripada segi impak mungkin ia tidak sehebat album sebelumnya namun Slam bergerak dengan cara lebih baik kali ini.


ARTIKEL BERKAITAN

7 Pop Tersyahdu Alleycats Sepanjang Zaman

 

Highlight, Review, Terkini,

“Pernahkah” Percaturan Perdana Album “Joget: Made In Malaysia”

Lagu: Pernahkah
Artis: Amir Jahari / Lydbie
Komposer / Lirik: Amir Jahari 
Produser: Amir Jahari / Karim Ahmad

Satu inisiatif dalam mengangkat terus kelangsungan irama Joget diusahakan Luncai Emas dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi projek album berjudul “Joget: Made In Malaysia”.

Album ini menggabungkan kepakaran penggiat seni professional, pensyarah dan pelajar muzik dan seni dari empat institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bersama artis-artis baru pelapis masa hadapan seperti Luca Sickta, Kmy Kmo dan Putri Khareeza.

Single perdana di album ini menampilkan kolaborasi Amir Jahari bersama Lydbie berjudul “Pernahkah” karya cipta sepenuhnya Amir sendiri. Dilatari ilham Folk dalam ramuan Joget ilham Amir terhasil cukup catchy dan tidak sukar dinikmati sebetulnya.

Ada rasa dan jiwa Amir yang sangat kuat dalam lagu ini jika anda pengikut muzik Amir dan saya kira itulah kelebihan dalam produksi keseluruhan lagu ini. Liriknya menjadi senjata utama untuk kita mendengar berkali-kali menggali isi ceritanya.

Bait “Pernahkah kau merasa kebas // Namun mampu tersenyum // Seperti orang biasa”. Saya semakin menyenangi lagu ini dengan bait “Sakit yang tidak terlihat // Sembunyi di sebalik jasad // Bukannya kerna kurangnya iman // Bukan kerana tiada tuhan.” 

Lagu ini bagi saya sebuah naskhah yang seronok didengar di sela seli Pop, Hip-Hop dan Balada yang semakin banyak di pasaran, “Pernahkah” lagu yang sama penting untuk kita sama raikan keberadaanya dalam pasaran muzik tempatan.

7.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Nusa Fest – Penyatuan Muzik 3 Negara Dalam 1 Festival

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Getaran Nostalgia – 2000’s Hip-Hop

Era 2000 menyaksikan kebangkitan Hip-Hop dengan cukup cemerlang sekali bersama label Positive Tones yang banyak membuka ruang serta peluang bakat-bakat muda mendominasi pasaran muzik dengan idea lebih segar. Gabungan R&B, Urban Pop dan Fusion menjadikan Hip-Hop tempatan lebih berwarna dan menarik sekali perjalanannya.

Too Phat akan terus menjadi nama yang akan terus diingati jasanya dalam meluaskan pasaran muzik Hip-Hop di Malaysia dengan jayanya meninggikan standard muzik tempatan ke tahap cukup membanggakan.

Menerusi Positive Tones juga melahirkan nama-nama besar lain seperti Reefa, Innuendo, Poetic Ammo, Ruffedge antaranya yang cukup popular dan diingati sehingga hari ini. Sehingga hari ini kesemua katalog muzik Positive Tones telah dimiliki Universal Music dan menerusi saluran YouTube Getaran Nostalgia lagu-lagu ini dikumpulkan dalam satu saluran. Enjoy~

Lagu: Jezzebelle
Artis: Too Phat & Innuendo 
Komposer / Lirik: Lady Dee / Ahmad Izham Omar
Produser: Ahmad Izham Omar

Jezzebelle anatara komposisi top notch Lady Dee bersama Ahmad Izham Omar. It sounded sangat solid dan berkelas sekali dengan kolaborasi bersama Innuendo yang memercikkan standard berbeza muzik tempatan dengan begitu hebat sekali.

Lagu: Pass The Honey
Artis: Poetic Ammo ft. Atilia
Komposer / Lirik: Mitto / Simpson / Ferguson
Produser: Paul Morrison

Poetic Ammo hadir sebagai sebuah kepelbagaian dalam muzik tempatan yang diraikan penggemar muzik ketika itu. Hip-Hop mereka tampil lebih ghetto dan raw dengan barisan lirik yang sebahagian pada lagu-lagunya diwarnai kepelbagaian bahasa. Selain “Pass The Honey” beberapa lagu lain seperti “Tiada Tandingan”, “Who Be The Player” dan “Somethings On”.

Lagu: Pop Ye Ye
Artis: V.E / Joe Flizzow / Daly Ahli Fiqir
Komposer / Lirik: Mitto / Simpson / Ferguson
Produser: Paul Morrison

V.E yang lebih dominan pada irama R&B menzahirkan sebuah irama Hip-Hop dan Pop yang disatukan dengan idea baru yang cukup segar menerusi Pop Ye Ye. Lagu ini terhasil cukup fun dan catchy. Siapa sahaja yang mendengar pada kali pertama pasti akan terus menyenangi lagu ini yang menjadi lagu yang cukup ikonik grup vokal ini sehingga hari ini.

Lagu: I Got ‘Cha Back
Artis: Audi Mok 
Komposer: Audi Mok / Reefa
Produser: Reefa

Reefa biar pengaruh muziknya tidak meluas seperti bakat Hip-Hop lain telah memberikan keberagaman dalam pasaran muzik tempatan. “I Got Cha Back” hasil ciptaan bersama Audi Mok ini antara yang datang dengan feel R&B yang cukup menawan penghasilannya. Mendengarkan Reefa harus berulang kali untuk anda benar-benar menyenangi muziknya.

Lagu: Phat Family Anthem
Artis: Phat Family
Komposer: DJ T-Bone / M.O.B / Muchachaz / Phlowtron / Teh Tarik Crew / Too Phat

Hip-Hop anthem yang paling ikonik sekali dalam sejarah kebangkitan muzik ini di Malaysia. “Phat Family” adalah sebuah projek yang cukup menarik sekali pernah dihasilkan mana-mana projek berbentuk kolaboratif di Malaysia. Terhasil dalam melodi yang mudah ddingat dengan pelbagai feel yang disatukan mengikut idedntiti pemuzik yang ada di lagu ini.

Lagu:Sandiwara
Artis: TYCO
Komposer: Norman / Yusry / Edry
Produser: KRU

Tyco hadir sebagai sebuah pengalaman yang akan kita sentiasa ingati sebagai the only virtual artiste yang berjaya dihasilkan sehingga hari ini. “Sandiwara” all time favorite saya di album mereka selain “Bidadari” dan “With U”. Lagu ini datang dengan momentum cukup berbeza dan menarik sekali. Saya begitu larut dalam penghasilan melodi serta produksi muziknya.

Lagu: Freak This Mutha
Artis: Ruffedge / Altimet
Komposer: Mode
Produser: Mode / Audi Mok

Sebuah lagi grup Hip-Hop R&B yang cukup berpengaruh dan memiliki impak yang kuat sehingga hari ini adalah Ruffedge. Hadir dengan stail yang cukup tersendiri ketika bersama V.E diperkenalkan menerusi EP “Extreme Pleasure”, Ruffedge memiliki attitude bermuzik yang cukup hebat. Freak This Mutha mungking bukan lagu popular teratas mereka namun ia antara yang terbaik pernah grup ini hasilkan.


ARTIKEL BERKAITAN

“Phat Family” Sebagai Sebuah Victory & History Penting Gerakan Hip-Hop Tempatan

 

 

Uncategorized,

Nusa Fest – Penyatuan Muzik 3 Negara Dalam 1 Festival

Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya membawakansebuah festival yang bakal menyatukan tiga negara – Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu festival muzik pada 4 dan 5 Februari 2023 yang akan berlokasi di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Fasa pertama pengumuman pemuzik yang akan membuat persembahan diumumkan semalam dengan penampilan nama-nama besar dari Malaysia seperti Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Bunkface, Forceparkbois, Jemson,  Gerhana Ska Cinta, Salam Musik dan  White Percussion Unit.

Manakala pemuzik hebat Indonesia pula menampilkan Burgerkill, Dipha Barus, Diskoria, .Feast, Fourtwnty, Hindia, Kelompok Penerbang Roket, Kunto Aji, Pusakata dan Ras Muhamad serta The Pinholes dari Singapura.

Pengumuman seterusnya akan dilakukan dari masa ke masa dan semestinya ini akan menambahkan lagi debaran sehingga ke hari festival. Tiket pre-sale telah habis dijual dalam masa 5 hari dan tiket EARLY BIRD berharga RM300 dijual dari 6 Disember hingga 9 Disember di www.myticket.asia.

NUSA FEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan lagi industri muzik nusantara.

NUSA FEST 2023
Tarikh: 4 & 5 Februari 2023
Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am
Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Harga tiket: EARLY BIRD – RM 300 (6 December, 4pm to 9 December, 4pm)
BUNDLE OF 4 – RM 1200 (6 December, 4pm to Event Day)
NORMAL TICKET – RM 350 (6 December, 4pm to Event Day)
Tiket: www.myticket.asia
Tiket Hotline: 03 8605 0196
Info Hotline: 012 2560082


ARTIKEL BERKAITAN

Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz Serikan Kuching Jazz Festival 2022

Highlight, Review, Terkini,

Raisa “Bertahan / Pergi” Buat Penggemarnya

Lagu: Bertahan / Pergi
Artis:Raisa
Komposer / Lirik: Raisa / Aldi Nada Permana
Produser: Aldi Nada Permana

Raisa mengemudi lebih sedekad perjalanan bermuziknya dengan satu rangka bijak agar muziknya sentiasa kedengaran tersendiri sepertimana suara merdu miliknya. Sehingga hari ini masih utuh sebagai sosok Pop yang begitu disenangi baik di Indonesia mahupun Malaysia.

Peluang menonton konsertnya November lalu terus membuat saya menyengangi Raisa. Persembahannya bersahaja, bualnya di pentas juga spontan dan dia begitu berjaya membahagiakan penggemarnya malam konsert yang dipenuhi ribuan penonton.

Beberapa hari sebelum konsert sulungnya berlangsung, dia merilis single yang terbaru ini berjudul “Bertahan / Pergi” ciptaannya bersama Aldi Nada Permana (Afgan, Rizky Febian) menerusi melodi lembut akustik yang membuai.

Lagu ini saya kira terlalu mudah untuk meresapi pendengaran kita yang sentiasa dekat dengan ilham Indonesia Pop begini. Dibaluti kemas merdu suara Raisa, “Bertahan / Pergi” sebuah lagi kegalauan yang membuai rasa.

Melodi galaunya indah dan tidak merintih seperti Balada Melayu yang saya semakin letih mendengarakannya. Dan itulah keistimewaan melodi Balada Indonesia, biar lagunya sedih tetapi melodinya tidak meleweh-leweh.

Raisa menerusi lagu ini pastinya akan menambah satu lagi hits yang akan melengkapi diskografi muziknya.

7.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Melangkah Lebih Matang, Jemimah Persembahkan “Kisah Tak Pasti”

Highlight, Review, Terkini,

Dilarut Leka Dengan Melodi Mimpi Aisha Retno Menerusi “I.L.S.M”

Lagu: I.L.S.M
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Aisha Retno 
Produser: Radi

Aisha Retno antara bintang Pop harapan yang memiliki ruang lebar untuk diketengahkan sebagai pelapis muzik tempatan. Kualiti pada bakat suara miliknya dengan kemampuan menyanyi secara live dengan baik ditambah kemampuan menghasilkan lagu sendiri melengkapkan dia sebagai future Pop star.

Setelah merilis dua single tahun ini menerusi pertaruhan Balada “Pencarianku” dan EDM Pop bersama produser MFMF. menerusi lagu “Sutera” dia melajukan langkahnya dengan sebuah lagi rilis berjudul “I.L.S.M”.

Hasil ciptaan sepenuhnya Aisha bersama adiknya Radityo, lagu ini terhasil dalam sebuah padanan muzik Pop semasa yang dikuatkan kemasan muziknya yang cukup dreamy dan magical. Melodinya terhasil cukup catchy dan current dalam satu pengalaman menikmati muzik yang begitu melekakan.

Saya sekali lagi terlarut dengan vokal Aisha yang nyata sangat cocok menyanyikan lagu-lagu begini. Persembahannya cukup kemas dengan feel yang secukupnya. Tidak terlalu sukar saya kira untuk kita melayang dengan penyampaian vokal indahnya yang dibaluti muzik yang cukup melayang.

Aisha saya kira tahun depan seharusnya hadir dengan sebuah album mini yang konsepnya begini, sound yang lebih urban dan kekinian tanpa perlu terlalu terikat dengan ilham Balada meleweh since she’s still young dan ada jalan yang panjang dalam industri muzik tempatan.

Untuk “I.L.S.M” saya kira Aisha cukup cemerlang! Dan pastinya dia bersama pengurusan kariernya harus memikirkan sesuatu yang lebih besar tahun hadapan untuk dia terbang sejauh yang mungkin tanpa perlu bergantung harap pada pasaran muzik tempatan sahaja dan hal itu sesungguhnya tidak mustahil untuk bakat sebaik Aisha.

8.8/10


Perjalanan Baru De Fam Lewat Single “Berubah”