Cinta Melankolia (Aan)
Komposer / Lirik: Mohd Khair Mohd Yasin
Aan hadir sebagai soloist sulung Happy Records yang ketika itu dikepalai Adnan Abu Hassan. Berbekal sebuah album dengan hits sepanjang zaman “Cinta Melankolia” menjadikan Aan antara suara yang kita kenal tapi mungkin jika disebut nama tidak ramai yang begitu mengenali. Namun jika diputar kembali lagu ini pasti akan ramai mengingatinya.
Gemersik (Krisya)
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan / Hani MJ
Seperti judulnya, suara gemersik Krisya pernah mengisi gemilang Pop 90-an dengan melodi merdu ciptaan Adnan Abu Hassan ini. Lagu ini benar-benar menyerlahkan kelembutan dan feel Krisya yang cukup sederhana. Terbuai-buai saat dilayani persembahan sentimentalnya di lagu ini.
Ditakdir Kita Bersama (Mac Ruhayu)
Komposer / Lirik: Saari Amri / Baiduri
Killer Ballad yang menjadikan nama Mac Ruhayu terbit di celah populariti Ziana Zain, Nurul juga Haida. Lagu ini saya sifatkan antara komposisi terbaik Saari Amri pernah hasilkan. Kraf muziknya begitu mengalir sebagai sebuah cerita yang berjalan cukup sayu dan syahdu sekali. Persembahan Mac Ruhayu juga begitu in control dan menawan.
Sehelai Daun Setitis Embun (Shasha)
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan
Melodi lagu ini ketika beredar benar-benar mengingatkan kita semua yang Shasha adalah jelmaan Fauziah Latiff. Begitu dekat dan menyerupai apa yang pernah Jee hasilkan dalam Balada yang turut dicipta Adnan Abu Hassan. Lagu ini memberi kelebihan buat Shasha merasa ruang dikenali seketika sebelum hilang terus daripada radar Pop tempatan.
Tiga Malam Tanpa Bintang (Fiq)
Komposer / Lirik: Master G / Azira
Fiq muncul dengan persona rock star yang cukup promising dengan kemampuan menyanyi live dengan baik. Lagu ini seharusnya menjadi nyawa untuk dia lama bernadi dalam pasaran muzik tempatan tetapi tersia kerana pengurusan kerjaya yang kurang. Lagu ini sudah menjadi salah satu the classic dalam legasi sentimental rock tempatan.