
Lagu: Cinta Hanya Buatan
Artis: Afieq Shazwan & Muna Shahirah
Komposer / Lirik: Ibnu / Goufffran
Produser: Sirkhan
Muna Shahirah dan Afieq Shazwan antara bakat FMC yang saya personally suka – Bakat nyanyian mereka sangat baik dan kemampuan menyanyi secara live juga begitu meyakinkan. Setelah berjaya dalam beberapa percaturan Balada patah hati mereka kali ini kedua-dua bakat ini disatukan dalam sebuah lagu.
“Cinta Hanya Buatan” sebuah Balada yang tidaklah saya begitu memberi perhatian awalnya namun it is hard to resist sebab saya sangat suka vokal kedua-dua mereka. Jadi membuka pendengaran saya hanya untuk menikmati persembahan vokal mereka.
Lagu ini bergerak dalam acuan muzik tipikal karya cipta Ibnu dan Gouffran yang disusun oleh Bajai (Amylea & Farouk Roman) dalam turun naik emosinya yang membenarkan pelantunnya benar-benar menyerlahkan segala kemampuan menyanyi mereka.
Feel Afieq dan Muna seperti yang dijangka sangat baik dalam kedua-dua lagu. Biar melodinya tidaklah terlalu menarik namun ia cukup dekat dengan sasaran pendengar mereka. Kemasan string di lagu ini baik dan disusun kemas. Dan ya, saya sangat senang melewati perasaan Afieq dan Muna lewat lagu ini.
Suara mereka menyatu baik tanpa perlu kedengaran berlawan-lawan, emosinya sampai dan pleasant. Saya sebetulnya mengharapkan lebih lagi gabungan duo ini di masa mendatang kerana saya benar-benar mahu melihat both of this talent untuk terus diraikan pendengar tempatan.
5.7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Dilarut Leka Dengan Melodi Mimpi Aisha Retno Menerusi “I.L.S.M”