Era 2000 menyaksikan kebangkitan Hip-Hop dengan cukup cemerlang sekali bersama label Positive Tones yang banyak membuka ruang serta peluang bakat-bakat muda mendominasi pasaran muzik dengan idea lebih segar. Gabungan R&B, Urban Pop dan Fusion menjadikan Hip-Hop tempatan lebih berwarna dan menarik sekali perjalanannya.
Too Phat akan terus menjadi nama yang akan terus diingati jasanya dalam meluaskan pasaran muzik Hip-Hop di Malaysia dengan jayanya meninggikan standard muzik tempatan ke tahap cukup membanggakan.
Menerusi Positive Tones juga melahirkan nama-nama besar lain seperti Reefa, Innuendo, Poetic Ammo, Ruffedge antaranya yang cukup popular dan diingati sehingga hari ini. Sehingga hari ini kesemua katalog muzik Positive Tones telah dimiliki Universal Music dan menerusi saluran YouTube Getaran Nostalgia lagu-lagu ini dikumpulkan dalam satu saluran. Enjoy~
Lagu: Jezzebelle
Artis: Too Phat & Innuendo
Komposer / Lirik: Lady Dee / Ahmad Izham Omar
Produser: Ahmad Izham Omar
Jezzebelle anatara komposisi top notch Lady Dee bersama Ahmad Izham Omar. It sounded sangat solid dan berkelas sekali dengan kolaborasi bersama Innuendo yang memercikkan standard berbeza muzik tempatan dengan begitu hebat sekali.
Lagu: Pass The Honey
Artis: Poetic Ammo ft. Atilia
Komposer / Lirik: Mitto / Simpson / Ferguson
Produser: Paul Morrison
Poetic Ammo hadir sebagai sebuah kepelbagaian dalam muzik tempatan yang diraikan penggemar muzik ketika itu. Hip-Hop mereka tampil lebih ghetto dan raw dengan barisan lirik yang sebahagian pada lagu-lagunya diwarnai kepelbagaian bahasa. Selain “Pass The Honey” beberapa lagu lain seperti “Tiada Tandingan”, “Who Be The Player” dan “Somethings On”.
Lagu: Pop Ye Ye
Artis: V.E / Joe Flizzow / Daly Ahli Fiqir
Komposer / Lirik: Mitto / Simpson / Ferguson
Produser: Paul Morrison
V.E yang lebih dominan pada irama R&B menzahirkan sebuah irama Hip-Hop dan Pop yang disatukan dengan idea baru yang cukup segar menerusi Pop Ye Ye. Lagu ini terhasil cukup fun dan catchy. Siapa sahaja yang mendengar pada kali pertama pasti akan terus menyenangi lagu ini yang menjadi lagu yang cukup ikonik grup vokal ini sehingga hari ini.
Lagu: I Got ‘Cha Back
Artis: Audi Mok
Komposer: Audi Mok / Reefa
Produser: Reefa
Reefa biar pengaruh muziknya tidak meluas seperti bakat Hip-Hop lain telah memberikan keberagaman dalam pasaran muzik tempatan. “I Got Cha Back” hasil ciptaan bersama Audi Mok ini antara yang datang dengan feel R&B yang cukup menawan penghasilannya. Mendengarkan Reefa harus berulang kali untuk anda benar-benar menyenangi muziknya.
Lagu: Phat Family Anthem
Artis: Phat Family
Komposer: DJ T-Bone / M.O.B / Muchachaz / Phlowtron / Teh Tarik Crew / Too Phat
Hip-Hop anthem yang paling ikonik sekali dalam sejarah kebangkitan muzik ini di Malaysia. “Phat Family” adalah sebuah projek yang cukup menarik sekali pernah dihasilkan mana-mana projek berbentuk kolaboratif di Malaysia. Terhasil dalam melodi yang mudah ddingat dengan pelbagai feel yang disatukan mengikut idedntiti pemuzik yang ada di lagu ini.
Lagu:Sandiwara
Artis: TYCO
Komposer: Norman / Yusry / Edry
Produser: KRU
Tyco hadir sebagai sebuah pengalaman yang akan kita sentiasa ingati sebagai the only virtual artiste yang berjaya dihasilkan sehingga hari ini. “Sandiwara” all time favorite saya di album mereka selain “Bidadari” dan “With U”. Lagu ini datang dengan momentum cukup berbeza dan menarik sekali. Saya begitu larut dalam penghasilan melodi serta produksi muziknya.
Lagu: Freak This Mutha
Artis: Ruffedge / Altimet
Komposer: Mode
Produser: Mode / Audi Mok
Sebuah lagi grup Hip-Hop R&B yang cukup berpengaruh dan memiliki impak yang kuat sehingga hari ini adalah Ruffedge. Hadir dengan stail yang cukup tersendiri ketika bersama V.E diperkenalkan menerusi EP “Extreme Pleasure”, Ruffedge memiliki attitude bermuzik yang cukup hebat. Freak This Mutha mungking bukan lagu popular teratas mereka namun ia antara yang terbaik pernah grup ini hasilkan.
ARTIKEL BERKAITAN
“Phat Family” Sebagai Sebuah Victory & History Penting Gerakan Hip-Hop Tempatan