
Lagu: Perempuan
Artis: Jaclyn Victor
Komposer / Lirik: Johan John / Khaleel
Produser: Johan John
Lama sebetulnya kali terakhir Jac tidak menzahirkan lagu baru. Usai fasa rakaman bersama KRU Records Jac bergerak perlahan dan seperti semakin buram dari radar popular tempatan tanpa sebarang penghasilan naskhah muzik terbaru.
Sehinggalah Julai lalu dia bersama Alternate Records merilis single berjudul “Perempuan” yang terhasil dalam komposisi Soulful Ballad karya cipta Johan John (Yang banyak bertindak sebagai musical director program TV3) bersama penulisan lirik Khaleel.
Terhasil dalam ilham yang sederhana. Sebagai seorang pengikut Jaclyn Victor, melodi lagu ini tidaklah terlalu overwhelmed seperti apa yang pernah dia hasilkan sebelum ini tetapi masih terhasil dalam produksi muzik yang baik dan paling penting mengikut acuan vokal Jac dengan baik.
Rasa yang diberikan Jac dalam lagu ini menjadi sebab utama saya kira untuk kita enjoy dengan single “Perempuan”. Its a little underwhelmed sebab Jac pernah record lagu-lagu yang lebih besar sifatnya seperti “Cinta Tiada Akhir”, “Nisan Cinta”, “Jagalah Diri” dan “Gemilang” pastinya.
But to see her back dengan lagu baru itu sesuatu yang pasti membahagiakan. Semoga berbekal single ini dan kemunculan di Gegar Vaganza akan ada penganjur yang yakin untuk membuat konsert untuk Jac because she deserves a concert!
6.2/10
ARTIKEL BERKAITAN