Luqman Podolski satu antara bakat muzik yang saya kira memiliki follower yang tersendiri, tidak kiralah daripada medium pengisian sosial media dan muzik kedua-duanya bergerak seiring menjadikan dia antara one to watch.
Setelah single “Sorang” dan “Ring Ring” menaikkan namanya dalam legasi Pop tempatan, Luqman bersama Warner Music menzahirkan single terbaru berjudul “Bahaya” yang terisi melodi yang catchy dan mengikat.
Lagu ciptaan sepenuhnya anak muda ini terhasil dalam groove serta pengisian cerita dalam gaya bahasa cukup santai dan mudah melengkapi sifat melodinya yang saya kira tidak sukar untuk kita enjoy dengan sekali pendengaran.
Pop begini sedap didengar, dilayani dan mudah juga merasuk. Atas formulasi itu menjadikan ia naskhah yang cukup kuat penzahiran Luqman sendiri sebagai seorang pemuzik juga penyanyi. Persembahannya santai dalam bait yang terus tanpa berkias “Hey? Kenapa kamu diam saja? // Kalau ada silap tolonglah kata.”
Sebelum korusnya yang semakin laju “Bila aku dah tanya, katanya tiada apa // Itulah petandanya, aku dalam bahaya.”Dalam cerita paling mudah dia menzahirkan sebuah cerita cinta anak muda hari ini. Lagu ini tidaklah terhasil dalam originality muzik tersendiri but it’s a bop Pop for mass market.
Gerakan Folk Pop Indonesia bergerak cukup cemerlang di tangan pemuzik muda di sana. Cara mereka memanipulasi melodi Folk nusantara yang dimiliki dengan ramuan komersil menghasilkan bunyian yang cukup moden dan melayang.
Setelah giliran Sore, Payung Teduh dan Banda Neira yang suda cukup establish di pasaran muzik semasa, nama baru Soegi Bornean mencuri perhati kala single “Asmalibrasi” cukup booming sejak diedarkan pada tahun 2019 dan semakin digilai sepanjang tahun lalu.
Terkini, mereka mengawali tahun baru dengan sebuah cenderahati buat pendengar mereka dengan sebuah lagi melodi Folk lembut membuai berjudul “Aguna” yang meneruskan ilham Asmalibrasi dalam petikan gitar dan kelembutan suara Fanny Soegi sebagai vokalis utama band ini.
Melodinya terhasil cukup melayang dengan puitis lirik yang menyuntik semangat dalam susunan kata yang dipilih dengan penuh hemat. “Mendayung menjauh angkara renta //Berlabuh tresnaku pada legawa.” sebelum diteruskan dengan sebuah harapan “Berpijak-pijakku pada atma //Saling mendoa-doa sentosa.”
“Aguna” bergerak sebagai sebuah kelangsungan Folk Pop Soegi Bornean yang datang dengan pesona melodi serta listrik lirik yang cukup puitis. Mampu membikin tenang jiwa yang gundah saat mendengarnya tanpa terasa yang hujungnya mengundang senyum dan lapang.
EP: Air Mata Semalam (1973) Artis: Junainah M. Amin Produser: Kassim Masdor
Junainah. M. Amin nama yang cukup dominan di pasaran muzik 70-an dan 80-an dalam mengisi portfolio muzik tempatan seiring nama besar lain seperti Sanisah Huri, Rafeah Buang dan Sharifah Aini. EP pertamanya yang beredar pada tahun 1973 mendapat sentuhan emas produser hebat pada masa itu Datuk Ahmad Nawab.
Mula menyanyi di Singapura dengan menjuarai satu pertandingan nyanyian di penghujung 70-an, Junainah mula mendapat perhatian komposer ternama Kassim Masdor yang membawanya menjadi artis rakaman EMI Singapura.
EP keduanya berjudul “Air Mata Semalam” yang diedarkan pada tahun yang sama EP pertama diedarkan menjadikan nama Junainah sebagai bintang yang bakal menyerah dalam pasaran muzik Singapura dan Malaysia. Vokal klasik miliknya yang cukup digilai di era itu menjadikan dia sebagai salah seorang bintang yang diraikan.
EP ini terisi 4 lagu yang dua daripadanya merupakan lagu saduran daripada lagu Inggeris dan sebuah lagu ciptaan Ahmad Nawab berjudul “Mohon Izin”. Lagu pertama di EP ini berjudul “Air Mata Semalam” yang lagu asalnya berjudul “Yesterday Once More” pernah dipopularkan The Carpenters.
Diisi dengan feel Melayu Junainah dalam penyampaian dan lirik dialih bahasa oleh Ismail Haron, lagu ini antara yang cukup menaikkan namanya dalam radar popular ketika itu.
“Jangan Sampai Dua Kali” sebuah melodi catchy yang cukup fun untuk dilayani. Feel retro pada lagu ini cukup menjadi sekali terasa mengimbau sekali kenangan dalam sebuah rasa yang cukup santai. 70’s feel dalam sebuah melodi yang ringan dan membikin goyang yang mendengar.
Ahmad Nawab menghasilkan melodi “Mohon Izin Ibu” dalam getaran adunan Pop Yeh Yeh. Saya sukakan instrumentasi di lagu ini yang kedengaran raw dan lively sekali. Lagunya bergerak pantas dan mudah untuk dinikmati. Esen 60-an dan 70-an yang menghiburkan seperti mendengar A-Go-go.
Kesemua lagu-lagu di EP ini boleh terus dinikmayti di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
Lagu: All I Ask Artis: Fairuz Hussein Komposer / Lirik: Zul Nadzar / Fairuz Hussein Produser: Zul Nadzar
For one artiste to stay true to their music itu sesuatu yang akan sentiasa diraikan di Muzik Kita dan satu dariapdanya ialah Fairuz Hussein yang cukup dikenali dengan alunan R&B dan Jazz sejak lewat 80-an sehingga hari ini. Biar momentum muziknya tidaklah sebesar Sheila Majid dengan barisan album dan hits, namun Fairuz satu antara seribu yang original kita ada.
Sejak awal mencuri perhatian dengan groove serta feel berbeza yang dia berika menerusi “Lagu Sambaria”, “Kali Pertama” dan “Ku Menyintai” di awal kemunculan sebagai penyanyi, Fairuz mengumpul peminat setia yang biar jumlahnya tidak banyak tetapi setia dan percaya pada karya-karyanya.
Kembalinya dia aktif menghasilkan lagu-lagu baru sejak “Without You” yang diedarkan pada tahun 2020 diukti single “Antara Seribu” mengubat rindu penggemarnya. Alunan Jazz masih kental dan tidak salah saya sifatkan semakin matang dan tasteful. Untuk meresapi dan memahami muzik begini sesuatu yang mengujakan saya sebagai pendengar muzik.
Tahun lalu Fairuz mengedarkan “All I Ask” karya ciptanya bersama Zul Nadzar yang meneruskan kelangsungan melodi dua single yang lebih awal beredar. Weight yang ada pada vokal Fairuz menjadi senjata utama untuk saya benar-benar enjoy dengan melodi yang membaluti.
Feelnya sangat baik, kemasan muziknya berkelas dan merasuk sekali. Saat korus dialun, Fairuz membuat saya melayang dengan alunan sensualnya. Simplicity dalam nyanyiannya menjadi kekuatan dalam persembahan keseluruhan lagu ini. Jazz tempatan saya kira masih bernadi di tangannya dan Zul Nadzar.
Semoga tahun ini akan beriring lebih lagi muzik baru daripadanya. Kolaborasi bersama bakat muda saya kira mampu menarik Fairuz ke pasaran lebih mainstream. My dream is always to see a collaboration antara NJWA (Najwa mahiadin) bersama Fairuz. It’s gonna be so lit!
Lagu: Senja Artis: Heidi Moru Komposer / Lirik: Heidi Moru Produser: Floralcansas
Menyaksikan perjalanan vokalis wanita tempatan yang rata-ratanya memilih jalan selamat menyanyikan Balada untuk meraih perhatian pendengar semasa sesuatu yang memenatkan sebetulnya. Saban hari ilhamnya serupa dan persembahan melodinya begitu-begitu sahajalah.
Heidi muncul sebagai wakilan penyanyi wanita yang mahu keluar daripada kepompong Balada yang tipikal dalam pasaran muzik tempatan. Ilham muziknya saya kira benar-benar melawan arus yang tersedia dalam lambakan Pop semasa dengan menzahirkan sesuatu yang lebih individuality sifatnya.
Setelah kali pertama pada tahun 2018 menerus lagu “Kata Hati” – Heidi kekal dengan jaluran muzik yang mungkin dipengaruhi elemen muzik folk dan new age dalam persembahan indie. Sehingga yang terkini dia muncul dengan lagu berjudul “Senja” ciptaan sepenuhnya Heidi.
Lagu ini sebuah melodi galau sebetulnya dalam perasaan sayu dan rindu dihasilkan cukup jelas penulisan lirik Heidi. Bait syahdunya “Di dalam sepi aku teringatkan kamu // Di dalam sepi aku takut tiada kamu.”
Saya tertarik dengan cara lagu ini diramu. Kemasan muziknya yang disela-selinya beriring efek-efek khas memberi pengalaman berbeza dalam mendengarkan bunyian muzik tempatan terutama sekali vokalis wanita. Seperti didayung leka dalam feel Heidi yang seakan mendengar Nadin Amizah.
Menikmati lagu ini di versi live nya lebih menarik. Saya menonton persembahan Heidi di Anugerah Lagu Indie menerusi lagu ini dengan feel yang lebih sampai dan intense namun masih in control tanpa berlebih-lebihan.
Bakat yang ada pada Heidi datang dengan potensi dan saya pasti banyak hal lagi yang boleh dikeluarkan dalam dirinya. Perjalanannya masih panjang dan jauh saya kira, apa yang dia perlukan adalah keseimbangan antara estetika muzik yang dia ada sekarang dengan nilai komersil untuk mengikat pendengar semasa yang skalanya lebih luas.
Lagu: Tangis Terakhir Artis: Dewa 19 Komposer / Lirik: Ahmad Dhani Produser: Ahmad Dhani
Saat Dewa 19 mengumumkan bakal mengedarkan sebuah single baru bersama Ari Lasso, saya pasti ia mengundang penasaran penggemar band legenda yang cukup dikenali tidak hanya di Indonesia malah populariti terus mekar sehingga hari ini di Malaysia.
“Tangis Terakhir” beredar di lewat 2022 mengisi kalendar Pop Indonesia sebagai salah satu lagu yang cukup menarik untuk dinikmati. Melodi yang dihasilkan sepenuhnya Ahmad Dhani ini cukup kuat esen Pop Dewa 19 yang sering kita senangi sejak 90-an.
Melodinya terhasil dalam acuan yang cukup komersil. Korusnya cukup menangkap dengan bait lirik yang tidak sukar untuk diingati. “Inilah tangis terakhit ku // Ku tak bisa menahan lagi // Perihnya rasa cinta // Yang selalu kamu membalasnya dengan duka.”
Vokal Ari Lasso masih berbisa dan cukup sedap dinikmati. Seperti sama seperti dulu, gabungan ini tidak langsung mengecewakan dalam menzahirkan sebuah melodi yang dirindui penggemar Dewa 19 khususnya dan peminat muzik 90-an secara amnya.
Satu hal yang saya kira menarik di lagu ini iadalah bahagian lirik yang tidak asing di kuping kita. Dimana bagian lirik itu, menjadi salah satu lirik ikonik lagu Munajat Cinta yang dinyanyikan The Rock. “Malam ini kusendiri // Tak ada yang menemani // Inilah tangis terakhirku // Inilah tangis terakhirku // Terakhirku.”
“Tangis Terakhir” saya kira terhasil sebagai sebuah naskhah pengubat rindu seketika buat kita semua bersama legenda muzik Pop Rock nusantara yang cukup berpengaruh ini. Sementara entah bila lagi agaknya mampu melihat mereka kembali meyatu selepas ini.
Pamungkas bergerak dalam radar muziknya yang sudah semakin jelas arahnya. Kehadiran EP terbaru berjudul “Kemarin” ini saya kira bergerak sebagai sebuah penerus kelangsungan bermuziknya untuk penggemar setia.
Jaluran muzik “Kemarin” sebagai single pembuka di EP ini dihasilkan dalam sebuah feel Pop yang cukup kuat pengaruh muzik Mas Pam yang akan sangat mudah disenangi jika anda pengikut muzinya dari awal.
Bait liriknya terisi cukup jelas significant penulisan Mas Pam “Dan air mata Dan canda tawa Tak penting; malah hadiah hidup Yang kemarin Satupun tak ku sesali..” seperti apa yang biasa kita dapat daripada lagu-lagu sebelumnya dengan catchy chorus yang memorable.
EP ini turut terisi dengan beberapa single lain yang telah beredar sebelum ini dengan suntikan muzik baru. “Beep” yang diedarkan lebih awal di album “Birdy” hadir sebagai single kolaborasi bersama Matter Mos dalam feel lebih urban tanpa terlalu mengubah kemasan muzik asal.
“Riding The Waves” yang dimuatkan dalam album yang dibisukan daripada gedung muzik digital – “Solipsism 1” diisi kembali menerusi EP ini yang menjadi antara trak favorite saya daripada Pamungkas. Melodinya, perasaannya serta muziknya begitu menyenangkan dan membuai perasaan.
“Kemarin” saya kira bergerak sebagai sebuah EP yang nyata terisi untuk penggemar tegar Mas Pam yang sentiasa mahukan sesuatu daripadanya sementara menantikan apa lagi yang bakal dia sajikan di album berikutnya yang masih belum berkirim khabar menyusup cerita bila akan beredar. Sementara itu saya masih mahu larut dalam jiwa yang senang menerusi EP ini.
Konsistennya seorang Nabila Razali itu dalam menyusun langkah bermuziknya saya kira sesuatu yang bakat lain harus contohi. Ya mungkin daripada kemampuan menyanyi masih jauh perjalanannya untuk sempurna namun setidaknya Nabila dan pasukannya faham apa itu pemasaran dalam showbiz.
Maka dengan ada pasukan muzik yang bagus disekelilingnya, Nabila berjaya menzahirkan lagu-lagu yang datang dengan kualiti yang baik sebetulnya. “Pematah Hati” (Ezra / Hael), “Peluang Kedua” (Hael / MFMF.) sehingga kolaborasi bersama bintang Pop yang semakin booming dari tanah seberang, Keisya Levronka.
Nabila dan pengurusannya faham tentang showbiz dan tidak berkompromi dengan naskhah yang biasa-biasa setiap kali menzahirkan single baru buatnya. Untuk faktor pemasaran dengan gimmick yang dirancang itu hal yang saya tidak mahu sentuh tetapi jika anda fokus pada lagu-lagu yang terhasil semuanya tastefully produced.
Hal ini diteruskan lagi dengan single terbarunya “Aku Terluka” yang saya sifatkan sebagai sebuah Balada yang begitu kemas sekali produksi muzik keseluruhannya. Amylea bersama MFMF. menzahirkan sebuah Balada yang cukup menyentuh dengan struktur muzik Pop yang tidak terlalu mendayu tetapi terhasil dengan sound yang cukup current.
Transisi verse ke korusnya disusun dengan cukup baik. Saya juga sangat melayani feel Nabila sepanjang lagu. Rakaman lagu ini cukup convincing sebetulnya untuk menzahirkan apa yang mampu diberikan Nabila. Lembut dan menyentuh sekali perasaan yang disampaikan tanpa perlu berteriak-teriak.
“Aku Terluka” saya kira kesinambungan yang baik setelah “Peluang Kedua”. MFMF. berjaya menghasilkan sound Ballad yang kedengaran moden dengan meninggikan standard melodi yang terhasil. Lagu ini sebuah contoh terbaik jika anda mahu menghasilkan sebuah Ballad.
Amir Jahari ketika terakhir menzahirkan sebuah album pada tahun 2018 menerusi “Siang & Malam” memberikan kita sebuah pengalaman menikmati muzik yang cukup berbeza, matang serta penuh pengisian manusiawi dalam lirik yang ditulis bersulam melodi yang sangat sedap menurut saya. Boleh baca di sini Amir Jahari Siang & Malam.
Dan setelah itu tiada lagi khabar lagu-lagu baru daripadanya, sayang sebetulnya kerana bagi saya Amir ada bakat mencipta lagu yang sangat unik dan menarik. Karya-karyanya cukup tersendiri tanpa perlu bergantung pada demand Pop semasa tetapi pada masa yang sama masih kekal nilai komersil untuk popular dalam radar Pop jika diberi peluang.
HAMBA, kemunculan terbarunya dengan ilham muzik yang saya sifatkan lebih moden derngan sound Pop yang cukup baik untuk di ketengahkan. EP berjudul “Permulaan” yang beredar September lalu ini hanya terisi 3 lagu berserta 2 lagu lagu bonus – intepretasi berbeza pada lagu tersedia.
“Ayah”, “Dunia” dan “Pecah Gelas” bergerak sebagai sifat baru muzik Amir sebagai HAMBA yang bereksperimentasi dengan beat juga sound psikedelik yang minimal. Hal ini jelas dalam lagu “Dunia”. Saya sukakan penulisan liriknya di lagu ini. “Telah lama di kota // Kini kuingin kehijauannya // Namun kian pupus oleh manusia // Memodenkan seluruhnya.”
Dan saya semakin terundang kagum mambaca teks lirik “Pecah Gelas” saat Amir menulis “Namun cinta pada manusia // Sangat banyak dugaannya // Langsung kau pun berharap pada yang lainnya.”Such a big phrase. Sangat hebat saya kira saat Amir menulis bait tersebut.”Dulu kusangka cinta itu mudah // Bergantung pada yang lainnya.”
“Pecah Gelas” saya sifatkan sebagai sebuah naskhah paling komersil yang boleh Amir push untuk pasaran semasa. Penghasilannya melodinya cukup moden dengan kemasan muzik yang catchy dan korus sing-a-long. Saya benar-benar merasakan lagu ini antara lagu yang memiliki melodi sangat kuat sepanjang tahun ini dalam pasaran Pop. Such a beautiful song.
Lagu begini seperlunya kita angkat untuk diperdengarkan di lapangan lebih luas – radio, playlist digital stream dengan jutaan follower seharusnya memasukkan lagu ini dalam senarai kerana it deserves a better place dalam radar muzik popular. Sayang kiranya jika ia terbiar begitu sahaja.
Usai fasa pandemik pasaran muzik kembali bernafas lapang dengan gerak kerja yang kembali normal. Biar tidak sebebas dulu, penyanyi sudah boleh berpentas seperti biasa, produser muzik kembali bergerak produktif di studio dan pemasaran muzik yang kondusif dapat dilaksanakan label rakaman dalam memasarkan muzik mereka.
Evolusi dalam muzik sentiasa harus diraikan, siapa yang bijak dalam memanipulasi bunyian sedia ada dengan sentuhan muzik yang segar pasti akan menemukan formula baru dalam memberikan satu nafas berbeza yang sangat diperlukan pasaran muzik tempatan.
Berbicara tentang muzik yang segar – Faithful Music berada di barisan hadapan dalam memberi infusi baru dalam meninggikan standard Pop tempatan. Usaha mereka dalam mengumpulkan bakat muzik di bawah satu bumbung dan menghasilkan karya bersifat kolaboratif berjaya menghasilkan naskhah original seperti Debu, Hanya Mahukan Bye, Buatku Sempurna, Sudi dan Berubah antaranya yang tercipta lebih current pastinya.
Tenaga baru dalam komposisi muzik on demand seperti Iqie Hugh, Mas Dewangga, John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Jova Devito meneruskan legasi komposer berpotensi tempatan dengan idea menarik dalam produksi muzik yang telah menghasilkan sound Pop yang pastinya cukup bagus bagi perkembangan Pop tempatan.
Yuji menjadi bakat baru yang harus diraikan, biar masih hijau potensi besar miliknya yang mampu menghasilkan sesuatu yang current, mudah digemari dan pada masa yang sama terhasil dalam kualiti yang sangat baik. Keseimbangan begini berjaya memberi ruang buatnya benar-benar popular tahun ini. Ruang luas buatnya di tahun hadapan harus digunakan sebaiknya.
Pasaran Pop seperti biasa diisi dengan nama-nama yang dominan sejak lima enam tahun kebelakangan ini. Lambakan Balada dalam pasaran membuatkan landskap Pop tahun ini semakin membosankan tanpa ilham baru dalam menjadikan Balada yang standardnya lebih baik daripada sebelumnya.
Namun Balada bukanlah satu-satunya jaluran muzik yang harus diberi perhatian. Bakat-bakat muda yang mengemudi muzik secara kendiri dalam mempersembahkan idea segar yang mereka ada harus turut diraikan dalam pasaran muzik semasa yang lebih luas pendengarnya. Dan dengan adanya akses mudah Spotify, YouTube juga TikTok hal ini tidak langsung mustahil jika kena pada caranya.
Tahun ini sekali lagi Muzik Kita meraikan pemuzik tempatan menerusi 50 Rilis Terbaik yang siap beredar sepanjang tahun ini.
1. DEBU (DAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDI) (Mas Dewangga / Jova Devito / Mike Chan / Firdaus Rahmat / Karim Karam / Acap Salim // Faithful Music / Nova Music)
“Debu” terhasil sebagai sebuah perspektif baru pasaran muzik tempatan dengan begitu baik sekali. Kolaborasi 6 penulis dalam satu lagu ini memberi pengalaman baru menikmati Pop tempatan yang mungkin belum pernah kita dengar sebelum ini. Komposisi melodinya bersulam kemasan muzik dalam turun naik momentum yang terhasil cukup berbeza. Persembahan top notch Dayang dan Amir menjadikan lagu ini cukup solid untuk bergelar lagu terbaik sepanjang tahun.
2. HILANG (KAKA AZRAFF) (Ezra / Omar K // Warner Music Malaysia)
Probably the most poetic Pop yang terhasil tahun ini adalah lagu karya cipta Ezra bersama Omar K berjudul “Hilang” ini. Kesyahduan yang tercipta dalam melodi persembahan Kaka membuat kita larut dengan bait-bait puitis yang dikisahkan dalam penulisan lirik terbaik yang terhasil. Kemasan bahasa dalam perlambangan menyampaikan cerita terhasil indah ilham penulisan Ezra dan Omar dalam keseluruhan teks lirik lagu mentafsir erti kehilangan dipersembahkan begitu puitis dan cantik sekali susunan katanya.
3. PECAH GELAS (HAMBA) (Amir Jahari / Sekalo Music Production)
Amir Jahari dewasa sebagai pemuzik dengan penampilan sebagai HAMBA menerusi lagu “Pecah Gelas”. Lagu ini diramu sebagai sebuah intepretasi muzik Amir yang kali ini kedengaran lebih Pop dengan pendekatan cukup kekinian. Seimbang dalam menyuntik idea baru pada masa yang sama berjaya dihasilkan dalam ramuan yang komersil. Amir juga cukup dewasa menerusi penulisan liriknya yang mengangkat sebuah cerita manusiawi bersulam pesan dan hemat. A rare gems!
Untuk menikmati lagu ini saya kira anda perlu benar-benar bersama membaca liriknya. Penulisan Takahara menjerit sebuah realiti batin dalam melodi quirky yang dihasillkan dengan cukup unik sekali. Momentum muziknya berbolak-balik tanpa struktur yang jelas dan full of surprises. “Raksasa” definitely one of a kind yang sangat jarang kita dapat dengar tetapi sangat diperlukan dalam memberi spektrum berbeza pasaran muzik tempatan. “Salah khilaf menjadi batu api pada kata kata yang, lama melayang.”
5. I.L.S.M (AISHA RETNO) (Aisha Retno / Sony Music Malaysia)
Aisha retno future pop star yang sangat harus diraikan. Kredibiliti dalam penghasilan melodi yang memikat dan segar sudah diperakui sejak dia menghasilkan W.H.U.T tahun lalu. Dan tahun ini dia kembali menghasilkan sesuatu yang lebih berani pastinya menerusi “I.L.S.M” yang terhasil dalam ilham cukup dreamy dengan menolak ilham konservatif Pop tempatan. Beriring alunan vokal yang cukup kemas dan merdu sekali, Aisha membuat kita melayang dalam persembahan terbaiknya tahun ini.
6. OLD LOVE (YUJI & PUTRI DAHLIA) (Yuji)
Yuji dengan kejayaan “Old Love” bergerak sebagai sebuah naskhah yang cukup booming tahun ini membuka mata ramai akan kebolehan miliknya untuk dikembangkan dengan baik pada masa mendatang. “Old Love” hadir sebagai sebuah naskhah yang sangat diperlukan pasaran Pop tempatan dengan approach yang cukup current seiring Pop lain yang ada di pasaran global. Sebuah Pop anak muda yang sangat boleh dibanggakan. Merdu dan mengikat.
7. BUAT KU SEMPURNA (VANESSA REYNAULD) (Faizal Tahir / Mage / Sony Music Malaysia)
Instrumentasi serta susunan muzik dalam Balada ilham FT dan Mage ini antara yang paling cemerlang. Dikemaskan dengan vokal Vanessa yang menyempurnakan naskhah Balada terbaik tahun ini. Transisi verse ke korusnya bergerak dalam momentum yang cukup baik dalam menghasilkan sesuatu yang cukup sedap didengar dan pada masa yang sama kedengaran begitu segar berbanding Balada lainnya. Tastefully produced.
8. SATU MALAM DI TEMASEK (JOE FLIZZOW) (SonaOne / Joe Flizzow / Def Jam Recordings Malaysia / Universal Music Malaysia)
Joe Flizzow menginjak kedewasaan dalam sebuah ekamatra bermuzik yang semakin personal dan matang. Lagu ini terisi dengan penulisan lirik yang berlapis pesan dan hemat yang ditulis berdasar pengalamannya. Baris tertulis sangat pasti mampu dirasai dalam balutan pemikiran juga sebagai sebuah kritikan sosial yang sangat pedas jika anda peduli dengan apa yang cuba Joe sampaikan.
9. BAD (DOLLA) (Ludwig Lindell and Karl-Oskar “Cage” Gummesson / YonnyBoii // Universal Music Malaysia)
“Bad” is a banger yang sangat diperlukan pasaran Pop tempatan. Dolla menjadi bukti a good team work behind what we see itu akan menghasilkan satu branding yang sangat kuat. Lagu ini terhasil dengan visi besar yang tidak hanya untuk Dolla butif we look into the bigger picture ia memberi standard berbeza pasaran Pop tempatan. Sound yang terhasil cukup hebat malah tidak jauh daripada apa yang sudah dihasilkan banyak grup-grup pasaran global yang lain.
10. AKU DI SINI (ANDI BERNADEE) (Robert Gerongco / Samuel Gerongco / Terence Lam Andi Bernadee / Andrew Pedersen Briol / Benicio Bryant / Mas Dewangga / Jova Devito / Mekar // Warner Music Malaysia)
Kesederhanaan dalam penghasilan melodi lagu ini dalam menghasilkan sesuatu yang cukup simple dalam sebuah produksi muzik yang sangat kemas. Tercipta cukup teliti menjadikan sound yang kita dengar cukup mewah. Penulisan lirik di lagu ini dihasilkan dalam susunan bahasa yang cukup santai tetapi tidak kedengaran canggung. Dan segala kesederhaan yang ada di lagu ini disempurnakan sebaiknya persembahan vokal Andi yang memberi justifikasi melengkapi keseluruhan lagu untuk bergerak sebagai salah satu rujukan Pop terbaik tahun ini.
11. Cinta Pasti Bersatu (Margosa & Aepul Roza)
12. Bernafas & Terus Bernyawa (Margosa)
13. Sudah (Nikki Palikat)
14. Pernahkah (Amir Jahari & Lydbie)
15. Impossible to Love You (Ai.Z)
16. Terpisah (Naim Daniel)
17. Maafkan Aku (Sang.Rawi)
18. Sama Seperti Dulu (Hael Husaini)
19. Hanya Mahukan Bye (Aziz Harun)
20. Menari Dalam Memori (FLQ / Dian / Acap Loko)
21. Rumah (The Impatient Sisters)
22. Sembunyikanlah (Crinkle Cut)
23. All I Ask (Fairuz Hussein)
24. Duit (Stacy)
25. Sutera (Aisha Retno)
26. Kecewa (YonnyBoii)
27. Smile Strong (Airliftz)
28. Damba (Khai Bahar)
29. Bahaya (Luqman Podolski)
30. Silir Semilir (Bayangan)
31. Tenaga (TUJU)
32. Cinta Yang Baru (Zamaera)
33. Astana (Ernie Zakri)
34. It’s Over (Ezra Kairo)
35. Berubah (De Fam)
36. Sempurna (Insomniacks)
37. Kembalikan (Ismail Izzani)
38. Senja (Heidi)
39. Aku Terluka (Nabila Razali)
40. Burn (Sarah Suhairi)
41. Melepaskanmu (Amylea)
42. Kau Ada (A.Limin)
43. Jauh Hati (Shila Amzah)
44. Cinta (Modread & Heidi)
45. Takluk Cinta (Hafiz Suip)
46. Adat Kasih (Ziha Salleh)
47. Tremendous (6ixth Sense)
48. Terus Hidup (Aina Abdul)
49. #IPN (Kirana Kay)
50. Perempuan (Jaclyn Victor)