70-an dipenuhi warna menari penulisan lagu dan lirik yang quirky. Berlatarkan cerita dan masa yang dibaluti pesan sosial masyarakat, Muzik Kita menghimpunkan irama menarik sepanjang 70-an
NOORKUMALASARI / PRAMUGARI
Kisah pramugari diangkat sebagai isi cerita yang unik sekali. Muzik 70’s yang melatari bait-bait “Tugas aku pramugari // Di atas awanan tinggi // Bersama penumpang kusayangi // Mana saja nak pergi.” Persembahan vokal Noor sebetulnya tak sedap to be honest but it’s a fun track.
BLACK DOG BONE / AJEM TAKEPEK
Saya tidak pasti dialek apa yang dipersembahkan keseluruhan lirik lagu ini. Muziknya cukup kuat elemen 70-an yang banyak di pasaran muzik ketika itu. Sama seperti “Ayam Den Lapeh” yang ada elemen Joget yang disulam Pop era tersebut. Lagu ini antara yang baru saya discover dan antara yang saya kira cukup fun and quirky sekali.
MOHAMED M.N / PELUKIS
M.Nasir menghasilkan melodi ini dengan lirik tulisan S.Amin Sahab dalam sebuah cerita seniman yang menghabiskan masa mencari rezeki sebagai “Pelukis”. Keseluruhan cerita di lagu ini dihasilkan sebagai satira kehidupan wakil jiwa yang struggle hidup di kota. Melodinya kuat pengaruh 70-an, agak mellow tetapi terisi dengan pengisian yang baik.
ANITA SARAWAK / PEMAIN PIANO
Satu lagi lagu yang cukup dengan latar cerita kerjaya. “Pemain Piano” jika dibaca liriknya seperti satu conversation atau monolog dalam diri yang tertanya-tanya. Pengaruh muzik Country di lagu ini dengan lirik seperti “Pemain piano sederhana // Siang malam aku terbayang wajahnya // Pemain piano”. Uniknya 70-an kerana adanya lagu-lagu begini. People wont do it anymore plus tak relevan dah.
SUDIRMAN / JALI-JALI
Jali-Jali rakaman semula yang dibikin Sudirman di album penuh perdananya. Menariknya versi Sudirman adalah kerana penyampaiannya yang bersahaja dan kedengaran muda dan moden ketika diedarkan.
M. DAUD KILAU / GILA JUDI
Antara yang cukup popular dan quirky. So much fun menikmati M.Daud Kilau dalam setiap karya-karyanya yang berlatar cerita masyarakt sekelilingnya. Muziknya sahaja sudah cukup tersendiri dengan lirik yang entah siapa saja boleh fikir idea begini. Original and definitely one of the best.
ARTIKEL BERKAITAN
Datuk M.Daud Kilau Sebuah Satira Pop Cult Melayu Dalam Pelayaran Yang Ternokhtahkan