
Lagu: More Than Friends
Artis: MFMF. / YUJI
Komposer / Lirik: MFMF. / YUJI
Produser: MFMF.
MFMF. bergerak laju dalam merangka perjalanan muzik mereka tanpa mahu terlalu mengambil masa dalam pengedaran lagu-lagu terbaru. Produktiviti begini saya kira sangat harus diraikan kerana muzik yang mereka hasilkan memberi flavor yang cukup kekinian.
Tahun lalu saja mereka menghasilkan 7 single kolaborasi bersama bakat muda lainnya dalam muzik seperti Adam Izzy, Anne Jacynta dan Ily Ruzana antaranya. Kelebihan mereka memanipulasi muzik Pop untuk kedengaran lebih segar memberi kelebihan untuk MFMF. didekati pendengar muda pastinya.
Ruang bermuzik yang dikongsi dengan bakat-bakat baru sangat harus diberi pujian, awal tahun ini mereka mengendeng Putri Dahlia dalam projek single “not sorry” yang cukup berpengaruh di platform muzik TikTok. Dan bagi meneruskan kelangsungan itu MFMF. terbaru ini berkolaborasi bersama anak muda berpotensi besar, Yuji.
Yuji yang cukup booming tahun lalu dengan single “Old Love” menjadi antara bakat yang saya look forward penghasilan lagu-lagu terbarunya. Kolaborasi bersama MFMF. menerusi single “More Than Friends” ini menjadi sebuah naskhah yang pastinya memberi lebih ruang untuknya dikenali.
Terhasil dalam ramuan muzik Pop dalam pengaruh R&B, “More Than Friends” hadir dalam melodi yang cukup catchy tanpa perlu terlalu lama untuk kita mengambil masa untuk larut dalam persembahan keseluruhannya. Chemistry Yuji dan tiga bersahabat ini juga menyatu baik kerana keduanya mampu memberikan warna dalam lagu begini.
Yuji antara bakat yang sangat harus diraikan hari ini, potensinya besar dan apa yang dilakukan MFMF. ini satu antara usaha yang harus dilakukan produser muzik lainnya.
7.3/10
ARTIKEL BERKAITAN